Jumaat, 28 November 2008

Minggu ini tiada kerja - ingin kan rehat

Fuuuoooh..... lame jgak aku mengidam2 kan waktu lenggang di hujung minggu. Aku dah biase buat keje penat, tension2, tak cukup masa dan macam2 lagi. Tapi malam tadi tiba2 je aku rase macam kebingungan. Tak tau plak kenapa. Sebelum ni aku pun pernah bingung jgak sebab kerja banyak sangat. Dalam masa 5 bulan ni aku dah lama tinggal kan diari aku. Minggu ini baru aku gunakan diari aku.

Biasa nya aku akan susun segala perkara2 yang nak di buat setiap minggu. Tapi dalam 5 bulan ni aku cuba asing kan diri aku dengan diari dan cuba mengurus kan kehidupan seharian tanpa bantuan diari. Segala urusan aku susun dalam kepala hotak. Hasil nya, serabut hotak hahaha. Arghh teringin gak beli PDA.

Tak sempat buat semua benda, setiap orang di beri masa 24 jam. Guna kan la dengan baik. Adil kan? setiap orang menerima masa dan waktu yang sama, terpulang la kepada diri sendiri macam mana nak guna kan masa sebaik mungkin. Dah lama baru la sempat nak upload gambar pengantin dari Bukit Palah Melaka. Zamry dan Maszilahwati.

Sepatut nya minggu ni ada 2 majlis untuk di tembak2. Yang pertama majlis kahwin dan satu lagi majlis berkhatan. Macam2 orang sekarang nih, khatan pun nak amik gambar (sebenar nye aku terpikir nak amik gambar tok mudim potong tuut!!). hahaha. Tapi 2 majlis ni di batal kan sebab nak pergi jalan2 dengan keluarga. Pergi mana pun tak plan lagi.

Walau pun penat, serabut dan memerlu kan ilham. Aku suka amik gambar. Kali ni ade la plak gambar aku jadi jurugambar perkahwinan secara candid. Aku dan ayah aku jadi photographer, aku pakai DLSR yang sama model dengan ayah aku. Kitorang baru je beli nikon D80 & SB800 baru. Baru guna 2 kali untuk majlis perkahwinan. Bile aku fikir balik, kenapa la aku beli DSLR ni? aku lebih minat video sebenar nye. Tapi video memerlu kan perbelanjaan yang besar . So lenjan je la DSLR dulu.

Minat mampu mengatasi segala tension, penat, tak cukup masa dan kritikan. Kita akan sentiasa memperbaiki sesuatu yang kita minat. Tiap2 minggu jadi jurugambar majlis kahwin, minggu depan pun ade amik gambar, ye aku minat. Tapi minggu ni aku berminat nak rehat lalalala~

p/s: orang suke buat majlis kahwin waktu cuti sekolah. Selamat berkahwin rakyat Malaysia~

4 ulasan:

  1. Merahnya inai pengantin tu.

    Neway nk beli PDF ke? Kalau qwerty keyboard, kebiasaannya nk kena pkai dua2 tgn.

    Banding keypad hset biasa, pkai satu tgn je utk sms. So lagi satu tgn blh nk drive ke, angkat anak ke, pegang kotak dadih ke. So fkr la baik2 pasal ko kan org yang amaaat x menang tgn. hehe...

    Aku tgh cari mmbe ni. Sape2 nk beli psp around krismas ni jom la ramai2. Kot leh dpt special discount lg ke.

    BalasPadam
  2. sori typo..bukan PDF, tp PDA. Otak dah weng asyik fkr pasal documentation utk Research Service aku.

    BalasPadam
  3. aku nak beli PSP gak arep...
    tp xde duit.
    wakaka

    BalasPadam
  4. psp tu gapo?kawe ore kapung

    BalasPadam