Ahad, 31 Ogos 2008

Semoga beliau cepat sembuh.....

Skali lg aku tersentuh dgn penderitaan sakit tulang belakang

Selepas nama beliau di isytihar kan menang
melihat anak tangga, dan cuba gagah kan diri
Mencuri sedikit masa utk langkah dari satu anak tangga ke satu anak tangga
isteri beliau menyedari situasi dan bergegas lari kearah beliau gagah melangkah, setelah sepuluh tahun
si isteri turun....
mengangkat tangan kepada semua org,senyum ketika susah tanda ketabahan
kini di parlimen beliau berjuang, walau terpaksa menggunakan tangan utk menyokong kaki....

aku terlupa, tp belum terlambat
Tahniah diucap kan atas kemenangan beliau

p/s: doa org yg teraniaya ni makbul.sbentar lg solat sunat tarawikh yg pertama.jgn luper niat puasa.

Jumaat, 29 Ogos 2008

CA visitor statistic - August 2008

Alhamdulillah, jumlah kunjungan penduduk bumi meninggkat. Cahayanika, baru berumur 2 bulan.
terima kasih kepada penduduk bumi sekalian.

jumlah pengunjung bulan July dan August. maybe ni last kot aku display statistic penduduk bumi.lepas nih, biar lah rahsia hehehehe.

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia dan salam Ramadhan

p/s: Merdeka kah kita?

Di mana dia?

bile menaip2 asik error.hari ni tergerak plak aku kat office nak layan lagu linkin park . bile dgr lagu nih teringat mase skolah menengah dulu. dulu , aku cume layan 2 jenis lagu je. ROCK n Nasyid. ye la baru balance keras dan lembut hahaha.layan gak la lagu FTG,Nirvana, Linkin Park, system of down dgn ntah ape2 lagu lg la . tp skarang nih aku x kisah lagu ape2. asal kan lagu tu best. aku layan je. x kire lagu dangdut ke, hindustan, jiwang, lagu kebangsaan, lagu rock kapak, lagu 60 an, aku layan je. sbb aku penah terbaca satu artikel, "Orang yg kreatif, kebiasaan nye dgr pelbagai jenis lagu.".tp mmg btol pon kalo nak kreatif, kene la ade banyak differentiation.

mase skolah Air Molek, aku slalu dgr lagu linkin park dgn member aku. dari tgkatan 1-3 mmg duduk sebelah2 meje. slalu kene marah dgn cikgu sbb kuat bercakap dalam kelas. kawan aku tu skarang aku x tau die kat mane. dah lost contact. daripada adik aku cerita, die ternampak member aku tu kerja angkat sampah(dgn lori sampah) skarang. mungkin situasi mcm ni jarang kite dgr. tp hakikat nya, skolah kampung kurang pendedahan dgn dunia2 luar.

member aku tu mase duduk semeja, die mmg boleh dikata kan pandai.tp mase tingkatan 3, same2 x pandai, so aku dgn die pindah kelas Budiman dari kelas Amanah. die mmg rajin r, walaupon dulu die dicemari dgn kes2 yg agak 18sx(slalu gak die nak pengaruh aku, nasib baik iman aku kuat time tu). aku slalu tiru kerja skoolah die, sbb aku ni pemalas nak mampos."man, aku tgok si ***** dah banyak berubah, mesti ko bomoh die nih" nada gurau sorg makhluk kepada aku. aku pon prasan die berubah. waktu PMR mmg rajin stdy same2.

bile naik tgkatan 4 aku dah x same kelas. aku kelas Amanah(Sains Tulen), die kelas Budiman(IT). kat sane, kalo sape2 amik sains tulen, add math, mmg di label sbagai bdak skema la hahaha.biase la bdak kampong. member aku tu still rajin lg datang umah aku bwat keje2 x berfaedah spt maen Play station1, Digimon, tgok wrestling dan laen2. "Man, aku skarang keje man, banyak gak duit aku dapat.(dalam RM30-40)" die kate kat aku. aku pon kagum la, teringin jgak nak keje dapat duit mcm die. bleh beli mcm2. tp sbb kan x same kelas, aku jarang jgak la borak2 dgn die.

x lame pastu aku dgr die berhenti skolah mase tingkatan 4 lepas ayah die meninggal (kalo x silap). x lama die brenti skolah, die dtg umah aku. "man ko tgok nih...." die tunjuk kan aku hset nokia 3310(waktu tu mmg femes giler). aku skali lg kagum. "aku keje ni ade la gak duit nak hidup, mak aku pon x kisah aku keje.bleh bg die duit". lepas tu lame jgak x jumpe die. sampai skarang.........

baru2 ni adik aku cerita , yg die ternampak kawan aku tu kerja angkat sampah.... benda ni x pelik dkat skolah Air Molek. Kesian bile aku kenang kan nasib org lain, n bende ni buat aku bersyukur dgn ape yg aku tempuh dalam hidup. dkat kampong, mmg kurang pendedahan.aku pon x tau tentang kewujudan UTP , sampai la aku dapat surat tawaran EDUcamp, baru aku cakap dalam hati "owh dkat Malaysia ada Universiti Teknologi PETRONAS".itu pon sbb surat tu dalam Bahasa Melayu. mase isi borang online, aku x brape paham pon ape aku isi (sbb english,yup aku x tipu pon). situasi mcm ni , x ramai alami. tu kadang2 aku pelik, segelintir bdak2 UTP x bersyukur pon dgn ape yg ade. xpe la, blom ade kesedaran lg kot. yg penting, aku suke bercampur dgn pelbagai jenis masyarakat. mcm tu jgak lagu, aku suke dgr mcm2 jenis lagu skarang... wee~

aku mmg harap jgak la dapat jumpe die. borak2 n tukar pendapat. tp di mana dia? peringatan diri sendiri dan orang laen, sentiasa berani utk keluar melihat luar tempurung. luas kan pemikiran masing, dan jgn mudah berpuas hati dgn ape yg ada..... tp senantiasa bersyukur..

p/s: maut, rezeki dan jodoh xde sape pon tau. target aku, cari jodoh, tunang, kawen, cari rezeki dan bersedia dgn Maut

Khamis, 28 Ogos 2008

Run time error type 13 finally solved




selama beberapa hari , beberapa ratus barisan kod di belek. rupe nye skit je yg kene ubah. cis.... tp itu la hakikat dalam programming.

hujung minggu yg lepas, aku dgn rakan2 konvoi g UTP. dkat 8 buah kereta kot? alhamdulillah semua selamat sampai dan balik. sbnar nye aku g konvo sbb nak jumpe kengkawan n bdak2 medtech(Media & Technology Club). walau pon intern baru 2 3 bulan, tp sbb rapat sgt dgn bdak2 medtech, tu yg rase mcm lame x jumpe. hahaha. tp mase terhad, x semua org dapat jumpe.

aku datang bwak kerete dan adik2 (Amin dan Azam). saje nak bwak die jenjalan. hari pertama, lepas konvoi ramai2, aku pon dah kepenatan sbnar nye nak tdo kat bilik member. nak kuar kereta pon malas, last2 aku tido dalam kereta dgn enjin kereta & aircond hidup .utk hari esok nye plak, tetiba adik aku nak tdo plak dalam kereta lg, sbb die segan nak tdo kat bilik member aku. last2 esok pg, enjin kereta jd semput. pengajaran disini kalo tido dalam kereta dgn enjin yg hidup, lame2 die jd semput. tp kalo tido dalam kereta dgn enjin x hidup, boleh mati kelemasan dalam kereta. so tdo dalam kereta x baik utk kesihatan.

mase convocation, ade la sorang mamat nih ajak aku g menembak org . so aku pon ikot la tangkap gambar manusia ketika nak convo. bile tgok dieorg rase mcm, bile r aku nak grad nih.tp diri x layak lg nak grad. tp insyaAllah, suatu hari aku akan layak bergelar graduan.

aku sempat jgak la pakai topi ape ntah tu. mula2 org yg amik gambar ni takot nak pakai, die takot di sumpah laknat kalo pakai topi pelik ni hahaha. walau ape2 pon credit kat photog yg amik gambar aku pakai topi pelik tu

masa yg terhad bwat kan aku terhad gak nak jumpe rerakan. antara nya dapat lepak2, dgn senior2 medtech, coursemate bdak2 kaki photo ,tutor lab Object Oriented Programming(Kak Fadz). dan kacau bdak2 komiti convo fair.

nak ucap terima kasih jgak kepada sape2 yg belanja makan tgh ari dan makan malam.adik2 aku pon dapat belanja makan.trimas. walaupon kak fadz x bg upload gambar die, tp aku seorg yg degil kih3. jgn marah ye kak fadz nanti lambat kawen hehehe. kepada yg tumpang kan bilik, trimas gak.(aku menumpang di bilik org)kepada yg dah grad, Tahniah.....

tentang game paintball aku, hancus, lebur hahaha. paling penting, aku sronok jumpe rakan2 , senior, bdak2 medtech, staff UTP.

Untuk barisan kemimpinan baru Kelab Medtech, aku nak ucap kan tahniah. selamat menjalan kan amanah dgn baik. Jaga ukhwah sesama sendiri, sesama kelab lain dan jgak2 org2 lama dan baru.

p/s: banyak pengajaran yg aku dapat bile berborak dgn orang. aku jd seorng yg lebih bersyukur. smoga kawan2 aku, tutor aku, senior aku dan penduduk bumi yg laen tabah dalam dugaan yg sementara ni.

Khamis, 21 Ogos 2008

Semoga Cepat Sembuh kepada sesiapa yg sakit



http://www.youtube.com/watch?v=WCIZo4FPAEI

DSAI= Dato' Seri Anwar Ibrahim

Baru2 ni aku rajin tgok video2 di you tube. skali lg aku tersentuh tgok video DSAI. aku malas nak tulis bende yg directly politik. aku tgok video youtube ni, aku teringat seseorg. dalam video tu pasal DSAI di hospital sakit tulang belakang. aku sedih sgt tgok video tu. 1 aku sedih sbb kesian tgok DSAI sakit tulang belakang. 2 kakak aku penah sakit tulang belakang (hampir sama dgn ape yg DSAI kene).

ye mmg, kalo sape yg xpenah tgok org sakit tulang belakang, mmg x brape faham. aku yg tgok kakak aku terlantar kat hospital (nak angkat kaki se inci pon x bleh) pon masih x faham mcm mane sakit tulang belakang. yg aku tau, setiap hari die nangis. satu family nangis , kecuali aku. sakit tulang belakang ni berkenaan dgn saraf. kakak aku x mampu berjalan, x mampu menelan, x mampu nak menulis , x mampu nak tahan kencing, x mampu terima keadaan bising, selalu terasa renjatan electrik, selalu tercekik sendiri dan mcm2. anda yg tgh baca post ni, penah ke tgok orng sakit saraf?

alhamdulillah, skarang dah pulih sedikit demi sedikit. doctor kate, sakit saraf ni mampu berulang dan lambat sembuh. mungkin amik masa dalam 2 3 tahun utk pulih sepenuh nya. sekarang kakak masih lg jalani teraphy utk penyakit saraf die, sama mcm dalam video youtube tu, rawatan terapi DSAI. ni antara reason aku kenapa aku nak tinggal di rumah(internship di melaka), walaupon ramai kata aku ni nak duduk bwah ketiak emak.

sampai skarang kakak masih lg dalam pantang.waktu kakak tenat, satu keluarga susah payah jaga kakak. ibu x putus2 cari doctor (mujur ibu pernah kerja di hopital, die kenal ramai kawan). ibu lah yg mintak Doctor bwat scan MRI , ayah la yg tanggung semua bill. setiap malam akak selalu kene kejang kaki, badan dan paling aku kesian kejang di tekak. aku rasa mcm x berguna je mase tu, x mampu nak bwat ape2.

video tu lah yg membuat aku terkenang balik peristiwa kakak sakit dalam tahun ini. tu yg kadang2 aku terpikir balik, betol ke saiful diliwat-liwat(berkali2) secara paksa dgn orang yg sakit tulang belakang? berkenaan die bersumpah. aku nak share la kat sini, dulu aku ade kawan(kini bukan kawan lg) yg aku pernah syak die mencuri Hset aku. sbb ada saksi yg nampak, then saksi tu plak tau hset aku mcm mane. dalam telefon aku tanye pencuri tu

"P**** btol ko x curi hset aku?". pencuri tu kata, "btol aku x curi, sumpah demi Allah aku x curi". aku pon x brape nak syak, walaupon kawan2 aku kata mmg die pencuri terkenal. tuhan nak tunjuk, dalam satu kes camera DSLR kene curi, orang tanya die. die x mengaku jgak , pon bersumpah jgak atas nama Allah. tp sbb member aku tu bdak silat dan muke kaki pukul, soal jawab die gune tangan dan kaki je. selepas 3 jam bg makan kaki, tangan akhir nya die mengaku, then pencuri tu bg tau dkat mane die sorok camera DSLR tu. esok pagi nye, member yg pukul pencuri tu, die PM(private msg) aku, "man, aku dah back hand(pukul) org yg curik hset ko". biar la, dah kene buku dgn ruas. yg aku sedih nya, die bersumpah atas nama Allah, tp x mengaku jgak mencuri. dalam kes saiful ni aku x brani nak cakap. pk la sendiri...(yg pasti aku ade pendirian aku sendiri tentang saiful nih)

waktu kakak kat hospital tu ada jgak la kawan2 yg tau, tp x ramai. sbb aku x suke bercerita pasal masalah aku dkat org laen.terima kasih bwat kawan2 yg amik berat tentang masalah aku. yg melawat kakak aku kat hospital pon trimas. dalam waktu tu rumate aku pon exsiden kereta di highway. walaupon dirawat dihospital yg sama , tp x sempat nak lawat selalu. walau ape pon aku bersyukur,dgn dugaan Allah, bwat aku sekeluarga lg kuat. dan aku percaya ada org kene lebih teruk masalahnye berbanding apa yg aku sekeluarga hadapi.

walau ape pon,aku doa kan DSAI sekeluarga tabah dalam perjuangan. walau die sekeluarga dilabel kan sebangai pengkhianat, penjenayah, peliwat dan sebangai nya. aku membaca tentang sejarah mereka. mmg btol, anwar sakit pinggang x keluar TV , surat khabar ke, radio ke. tp kes saiful sakit bontot plak yg banyak keluar, apa da. aku menggalak kan rakyat mengkaji keadaan Malaysia. dalam rukun negara, "Kepercayaan kepada tuhan", skarang ni Agama rasmi Malaysia tergugat, tp soal perkauman yg di tiup. sekian bersedia utk click "publish post".

p/s: lepas kejadian kakak ni, aku tgok balik citer "One liter of tears", baru aku tau Aya x pandai mengahayati watak sbgai pesakit saraf hehehe. sakit saraf ni x bleh dibuat2.

Melawat blog dalam 1 masa

dalam kajian main2 aku, aku dapati kalau aku letak link blog aku kat status gtalk dan tukar status. dalam masa kurang 5 minit, secara purata 2 penduduk bumi akan dtg melawat.
bwat mase ni jumlah penduduk bumi melawat paling tinggi dlm satu masa ialah



ini adalah fakta blog ini .
k tamat utk post mengarut utk hari ini

p/s: ibu kate, kalau penduduk bumi slalu melawat rumah kiter, nanti murah rezeki.insyaAllah. jom kunjung mengunjung

Rabu, 20 Ogos 2008

Penembak Pallet



1st Runner up(
2005)



1st Runner Up(
2006)



2nd Runner Up(2007)

Coming Soon!!!
Paintballerz

mintak2 la menang oi~
(
2008)

DSAI = Tok Janggut

Smalam, ketika office hour, sorang kawan aku pm aku. die tanye, "Man, btol Anwar tu menj*l*k si saiful?". aku mcm tersentak jgak dgn soalan mcm tu, menandakan die keliru. aku pon cakap "aku malas nak cerita, nanti ko cakap aku penyokong die hahaha. kalo ko nak tau, baca la dari banyak sumber, jgn dgr dari satu pihak je". pertanyaan die menjadi tanda tanya buat aku. ramai rakyat Malaysia ni keliru lg ke? kalo nak diikot kan, mase aku kecik2 pon aku kate DSAI(Dato Seri Anwar Ibrahim) ni jahat, yela kecik2 dulu rumah xde computer pon, harap tgok berita jela. bile dah besar aku prasan isu ni mcm semacam pelik. pelik la yg menjadi kan tanda tanya kuat utk aku membaca cerita2 ni dari perlbagai sumber.

hari ni bukak email, ada plak dapat email foward nih, aku biase nye malas nak baca email foward2 melain kan yg ilmiah.tp kalo bacaan die banyak sgt pon aku kadang2 skip lalalala~. nak di ringkas kan cerita, email berkenaan dgn isteri DSAI. bile aku bace, sedih plak, x tau la ni nak pancing undi sedih ke x, yg pasti aku x cukup umur lg nak g mengundi.hehehe. tp saya ingin share kan artikel ni dlm blog saya sbgai renungan bersama. aah agak panjang gak la, tp kalo rajin baca la, jgn harap la artikel ni nak keluar TV. kalo malas, click je button merah di kanan atas yg bertanda "X".

bile lihat dalam situasi begini, aku teringat cerita sejarah, Pejuang Malaya Tok Janggut . beliau pon di gelar pengkhianat dan penderhaka. tp mase tu xde internet, blog xde, radio kurang, tv pon x banyak. so anda yg sedang membaca blog nih, aku saran kan supaya mengkaji dan membaca dari banyak pihak. baca la artikel dari Utusan, Bharian, MalaysiaKini, Harakah, Chedet, DSAI, Pak Lah dan banyak lg.

artikel ni aku baca dari aspek ketabahan seorang Isteri dan Ibu. yela aku kan x minat politik2 nih.baca tu minat la

Baca sendiri Artikel di Sini, malas aku nak letak panjang2 kat blog aku

Artikel kiriman Syafiq Sunny - Pengarang












p/s: ni utk peringatan diri sendiri dan org laen, smalam mase beli barang dapur di Mydin, aku nampak sorg kakak ni selamber kodok je amik segenggam kacang tanah, pastu makan(x bayar). ish3.

“Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah, akan melihatnya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah, akan melihatnya” [99:7-8]

"Aku Sayang Malaysia"

Isnin, 18 Ogos 2008

Negeri Kelantan dan Terengganu Malaysia


firstly nak ucapkan terima kasih kat paklang yg sudi taja cost pergi balik kelantan. mmg kali pertama aku g negeri kelantan dan terengganu. ini menjadi kan negeri yg aku x penah pegi lg ialah, Penang, Sabah dan Sarawak.(kalo ade sape2 yg nak taja bleh la inform aku ye kih kih kih)

nak di mula kan cerita , "trut..trut....trut!!!"(bunyi telepon mase aku nak naik bas), "Hello, iman x bawak camera eh" ibu aku call. aku pon bgtau kat ibu "xpe la bu, td iman soh azam yg bawak kan , tertinggal la tu"...selepas itu aku cuba sedaya upaya membuat adik aku rasa bersalah muahahaha. aku kan abang. argh... aku dah la suke travel sambil amik gambar

sampai kelantan first place skali g tempat serunding production. aku x ingat plak ape name pengusaha tu. tp aku kagum tgok pengusaha serunding nih. label paket serunding dieorg sumer print atas kertas biase. nampak paket plastik tu xde la nampak exclusive sgt(serunding di isi dlm plastik biase). tp adat la, dalam jd usahawan, mula2 mmg la pakai kertas biase, bile dah maju nanti buleh la gune plastik cetakan sendiri.

ape yg aku suke sal Kelantan n Terengganu ni, ramai org meniaga. masing2 ade brand sendiri plak. ade aida butik la, keropok wan kamis, sutera al amin, batik anika pon ade. biase nye org xnak berniaga sbb meniaga ni x femes, kebanyakan nye nak keje dgn company besar2. mula2 brand sendiri mmg la org x brape kenal, nak mencapai tempoh matang utk satu2 brand bukan nye mudah.yela nak jaga quality lg. aku sangat sokong sgt kepada pengusaha2 yg ade brand sendiri. ni akan menjadi kan persaingan sihat dalam berniaga. mane la tau akan datang, mat saleh sume berminat nak beli baju batik, sutera, tudung, dan keropok lekor dari Malaysia. pengusaha tempatan masih lg belom rancak dalam peringkat antara bangsa. aku percaya perngusaha akan matang dalam bersaing. antara contoh pengusaha batik yg aku kenal Gori ,atau pon Khairul Anwar Azahari. g la tgok website die suterasilk.com . kalau borak dgn die, mmg citer business je die. dari die gak la aku blajar mcm mane nak bg business card dkat org laen,(mase casfumal 2008) aku dulu agak segan nak bg business card kat org laen. kini x lg lalalalala~




aku sronok g sane bile borak dgn peniaga sana, kalo time beli barang, nak mintak kurang aku cakap xde "pitih " wahahahaha,antara soalan2 aku lontar kan kat sana, pakcik start meniaga mcm mane?, ade brape cawangan?, susah x meniaga?, kenapa meniaga? er pakcik ade anak prempuan?. masing2 ade jawapan masing2, yela bende tu subjective utk dibincang kan. ada satu tempat kat terengganu, tempat nih jual kropok lekor tepi pantai. aku g la amik gambor 2 tiga keping gune camera pakteh Ipin. lepas tu aku jalan2 la kat tepi pantai, ade makcik tgh makan nasik, aku pon tegur la (Budi Bahasa Budaya Kita). bermula la borak2 yg panjang. cerita sedari anak skolah, kepahlawanan negeri melaka dan juga kisah2 dongeng. dalam cerita punya cerita , aku pon prasan tempat pondok makcik tu kelapa punye la besar, (aku pon buat2 tanye, konon mcm nak mintak la).pastu makcik tu bg aku dua bijik kelapa utk buat benih. masuk dalam bas ramai plak pengkritik bebas "Org laen beli kropok lekor, dak Man bawak kelapa terengganu "... aku cakap, ni cendera hati ni, makcik nelayan tu bagi wakaka.

banyak gak la perkara yg muhasabah aku mase g ikot rombongan tajaan tu. antaranya pembakar semangat utk jd usahawan. selain tu ape yg aku nampak, setiap tandas yg aku g, sume kene bayar paling kurang 20 sen, walaupon tandas tu mcm seminggu x basuh. sekali lg aku nampak rakyat terbeban dgn kos sara hidup yg tinggi.... ape akan jd kalo anda nak kencing tp xde 20sen? pemikiran sesetengah masyarakat masing cetek lg, masih x mampu lg menjana duit sendiri dgn strategi yg btol.

ha aku nak citer skit berkenaan isu kemasukan pelajar bukan melayu kat UiTM, memandang kan chedet pon olah kan isu ni . nak tanye mane semangat Malaysia? sampai bila nak pakai tongkat? Pak Teh aku bekas student UiTM pon setuju supaya student bleh bersaing dari berbilang bangsa. kalo bersaing sesame sendiri je ibarat sekolah yg terdiri dari satu kampung je. aku skolah rendah dan skolah menengah kat kampung , bile masuk UTP, mcm2 jenis org aku jumpe, mcm2 bende aku blajar. housemate pon ade 2 org cina (yg kepala hotak x brape btol sgt wakakaka), we respect each other. makan McD same2, buka puasa same2 ( Zhan peng dgn Kian makan je walaupon blom masuk waktu berbuka), rai kan tahun baru cina sama2. ... harap orang ramai jgn cepat melatah dgn cucukan media massa skarang nih. waktu mase isu ni berbangkit, wartawan tanya pendapat Paklah, Najib, Syed amid albar... aku punye la tunggu bile la MB selangor nak bg pendapat. last2 mmg xde kuar pon pendapat dari MB selangor tu.kene perli lg adala. as alternative, aku pon baca la banyak artikel pasal nih. semoga kita perbetol kan balik pemikiran masing2.

"Aku Sayang Malaysia"

p/s: im not perfectionist, im looking for continues improvement

Jumaat, 15 Ogos 2008

Abang tu gigih dan terbeban, syukuri nikmat sementara yg di beri


memandang kan aku dah rajin tulis2 blog nih. ni kisah yg aku akan simpan utk pengajaran diri aku. smalam ketika tgok (terhenti menaip seketika, ayah call, tanye pendapat nak beli scanner baru, scanner lame dah rosak... ayark). berita tv3, adik aku mintak tolong aku photostat kan keje die. aku dgn kuasa veto nye kate, "kenapa x photostat sendiri?" kemudian die bg alasan "bla3", dan aku tau die malas sbnar nye. kalau dekat UTP, turun tangga menapak 2 3 langkah, jumpe kopetro, kat kampung aku xde mesin photostat, kene g kampong solok gaong, baru ade mesin photostat. di pendek kan cerita aku kerah kan adik aku g skali photostat.


kedai photostat tu xde la besar sangt kecik je. dlm die tanye2 adik aku nak photostat muke surat mane, aku pon nampak mcm ade tripod camera kat dalam kedai tu. aku yg membisu dari td membuka perbualan, "abang ade bwat service amik gambar eh bang?"..brader tu menjawap, "owh ade dik tp alat dah rosak dah. ". aku pon mintak la kebenaran nak tgok bilik die tu, die pon bg. bile aku masuk, ade flash dgn tiang2 skali n tripod yg agak lusuh. "semak skit dik, dah x bwat lg dah amik2 gambar, saya bwat amik gambar passport je" brader tu tiba2 menyampuk.

lepas tu keluar la dari bilik tu(kecik je bilik tu). then abg tu pon sambung lg cerita die. "saya bukak kedai(kecik) ni pon part time je dik, pg sampai ptg xde org jaga. saya keje dkat ******** jd technician. nak carik duit lebih."... aku mengangguk aku tanye die kdai bukak pkol brape?. "Kedai abang lepas balik keje kol 6 lepas maghrib bukak la, ye la waktu skarang nih dah susah. kene carik makan lbih skit, anak2 kang nak makan ape? nak g skolah duit, nak g blajar duit, kahwen kan anak duit, ini jam mati pon duit jgak. tp kan dulu abg ade 1 je mesin photostat nih, alhamdulillah dah ade 3 bijik skarang." aku pon mengganguk kagum dgn kegigihan brader tu. yela pg sampai ptg keje, malam sambung lg. atas usaha gigih die, dah tambah lg 2 aset mesin photostat.

"tula harap2 pilihan raya kali nih ubah kerajaan, kalau negara sendiri pon kene jajah dgn pimimpin yg tamak nak bwat ape?". aku pon angguk2 geleng2 je. (malas plak nak cakap2 sal politik ) kemudian aku pon bwat la alasan nak beredar cepat.malas plak nak citer2 sal politik.

bile balik tu, aku muhasabah diri balik. dulu aku tinggal kat UTP, susah nak tgok keadaan org susah mcm nih........tp aku percaya bila kite dah susah dan tertekan, kita akan usaha utk bangun semula. aku mmg galak kan sgt kalo org nak jd usahawan. yela bukan senang, kene ade experience yang lame utk berjaya.

aku pon nasihat kat adik aku, "len kali kalo nak g photostat jgn malas, besor kan perut je geti". dgn nada kerek, yela aku kan abang .

picture of today, gambar kak zura. selamat pengantin baru , esok dieorg g umah pengantin laki plak

Click sini utk gambar lg

p/s: malam ni aku g Kelantan, buat pertama kali dalam hidup aku g negeri tu muahahaha.

Khamis, 14 Ogos 2008

Ingin Membeli CPU dan D80+SB800

OK kalau tgok tajuk atas tu senang nak difaham kan. sbnar nye aku nak beli CPU yg agak2 boleh bwat video and photo editing. harga dalam arround RM1000(tulisan terhenti seketika sbb supervisor bertanya pasal 1st visit internship............................................... k sambung balik). skarang nih kalo sape2 yg meniaga jual computer, boleh la email kan aku, best spec CPU tu kalo harga die RM 1000. di ingat kan skali lg aku hanya nak beli CPU jer.

Kenapa nak beli CPU jer? sbnar nye nak upgrade computer dkat rumah .slalu nyer digunakan utk video editing dgn foto editing. CPU yg rumah tu still bleh pakai(x ingat plak ape spec, kalo x silap pentium 4 & G-force 4 graphic card). monitor yg digunakan masih lg CRT sronok ape pakai monitor besor2 hahaha. k utk camera DSLR plak, boleh la email kan aku best price. model D80 + SB800, second hand pon xpe. reason nak beli DSLR plak, begini ceritanya......

tersebut la kisah, disuatu hari, dimalam yang tenang, si kakak bertanye kepada si ayah, "ayah bulan 12 nanti **hb ade org kawen x? kawan ain nak bayar deposit utk wedding." si ayah menjawab dgn nada selamber, "xde lg,nak bayar deposit eh, amik la". si kakak pon bergegas amik deposit dari rakan nya....... keesokan pagi yang gelap, kini sudah terang, si ayah bg tau "ain, tarihk tu dah ade org booking la, dah deposit dah pon". si kakak ni pulak menjawab "bla3" (selama 30 minit) . sebagai solusi nya, bile pk2 balik demi pelanggan yg dicintai, nak beli la lg sebijik . memandang kan si adik amik diploma photography, menguat kan kami utk membeli senjata perang itu lg sebijik. sape2 yg ade nak jual sejata api tu, boleh la respon ye..... terima kasih.

gambar hari ini, Family angkat kat melaka. ye betol kami muhibah, ade Abg long dari Sudan hehehe. Si Fared plak lame x jumpe, dgr citer die nak belanja aku makan hahahaha

p/s: fuh, gile mengoreng aku mase first visit dgn Dr. Rosdiazli. nasib baik Christine dgn Kak Ros cool je hehehe. sorry kepada plant SV CUBIC Electronic Sdn Bhd

Rabu, 13 Ogos 2008

Terpandang

Hari ni aku terpandang kakak yg baru kawen tu, bawak baaanyak air tin tongkat ali. erk
p/s: abai kan, post ni mengarut je

Selasa, 12 Ogos 2008

Seketika x g lunch ketika lunch hour

kalo pk kan nak g cafe, malas nak g sbb kene lalu security. security cubic nih semacam skit. smalam (mcm biasa) aku g cafe. then kene check dgn security. die check gune alat pengesan besi. mcm dekat airport la plak. policy Kilang Cubic ni , x bleh bawak camera, hset , mp3 atau pon ape2 storage. kebiasaan nye aku letak la memory stick adaptor dkat dalam wallet aku.

nak jd kan cerita, security sorg ni mmg la strict dalam check. then die soh la aku bukak wallet keluar kan ape yg patut. then die tanye "apa ini? ini company punya ka?". aku cakap dgn relaks, "ini sendiri punya". then die nak amik kad pekerja aku. aku pon tenang je (tp dlm jantung macam nak pecah je , mati aku kalo SV tau nih). dalam kehidupan seharian ni, mulut nak kene manis berbicara. selepas 2 3 kali pujuk, die pon termakan pujuk rayu aku hahahaha. so terlepas la aku dari ke strict kan pak gad itu. tujuan kilang ni bwat pemeriksaan mcm tu sbb dieorg xnak ade org copy pattern product dieorg. mcm tu la kehidupan seharian bile intern kat kilang nih.

bile intern kat kilang, dieorg amat tekan kan tentang disiplin. aduhai, aku plak kurang disiplin skit. tp stakat nih xde masalah disiplin lg. 2 org bdak MMU dah kene marah dah sbb dtg lewat. mmg ikot kan hati x nak aku intern kat Kilang, sbb dah tau environment kilang tu x best. aku accept tawaran CUBIC ni pon sbb dekat dgn umah aku, then kakak aku x brape sihat. die penah kene penyakit saraf dan x bleh gerak kan satu badan. tp ujian tu seminggu je, alhamdullilah kakak semakin sihat. dan dah bleh amik gambar wedding seperti biase.

ha sebut sal wedding nih, aku nak upload r gambor2 wedding kat blog. asik kat FP dgn flickr je. utk pengetahuan, cahayanika ni adalah rebranding dari Talib video. ape kemende talib video nih? dah aku dah malas nak sambung. nanti2 jela aku tulis.

cat kaler laen

yesterday I learn a lesson. When you do business, its all about mutual benefit.
customer always right, but you have to know your right.
deal professionally , act cautiously

p/s:hari ni aku cat blog aku kaler choklat. layan jela

Jumaat, 8 Ogos 2008

name domain utk blog

mase awal2 dulu aku bwat blog, cume la sbg bahan peringatan ketika aku alpa, lupa , ilang smangat, ilang ingatan... then skarang ni aku lebih suka tulis berdasar kan pemikiran aku. so kalo ade org kate aku yg salah , aku akan baca balik dan cuba kaji balik betol ke pemikiran aku nih? ke aku salah pk? ha mcm tu la gamak nye

dan skarang, blog aku bleh di capai dgn menaip dan click

nuriman.cahayanika.com


p/s: hari nih tarikh 080808 lalalala

Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari suka sama suka

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

sumber


Punishment for committing carnal intercourse against the order of nature

377B. Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.

sumber

ala, dah suke same suke, x yah la report2.x baik maen kayu tiga dgn tunang, kalo report dari awal sampai akhir sama, xpa gak. ni ubah2 plak last2 minit. haiya

konon nyer http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/ ni blog si saiful(x tau la, sbb aku x penah lg dgr saiful bukhari beri keterangan, asik2 peguam die je yg bg keterangan), bile baca komen, die banyak kene kutuk je berbanding org beri sokongan. especially student Uniten yg kenal die, ramai x brape berkenan dgn perangai die. k r x nak cerita2 aib org lg cukup utk satu post hehehe. tp suke plak baca artikel2 nih, kadang2 x logic pon ade gak hahaha.

p/s: wah seronok plak baca isu politik sejak akhir2 nih. banyak artikel aku bace, termasuk la artikel dari luar negara.ye la nak tau gak ape pandangan orang asing terhadap malaysia.

"Aku sayang Malaysia"