Kalau dulu bermula dengan fotopages.Kemudian diikuti dengan wordpress
Sekarang dah ade domain sendiri
www.sepitbaju.com
dah tambah 2 orang baru. InsyaAllah pasti ada perkembangan dari masa ke semasa
Sepiterz
- Izzat Helmy
- Nuriman
- Azinuddin
- Amir Hamzah
- Aalim (new member)
- Amirul Azizi (new member)
Memaparkan catatan dengan label Sepit baju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepit baju. Papar semua catatan
Selasa, 17 Mac 2009
Dah ade domain - Sepit baju
Topik berkaitan
Pengumuman,
Sepit baju
Selasa, 4 November 2008
Sepit baju di wordpress

Kami sudah ada wordpress. Ape itu sepit baju? nanti aku share kan info tentang sepit baju.

Gambar di atas merupa kan salah satu gambar terawal sepit baju. Model Amirul Azizi, juga dikenali paker. kebolehan mampu terbang di dalam bilik

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com
Topik berkaitan
Photography,
Sepit baju
Isnin, 3 November 2008
Hujung minggu yang kurang tidur - Yan Besar Kedah
Sebelum aku tidur, teringin nak post kan artikel berkaitan minggu ni. Aku baru sampai rumah dalam pukul 9pm tadi dari melaka >putrajaya >Kedah >KL >putrajaya >Shah Alam> Melaka. Hujung minggu kali ni aku pergi ke Majlis perkahwinan Ms Rohkmah. dan Syamsul . Sebenar nye aku ada ambil gambar di Melaka, tapi aku mintak jasa baik ayah untuk skip dan join sepit baju pergi kedah. Memang tak sia2 perjalanan pergi Yan Besar, Kedah. Walaupun aku sedar diri ini yang kian serabut dengan, kerja bertambah serabut lagi bila pergi travel. Tapi aku teringin sangat nak buat perkara yang aku minat. Kali ni jadi combo terus, Fotografi dan travel. Ape lagi, layan la pergi jalan.
Aku rase macam tak sempat nak upload gambar2 dalam minggu ni. Itu sebab la aku nak buat artikel ringkas tentang perjalanan sepit baju ke Kedah. Siyes dah lama tak amik gambar same2 dengan dieorang, amik gambar malam2, lompat2, aksi bengong2 pon lame tak amik.
Terima kasih kat Zhee, Ejat kerana memberi aku peluang untuk berteduh selama 2 malam. Terima kasih gak kat Coordinator(lantik diri sendiri), Amir lebat yang telah membawa kereta vios nya ke Kedah dengan meminum lebih kurang 5 air tin tongkat ali dan redbull.
Terima kasih kat Zhee, Ejat kerana memberi aku peluang untuk berteduh selama 2 malam. Terima kasih gak kat Coordinator(lantik diri sendiri), Amir lebat yang telah membawa kereta vios nya ke Kedah dengan meminum lebih kurang 5 air tin tongkat ali dan redbull.
Secara ringkas nya cerita dari Yan besar
Petang selepas balik dari kerja, menuju ke putrajaya, rumah sewa mewah Pokjat dan Zhee
Sampai kat putrajaya malam, dan syaitan berdua tu ajak menembak malam. Dah lama aku tak menembak malam2
Lepas pukul 12 polis menghalau kitorang, bagi membendung budaya lepak sampai malam
Malam tu bantai borak sampai pukul 3 lebih. Amir masih tak datang, sebab tak balik dari office lagi. Kalau tak silap die di calon kan sebagai pekerja sementara paling rajin. Tu sebab overtime keje sampai pagi
Baru terlelap dalam sejam, Zhee kejut dalam kol 5am bertolak ke Kedah.
Tak boleh nak salah kan pemandu, kereta yang di naiki memang kereta lumba
Menuju ke Kedah . 4 lelaki bujang 1 misi. Pengembaraan fotografi
Singgah sebentar di pekan Penang, beli hadiah kahwin Ms Rokhmah tapi terlupa amik gambar hadiah
Sampai di area Yan Besar, singgah di Masjid untuk mandi dulu supaya kelihatan lebih hensem dan bergaya di khalayak ramai
Kami terjumpa papan tanda "ke rumah Dr Shukri". Nampak nya tempat yang dituju semakin hampir
Sesudah sampai, kami disambut mesra oleh ayah Ms Rohk, Dr Shukri. Segan jugak mula2 nak datang. Yela cume kenal Ms Rokhmah je mase majlis tu . Tapi rupa2 nya ramai jugak pensyarah2 IT /IS dan staff UTP datang sekali. Elok la, ade la jugak orang yang kenal


Menuju balik. Dalam perjalanan balik ade plak manusia yang mengidam nak minum air nira. Tak cukup air nira, beli plak jagung. Jika gambar di bawah anda amati, anda pasti tahu manusia mane la yang mengidam makan jagung dengan air nira. Memula takut nak minum air nira sebab ade orang kata air nira boleh bawak mabuk. "Tak ada mabuk pun". Kata makcik penjual tu , "jagung ni manis". Namun begitu, jagung makcik tu memberi pengalaman baru buat Amir, yang mana pertama kali dalam seumur hidup die makan jagung tak sedap

Lepas tu singgah sawah untuk sesi amik gambar sawah di kedah.
Antara aksi yang di tembak

Kamera filem zhee juga antara mangsa model di sawah
Akhir nya sampai ke putrajaya dalam pukul 10pm. Aku tidur lagi satu malam di rumah sewa mewah . Esok pagi , dalam pukul 9am aku pergi ke Unisel, Shah Alam melawat adik aku, Nuramin yang baru 2-3 bulan kat kampus tu. Macam2 kerja seni dia tunjuk. Antara yang aku kagum product "Pelangie" dan Lukisan tangan burung helang 12' x18' inci. Tengahari aku dan adik aku lepak di McD sambil berbincang mengenai Cahayanika. Buat masa ini cahayanika dalam proses mencari konsep dan logo baru. Segala perubahan2 cahayanika adalah berdasar kan buah pendapat ramai.
Terima kasih di ucap kan kepada yang telah memberi pandangan, buah pendapat, kritikan pedas tahap muntah hijau dan juga kutukan berapi 7 petala langit. Aku amat mengalu2 kan komen yang membina dari pelbagai jenis makhluk.
Begitu lah antara kisah ringkas dalam perjalanan crew sepit baju ke Majlis perkahwinan Syamsul Nizam dan Siti Rohkmah. Dah lama aku tak menembak sama2 dengan sepit baju. Aku akan update lagi gambar2 di sana. Buat masa ni update yang simple je dulu.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan Majlis perkahwinan di
Sepitbaju fotopages
Sepitbaju wordpress
Anda juga boleh mengikuti perkembangan Majlis perkahwinan di
Sepitbaju fotopages
Sepitbaju wordpress
p/s: penat...........................................................
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com
Topik berkaitan
cahayanika,
Kembara,
Sepit baju,
UTP
Sabtu, 1 November 2008
Yan Besar, negeri Kedah - Sepiters
Topik berkaitan
cahayanika,
Photography,
Sepit baju
Langgan:
Catatan (Atom)
