Rabu, 10 September 2008

Terbaca teka teki mengarut

Hari ini aku terbaca teka teki mengarut. kalau anda hebat cuba teka jawapan teka teki ni.
Soalan : Kalau seorang diri, sendiri tau. Kalau berdua , dua-dua sama tau. Bertiga ,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?

Jawapan:
fikir dulu masak2 jawapan die. kalau dah tak de idea jawapan die, sila cari jawapan dalam gambar INI
p/s: abai kan post ini mengarut
nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

Apa rawatan penyakit demam Chikungunya ?

" I have to take care of my father. He just got Chikungunya fever and his movement is limited "

itu yang aku bagi reason dalam leave application nak amik cuti smalam. Demam Chikungunya ni merupa kan penyakit yang menyerang sendi2. virus ni boleh dapat dari gigitan nyamuk. macam mana virus ni merebak? tengok sendiri diagram kat bawah ni.

Merbahaya ke penyakit ini?
setakat dari apa yang aku baca, kadar kematian sangat sedikit. tetapi untuk warga tua yang menghidap penyakit ini berisiko tinggi dengan kematian.

Cara rawatan
tiada lagi Vaksin atau pun ubat yang khusus dalam menyembuh kan penyakit ni (buat masa sekarang). setakat ini, ayah aku cume makan panadol, banyak kan rehat, banyak kan minum air masak, dan cara lain yang boleh reda kan demam.

Simptom
paling biasa-demam,sakit kepala, keletihan, loya, muntah, ruam, sakit sendi dan otot. simptom-simptom boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu

Nak kongsi bersama
mula2 ayah ade mengadu mase solat terawikh die ade sakit2 sendi nak ruku' dengan sujud. tak lama lepas tu die kata pulak yang die susah nak genggam tangan, bile die genggam tangan je rasa sakit. segala sambungan sendi2 dia sakit. lepas itu, mase nak sahur, dia mengadu pulak sakit2 badan, nak bangun dari baring tak boleh , nak suap nasik masuk mulut pon die cakap susah dan sakit.sebelum ni aku and family gelak kan die kene kurap dekat belakang badan, yela ade seketol kat belakang badan, then rupa2 nya tu kesan gigitan nyamuk pembawa Chikungunya.

waktu subuh tu aku perasan suhu badan ayah aku semacam je panas. ayah pun pergi masuk tidur, aku pon bertambah curious dan terlintas pulak nak cari artikel Chikungunya. sampai siang aku baca, setakat ni simptom ayah dengan chingunya lebih kurang je, tapi macam tak banyak. so aku suspek la ayah memang sakit tangan (sebelum ni ayah operation tangan dan tak boleh angkat tangan jugak). lepas tu dah nak pergi keje, aku pon jenguk la ayah yang tengah tidur tu

aku perasan badan die macam makin panas. badan die hampir satu badan mengerutu mcm kene ruam. aku pon dengan selamber kodok kejut ayah aku, "ayah kene demam Chikungunya la, tu la dulu kate rumah kite nyamuk jinak2." ayah aku balas senyum je sambil mata pejam.

memang waktu tu dah gembar gembur pasal penyakit ni. tak suspek plak ayah kene, sebab family kitaorg tak pernah kene penyakit berkaitan dengan nyamuk. setahu aku la, nyamuk kampung jinak sikit dari nyamuk2 bandar. tapi rupa nya tak juga. dah name nyamuk, pembawa virus la jawabnye.

lepas tu aku pon telepon Supervisor aku Kak Ros. "hari ni tak dapat datang kerja, ayah kene demam chikungunya" "ha ok, satu hari?" tanye kak Ros. "aah" aku balas. dalam hati aku, wa best gak dapat cuti.habis call tu aku pon mula kan operasi nyamuk, iaitu membuat pembakaran secara terbuka besar besaran di belakang rumah aku. membuat asap dengan bakar sampah daun2 kering mampu menghalau nyamuk di kelapa sawit dan kebun2 getah di belakang rumah aku dalam radius 100 meter.

malam tadi kakak check suhu ayah guna termometer. suhu demam ayah dekat 40-41 darjah Celsius . mula2 kakak suggest hantar ayah pergi hospital, lepas ibu call kawan2 die dan klinik Jasin, dekat hospital dengan klinik tak ada ubat pon. cuma rawat macam pesakit demam denggi je. so , decided, ayah tak masuk hospital. tuala basah di letak kan di kepala, leher dan badan untuk kurang kan panas demam ayah. kalau demam terlalu panas, mata boleh jadi kelabu. sebab sebahagian besar mata kita terdiri daripada protein, boleh masak macam telur masak .cume tak boleh di makan macam telur masak je. selain tu demam yang terlalu panas pon boleh memberi kesan dekat otak. jadi kawal demam pesakit kalau demam terlalu panas. suhu normal badan manusia 37 darjah celcius, demam biasa 38 darjah celcius, demam luar biasa lebih dari 38 darjah celcius.

bak kata pepatah, air yang tenang jangan sangka tiada buaya. kampung yang nyaman jangan sangka tiada nyamuk Chikunguya. ada beberapa negeri macam johor, melaka perak yang ade virus ni. tapi jangan lupa pepatah tu, negeri mana2 pon boleh merebak. walaupun demam ni sangat rendah kadar kematian, tapi kadar yang terkena penyakit ni tinggi. si pengidap pula akan terseksa dengan sakit2 sendi. betul , nampak terseksa.

di sini aku lampir kan sumber2 dalam bahasa melayu yang boleh dijadi kan rujukan tentang virus ni.
sumber 1
sumber 2
sumber 3

p/s: hari ni bday amir ahli sepit baju yg lebat~ dan aini fadilah. kalo x silap la, happy bday~

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Isnin, 8 September 2008

Tekanan emosi dan si pendengar yang ikhlas

Dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari tekanan
semua orang mengalami tekanan masing2.
masing2 akan akui tekanan yang di alami lebih hebat dari orang lain,
di luah mati emak, di telan mati bapak
tangani tekanan dengan cara yang sesuai dengan diri
walaupon masalah boleh dikongsi
sayang sekali tekanan tak sama sekali
caranya di tangan sendiri
si pendengar yang ikhlas memahami
hanya mampu meringan kan tekanan emosi



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

p/s: kalau tak silap aku, waktu sekarang student life banyak ujian.mula la tgok status2 sedih kat gtalk...mase sibuk dgn kelab dulu, brapa banyak fake smile yg aku bwat utk create another smile.tp dulu ramai gak orang kate kat aku, "iman caiyok2~" ahahaha ape2 je la

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Sabtu, 6 September 2008

Group Flickr : Haiwan di Malaysia

Semalam aku baru je create public group flickr
Haiwan di MALAYSIA.
Sape2 yang berminat dengan haiwan, join la group tu.
aku memang suke tengok haiwan2. tapi tak pernah ada haiwan peliharaan sendiri. ayah je yang rajin bela. Aku harap dapat tengok gambar2 haiwan yang jarang orang Malaysia tengok. sebab ape? aku suke tengok haiwan lalalal~

p/s: menghayati ciptaan Nya
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Jumaat, 5 September 2008

TV3 - Dr Osman Pusrawi doktor liwat yang berani

Semalam sedang sibuk aku tolong ibu setle kan juada puasa, aku terlupa pulak nak tengok Edisi 7. Selepas berbuka dengan lauk masak asam daging, aku pon tunggu la berita buletin utama. keluar la pasal Dr Osman. dari berita tu aku dapat statement dari dia,
"Saya hanya melakukan tugas saya sebagai doctor ,dan tidak terlibat dalam politik. Saya hanya bercakap benar dan tidak pernah melanggar etika professional"
aku pon kurang berpuas hati la sebab kenapa pendek sangat ulasan Dr. Osman .(dah faham dah dengan tabiat berita TV3 ni)
td lepas subuh, aku pon surf la blog si hanief. dalam malaysianews ada juga akuan Dr Osman yang tajuk nya "Pakar Liwat Muncul". Berita Edisi 7 tu panjang sikit berbanding Buletin Utama. juga ada statement ini



"Saya mengesah kan ia adalah salinan benar akuan bersumpah saya dan kandunganya adalah betul"

lepas tu dengan panjang aku cakap "oooooo ok "

walau ape2 pon terima kasih la dekat hanief nih, aku tak sempat nak tengok edisi 7 semalam hohoho

walau apa pon tindakan Dr. Osman ni aku kagum. tak ramai pihak sekarang ni yang berani kerana benar.


p/s: Nik Aziz cakap kasar, Hadi tu menakut kan, Anwar jahat, Mahathir je betul. tp skarang persepsi tu dah berubah. Nik Aziz hebat orangnya tak seperti yang digembar gembur kan. aku sekarang lebih kagum dengan pemimpin2 pakatan Rakyat. Nizar, Nik Aziz, Anwar, Hadi, wan Azizah, Lim Kit Siang. kagum dengan semangat juang mereka. Ali Rostam pun ok jugak(peramah) rajin turun padang ambil tahu hal rakyat Melaka. so tugas rakyat, pilih la pemimpin2 yang betul2 boleh mencorak pemikiran rakyat.


"Aku Sayang Malaysia!!!"

Khamis, 4 September 2008

Upin & Ipin - Setahun Kemudian


Ok esok upin ipin start Jumaat, Sabtu & Ahad pukul 7 pm, di TV9.
kalau terlepas boleh tengok di you tube LCP
p/s: cuba mendisplin kan diri dari penggunaan short form

Cis

cis smalam bleh aku ter delete widget2 di blog aku. takpe nak raye mesti kene cat blog.
p/s: blog underconstruction buat mase ni

Selasa, 2 September 2008

Sejuk - dialog 1 Ramadhan 1429 H


buy me
Originally uploaded by cahayanika

"man rase x kaki akak?"
"sejuk,knape?"
"akak sakit pinggang skit"
"nah baring btol2", sambil bantal dihulur
"dah brape lame x pegi terapi?" ayah aku tanye
"2 kali kot skip" balas kakak ketika baring
"esok jgn bwat keje berat2 mengecat semua" ibu plak berpesan
"........." die berdiam

p/s: cubaan post blog guna flickr. erk x lawa plak template die