Sabtu, 22 Ogos 2009

Pengalaman aku di pusat kuarantin H1N1 Duyong, UTP - Pengalaman baru

Photo by Zhee: Zaman mase sihat2 di kala waktu convo 2009


Baru2 ni aku agak sibuk dengan aktiviti2 dan aku jarang tulis blog. Setelah berminggu2 lame nyer aku tak dapat meluang kan mase dengan blog aku ni. Lepas hari ke 5 kuarantin, hari ni aku dah sihat skit, bleh la tulis2. Lagi pon aku dah boring tahap cipan . Jadi aku nak share la pengalaman macam mane boleh terjebak dengan wabak H1N1 ni. Aku cuba la tulis seringkas yang mungkin untuk kongsi benda2 yang boleh di kongsi

Mintak2 la adik yg aku jumpe kat convo ni tak kene H1N1

Kronologi sebelum berjangkit
- Aku pergi PC fair, ipoh, dan jumpe2, lepak2, makan2, amik gambor2, dan duty jadi cameraman mase convo dinner
- Mase convo dinner, aku berdiri paling rapat dan paling lame sekali dengan Tun Mahathir (aku rase ni paling tak related skali dalam kronologi aku hahahaha)
- Kuat bercakap jadi kan aku mudah kene kot- Aku tak sanggup tak jumpe member2 aku yang nak grad. So aku jumpe seramai yang mungkin mase convofair 2009
- Pergi amik gambar Aizat perform mase convo fair 2009 malam ahad.
Lepas amik gambar Paker dan peminat nya, malam tu aku terus batuk


Simptom yang aku alami

- Simptom dari website
- Simptom aku (batuk tiada kahak, demam, selsema, lemah2, pening2)
- Aku yakin giler aku tak demam. Tapi rupa2 nye aku memang demam
- Malam Ahad aku batuk, Isnin aku batuk2, pening2 dan lemah badan, selasa aku pening2, batuk, demam, lemah badan
- Pergi klinik UTP hari selasa, Doctor dengar je simptom tu, terus aku kene kuarantin tanpa bicara.


Rutin harian semasa kuarantin

- Setiap pagi hari, pesakit yang di kuarantin perlu buat check kesihatan dan rawatan di Klinik UTP.


Hari pertama

- Hari pertama boleh gelak2 lagi, tak prasan pon demam
- Malam kat duyong cuma boleh tido 2 jam sebab terbatuk2
- Suhu aku 38.2


Hari ke dua

- Badan aku agak lemah skit, ade rase tak selesa kat bahagian dada, tapi tak prasan. Aku tak explain pon dada tak selesa sebab tak prasan
- Doctor bagi ubat asma dan nebulizer
- Hari ni memang aku layan tido je sebab rase penat giler. tido pkol 10, bagun pukul 7. Kalau aku celik mata mesti batuk
- suhu aku 37.8


Hari ke 3

- Hari ke 3 memang hari puncak aku rase aku teruk, tapi depan member2 aku bwat cool je
- Aku celik je mata, aku batuk bersambung2 paling teruk lepas aku mandi . Batuk berterusan dari 7am -9.30am
- Kalau orang sihat nak cuba rasa batuk aku tu, korang cuba batuk bersungguh2(tanpa kahak) tanpa berhenti selama 30 saat kemudian rehat 30 saat dan ulang semula. Lebih kurang macam tu la rase die
- Tambah teruk lagi, aku rasa sakit sangat kat dada. Rase macam dah nak terkeluar air mata jantan aku. Aku pejam je mate sambil tangan letak kat dada.
- Waktu tu aku rase fikiran aku bercelaru Aku pun dah tak ingat ape aku fikir waktu tu
- Bile naik van ke klinik pagi tu, aku rase macam aku sorang je batuk teruk
- Before jumpe doctor, aku ingat nak tipu je mase amik suhu badan, nak letak tgh2 ruang lidah skit, sebab tak nak duduk kuarantin, bile fikir balik better follow procedure rawatan betul
- Suhu aku 38 hari tu
- Doctor kata paru2 aku makin ketat (aku pon blur, nak kene tukar size paru2 ke ape ni?).
- Doctor tanye sama ada aku ada astma atau pon merokok, dan aku cakap dua2 pun tak
- Doctor cuma bagi rawatan nebulizer dan Chest Purcussion.
- Lepas balik dari klinik, aku rasa macam tak puas bernafas dan nafas pendek2. Batuk tak payah cerita la, celik je mata mesti aku layan batuk. Al maklum la selain jadi agent Celcom broadband, aku jugak jadi agent H1N1, cume tak dapat komisyen je hahahhaa
- Malam ke 3 aku cuma tido 3 jam bukan sebab layan drama Nur kasih atau pun mane2 drama korea, tapi sebab batuk.
- Hari sebelum2 ni, member2 aku memang layan gelak je aku kene kuarantin, hahaha aku layan je balik gelak dieorang, kate member2, tambah plak aku jenis tak sensitif. Tapi untuk hari ke 3 ni, gelak aku sume tipu. Aku jadi sensitif giler kalau orang gelak kan aku kene kuarantin (sebab aku start tak suke kene kuarantin). So aku belajar sesuatu, orang sakit akan jadi sensitif walau pon orang tu tak sensitif pada zahir nye


Hari ke 4

- Macam hari sebelum2, celik je mata aku batuk. Senang cerita aku terbangun sebab terbatuk
- Secara jujur nye aku kepenatan sebab tak cukup tido tambah badan lemah2. Tapi aku memang dah biase dengan semua tu, dan aku rase mcm tak kesah sangat pon badan aku penat.
- Suhu aku 37.8
- Mase Doctor Saadah check dada aku dengan stethoscope, die mengeluh "Kenapa ketat giler paru2 awak?" , aku cakap la "err saye tak ketat kan pun screw paru2 saye Doktor". Lepas tu doctor tu buat reaksi yang aku sendiri tak bleh agak ape reaksi die hahahaha
- "Nuriman, dalam family awak ade tak yang kene Asma, diabetis, jantung, darah tinggi or kencing manis?", aku jawap "Adik beradik saye sume kene, kecuali saye sorang, saye la paling sihat dalam family". Doctor kate "patut la, paru2 awak paling ketat sekarang ni, family awak ade sejarah asma". "Yeke doctor? dikalangan budak2 kuarantin ni paru2 saya paling ketat?". Doctor tu angguk sambil pejam mata mengiya kan respon aku. Aku pon gatal tanye lagi doctor "Saye ni kemungkinan positive H1N1 ke doctor", Doctor pon angguk sambil pejam mata mengiya kan respon aku. Menggigil tangan aku, tapi tangan aku memang dah 2 3 hari menggigil pon sebab kesan ubat.
- Pagi tu, Doctor bagi rawatan nebulizer dan Chest Percussion lagi. Petang pun aku kene datang untuk rawatan lanjut. 5 orang dari 20 orang yang kene kuarantin (jumlah mase tu) datang petang untuk rawatan selanjut nyer
- Doctor jugak tak benar kan aku semayang jumaat dan sembahyang terawikh berjemaah kat masjid. (first time tak semayang jumaat sebab uzur )
- Hari ke 4 aku dah rasa dah dada aku sakit bile bernafas, nafas pun pendek2. Kalau sebelum2 ni batuk je, kali ni aku rase combo batuk + sakit dada.
- Petang tu 5 orang pesakit kuarantin (Echa, farid, Faiz, lisa, aku) pon pegi la klinik. Doctor still kate paru2 aku ketat. "Nak kene tukar paru2 size besar ke doctor?", aku melawak. Dr Saadah tak respon, tapi berkerut sambil pegang dahi (tak kene timing ke lawak aku?).
- Doctor pon decide untuk inject aku, tak ingat ape name injection tu, tapi doctor kate injection ni function die lebih kurang nak merangsang paru2 baby yang baru lahir supaya dapat berfungsi dengan lancar.
- Lepas inject, doctor pesan aku dan 2 orang lagi pesakit untuk rawatan selanjut nya malam ni (iaitu malam semua orang terawikh)


Ubat dan rawatan yang aku terima

- Nebulizer (untuk orang2 asma, walau pun aku bukan orang asma)
- Chest Purcussion (Part tepuk tu best, tapi part nurse suruh batuk tu yg tak best)- Ubat batuk (tapi tak berkesan sgt pon)
- Ubat asma (walaupun aku tak asma)
- Ubat cair kahak
- Ubat pain killer
- Ubat antibiotik



Hari ni hari ke 5 aku dah keluar

- Hari ni aku rase macam dah beransur pulih lepas kene suntik. Dada pun dah selesa batuk pun dah kurang. Harap2 terlepas dari kuarantin, dan parent aku nak amik aku ari ni. Parent nak amik student UTP yang kene kuarantin perlu la dapat surat perlepasan dari Doctor klinik UTP dulu dan terima ceramah skit dari doctor.
- Suhu aku 37.2
- Doctor kate aku masih kene kuarantin lagi sampai esok (adeh), tapi aku explain parent aku nak amik, Doctor kate suruh jumpa dengan dia dulu.
- Ibu aku nurse, die pon goreng2 kat rumah ada alat2 sume, dan akan bwat treatement kat rumah yada yada yada. As result, doctor discharge aku arini. waaaaah~
- Bile dapat sijil cuti sakit, aku rase macam dapat segulung ijazah je hahahaha
- Bile nak kemas2 barang di tempat kuarantin, aku decide nak mandi dulu. Dan aku tau kalau aku mandi mesti batuk teruk. Dari bilik air ibu aku dengar bunyi aku batuk, ibu aku bagi aku nebulizer, baru aku rase lega. Bile bukak bonet kereta, macam2 ubat ibu aku standby.

Aku batuk teruk lepas mandi, ibu aku terus bagi nebulizer dan terus lega. Side effect tangan menggigil

Terima kasih
Aku dah tak risau pasal Final Year Project(FYP) dan sume pasal academic mase sakit, aku fikir bile la nak abes dugaan ni. Tapi setiap dugaan yang aku terima dari Allah, setiap kali tu la aku akan jadi lebih mengenal erti rendah diri. Skarang ni dah sihat2 skit, tetiba dah start risau2 pasal FYP dengan study, adeh.

Kini aku di kuarantin kat rumah, dan tiada lagi stripe putih dan merah itu


Terima kasih Allah. Terima kasih kat keluarga aku. Terima kasih kat Din dan Ejat yang sudi hantar kan barang2 keperluan aku mase kat tempat kuarantin. Terima kasih kat Doctor dan nurse2 yang layan kerenah aku time sakit. Terima kasih dekat kawan2 lain yang banyak bagi nasihat, kad "Get well soon" dan kata semangat. Terima kasih jugak mereka2 yang menghibur kan hati aku tatkala kene kuarantin nih. Last but not least, rakan2 seperjuangan di tempat kuarantin, kite rock beb~

Semoga pengalaman aku ni bleh jadi sumber informasi tentang penyakit H1N1 kepada masyarakat Malaysia. Aku jugak nak ucap kan selamat menunai kan ibadah puasa kepada ummat Islam. Puase jangan tak puase.

p/s: masih batuk tapi tak demam dan kuarantin diri di Melaka


Khamis, 30 Julai 2009

Status H1N1 UTP - dari khabar angin

Kakiphoto : Kempen mari pakai topeng, kaching~ Mask man~

Aku baru je terima email dari 2 orang kawan tentang status H1N1 di UTP. Aku rase ramai student UTP tertanya2 brape ramai yang confirm kene H1N1? brape ramai yang kene kuarantin? Bile lagi UTP nak tutup? Buat masa ni pihak UTP belum lagi mengeluar kan apa2 pengumuman rasmi berkenaan dengan status H1N1.

Aku nak share kat sini, email yang aku baru terima. Tujuan aku nak kongsi sebab nak meningkat kan tahap kepekaan terhadap virus yang di katakan mudah tersebar. Anda di nasihati supaya tak mempercayai bulat2 tentang artikel yang aku kongsi ni. Amik info2 yang bermanfaat bagi mengurang kan penyebaran virus ni.

Dear Staff,

As of Wednesday 29 July 2009, the Ministry of Health has reported a total of 1,266 H1N1 positive cases with 4 fatalities (574 import and 692 local). WHO has also reported a total of 169,753 cases of H1N1 and 1,125 fatalities among the 159 countries affected.

In UTP, we have started to screen and isolate students who are showing symptoms of Influenza-Liked Illnesses (ILI). Under the advise of Dr Saadah from UTP Health clinics, we have placed 73 students (52 males and 21 females) under quarantined in Duyong (old V5-males) and Village 2 (females). They continue to be observed and receive medical treatment from UTP Health Clinic Officers. Some of the students have recovered and released from being quarantined but continue to receive high number of new cases.

We have taken and sent 5 throat swab samples of the students with serious conditions for further analysis by the Health authorities and waiting for the results sometime soon. We will continue to monitor the situations and work closely with UTP Health clinic and District Medical Office (Perak Tengah). We will assist in providing facilities and support in Duyong (80 beds), V2C (64 beds) and house (16 beds).

Personnel from various departments (Residential College, HSE, SSS, security, administration and others) have provided full commitment in supporting the need of the students. We will also require volunteers to further assist us in providing support for the students who had to be quarantined.

Please continue to observe the need to monitors your health and maintain a good personal hygiene. Practice social distancing and avoid going to crowded public places to avoid possible spread of the virus.

If you develop the symptoms of ILI (high fever, sore throats, body ache and difficulty breathing), please seek immediate medical attention and follow the advise of the attending doctor. Wear the facemask to avoid further spread of the virus and impose a self quarantine if required.

Dr Mohd Noh Karsiti

Chairman H1N1 Taskforce.


Untuk pengetahuan salah seorang housemate aku dah kene kuarantin di blok Duyong. Mase aku pegi kelas Management Accounting petang tadi, lebih 30 orang dalam kelas tu tak pakai mask. Bagi aku, dengan tiadanya pengaliran udara dalam kelas tu, senang2 je kita akan berjangkit.Jadi pakai la mask bila kat tempat ramai orang.

Semoga pelajar2 UTP peka dengan penyebaran virus H1N1 ni.

Selasa, 28 Julai 2009

MEDTECH Alumni 2009 - Minum teh






















Date : 1st August 2009 (Saturday)

Venue : Undercroft, Chancellor Complex, UTP

Time : 2.30 pm – 5.30 pm


TUKIMAN* - Hal weekend ni dah cancel, count me in. Jom minum teh
HM* - tengok kalo last minit tak ada hal, join
SKAG* - aku join
S* - Aku ade hal kat KL, tapi kalo hal tu cancel aku join
Virus_Abnormal* - Aku tak sure r, takot ade hal. kalau join, hari jumaat aku bertolak
AKAY* - maybe sabtu aku sampai
Kekuatan* - sape lagi join? mcm mane nak tau ape2 update? [latest: kem salam yg lain, aku ade rawatan susulan tulang belakang kat hospital minggu ni]
Oner* - Aku maybe ade hal weekend ni. nanti confirm balik
Abg Udin* - Sape lagi geng2 aku yang pegi?
Kak Dila* - Ala kenapa tak buat kat KL? kitorang dapat datang malam tengok AGM
Hezri* - Jom2 aku pegi, aku tak dapat ape2 info pon?
Pudin* - InsyaAllah pegi
Kirua* - Siot ko man, aku tengah tido ko call. Aku kat france kot. Kem salam dak2 medtech
Abcdefg*- Aku tak pat join, ade job amik gambar.
zhee - maybe aku join kalo rajin
BeriBiru - Kalau bawak parent datang sekali boleh?
Yap - aku join,,hahaha
Kucing - Aku ade kat Melaka. Walau pun dapat makan free, tambang aku g UTP, aku boleh makan besar
Iffat - aku join~ jom2.. dress code? organizer?
Kema - ak xsure lg, duet xdak neh, tgh dskas2 neh, nnt ak roger la if dtg
Tok Ayah - InsyaAllah datang, nak suruh aku bagi speech ke nanti?

p/s: tak sabar nak jumpa keluarga MEDTECH
p/p/s: dapat upload banyak gambar sbb aku pakai celcom broadband, yeah~

Ahad, 19 Julai 2009

Gambar Tilawah Al Quran 2009 - UTP Perak

Malam ke 2: Peserta terakhir untuk malam ke 2

Dah lama aku tak update blog. Kali ni aku nak share gambar2 yang aku tangkap mase Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan yang bertempat di Dewan Canselor, UTP Perak. Alhamdulillah ramai giler yang datang ke UTP.


Malam ke 2: Gambar di ambil dari sebelah tempat duduk VIP

Mungkin kualiti gambar tak la seberapa, tapi boleh lagi di kongsi untuk semua. Sebelum ni aku bagi adik aku pinjam camera, tapi aku tinggal 6 bulan je lagi kat UTP, so aku mintak balik camera aku untuk snap sisa2 hidup aku kat UTP. mmmm tau2 dah final semester.

Malam ke 2: Para VIP yang hadir.

Sebelum ni aku banyak mencebur kan diri dengan media teknikal dalam majlis2 di UTP. Aku pun dah biasa dengan siaran langsung (live telecast) dalam satu2 majlis. Teknikal media untuk Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan di selenggara sepenuh nya dari RTM, JAKIM dan badan2 lain. Aku pun amik kesempatan usha barang media dieorang. Satu pengalaman baru bila dapat tengok crew2 RTM bersiaran langsung. Kalau tengok dari TV1, memang kualiti gambar tak best, tapi kalau tengok dari projector di Dewan Canselor, kualiti memang mantap beb.

Malam ke 2: Pihak Radio IKIM.fm beroperasi

Aku sempat jugak tengok2 Radio IKIM.fm buat siaran langsung.

Malam ke 2: Peserta dari negeri Melaka

Malam ke 2: Camera dari sudut tengah

Brader cameraman ni di hiasi dengan pokok2. Dari pengalaman aku, cameraman biasa nya akan kawal zoom, focus dan jugak carik moment2 yang terbaik. Video mixer akan mengarah kan cameraman untuk shoot objek2 yang tertentu. Contoh nya cam 1 shoot VIP, cam 2 plak akan shoot penonton dan cam 3 akan shoot peserta. Malam tilawah tu, aku memang kagum tengok crew2 RTM bwat keje. Tapi bile keluar TV1 kualiti gambar hampeh. ish3.

Malam ke 2: Tuan Hj Mohd Nor Rosli dan Polis


Malam ke 2: Kakak jurugambar dan lens gedabak nyer


Mase aku duduk kat lorong sebelah VIP, aku stay je kat satu tempat yang sama. Tiba2 ada sorang kakak datang dengan camera dan lens gedabak(besar) die. Mule2 aku usha je dari jauh kakak tu, bila die datang dekat dengan aku, aku pun tegur. "Wah mahal lens akak". Die cume senyum je, aku pun tanye lagi "Akak dari mane?". "Dari Jabatan Pendaftaran" kate kakak ringkas. "ooo, akak amik gambar semua peserta ke?" aku tanye lagi. Dia angguk kepala dan senyum mengiya kan soalan aku. Aku tak penah lagi pegang lens besor2 macam tu. Aku ingat nak terus borak dengan kakak tu, tapi aku batal kan niat aku sebab tak nak ganggu keje2 dia. Cool tu ade lens gedabak macam tu hahaha.



Malam ke 2: Camera mobile

Aku sebelum ni penah ada pengalaman live telecast dengan camera mobile. Tapi beza dengan mobile camera RTM yang ni, camera ni gune intercom tanpa wayar. Kalau sape2 perasan, guna camera mobile tanpa wayar ni, kualiti gambar akan kurang sedikit berbanding gune wayar.


Malam ke 2: Menara lampu Par Can dan Profile


Malam ke 2: Transformers versi manusia dan kamera kren



Malam ke 2: krew Audio mixer 40 channel


Malam penutup: Ketibaan polis mengiringi Sultan Perak

Aku datang dua kali majlis tilawah nih. Mase malam ke 2, aku tunggu dari mula majlis sampai la majlis tamat. Untuk malam penutup aku datang dalam pukul 8.50pm. Waktu tu betul2 Sultan Perak nak masuk dewan. Para pengunjung tak di benar kan masuk melalui pintu yang sultan nak guna. Memang tak di nafi kan ramai giler orang yang datang. Lepas ni kalau ade yang kene H1N1 kat UTP, aku tak pelik la hohoho.


Malam Penutup: Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan

Lepas Sultan Azlan Shah dengan bini die keluar dari kerete, aku pun lari masuk dalam dewan nak dapat kan gambar die salam dengan rakyat2 yang dah tersedia menunggu kedatangan beliau. Gambar bini die dengan Zambri, Menteri Besar Perak blur plak. Jadi aku pun malas nak upload.


Malam penutup: Penonton bersesak2


Sebenar nye jumlah penonton melebihi 3 ribu orang dan aku tak di benar kan masuk. Puas aku pikir macam mane nak masuk amik gambar. Tetiba aku teringat ada lif kat tepi dewan. Lepas aku naik lif, sorang polis tu tahan aku dan tak benar kan aku masuk kat kawasan penonton. Aku pun ape lagi, mula la menyusun ayat bagi mencair kan polis tu. Dengan alasan nak ambil gambar, polis tu benar kan aku masuk sekejap. Dapat la 2 3 snap gambar. Ini la gambar bersesak2 penonton mase malam penutup. Dewan yang ade aircond pon jadi panas .


Malam penutup: Gambar terakhir sebelum polis halau aku


Aku nak mengucap kan tahniah kepada pihak Universiti Teknologi PETRONAS dan penganjur kerana mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam menjaya kan program ilmiah ni. Tahniah jugak kepada peserta2 yang menang untuk tilawah al quran yang ke 52. Sama2 kita hayati Al Quran, salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

p/s: tengah malam skit, singgah mapley dengan Abang Lehan dan Abang Kerol. Secara tiba2 di belanja oleh Abang Azizi. Terima kasih banyak2, kalo ade mase bleh la blanje lagi hehehe

Khamis, 16 Julai 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2009


MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang bermula esok (14 Julai) hingga 18 Julai adalah acara dinantikan mereka yang mengikuti perkembangan qari dan qariah serta ternanti-nantikan kemunculan mereka memperdengarkan bacaan merdu ayat al-Quran.

Bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, seramai 29 peserta mewakili 14 negeri bakal memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu.

Petikan Berita Harian


Jejom ke Dewan Canselor

Ahad, 12 Julai 2009

Foundation ITIS Appreciaton Nite - 2006



Buat pertama kali nya aku upload video di Youtube. Aku just nak share video Jamuan mase aku foundation dulu. Video tu cuma bahagian depan je, full video duration die dekat satu jam. Kalau bdak2 yang nak , aku still simpan lagi video tu untuk kenang kenangan selepas grad nanti.

InsyaAllah tinggal 6 bulan lagi sebelum bergelar graduan. Aku nak guna kan waktu sebaik2 nya sementara aku masih bergelar pelajar. Status graduan sebenar nya menambah kan lagi tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Ramai lagi orang yang lebih hebat dari graduan tapi tak berpeluang untuk terus belajar. Kalau anda berpangkat besar, mempunyai harta yang mewah, mahupun mempunyai akal fikiran yang tajam, jangan la sesekali memandang rendah terhadap kebolehan orang lain yang kelihatan lemah.

Semoga graduan Malaysia dapat memikul tanggungjawab dalam menjadi kan masyarakat lebih berdaya saing. Bukan saja untuk negara, tapi berbakti untuk Agama yang paling penting.




Jumaat, 26 Jun 2009

Gambar dari Ayah semasa Umrah 2009

Patah tumbuh, hilang berganti

begitulah pepatah yang sesuai dengan moderm internet rumah aku. Sudah lama aku dahaga kan kasih sayang seorang internet. Sebenarnya moderm rumah aku bukan nye patah, tapi kene panah petir, maka dengan itu teknologi moderm tanpa wayar menjadi ganti. Ternyata teknologi tanpa wayar ni memuas kan hati aku.

Jadi, hari ini, dengan rasa malas nak tulis panjang2, aku nak upload gambar2 yang ayah tangkap mase pegi umrah.










Photograph by Talib Said