Isnin, 1 Mac 2010

Gambar Tanjung Pinang, Indonesia

Dalam beberapa minggu yang lepas, aku sekeluarga buat pertama kali nye melancong ke luar negara. Tak jauh pon, pergi Indonesia je. Perjalanan menaiki feri memakan masa lebih kurang 3 jam. Dekat kepulauan Bintan, Sabah dan Serawak pon kira jauh. Alhamdulillah, berjaya jugak trip pergi tanjung pinang ni. Mula2 memang ada rase something wrong dengan trip ni atas masalah budget dan pengurusan dari agensi yang urus kan trip ni. Tapi last2 semua nya berjalan lancar. Memandang kan aku ni jenis family person, aku rase seronok sangat dapat luang kan masa bersama keluarga. Dah lama aku idam kan saat ni.

Macam biasa, semasa travel, aku tak kan terlepas dari amik2 gambar. So kat sini aku nak kongsi beberapa gambar kegemaran aku. Semoga dapat mencuci mata daripada gambar2 ni hehehe.

Semua gembira

Photo by Nurain: Kapal yang semua orang gembira

Gambar ni akak yang tangkap. Memula aku perasan ada kapal lalu kat sebelah feri yang kitorang naik. Nama kapal tu agak menarik mata aku, kemudian aku suruh akak tembak sbb mase tu dia pegang camera. hee at the end of the trip semua orang gembira~

tukang rumah

Photo by Nuramin: Tukang buat jeti


Penduduk di Tanjung Pinang masih lagi mengguna kan cara tradisional dalam kehidupan mereka. Gambar ni di ambil mase lepas balik dari pulau penyengat. Cara pembuatan tepi2 jeti mengguna kan kayu2 pokok yang di pasang dan di tanam mengguna kan besi pemberat dan penukul. Tapi time ni tak dapat plak amik gambar pemberat yang nak tanam tiang2 kayu tu.

Cermin tingkap

Photo by Nuriman: Cermin tingkap

Adik aku memang terer dalam melihat sesuatu yang aku kadang2 tak perasan. Gambar ni aku amik dari idea adik aku yang mane cermin bangunan ni menghasil kan reflection dari pelbagai jenis cermin.


Pasar basah

Photo by Nuriman: Pasar basah di tanjung pinang


Pasar ni lebih kurang macam pasar di kelantan, cuma di sini, tempat nya agak kurang bersih. Barang2 basah mcm sayur ape sume tu bleh la beli kat sini. Mase jalan2 kat pasar ni, ibu excited nak beli cili kat sini, tapi ayah tak bagi sbb cili boleh beli kat Malaysia hahaha.

Habis jualan

Photo by Nuriman: Penat menjual daging.

Penat dan terus tidor. Dari ape yang aku lihat, cara kehidupan penduduk tanjung pinang agak simple dan tak complicated. Peniaga daging ni terus tidor lepas daging habis dijual. Cukup untuk rezeki hari ini, masa untuk berehat. Nak rehat jauh2? tak perlu, tido kat gerai sudah~

Si pemotong ayam

Photo by Nuriman: Si pemotong ayam

Kalau tadi si pemotong daging dah selesai hasil jualan daging dan terus tido, tapi selepas beberapa langkah, aku terjumpa plak si pemotong ayam. Masih lagi nak menjual2 dan memotong2, kene la bekerja. Tapi yang best nya kucing ni. Untung jadi haiwan peliharaan tukang ayam sbb dapat makan free hehehe.

tukang kasut wanita

Photo by Nuriman: Tukang kasut wanita

Jarang nak jumpa tukang kasut wanita di negara sendiri. Aku rase, aku tak pernah jumpa lagi kot kaum wanita jadi tukang kasut kat Malaysia. Tapi mase jalan2 kat pasar ni, aku terjumpa plak kakak ni tengah menjahit kasut. Ape2 pon aku kagum dengan usaha gigih kaum hawa ni demi mencari rezeki yang halal.

gerai bergerak

Photo by Nuriman: Gerai makan bergerak


Antara yang susah nak jumpa kat Malaysia ialah gerai makan bergerak. Macam2 gerai makan bergerak yang ada kat tanjung pinang ni. Mase malam ke dua di tanjung pinang, aku sekeluarga try jugak makan mee rebus kat gerai yang di yakini tahap kebersihan nye. Mula2 beli semangkuk, tak sangka mee rebus tu sedap giler. Last2 tambah lagi 3 mangkuk. So dont judge the food by its gerai hahaha

man belon yang punyer

Photo by Nuriman: Penjual belon

Penjual belon ni aku perasan kat tepi jalan. Orang muda ni susun belon sepanjang2 jalan. waa best nye belon ni, dulu kecik2 ade kat rumah aku men tumbuk2.

selagi terdaya

Photo by Nuriman: Nenek masih mencari rezeki


Akhir gambar ni merupa kan gambar yang paling aku suka. Nenek ni aku jumpa kat pasar basah di tanjung pinang. Dia tengah jual sayur2, daun2 kelapa dan buah2an seperti pisang. Terasa sayu plak hati aku bila tengok dengan usia yang agak emas, dia masih lagi mencari rezeki untuk menampung hidup. Betapa bersyukur nya aku di kurnia kan hidup yang tidak daif.

Jangan la kita berbangga2 sangat dengan pangkat dan pencapaian dalam hidup kita. Kadang2 orang lain lebih hebat dari pencapaian kita, cuma mereka kurang bernasib baik dan terpaksa berusaha keras untuk keluar dari hidup susah.

Kalau nak tengok gambar selebih nya di Album facebook aku