Khamis, 29 Oktober 2009

Ada apa dengan ijazah?

Tadi aku pergi KPMG assessment. Dan aku tertarik dengan satu persoalan speaker tu yang mane aku amik sebagai persoalan nasihat.

"What else can you do if I throw away your degree?"

Ijazah hanya lah segulung kertas. Proses untuk mendapat kan kertas tu lah yang menjadi kan diri kita berguna.

p/s: Meniti hari2 sebelum habis belajar

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 23 Oktober 2009

Emas untuk "Mari Membaca"

Bersyukur kepada Allah,
Dengan berkat kesabaran, usaha, doa dan tawakal
Alhamdulillah, Project tahun akhir aku dapat Gold Award dalam pameran EDX24.
Yuhuu~

Photo by Ejat: Aku, Nini, Ms Emy, Sarah

Thanks to my beloved Ex supervisor Ms Emy Elyanee yang banyak mendedah kan aku dengan sumber2 yang amat berguna. Skarang die tengah sambung belajar PHD kat Korea, All the best Ms Emy for your study.

aku ms rohkmah dan Din

Photo by Syaza: Aku, Ms Rohkmah, Din


Juga kepada latest supervisor Ms Siti Rohkmah yang banyak giler bagi tips. Die tengah sihat mengandung, semoga dapat baby yang sihat dan comel macam ibu die. hehehe

Tak lupe jugak kepada orang2 yang selalu berada di sekeliling aku yang banyak membantu aku ketika aku susah dan senang.

Penyampaian anugerah untuk EDX ni sebelah petang. Aku waktu tu memang kepenatan yang melampau dan sengal2 kaki sebab sehari sebelum tu aku training silat. Bile aku sampai bilik waktu tengah hari, selepas baring kat atas katil, aku pon buat keputusan malas nak pergi closing ceremony. Tambah plak aku rase macam aku tak dapat award je.

Tengah mamai2 tidor, tiba2 member aku SMS . "Man ko dapat Gold Award". Dengan yakin aku fikir member aku ni nak kene kan aku. So aku sambung la tidor dengan rakus nye. Tak lama lepas tu dapat plak SMS dari Ms Rohkmah, die cakap congrate sebab dapat award dan Computer Information Science(CIS) dapat "Best Department Award".

SMS yang kedua tu lebih meyakin kan aku. Aku pon capai phone dan call member aku balik nak confirm kan pasal award tu."Weih ko tipu aku ke weih? tak kan aku dapat Gold Award". Yela, aku fikir paling tak pon dapat silver or bronze tu logik skit. Setelah die explain secara realistik nyer baru aku percaya. Pengajaran buat aku, time closing penyampaian anugerah jangan ponteng, kan dah tak dapat naik pentas. Haih~

Best department award

Photo by aku: Achan, Din, Amir, Reza, Wani, Zarith, Sarah, Buzzler, Hawa

Walau ape2 pun tahniah jugak kepada peserta yang dapat award untuk EDX24, especially kat bebudak department CIS. Setahu aku yang dapat Gold award dari CIS department ade 5 orang. Aku, Ridhwan(Buzzler), Shea Teng(Ashley) dari Malaysia, Sotharith, and Ta Thu ha bukan Malaysia. Ok la tu, Malaysia menang 3: 2 hahahaha

Project ni aku ilham kan dari sepupu aku , Nakief yang menghidapi masalah Down Syndrome dan Hyperactive. Lame giler aku tak jumpe die,memang akan gelak je kalau tengok gelagat die.

Nakief

Photo by Amin: Sesi pemerhatian terhadap reaksi Nakief dengan laptop

Dari article2 yang aku dah bace, jumlah golongan2 yang mempunyai masalah belajar ni sentiasa meningkat setiap tahun di seluruh dunia. Aku harap, masyarakat prihatin terhadap golongan2 minority seperti ini.

Downsyndrome ada masalah pemahaman, dan Hyperactive dengan masalah tumpuan. Aku terfikir, kalau aku jadi Nakief, boleh ke aku masuk Universiti? Macam mana dengan masa depan aku? Kalau belajar dengan orang normal sekali pun, usaha berlipat2 kali ganda pun, belum tentu dapat menyaingi otak orang yang normal.

Itu sebab nye penting untuk kita memahami golongan2 seperti ini. Ibu bapa yang sanggup menjaga anak2 istimewa ini, aku sangat kagum dengan kegigihan mereka. Bila aku cuba memahami mereka, semakin tinggi aku bersyukur dengan segala yang ada. Dan aku akan guna kan segala yang aku ada sebaik mungkin.

Semoga tabah dan sentiasa usaha dalam menempuh cabaran hidup.


Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 16 Oktober 2009

Belajar membaca - Downsyndrome & hyperactive

screenshot

Mari membaca screen shot (versi prototype)

Alhamduillah, tersenarai jugak project final year aku dalam Engineering Design eXhibition tahun ni. Project tahun akhir aku berkenaan dengan Reading Courseware for learning disability (Down syndrome and hyperactive) student. Software belajar membaca ni dalam versi bahasa Melayu.

Ada 5 peringkat dalam software aku untuk membantu pelajar dalam membaca. Bermula dengan peringkat, mengenal huruf, menyebut perkataan, latihan menulis, latihan fokus dan latihan membaca.

down syndrome and hyper active

Majid (normal) dan Nakief (Down syndrome & hyperactive), dua2 ni sepupu aku hehehe

Tak berapa mengharap sangat dapat anugerah, tapi setiap kali aku buat project aku ni, aku akan rasa excited. Aku harap sangat satu hari nanti software aku ni dapat bantu golongan2 yang mempunyai masalah belajar.

Semoga apa yang aku usaha kan selama setahun ni dapat memberi manfaat kepada orang lain. Good luck kepada participant EDX yang lain.

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Ahad, 11 Oktober 2009

Tabah kan diri Kakak - happy bday

kakak

Photograph by Nuramin: Terima kasih


Minggu lepas
Bile aku wish birthday akak yang dah lewat sehari
Baru aku dapat tau akak ada kat hospital
Sakit yang berulang

Sakit saraf
Alami kesukaran berjalan

Semalam terasa sayu hati aku
Bila sampai rumah
Ternampak wheelchair kat pintu rumah

Walaupun kali ini akak kelihatan lebih tabah dari sebelum nye
Tapi secara zahir nye, hanya Allah yang tau

Hari ni, doctor akan bagi keputusan
Keputusan untuk transfer kakak di hospital KL
Aku cuma mengharap kan perancangan yang terbaik
Sebaik2 perancangan manusia, baik lagi perancangan dari tuhan

Terima kasih kepada yang memahami
Terima kasih juga kepada dia
Yang selalu mengambil berat tentang keluarga aku
Dan aku

Berbanding setahun yang lalu
Episod kali ini kurang tangisan,
Berubah kepada rasa penerimaan

Hanya berdoa
Semoga akak sentiasa tabah, dan ceria
Dalam menempuh segala pahit dan manis

Kerana ini lah kehidupan
Yang Allah kurnia kan

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221