Selasa, 28 April 2009

Jalan2 Kuala Kangsar, Bukit Merah, Kuala Sepetang dan Taiping - Perak

Jalan jalan, cari makan~

Photo by Zhee: dari kiri Naim, Iman, Pek, Gab, Nazir, Paker, Zhee

Bayar tol ke Kuala Kangsar semata2 nak sarapan

Berkesempatan internet UTP yang dah laju skit , aku nak update blog dengan gambar2 plak.Dulu aku tak sempat nak luang kan mase jelajah perak. Tahun ni, aku gelar kan tahun melawat perak (untuk diri aku sendiri). Minggu lepas aku dengan makhluk2 asing bumi jelajah di sekitar Kuala Kangsar, Bukit Merah, Kuala Sepetang dan Taiping. Aktiviti ni di jalan kan bersempena dengan minggu tension Final Year Project 1. Bertolak dua kereta, kali ni kos perjalanan agak mahal skit, sebab makan kat tempat2 femes.

sumber: Kedai pau yang berkurun lame nye

Sarapan Pau di Kuala Kangsar(KK)
Tempat pertama singgah KK nak sarapan pau yang berkualiti tinggi. Member aku yang cakap pau tu kerabat2 diraja makan jugak. Mula2 masuk kedai pau tu, aku was2 "weih, kedai ni halal ke tak nih?", aku jenguk kat dapur, orang islam yg sedia kan makanan. Waktu nak order pau, tak ada plak pau (hanya jual pada tengah hari), yang ada Roti Top Egg, telur di atas. Jumlah perlu dibayar untuk teh tarik dan roti top egg tu RM5. Agak mahal la bagi aku, tu tak termasuk lagi tol dan duit minyak haih~ pau punye pasal

Mandi Manda

Bukit Merah Lake Town Waterpark
Destinasi ke dua pegi mandi manda. Tapi tak banyak amik gambar la waktu tengah mandi2, Kos masuk kawasan air lebih kurang RM 20. Aku pon tak brape ingat sangat harga tiket. Nak mandi punye pasal, makan tengahari di abai kan dulu. Memang tengahari bute la mandi. Hilang segala masalah2 dan jugak tensi2 assignment, report dan jugak projek. Tension hilang sekejap jela, balik campus, masalah ade je lagi .


Menahan lapar selepas mandi

Banyak bendera

Makan (tengahari + malam) di Kuala Sepetang
Dengan perut yg kosong dan juga penat mandi, kami dengan tabah dan sabar menuju ke Kuala Sepetang. Dalam pukul 5.30pm sampai kat tempat yang nak di tuju. Bile sampai ... punye la ramai orang menunggu, gerai tak la besar sangat. Kalau nak di kata gerai tu mewah, kedai mapley lagi mewah kot. Tapi gerai tu memang berkonsep kan "Warong", cayalah~ baru nampak klasik.

Ramai orang tu kat gerai Makteh

Warong Mak Teh Mee Banjir Udang

Mee Udang Banjir ni di usaha kan oleh makcik yang di kenali sebagai Mak Teh. Mak Teh memang peramah, nasib baik aku duduk kat meja hujung, kalau tak memang macam2 aku nak borak. Kitorang sempat bergambar dengan Makteh, tapi knape aku tak ade dalam gambar? haih~. Ramai jugak tau pasal kesedapan Mee Udang nih. Mase nak order, udang laut yang kitorang pilih. Harga sepinggan Mee Udang (bagi aku agak mahal la) RM10.

Bergambar bersama Makteh, usahawan Mee Udang

Selepas order, aku pon perhati kan orang sekeliling dan aku perasan orang sekeliling pon perhati kan aku perhati kan orang sekeliling. Semua orang menunggu dengan sabar setelah tengahari tak makan. Aku tanye meja sebelah, brader meja sebelah tu kate die dah sejam menunggu... dalam kepala hotak aku dah (.....................), tapi perut aku meronta2 cakap (nak makan, nak makan). Tunggu jela...

Mengunggu mu, Mee Udang

Aku baru beli Rubik, ade jugak la benda nak buat mase boring menunggu. Dah banyak kali solve rubik tu sementara dapat Mee Udang.

Rubik aku dah travel sekitar perak, walau pun rubik tu berumur setahun jagung

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 7pm , prasan2 udang di sebalik mee dah tinggal kulit. Macam orang pelarian dapat makan KFC waktu dapat mee tu. Ade 12 ekor udang laut, makan tak sampai 10 minit tapi tunggu dekat sejam lebih. Tahap kelajuan makan ialah 1. 2 udang per minit. Bukti yang kukuh untuk membukti kan seseorang itu rakus.

Tunggu sejam lebih, makan tak sampai 10 minit

Zoo Taiping, layan night safari
Siyes, yang ni aku suggest kan tak payah pegi. Bagi aku sekejap sangat masa 20 minit untuk tengok haiwan di waktu malam, walau pun haiwan2 tu aktif. Tiket masuk RM 16, naik atas gerabak yang di tarik (bentuk mcm keretapi) dan instructor akan cerita tentang haiwan2. Aku ingat lagi trade mark pakcik instructor tu "Ya~ di sebelah kanan kita ada ular sawa".......(bile sampai kat badak air) "Ya~ di sebelah kiri pula kita ada badak air ".....bile sampai kat haiwan seterus nya aku dapat simpul kan template instructor tu cuma ubah kiri , kanan dan haiwan.

Pusing2 Night Safari Taiping sekejap sangat bagi aku

Makan Kuew Teow Doli
Mee Udang masih tak mampu melega kan nafsu makan , sebelum balik layan kuew teow plak. Kedai Doli ni memang specialize dalam kuew teow. Pergh.... kali ni aku tak sanggup makan laju2, aku makan slow2 sambil pejam mata untuk menikmati sesuap kuew teow...Memang kuew teow terbaik pernah aku makan setakat nih. Kuew Teow Special RM8.50, Kuew Teow biase RM3.50.

Sumber: Terpahat di sanubari, Kuew Teow

Kesimpulannya, jalan2 Perak kali ni berbeza dengan jalan2 sebelum nih. Kalau dulu bepegang kan dengan konsep "Destinasi Bajet", kali ni berubah jadi "Destinasi Lapar". Orang kate, jauh perjalanan luas pemandangan, tambah pengalaman. Hakikat nya jauh perjalanan, kering duit poket kiri kanan. Next destinasi bajet akan ke Pulau Tuba, Langkawi. Harap2 jadi la pegi Pulau Tuba. Kalau nak tengok gambar2 Pulau Tuba, bleh usha kat fotopage lame aku. Click sini, sini dan sini

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

www.sepitbaju.com

Ahad, 26 April 2009

Malaysia boleh - Ubah suai jadi Basikal Chopper

Kalau kite search "Melayu" kat google atau pun yahoo, kebiasaannya wikipedia tentang Melayu dalam ranking bawah Melayu boleh, Skandal Sex, Seks melayu, aksi lucah melayu dan macam2 la yang berkaitan dengan seks. Orang Melayu ni suke membiak ke? terdetik gak dalam hati aku "uih malu nyer kalau orang tau search Melayu kat internet, keluar benda2 ni". Tapi ramai orang dah tau dah~. Kalau kite nak tukar bangsa agak mustahil, tapi tak mustahil kalau nak tukar pemikiran bangsa.

Yeah konvoi basikal

Pagi ni aku nak tulis artikel pasal basikal chopper. Aku baru baca artikel ni dari berita harian (Sumber). Bile aku tengok tajuk aku tertarik plak dengan usaha mamat yang bergelar Boy. Kalau sebelum ni aku penah cerita di negara cina ada 2 orang beradik berhempas pulas cipta kereta F1, kali ni giliran Malaysia plak hohoho. Jangan pandang rendah dengan kebolehan orang2 dari kampung. ngeh3....


Kalau waktu skolah rendah dulu aku dengan member suke modify basikal mini, kali ni ade basikal chopper waa

Basikal chopper ni di ilham kan oleh Ahma Saifuddin Yusuf, 29, (Boy) . Mamat dari Teluk Intan Perak ni cipta basikal ni sebab dia minat mencipta dan terpengaruh dengan cerita Motor Chopper kat Astro. Di sebab kan Motor Chopper di kene kan cukai yang tinggi oleh kerajaan Malaysia, boy tak mengabai kan minat die. Dia fokus plak kat basikal choppper. Tapi cool beb... Basikal chopper ni ade dapat tempahan dari agensi2 hotel.

Dari segi material plak, Boy ubah suai dari barang2 tempatan. Ini la orang nama kan sebagai inovasi. Kalau sape2 perasan , negara Jepun bukan la negara yang mencipta benda baru. Tapi die guna kan benda yang dah sedia ada secara kreatif. Contoh nya, Jepun bukan nya negara pertama yang cipta kereta, tapi kebanyakan kereta2 Jepun macam toyota, mitsubishi dan honda jadi idaman kebanyakan orang . Ini sebab ape, sebab bangsa Jepun berfikiran kreatif.

Boy berambut panjang (kanan) dengan member yg juga berambut panjang (kiri)

Bagi aku, kalau ape benda sekali pon yang kita buat, jangan sesekali abai kan benda yang kita minat. Bila kita minat sesuatu, kita akan excited dalam keje tu. Macam teory perkembangan kanak2, ada sociologist mengatakan manusia boleh memiliki beberapa kebolehan dan kemahiran. Yang penting kene ada minat yang tinggi dalam apa yang kita buat. Kalau jadi lalang yang ikut arah angin, sampai bila2 pun asik kene tebas je.

Aku gak berpendapat kalau la Malaysia aktif dalam melaku kan aktivi2 penterjemahan bahasa Malaysia dari hasil2 keje orang lain, orang2 kampung yang tak geti english pun boleh menyumbang sesuatu kepada negara, malah boleh menyumbang kepada dunia. Ramai je orang2 yang berjaya tak geti bahasa inggeris, macam Jacky Chan. Kalau sape2 yang ikut perkembangan dia, memang English dia hampeh waktu berlakon di luar China. Tapi masyarakat dunia masih memandang kebolehan dia dalam martial art. mmmmm apa kebolehan anda? haaa~

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

www.sepitbaju.com

Sabtu, 18 April 2009

Kegatalan bijik mata dan keinginan untuk tonyoh

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku mengalami gatal2 mata. Boleh tahan lame jugak la mata aku mengalami gatal2. Keingin untuk tonyoh bijik mata sendiri amat la tinggi. Biase nye rasa gatal2 terjadi pada waktu pagi , malam atau pun waktu sejuk. Lebih kurang sebulan jugak mata aku kegatalan.

Kemungkinan mata aku kene infeksi sebab habit aku tidur tekap mata dengan bantal. Ni theory dari rumate aku la, aku pon tak terfikir. Tapi tak ada lagi bukti2 secara saintifik yang mengesah kan mata aku gatal2. Mak aku plak menyokong theory dari rumate aku nih..... mmmm. So aku kene tukar style tidor aku nih

Sekadar gambar hiasan hahaha (tiru ayat majalah2)

Tension jugak bile hari demi hari perasaan untuk tonyoh bijik mata semakin membuak2.Aku tanye jugak orang sekeliling untuk setle kan problem mate aku nih. Banyak la petua dan tips2 yang di beri.

Antara nya....

1. Buat mase sekarang aku ikut tips dari mak aku. Sebab die doctor dalam hidup aku walau pun die keje merawat orang. Aku skarang telan antibiotik dan titis ubat mata.

2. Ade jugak yang nasihat kan aku gune air garam, lepas tu titis kan kat mata. Aku masih tak ikot cara tu, sebab aku rase semacam je kalo nak buat macam tu. Nanti2 la baru aku buat.

3. Nasihat dari kawan2 plak, dieorang suruh cuci mata..... mmmm aku selalu je laku kan aktiviti cuci mata dengan kawan2 , kih3

4. Dan nasihat paling drastik skali untuk mengatasi gatal2 bijik mata ialah, "Kita keluar kan bijik mata, lepas tu garu, lepas tu masuk kan balik ke tempat asal". Ulang step ini jikalau masih rasa gatal2 mata lagi...... nasihat ni aku tak mampu buat lagi.

Walau ape pun, trimas kepada sape2 yang bagi tips dan nasihat untuk gatal2 mata ni. Walaupun ada nasihat mengarut2 tak masuk akal, tapi boleh la jugak jadi ubat tension. Argh gatal mata ku.

Semoga hilang gatal2 bijik mate ni. Kepada sape2 yang ade tips luar biase, boleh la share2. Sharing is caring, yearh~

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

www.sepitbaju.com

Rabu, 15 April 2009

Semakin sibuk : tapi nak update blog tentang AFY

Situasi: Mate aku dah 50% hampir tertutup

sebelum tidor, saje usha2 blog.
Dah lame tak buat aktiviti usha2 blog sejak ITMS UTP merajuk dengan google.
Tetiba aku terperasan kat blog July 05 ade article pasal AFY. Click sini kalau nak tau lebih lanjut.

Tercetus idea perform gune gitar sebelum ni dengan Paker, tapi macam2 cabaran kot bile nak buat pembaharuan.

Antara kronologi AFY
- setup team dalam 15 orang,
- penganjur Malam Inspirasi Seni (MIS) bagi lampu hijau perform gune gitar
- AFY training untuk persembahan, tapi masing2 takde bakat nyanyi. Katak bawah tempurung pon terer nyanyi
- Halim vokalis utama join AFY menampak kan harapan persembahan mantap AFY.
- AFY masih training lagi, tapi tiap kali training, tak pernah semua datang lalalala
- lagi brape hari nak perform, dapat SMS dari penganjur MIS, gitar tak di benar kan masuk dalam persembahan dengan alasan pihak atasan tak benar kan (sebenar nye alasan kurang kukuh, malas nak panjang citer).
- AFY tarik diri dari MIS
- Sejam lepas tu gitar dibenar kan dalam persembahan, dengan alasan Universiti luar nak perform guna gitar jugak.
- So AFY pon tarik balik dari tarik diri, dengan semangat membara
- walau ape pun terima kasih kepada penganjur sebab benar kan AFY perform salah satu hiburan yang tak bertentangan dengan ajaran Islam.

Fakta AFY
-
AFY singkatan dari Abang Final Year, wahahaha giler poyo
- Terdiri dari bebudak course IT/IS July 2005
- Terdiri dari pelbagai latar belakang, (MPPUTP, RM, MEDTECH, SILAT GAYONG, AD-ZARIYAT, KAKI PHOTO, CAPOIZ, TAE KWAN DO, BUDAK BASKET, BUDAK TTS, DEWA MANDI, DAN JUGAK DEWA PES 2009) wakakkaa
- 14 orang dalam AFY tiada basic dalam nyanyian, kecuali Halim (vokalis)
- Idea persembahan miming (lakonan bisu) tercetus sejam sebelum persembahan AFY.
- cube perkenal kan akustik nasyid, tapi macam tak brape menjadi je ~_~"
- berkonsep kan persediaan last minit
- lagu pertama 1,2,3,4- Haris Ariwatan, lagu kedua Bismillah - Raihan
- video AFY released di pasaran DC++ V5 UTP,
- persembahan hiburan yang tak bertentangan dengan ISLAM
- untuk BERDAKWAH

Marilah kita sama2 kenal pasti hiburan yang tak bertentangan dengan ISLAM


AFY dalam waktu tengah high atas stage

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

www.sepitbaju.com