Khamis, 26 Mac 2009

Ibu dah Ayah dah terbang - umrah

Gambar awan di Kuala Kangsar, Perak

Semoga ibu dah ayah selamat pergi dan pulang dari mengerja kan umrah. Semalam aku sekeluarga teman kan ibu ayah berlepas ke umrah di KLIA. Terima kasih kepada saudara mara sahabat yang banyak menolong dan memberi sokongan. Terima kasih jugak kat pak sedara yang sudi sponsor makan mapley.... best gak kalo hari2 makan sponsor lalala

p/s: Farisya ialah orang paling kecik skali teman kan Tok ngah dan Nek ngah smalam. waa comey2~

Selasa, 17 Mac 2009

Dah ade domain - Sepit baju

Kalau dulu bermula dengan fotopages.Kemudian diikuti dengan wordpress

Sekarang dah ade domain sendiri

www.sepitbaju.com

dah tambah 2 orang baru. InsyaAllah pasti ada perkembangan dari masa ke semasa

Sepiterz
- Izzat Helmy
- Nuriman
- Azinuddin
- Amir Hamzah
- Aalim (new member)
- Amirul Azizi (new member)

Ahad, 1 Mac 2009

4 pengajaran dalam minggu ini - Bersyukur

Sem kali ni di UTP aku kurang melibat kan diri dengan aktiviti2 berat. Tapi aku sentiasa luang kan masa aku untuk buat benda2 yang aku suka. Aku rasa minggu ni paling sibuk berbanding minggu yang sebelum. Muda sebelum tua. Sebelum aku tua, aku akan guna masa sebaik mungkin. Semua orang ada masa 24 jam setiap hari.

Program integerasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Lawatan kedua Sek Keb Pengkalan Pegoh(SKPP), Perak
Hari Selasa aku cuma ada 2 jam kelas pukul 5-7pm. Jadi aku luang kan masa pegi ke SKPP untuk buat pemerhatian awal dengan kanak2 istimewa di sana. Antara pengajaran yang aku dapat di kelas pendidikan khas tu, aku menjadi orang yang lebih bersyukur dengan apa yang aku ada. Walau pun aku rasa di campus aku tak lah sebijak mana, tapi aku tak meletak kan diri aku sebagai orang yang lemah. Aku juga rasa rendah diri sangat2 bila tengok komitmen cikgu2 pendidikan khas yang mengajar pelajar2 yang mempunyai masalah tumpuan dalam belajar. Kadang2 terdetik dalam diri aku, ramai tak manusia yang sedar dengan golongan2 segelintir ini? Tahu tak macam mana kita nak kenal pasti kanak2 yang mempunyai masalah seperti hyperactive, speech delay, down syndrome, slow learner dan sebagainya?

Aku sebagai manusia, aku tak terlepas dari masalah dalam keluarga. Tapi alhamdulillah, semua tu dah jadi kisah silam dalam beberapa tahun yang lepas. Di SKPP ramai dikalangan mereka mempunyai masalah dalam keluarga. Setiap orang sentiasa cakap masalah dia paling teruk. Bila bercampur dengan pelbagai jenis manusia, insyAllah, kita untuk menjadi orang yang lebih bersyukur.

Email dari pesilat Pukulan Melaka, Jerman

Bersilat
Semasa Amin masuk ICU, aku ada terima email dari seorang warganegara luar yang bertanyakan gambar2 Silat Pukulan Melaka di Air Molek Melaka. Aku pun tak tau dari mana mamat tu tau aku pernah join dengan Silat Pukulan Melaka. Mungkin artikel blog aku sebelum ni kot. Sebagai seorang pencinta warisan seni mempertahan kan diri, aku kagum dengan usaha beliau mempelajari ilmu persilatan Melayu. Dia share aku link dia Sini, Sini dan Sini. Bersilat mampu mendisiplin kan diri kita dan menjadi kan kita seorang yang rendah diri dan dalam masa yang sama berani berhadapan dengan situasi genting. Tapi masih ramai lagi yang segan nak join. Kalau bukan kita, sape lagi yang nak belajar seni warisan ni?

Tahun ni aku sempat melibat kan diri dalam latihan silat olahraga. Dah 3 tahun tinggal kan silat, hari pertama sparing, aku mula kan dengan tendangan sulung, tapi dijatuh kan dengan mudah.... perrghh...2 hari aku sakit2 badan. Tapi bagi aku biar sakit2 badan semasa latihan, supaya dapat kurang kan kesakitan masa situasi sebenar. Aku rasa besar hati dapat luang kan masa dengan silat. Sape2 kalau nak join Silat Olahraga UTP, boleh usya blog nih. Atau pun boleh tanya mamat Behjan (untuk tahun 2009)

Program khidmat masyarakat anjuran MEDTECH club

Cyber kids di Sek Keb Seri Iskandar, Perak
Hari Sabtu aku terlibat dengan Cyber kids sebagai facilitator mengajar budak2 sekolah tentang computer. Aku seronok luang kan mase dengan budak2 kecik. Dieorang mempunyai ragam yang tersendiri yang mana boleh buat aku senyum sorang2. Mase program tu berlangsung, aku mengetuai dalam tarian poco2 dan chicken dance. Perkara yang buat aku senyum sorang2 ialah lepas senaman pagi tu, "Abang Iman, seluar kita basah..." bagitau seorang budak, aku ingat kan die terkencing dalam seluar, rupa nya budak tu berpeluh secara drastik hahahaha. Walau pun penat, tapi aku rasa berbaloi meluang kan masa dengan dieorang. Aku sememang nya suka dengan aktiviti kemasyarakatan yang mana kita tak akan dapat pelajari di dalam buku.

Al-quran - Asy-Syarh surah 94, Ayat Makkiyah
Aku mengaku aku tak la sehebat mana dalam ilmu agama. Di sebab kan latar belakang keluarga aku kurang didikan agama, aku tak pernah lagi khatam Al-quran. Aku mengaku yang aku tak sehebat mana dalam membaca Al-quran. Kadang2 aku rasa segan nak bercampur dengan mereka2 yang tinggi pengetahuan agama. Tapi aku tetap kan diri aku untuk bercampur dengan pelbagai manusia supaya aku boleh mengenal bau wangi dan busuk.

12.15am tadi sebelum lepak Mapley Sitick dengan zhee, paker, ejat, ebul dan mekot, aku bukak la tafsir Al-quran yang baru di beli dari paker untuk di baca. Bacaan aku memang tak berapa lancar, tapi aku penting kan dalam pemahaman maksud Al-quran tersebut. Tiba2 aku menangis..... Aku sedih sangat bila baca surah tu. Kali pertama aku menangis baca Surah Suci Al- Quran.

"Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
.

Mase keluarga aku timpa masalah, aku satu2 nya ahli dalam keluarga yang tak akan menangis. Aku sedar, aku dah tempuh banyak kesulitan. Secara aku tak sedar banyak kemudahan yang aku peroleh. aku bersyukur dengan diri aku sekarang. Aku bersyukur bila aku sudah sampai ke tahap ini. Aku bersyukur bersama dengan orang sekeliling yang sentiasa memberi pengajaran buat aku. Dalam banyak2 buku motivasi aku baca, Al-Quran lah yang terbaik. Yang buat aku menangis dan sedar dengan keadaan aku sekarang. Ini lah mukjizat Nabi Muhammad SAW.

p/s: Allhamdulilah Amin dah sihat dari demam denggi, terima kasih kepada lecturer, kawan2, sedara2 dan kenalan yang concern. Terima kasih