Jumaat, 31 Oktober 2008

Hargai lah mereka ketika mereka masih bernafas - Takziah

Semalam aku borak2 dengan kakak aku, die cerita dengan aku kawan die baru je kehilangan mak ayah dalam kemalangan jalan raya. Sebelum tu aku macam ambil tau biase je, tetapi aku teringat2 plak ape yang kakak aku cerita.

kakak aku cerita antara dialog kawan die semasa mayat sedang di kapan kan.

"Sekelip mata ain, kakak hilang dua2 sekali "

"Kakak tak berapa sihat ain, tak ada kerja, macam mana nak sara 3 orang adik kakak"

"Macam mana kakak nak mula kan semua ni ain? Kakak rasa lemah sangat"

Aku tak kenal siapa kawan kakak aku, tak pernah tengok muka pun. Aku ingin ucap kan takziah pada beliau dan sentiasa kuat kan semangat. Ada di kalangan kita yang hidup mewah dari kecil,namun demikian percayalah negara kita masih ada lagi yang daif. Hargai mereka ketika mereka masih bernafas. Memahami mereka akan membantu mereka.

p/s: kepada Amir yang dah jd MPP tu, esok g Gurun kedah bawak kereta elok2. Kami akan sentiasa kutuk ko demi kebaikan ko wahahaha
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Khamis, 30 Oktober 2008

Tergendala sebentar - Cahayanika

Laman Cahayanika dalam process naik taraf

Hari ini laman web cahayanika sedang di cat. Sepatutya dah bleh tengok page tu. Disebab kan masalah2 tertentu (aku terdelete file2 argh tidak), mungkin makan mase dalam sehari untuk aku upload balik selepas balik rumah nanti. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya. Harap maklum

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Tertingal kad kerja - CUBIC

1. Aku dah sampai depan pintu office, untuk scan kad kerja
2. Aku baru perasan tak ada kad kerja di baju aku

3. Aku memecut balik dengan Honda wave 125 aku
4. Sampai rumah, aku cari kad kerja kat almari aku, tiada
5. Usaha mencari di terus kan
6. Aku terjumpa Kad kerja aku di poket belakang seluar yang aku pakai

5. 9.15 am sampai office dengan perasaan di tipu oleh diri sendiri wakakakaka

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Rabu, 29 Oktober 2008

Trailer cerita budak kelantan - Movie


Trailer filem budak kelantan yang membuat kan aku nak sangat tengok cerita ni. Sesungguh nye aku memang kagum dengan negeri Kelantan. Waktu aku melawat Kelantan, aku memang suke tengok orang2 berniaga. Aku pun kagum dengan Nik Aziz walaupun dulu aku pandang serong terhadap kepimpinan beliau. Aku cuma geram kepada orang mengawal Media masa yang membuat kan aku salah faham.

Kito ni, kalu jahak pong jange duk sekak oghe nok buak baik..

Kita kalau buat jahat pun, jangan sekat orang yang nak buat baik. Jangan la sekat media masa kalau nak mendedah kan perkara baik.

kepada yang bosan2 , dengar la lagu crazy frog ni hahaha




p/s: selamat datang D80 & SB800. Susah gak nak mencari yang baru


nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Sabtu, 25 Oktober 2008

Jauh lagi ke perjalanan aku? - impianku

sedang mendengar lagu2 ABCDEFGHUJANOPQRSTU
hari sabtu merupa kan hari berehat2. Sape tak suke berehat2, perkara itu lah yang di idam2 kan oleh setiap orang yang sibuk di muka bumi ni. Waktu rehat la banyak memberi kan aku ilham2 dan idea untuk membuat sesuatu perkara baru. Kalau anda sedang buntu, tension , putus harapan. Rehat la dulu untuk menenang kan fikiran.

Cahayanika
Semalam di KFC antara perbualan aku sekeluarga ialah Cahayanika. Banyak lagi perkara yang perlu di buat untuk cahayanika ni. Nama cahayanika di ilham kan dari kedai pertama ayah dan permulaan nama adik beradik aku. Kedai pertama ayah ialah Cahaya Aneka. Di sebab kan die orang lama yang baru nak berjinak2 dalam berniaga, die pun mendaftar lesen perniagaan atas nama "Cahaya Anika". Kitorang bantai gelak la dengan nama "old school " tu hahaha.

Di mana nama Cahayanika di ilham kan
Semasa di kampus, aku memang meletak kan target aku untuk praktikal/ internship di Melaka dan tinggal bersama keluarga. Aku berhasrat untuk menaik kan taraf hidup keluarga aku, walau pun kami tinggal di kampung. Hari pertama sampai rumah, aku belanja adik beradik aku makan McD dan ajak mereka semua berbincang tentang rebranding "Talib video". Pelbagai nama tercetus untuk menjadi jenama keluarga ni. Antara nya (seingat aku la) "Takha", "Cahayaku","NurAneka", "Cahaya Aneka" dan banyak lagi la nama2 mengarut. Aku pun suggest nama tu kat ayah dan ayah tak setuju. Erk kene fikir name lain la nampak nyer.

Di dalam kereta
Aku selalu berhujah dengan keluarga aku semasa dalam kereta. Macam2 isu yang di bincang kan dari politik sampai la topik berniaga. Dalam kereta lah nama cahayanika tercetus dengan kombinasi cahaya anika (ejaan dulu2). Antara kerisauan aku ketika tu Cahayanika ada 5 suku kata. "ca" "ha" "ya" "ni" "ka" dan agak panjang untuk di sebut dan bekemungkinan susah untuk orang2 lama sebut nama tu. Aku pun cari juga di internet maksud cahayanika. Mane la tau cahayanika ni ade definisi sendiri ke dalam bahasa lain. Fuh lega, setakat ni tak ada lagi penggunaan perkataan cahayanika. Kalau anda google, search engin tu akan tanya "Did you mean 'chayanika' ". hohoho

Ingin menjadi usahawan
Selepas SPM aku ade mase menggangur selama 6 bulan sebelum keputusan SPM keluar. Ketika tu aku mengurus kan kedai alat tulis. Waktu tu aku berminat nak jadi usahawan sampai aku nyatakan hasrat kat ayah aku yang aku tak nak sambung belajar sebab nak urus kan kedai(pemikiran kampung). Ayah aku nasihat kan "Iman kalau belajar tinggi2 pemikiran akan luas, iman tak akan pandang lagi nak berniaga kecil kecilan ni". Aku pegang kata2 tu dan sentiasa cuba meluas kan tahap pemikiran aku. Tu sebab aku mohon Sistem Maklumat Perniagaan masa nak masuk UTP sebab terpengaruh dengan perkataan "Perniagaan". hohoho. Aku sentiasa saran kan orang jadi usahawan dan berniaga juga merupakan sunah Rasul.

Kenapa aku amik subject programming?
Aku dalam Business Information System aku specialize dalam E-Business dan Multimedia Programming. Aku terpengaruh dengan programming sebab kawan2 cakap kerja programmer ni gaji die tinggi. Lagi pun kita akan lebih fokus pada kemahiran2 teknikal. Kemahiran teknikal penting semasa zaman muda. Bila dah berumur, kita akan memerlu kan kemahiran kemanusiaan. Aku minat juga menaip beratus2 kod tapi kadang2 aku terasa itu bukan diri aku. Aku akan sentiasa belajar ilmu ini dan yang pasti aku tak akan bekerja sebagai programmer hehehe

Ape sebenar nye yang aku nak jadi?
Aku suka bidang aku ni. Tapi kadang2 aku takut aku berada di landasan yang salah. Macam mane nak tau kita di landasan yang betul? Pendapat aku, kita kene ada pendirian dan sentiasa mencari jalan membaiki pendirian kita. Normal ke kalau kita masih lagi sangsi dengan cita2 kita? Selepas aku baca buku tentang Chedet, die pun dulu ada masalah yang sama. Chedet pernah bercita2 nak jadi kerani kerana itu yang dia impi kan (selain jadi doktor). Selepas itu chedet berniaga buah buahan kerana dia memang suka berniaga. Dia pun suka menulis. Dan ini menjadi kan dia buntu apa cita2 dia ni. Tapi aku dah tetap kan cita2 aku yang mana aku nak jadi Usahawan dan menaik kan taraf pemikiran keluarga aku agama serta negara aku. Aku sayang Malaysia

sumber gambar: beca film
Tahniah Ms Rokh
Bile aku check email aku hari ni, ada undangan jemputan untuk geng sepit baju ke Majlis perkahwinan salah seorang di Lecturer UTP. Tahniah Ms Rokhmah yang bakal mendiri kan rumah tangga. Kami Sepiterz sentiasa mendoa kan kebahagian Miss Rokh dengan orang tersayang hehehe. Aku dan geng sepit baju ikut perkembangan fotografi Ms Rokh dah lama dah, sampai die bertunang dan nak kahwin hehehe. Ms Rokh juga merupakan lecturer yang minat dalam fotografi, dan die rajin membuat experiment mengunakan kamera SLR Filem.

sepitbaju fotopages

Minat untuk berjaya
Aku tak berapa suka membaca , tapi aku suke membaca buku2 motivasi dan kepimpinan. Selepas aku di saran kan oleh Anis untuk baca buku "Dare to fail" aku jadi lebih yakin dalam nak menempuh hutan yang belukar je depan die. Tu aku baru baca 50% buku dah jadi yakin. Kalau lepas habis baca mesti lagi yakin kot hahaha. Ape yang aku perasan manusia berjaya kerana dia ada minat. Zuckerberg founder facebook berjaya sebab ada minat. Irfan Khairi berjaya sebab ada minat. Saiful nang berjaya sebab ada minat. Thomas edison berjaya sebab ada minat. Apa yang anda minat buat ketika waktu lapang? Soalan biasa dalam interview kerja.

Sekali lagi aku menulis panjang lebar dalam menyuara kan pandangan pribadi aku. Aku amat mengalu2 kan sebarang komen yang membina demi kebaikan semua pihak dalam mengejar impian masing2. Kepada pembaca blog yang berbangsa India, aku ingin mengucap kan Selamat menyambut Deepavali.

p/s: sape2 yang ada facebook, add la aku ye. ramai juga kenalan yang aku kenal melalui facebook
Nuriman Talib's Facebook profile

nuriman@cahayanika.com 019-2678221 http://www.cahayanika.com/

Khamis, 23 Oktober 2008

Medtech Raya Fiesta 2008

Hari ni aku tak pergi makan tengahari. Aku pun surf la internet mencari bahan bacaan. Bahan bacaan termasuk la juga blog2 kawan. Dalam banyak2 blog aku usha aku , bila aku tengok gambar 1 ni aku terkenang plak kisah2 menyiksa jiwa aku dulu. Kenangan tetap kenangan sama ada ia meninggal kan pengajaran atau tidak, itu bergantung kepada individu.


Medtech Raya fiesta merupa kan acara sambutan aidilfitri bagi merai kan keluarga MEDTECH.Aku daftar menjadi ahli kelab Medtech ketika foundation 1st sem. Tapi terlibat dalam menjadi Media Crew pada foundation 2nd Sem . Senior yang telah menawar kan aku untuk terlibat dalam Media Crew UTP. Macam2 kesusahan aku dapat daripada kelab tu dan dari kesusahan jugak la aku belajar.

Dan aku teringat nasihat dari seorang penoreh getah.
"bila dalam kesusahan kita akan hargai nikmat senang"

p/s: Nukman, selepas aku amati gambar tu aku rase ko bukan photogedik tapi Photopoyo hahaha. ape2 pon aku suke moto die. "Poyoness make me confidence". 13 Oktober 2007 lepas merupa kan first posting aku. Selamat Ulang tahun blog aku yang pertama, aku memang mudah terlupa tarikh2 penting hahaha. kepada calon MPP, All thebest utk pilihanraya kampus UTP

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Nasihat dari cerita puteri - Kamala

Kini di office, sedang mendengar lagu allahyarham sudirman. aku tetiba teringat pulak cerita Puteri tv3 semalam. Tak sangka plak aku boleh layan cerita macam tu. Bile aku tanye "die dah kahwin ke Nora Danish ni? " tiba2 ibu aku jawab, "dah bercerai dah pun". Aku tak suke betul dengar perkataan "Cerai". Kenapa? sebab ia akan memberi kesan psikologi yang negatif kepada seseorang. Dalam cerita tu aku tertarik ape yang dialog kamala . Dalam cerita puteri aku suka character Kamala . Lawak blur die memang best hahaha.


Antara perbualan kamala dengan puteri mase episod semalam

Babak 1
Puteri : "Kamala saye kagum dengan awak, saye terhegeh2 carik pakwe, awak tak pun"
Kamala : "buat apa nak cari pakwe, kalau ada cinta tu ada la. Buat ape susah2"

Babak 2
Kamala : "Haih seronok kan bercinta ni" (kamala sedang pandang ke atas)
Puteri : "mmmm seronok Kamala, yela yang boring boleh jadi seronok"
Kamala : "bau ketiak busuk jadi wangi"
Puteri : "yang tawar jadi manis, yang suram jadi indah"
Kamala : "yang Haram jadi halal" (kamala masih lagi pandang ke atas)
Puteri : "......"

Tak sangka tertengok plak citer tu walau dalam cerita tu ada jugak unsur2 social yang aku tak berapa nak setuju. Watak yang aku kenal pun 4 je (puteri, kamala, pak badar dengan roslan). Aku cuma nak share dari aspek yang positif episod semalam . Dalam cerita ape2 sekali pun, aku suke tengok pada message nasihat yang cuba disampai kan.

p/s: wa boring nye kat tempat aku tak ramai orang sekepala. Tetiba plak track lagu Bob Maley berkumandang kat hset aku -"No Women No Cry". Bile sampai seru, kawen~

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Jumaat, 17 Oktober 2008

Membina kereta lumba dari barang terpakai - Xiushun dan Xiuguo

Tadi aku terbaca pasal artikel 2 beradik membuat kereta F1 menggunakan barangan terpakai. wa aku giler kagum tengok kereta tu, nampak memang kemas design die. Adik beradik yang bernama Zhao Xiushun dan Zhao Xiuguo merupa kan pekebun yang buat part time buat kereta. Yela dah minat, kereta F1 pon boleh jadi.


Bahan2 terpakai yang di gunakan adalah seperti bingkai basikal, tayar terpakai, kepingan besi pintu dan macam2 lagi la. Kereta lumba tu dieorang name kan "Brother". Kereta tersebut di reka dan dituju khas buat ayah dieorang. Ayah mereka mati sebab gempa bumi dan adik beradik ni mengharap sangat ayah dieorang dapat tengok kereta "Brother" ni. erk macam mane nak suruh orang mati tengok? Kagum betul tengok semangat adik beradik ni.
(sumber)
(sumber)


Di UTP pon ada jugak cipta kereta lumba. Pasukan SAE pergi bertanding di melbourne Australia. Dari ape yang aku tahu, kos untuk membina formula SAE ni memakan belanja RM50,000. Di UTeM pon ada jugak buat kereta lumba Formula Varsity kalau tak silap dan dapat menjadi naib johan untuk pertandingan tersebut.

Aku teringat zaman aku kecik2 dulu, ada orang kampung aku cipta kereta lumba gak. Waktu tu aku sekolah rendah lagi. Aku tak sangka plak dalam sibuk2 orang cipta kereta lumba, kat kampung aku dah ade orang cipta. hahaha. Aku panggil brader tu abang Saleh, die merupa kan jiran aku jugak. Aku ingat lagi ape komponen2 yang die gune kan untuk kereta die. Antara nye, Tayar kereta tolak, break basikal jadi Accelerator, handbreak dan stereng kereta, tali pinggang keledar dan jugak besi2 yang dieorang patri2. Die merupa kan pomen (mekanik) kerja sendiri di kampung. Agak nye die belajar dari sape ek?

Formula Varsity UTeM

Dari ape yang aku tahu, adik bradik dari Cina tu, die belajar dari majalah2, Abang Saleh plak belajar dari minat. Persamaan dieorang ialah berasal dari kampung dan tak fasih bahasa Inggeris. Mereka cuma kurang bernasib baik dalam melanjut kan pelajaran ke institusi tinggi (IPTA, IPTS). Tapi cita2 tetap sama, iaitu mencipta kereta. Sebenar nye ada orang yang lebih hebat dari kita, cuma rezeki tu tak ada. Rezeki, Maut dan Jodoh di tangan tuhan.

go go go atuk

Internet merupakan satu platform mudah untuk kite carik informasi. Tapi informasi dalam bahasa Malaysia masih lagi kurang. Google skarang ni ade penterjemahan bahasa Indonesia. Kepada golongan bijak pandai (engineer, doktor, photographer, IT specialist), rajin2 lah jadi penterjemah bahasa. Zaman dulu2 pon ramai je penterjemah barat, terjemah kan kajian2 islam. Kalau ramai yang rajin berkongsi maklumat dalam bahasa Malaysia, sape tahu akan datang mungkin ada orang kampung Malaysia boleh cipta kapal terbang plak muahahaha.

Aku Sayang Malaysia

p/s: aku dengan kawan sekolah aku dulu, pernah jadi johan Melaka cipta "Super grass machine". Mesin rumput solar, ntah ape2 la mesin tu, macam mane ntah boleh menang.Walau ape pun terima kasih cikgu Rahimah sebagai penterjemah bahasa waktu cari maklumat di internet

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Khamis, 16 Oktober 2008

Aku jumpe dia

hari ni aku jumpe dia
aku baru je call dia
dengar suara dia
berdebar2 semasa bercakap
lain nada suara dia
aku tak faham masalah diri dia
pukul 6 ni aku jumpe dia
hanya berdua
mengharap kan satu penyelesaian
tanggungjawab seorang lelaki

p/s: Tak semua orang tau, yang berdarah tu luka lama.

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Selasa, 14 Oktober 2008

Sedikit update

Jam dah menunjukan tepat pukul 7 malam. Aku masih lagi di office, confirm balik ni kene soal siasat dengan ibu, sebenar nye aku baru je update Cahayanika.com. aku tambah galeri kat bahagian fotografi. Aku masih baru lagi dalam berjinak2 dunia website ni, antara ape yang aku fikir sebelum buat website iaitu,

1. senang nak urus
2. jimat kos
3. kelajuan

hehehe buat mase ni tu jela hasil yang termampu. Hosting pon free, dan aku tumpang domain tukiman.com buat sementara waktu. Aku combine kan pengunaan tiltviewer dengan flickr. Mudah, kalau aku update flickr, automatic galeri akan update. k sampai di sini

p/s:semalam aku keluar dari pintu office, terkezut bile tengok hari dah gelap. hari ni tak lagi

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Isnin, 13 Oktober 2008

Kesan selepas demam chikungunya

Memandang kan demam chikungunya masih lagi berterusan, jadi aku ingat nak kongsi serba sedikit tentang demam ni. Hari raya ke 4, selepas beraya di rumah cikgu2, aku dapat call dari ibu die kate adik aku plak kene demam chikungunya selepas ayah aku. Tapi dua2 sekarang ni dah sihat, cuma masih mengalami kesan2 demam chikungunya ni. Apa kesan2 demam chikungunya ni?

Nama sebenar
Macam2 sebutan yang di beri kat demam ni. Ada yang sebut Cikunya, ciku kunyah, ciku maknyah, chingukunya, dan macam2 lagi(ni sebutan berdasar kan ape yang aku pernah dengar la). Sebutan sebenar2 nya ialah Chikungunya. Selepas ni kalau ada siapa2 yang salah sebut, boleh la tolong betul kan sebutan.

Faktor umur
Mengikut pemahaman aku orang muda lebih cepat sembuh berbanding orang yang berumur. Adik aku kene demam ni dalam masa 4 hari, manakala ayah aku 2 minggu. Tapi aku masih lagi tak berapa pasti, sebab ada juga kawan aku yang kena demam ni hampir 2 minggu. Mungkin antara faktor berapa kerap pengidap kena gigitan nyamuk. Ayah aku ade habit tak berapa nak kisah sangat kene gigit nyamuk, manakala adik aku selalu bukak langkah silat kalau kene gigit nyamuk. Kalau tido tu, pasti kan halau nyamuk2 tu. Jadi jangan la kene gigit nyamuk ye

Kesan2 selepas demam
Selepas demam chikungunya, pengidap masih lagi mengalami sakit2 dan bengkak sendi. Selain itu pengidap juga akan merasa lemah2 badan. Ada juga yang kena seperti kesan penyakit gaut, tangan, sendi dan kaki bengkak2. Dari ape yang doktor beritahu, kesan sakit2 sendi boleh berpanjangan sehingga 7 - 8 bulan. Kepada mereka yang lambat sembuh, boleh menghadapi kesan sakit2 dan lemah badan sehingga setahun. Magik kan?

Info2 ringkas dari kementerian kesihatan Malaysia
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut (tetiba je demam panas)
· Sakit teruk pada sendi (sakit wo)
· Ruam pada badan (ada kesan bintik2)
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
simptom2

Tak dapat di kesan
Kawan ibu yang keje die mengkaji kuman2 dan virus, dari apa die cerita kat aku, demam ni tak dapat di kesan melalui darah pesakit. Biasanya mereka akan kesan penyakit ni berdasar kan simptom2 Chikungunya. Die pon cerita jugak kat aku , banyak sangat sampel darah pesakit demam ni nak di periksa, last2 buang jugak sampel darah sebab tak jumpe ape2. Magik kan?

Yang mengambil kesempatan
Mase pergi rumah terbuka sedara, Demam ni antara jadi topik hangat. jadi aku tertarik juga la ade doktor dari bemban, Melaka yang ada rawatan demam ni. Bayar RM 150 untuk satu suntikan, selepas seminggu akan pulih. Setahu aku selepas seminggu memang pulih pon, dan setahu aku tiada rawatan khusus untuk penyakit ni. Ada juga yang saran kan guna herba2 tempatan dan luar negara. Aku perasan jugak makin ramai orang jual ubat2 pasal cikungunya, ala biase la business. Boleh mencuba rawatan2 ni, tapi bagi aku yang paling penting tahu isi kandungan ubat tersebut dan macam mana kandungan ubat tu boleh menghilang kan penyakit demam chikungunya ni. Jadi terus kan mengkaji

Tangani la penyakit ni secara bijak. Jangan percaya sangat dengan khabar angin dan tahyul2, cari lah dari sumber2 yang dipercayai. Sumber di internet juga perlu lah dicari dari sumber2 yang betul2 sahih seperti kementerian kesihatan Malaysia atau2 Doktor2 yang bertauliah. Doktor yang tak bertauliah biasanya penting kan diri sendiri. Aku selalu jugak saran kan bakal doktor untuk menulis blog dalam bahasa melayu. Sekurang2 nya orang kampung, petani, nelayan dan orang asli yang ada internet, boleh la mecari info2 tentang penyakit. Memang banyak info penyakit dalam internet, tapi mane la dieorang faham bahasa orang putih. Penterjemahan bahasa mampu meningkat kan taraf hidup masyarakat setempat kalau mengikut sejarah islam dulu2.

artikel aku yang berkaitan(kesihatan)
1. pesakit chikungunya ke hospital besar
2. Apa rawatan chikungunya

p/s: cita2 aku nak jadi doktor. boleh kah? erk tapi tak layak mase nak apply course

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Jumaat, 10 Oktober 2008

Khabar Kembara sufi VII - Inteam feat Hijjaz

Tadi aku baru je telephone pengurus projek kembara sufi VII (KSVII). Panjang juga la perbualan, antara yang aku nak tahu, cume ape sebenar nyer yang telah belaku. Antara khabar yang boleh aku kongsi di sini ialah

Konsert Nasyid Kembara sufi dan Dewan cansellor akan bertemu lagi
  • Artis inteam datang malam ni, hijazz datang pagi esok ke UTP, tempat dieorang tinggal di UTP, ehem2 , demi keselamatan artis tak boleh la nak beritahu

  • Gerai Ayamas akan dibuka semase kembara sufi nanti. So kalau sape2 yang lapar boleh makan ayam, setahu aku tak boleh bawak makanan ke dalam dewan canselor. Jadi makan la kat luar dewan hehehe.

  • Jualan tiket akan di ada kan di masjid An Nur selepas solat jumaat hari ini.

  • Jualan tiket dikaunter akan di ada kan di depan dewan cansellor

  • Seperti setiap tahun kesesakan berlaku bila ramai sangat orang nak dapat kan tiket semasa saat2 akhir. untuk mengelak kan kesesakan dapat kan tiket seawal mungkin, atau pon pada agent2 tiket KSVII

  • 6 institusi pelajaran yang akan menyertai pertandingan nasyid kembara sufi di sebelah petang, Tak ter kecuali juga wakil kumpulan nasyid dari UTP, Insaff

  • Program kembara sufi membantu rumah kebajikan, program amal kebajikan bersama artis dan anak2 yatim di belah pagi

  • Ada persembahan anak2 staff , budak kecil comel2 akan buat persembahan mase kembara sufi nanti. giler cute

  • VIP yang datang dari Registrar dan En hasbullah (Exec HRM) UTP. En hasbullah juga pernah hadir KS tahun lepas sebagai VIP.

  • Setiausaha KSVI yang juga juara pertandingan the Qura akan membaca kan ayat Al quran di malam KSVII

  • Bendahari KSVI bertungkus lumus sebagai pemantau konsert KSVII

  • Assistant project manager KSVI dari terengganu ke perak, demi memberi sokongan KSVII

  • Aku sedang menulis blog ni, dengan ucapan
    "Semoga berjaya KSVI"
Cerita Konsert nasyid Kembara sufi boleh juga di dapat di sini

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Rabu, 8 Oktober 2008

Perang emosi sejak kecil lagi

Hari ini, setelah memadam kan no pejabat belia, aku mejawab panggilan sebagai pegawai kastam besar dari dia. Walaupun ahli psychology kata selepas umur 40 manusia susah nak berubah, aku mengharap kan perubahan ke arah kebaikan.

p/s:
Aku mengharap kan tak ada sorang pon faham ape yang aku tulis. Kepada lelaki , tanggungjawab anda adalah keluarga. INGAT!!!!!!!!!!!!!!!

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Selasa, 7 Oktober 2008

Cahayanika versi 1.0 - Terima Kasih ahli Haiwan di Malaysia

Mase lunch hour tadi aku kemas kan cahayanika kepada version 1.0 . Memandang kan page load dah mencecah 1000 dalam masa 3 bulan(Alhamdullillah), kene la kemas2 skit web tu . Aku tambah page untuk mudah kan orang faham tentang ape yang nak di sampai kan. Ade gak guna pictoBrowser untuk memudah kan pengguna2 Flickr. Anda boleh dapat kan code HTML untuk display gambar2 di blog anda dari akaun flickr. Serius beb, application tu memang best dan mudah.

Gambar2 Haiwan di Malaysia




Sekalung penghargaan kepada penyumbang gambar di group Flickr : Haiwan di Malaysia . Pelbagai orang telah join group tu untuk berkongsi dan meingkat kan pengetahuan tentang haiwan . Ada yang berpangkat Dato, Doctor, pelajar dan ramai lagi yang berkongsi gambar. Ribuan terima kasih juga kepada Dr Yati lecturer dari UKM yang telah menyumbang banyak informasi tentang haiwan.

kepada yang dah melawat Cahayanika, aku ucap kan terima kasih. InsyaAllah aku akan cube perbaiki laman tu dari segi kelajuan dan design. Segala komen dan kritikan membina tentang website tu amat di alu2 kan.

p/s: Terima kasih kepada pengungjung blog aku juga, Selamat Hari Raya~

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Aku dapat duit dari internet

owh macam ni la agak nye orang kata jana duit dari internet. Sebenarnya aku pon tak faham macam mana la syarikat pengilat kasut tu bagi aku 30 sen. walau ape2 pun aku masih lagi memasang cita2 nak jadi usahawan hehehe

p/s: aku kagum macam mana Chedet dulu berniaga buah2an mase die muda2.

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 |
www.cahayanika.com

Isnin, 6 Oktober 2008

Selamat hari raya cikgu - rakan sekelas

Sampai sekarang aku pegang nasihat, hormati lah cikgu. aku sedar nasihat tu mase aku tingkatan 3. Walaupun waktu tu aku hampir hanyut, alhamdullilah nasib baik cepat sedar. Raya kali ni sekali lagi sempat aku dengan rakan2 kelas 5 amanah 2004 beraya di rumah2 cikgu. Tapi tak sempat pulak nak beraya rumah semua semua. Seperti biasa rumah wajib pergi adalah Teacher Razlinah. Sedari die Slim sampai dah beranak 3 (erk), raya mesti pergi rumah die.


Antara pengalaman yang aku tak boleh lupe dengan teacher Razlinah.
  1. Kene denda berdiri sebab tak ingat birthday kawan sekelas
  2. Telinga sering kali berdesing . Aku duduk kat meja paling depan, dan teacher suke duduk betul2 depan meja aku . (siapa yang pernah belajar dengan teacher mesti faham volume suara teacher )
  3. Kening die sentiasa berkerut dalam kelas
  4. suka makan gula2 dalam kelas
  5. Belanja Kek untuk setiap jamuan hari jadi (dah jadi acara wajib, sebab takut kene denda lagi)
  6. Pertama kali faham buku literature
  7. Sentiasa menang kelas terbersih di sekolah. Tak ada siape yang berani buat sampah sebelum Teacher masuk kelas.
  8. Aku menjadi bendahari kelas secara paksa. Secara automatik mendapat gelaran cheti kutip duit.

Rizqin - aku geram tengok baby, tapi takut nak pegang

Nasik lemak edisi raya




Lepas beraya rumah Teacher Raz, kitorang pergi raya rumah Cikgu Normah. Sampai sekarang aku nak berterima kasih dengan cikgu tu. Mase sekolah aku paling tak suke subject membaca terutama sekali sejarah. Tapi cara cikgu Normah mengajar mudah pulak nak faham. Sebenar nya subjek sejarah tak bosan, cume kene ada cara yang betul untuk belajar matapelajaran tu. Seperti biasa setiap tahun Cikgu Normah akan kongsi cerita pengalaman best die jadi cikgu. Kali ni die seronok sangat jadi Cikgu di Sekolah tahanan Henry Hurney. Tak semua orang sanggup nak jadi cikgu di sekolah yang ada masalah jenayah juvana. Walau ape pun aku kagum tahap gaban bile cikgu seronok mengajar kat sekolah tu.


Antara pengalaman yang aku tak boleh lupe dengan Cikgu Normah.
  1. Buat latihan sejarah giler banyak (argh kenapa perlu belajar subjek sejarah?)
  2. Dengar cerita2 best dari cikgu
  3. Sporting dalam mengajar dan flexible dalam mengajar
  4. Jadi pemain rebana mase persembahan hari merdeka sekolah (persembahan dah OK , Ahli muzik yang kantoi lalalala~)
  5. Rajin bawak kelas kitorang pergi bilik tayangan. Waktu tu jakun giler tengok Astro. fuiyooh....
Cikgu Normah memang suka bercerita

Lepas tu pergi beraya rumah Cikgu Hamidah dan Cikgu Ismail (Suami Isteri). Topik utama tuisyen Albukhari. Suami Cikgu Hamidah memang sangat cool. Kalau mengajar subjek Biology, sempoi je ngajar. Nak di jadi kan cerita, ada satu masa tu, Pengetua baru datang melawat Sekolah aku buat pertama kali . Die datang dengan keluarga waktu petang. Mase tu mane la tau Lelaki yang datang dengan keluarga tu bakal menjadi Pengetua sekolah. Aku dan beberapa kerat member buat la body language ala2 separuh jantina(kalau tak faham sudah.) ape lagi, gelak sakan kat kelas, Cikgu ismail tengah mengajar lagi waktu tu. Tiba2 family tu masuk kelas sebab perasan budak2 kelas aku gelak kan family die. Waktu tu, pen jatuh pun boleh dengar. Tapi Cikgu Ismail jadi hero selamat kan kelas kitorang.. keesokan hari nya, kejadian tu jadi isu hot di bilik guru. topik- Budak kelas 5A ejek pengetua baru. Jatuh reputasi sebagai kelas contoh sekolah. Ape2 pon cayalah cikgu Ismail.


Kenangan bersama Cikgu Hamidah dan Cikgu Ismail mase zaman sekolah
  1. Bedah katak yang mane budak kelas sangat teruja nak bedah katak2 tu. Aku pun carik katak2 kat belakang rumah aku. dapat 2 ekor, derma kat kawan sekor.
  2. Penjaga tin biskut mauahaha
  3. Tragedi Pengetua baru datang melawat.
  4. Strategi belajar last minit. Zaman SPM la zaman paling aku berdisiplin, sekarang? huh

Lepas tu, kitorang pergi beraya di rumah cikgu paling garang. Dengar suara die jawap salam pon boleh cuak. hohoho. Cikgu Fazidah merupakan cikgu matematik tambahan, pantang betul kalau budak kelas tak faham, mesti kene buat latihan dekat papan hitam. Tengah buat latihan dekat papan hitam , cikgu fazidah akan berdiri kat sebelah, waktu tu Kapur putih pun boleh jadi basah. Sebelum kelas Cikgu Fazidah mula, budak kelas di saran kan mengosong kan pundi kencing masing2. hahahaha


Antara pengalaman dengan cikgu Fazidah plak
  1. Renungan tajam kearah anak mata setiap budak kelas. fuh..
  2. Kelas yang di penuhi dengan jeritan2 sekiranya budak tak faham
  3. Budak yang terer matematik tambahan pon tak akan dapat selesai kan masalah matematik kalau cikgu fazidah berdiri dekat sebelah.
  4. Sekali je seumur hidup aku matematik tambahan dapat A1, SPM
  5. Pelbagai nama samaran yang di beri seperti Kudut, Abang besar, Makcik, Nenek, Pakcik, Atuk dan yang paling femes sekali Bulat. Bulat selalu kene panggil buat latihan kat depan papan hitam. hahaha
Terima Kasih kepada Cikgu2 yang sudi melayan kerenah budak2 kelas 5A 2004. Aku sangat menghormati orang yang ikhlas menjadi kan Guru sebagai profession hidup. Lebih2 lagi yang mengajar di luar bandar. Terima kasih jugak kepada kawan2 sekelas.

Selamat berjuang Cikgu....

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com

Rabu, 1 Oktober 2008

Menjelang 1 Syawal 1429H

Alhamdullilah, dah 1 syawal pun. Hari ni aku ingat nak upload gambar2 bulan ramadhan. Dah 3 tahun berpuasa di Perak, tapi tahun ni puasa di Melaka. Post kali ni nak mencerita kan serba sedikit aktiviti aku di kampung. Duduk kampung tersangat la best. Macam2 aktiviti boleh buat, gambar atas ni kalau anda boleh lihat , tu gambar pelita tempurung.Susun tempurung bertingkat2 dan bakar di bahagian atas. Api akan makan tempurung kelapa tu sampai abis(kalau hujan tak habis jugak.) Sebelum ni aku tak pernah cuba, tapi tahun ni cuba.

Biasa nya seminggu sebelum raya, aktiviti kitorang ialah pasang pelita. minyak tanah tahun ni agak mahal skit. Jadi penggunaan minyak tanah di had kan.
Kalau anda beli minyak tanah di kedai2 runcit, sebenar nya anda boleh beli minyak tanah di stesyen2 minyak terpilih yang ada palm kerosin. Harga nya lebih murah dari harga kedai runcit. Kene pandai2 cari la stesyen yang ada kerosin
Ape tujuan pasang pelita sebenar nya? ni menurut pemahaman aku la, dulu2 cara orang nak memeriah kan suasana kampung, mereka akan pasang pelita untuk terang kan keadaan sekeliling. Bila keliling rumah terang benderang, jadi la meriah. Dulu harga minyak murah , sekarang mahal. Terkenang aku di Negeri sembilan, pernah raya di rumah seorang nenek tu. Nenek tu tinggal seorang je dan mengguna kan pelita untuk menerang kan rumah. Rumah nenek tu tak ada elektrik, cuma api minyak tanah je. Harga minyak tanah sekarangbuat aku tertanya2 tentang kesusahan nenek tu.
Ha ni lagi satu lagi permainan bungapi alternatif. Biasanya orang beli bungapi kan, tapi aku gune berus periuk macam gambar di atas. Berus periuk tu mesti la yang halus supaya boleh di makan api. bakar hujung berus periuk tu, dan pergi di kawasan lapang yang selamat dan jauh dari bahan2 mudah terbakar.
Kemudian hayun la bungapi tu seperti gambar di atas. fuh, memang syok wooo. Kali pertama aku main bungapi periuk ni, habis berlobang2 baju melayu aku hahaha.Jadi main lah dengan berhati2.
Pelita rumah aku , dipasang sekeliling rumah. Memang terang benderang la rumah, tapi lepas tu banyak la jelaga2 asap pelita. Hitam2 lantai.
Ape agak nya yang die buat? persiapan rapi adalah perlu sebelum melancar roket kebulan.
tu dia. Roket belum sampai bulan lagi dah meletup. misi gagal erk...

Ketupat pulak dah jadi tradisi keluarga dalam nak sambut Aidilfitri dan Aidiladha. Ketupat yang diperbuat dari daun muda kelapa ni memerlu kan teknik2 yang betul dalam seni anyaman. Semasa nak belajar memang la susah. Kebiasaan nya kalau ada orang mintak aku ajar buat ketupat, aku guna cara aku sendiri dalam mengajar

Pertama sekali aku akan suruh orang tu belajar ketat kan ketupat. Ketupat selepas di anyam, ia nya perlu lah diketat kan agar beras yang diisi tak terkeluar dari ketupat. Kenapa aku suruh belajar ketat dulu? sebab ketat kan ketupat boleh jadi kan kita mahir pegang anyaman ketupat yang longgar. Selepas belajar ketat2, belajar buat anyaman bentuk ikan plak bila tangan dah biasa pegang daun ketupat. Anda yang tengah baca ni, geti buat ketupat ke? ha ape lagi belajar la dengan sape2. Ketupat akan di isi dengan beras dengan sukatan tertentu. Yang terer masak Kakak dengan ibu. Setahu aku ketupat akan masak lepas direbus dalam masa 4 jam. Juadah ketupat dan rendang akan dijamu pada waktu berbuka hari terakhir puasa


Aku jalan2 kat belakang rumah. Tetiba ternampak plak Limau bali dah masak dah. Pergh feveret...
Berhati2 lah kalau nak main bende ni,

Kalau siapa yang tak tau ni la kabait, yang duguna kan dalam main meriam. Kabait akan menghasil kan gas yang boleh terbakar bila dititis kan air. Bentuk kabait macam batu, keras pun macam batu.
Aktiviti ni agak merbahaya, kalau tak biasa main jangan la cuba2. Aspek keselamatan sangat la penting. Tengok macam mudah je nak main meriam, tapi ia memerlu kan keseimbangan campuran kuantiti kabait dan air. kalau terlebih air, boleh bunyi macam kentut. agak nye ramai kot orang yang main meriam kabait jadi Chemical Engineer hehehehe. Budak dari Universiti Pertahanan yang biasa guna senjata api pun tak geti nak main meriam hehehe. susah jugak wo
Kalau dulu orang main meriam buluh.Pergi masuk hutan dan carik Buluh paling besar dan paling tebal untuk di jadi kan batang meriam tapi sekarang, pergi kedai besi, jerit "Tokey, Meriam besi satu~ ". Meriam besi tu di ketuk2 di atas tanah untuk buang serdak kabait.
Tangan kiri menutup telinga kanan yang mengadap ke arah meriam. bunyi nya menusuk kalbu. muahahaha
Kisah Ayam
yang aku rase die ade tekanan emosi

memang ayam ni ada tekanan emosi atau die buat2? yela bila nak raya ni banyak ayam2 buat2 gila untuk mengelak kan diri dari di jadi kan rendang
Ayam tu kate die nak jadi ahli muzik


Sanggup menyerang manusia
Demi memenuhi impian beliau nak menjadi ahli muzikMujur ada orang yang sudi mengajar beliau

Bercita2 ingin terbang lebih tinggi dari ayam2 lain, menjadi ahli muzik

Ayam lain tak paham dengan dia, tapi kebanyakan ayam ni dah di jadi kan rendang. Takziah buat ayam2 ku. Sebenar nye ayam yang nak jadi ahli muzik tu, menurut cerita ayah aku, ayam tu meroyan dan selalu termenung sorang2. die jadi macam tu sebab mase die mengeram telur2 die, tiba2 semua telur die jadi tembelang dan busuk. Tapi aku macam tak pasti plak samada teori ayah aku ni betul ke tak.Masih ada lagi umat Islam di luar sana tak bernasib baik dalam menempuh syawal.Sama2 kita mendoa kan kesejahteraan mereka yang kurang bernasib baik. Jangan lupa buat orang sekeliling kita gembira walaupun kita tengah sedih.

p/s: Buat la orang di sekeliling anda happy, walaupun anda tak berapa happy. Bila kita buat orang lain happy, secara automatik anda akan happy.

nuriman@cahayanika.com | 019-2678221 | www.cahayanika.com