Sabtu, 31 Januari 2009

Teori perkembangan kanak2

Tetiba plak aku nak share tentang teori yang aku baru je baca. Teori perkembangan kanak2. Seperti sedia maklum final year project aku adalah untuk membantu kanak2 slow learner. Jadi aku bace la skit tentang perkembangan kanak2 normal . Ada beberapa teori yang aku baca dari Erik H. Erikson, Howard Gardner, Jean piaget . Aku tak brape kenal manusia ni, dah la susah name dieorang

Dari teori Erikson, die percaya bila kanak2 bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka. Kanak2 akan tahu tahap kemampuan diri bila bermain. Semakin banyak kanak2 bermain, semakin banyak die belajar. Sebaik2 permainan adalah yang melibat kan pemikiran, aktiviti fizikal dan jugak interaksi. Mak bapak plak kene memahami perkembangan kanak2, dan beri pendedahan yang bersesuaian. Budak kecik akan rase diri mereka labih di percayai dan yakin dengan aktiviti seharian. Dalam masa yang sama kanak2 akan ada inisiatif sendiri untuk belajar bila mak bapak percaya dengan kanak2 tersebut.

Teori Garder plak melibat kan perkembangan kanak2 dari pelbagai kemahiran. Kanak2 sebenar nyer berpotensi untuk mempunyai perbagai kemahiran seperti petah berkata2, fantasi , menulis, logik matematik dan lain2. Pendedahan musik yang bersesuaian pada budak2 kecik mampu meningkat kan kemahiran menyanyi. erk.. masuk tom tom bak la jawab nye. Selain itu, kanak2 juga berpotensi mempunyai dua jenis kemahiran "personal intelligence"(tak geti nak translate). Jenis yang pertama interpersonal intelligence iaitu kemahiran untuk memahami, bertindak balas dengan mood, kawal marah, motivasi dan jugak mengambil berat rakan lain.Jenis kedua plak intrapersonal intelligence iaitu berkaitan dengan memahami diri sendiri termasuk kenal identity diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Jean Piaget plak kate, kanak2 mempunyai 3 cara belajar. pertama "social knowledge" iaitu interaksi bersama orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang yang kanak2 berinteraksi, semakin banyak die belajar. Masyarakat setempat sebenar nya mampu mempengaruhi pemikiran kanak2. Macam aku dulu memang persekitaran aku orang2 kampung je, so pemikiran kampung je la. Cara belajar yang ke dua plak ialah "physical knowledge" iaitu belajar melalui pemerhatian, contoh tauladan, warna dan jugak ape2 benda yang boleh die capai dan lihat. Kalau mak bapak selalu marah2, kanak akan jadi penakut dan hilang inisiatif untuk belajar.

Cara belajar last sekali ialah "logico-mathematical knowledge" iaitu kemahiran dalam mengubungkait kan sesuatu dari segi sains. Dalam erti kata lain lahir2 kita semua memang berfikiran saintis la. contoh nya ialah, bila budak2 kecik tanye "eh macam mana kereta boleh bergerak?" atau pun "eh kenapa lampu merah kite kene berhenti?" atau pun "ayah lampu hijau kereta kene jalan kan?" atau pun untuk kanak2 yang lebih terer die akan tanye, "ayah kenapa 1 + 1 = 2?". (kenapa ek 1 + 1 = 2?)

Kanak2 paling banyak belajar ialah ketika dieorang bermain. So kepada ibu bapa beri la pendedahan yang sepatut nya semasa anak2 kecik ni bermain. Mase zaman aku dulu, aku leka main pasir, tanah, basikal, mercun dan paling best skali main game tape (game Mario dan jugak tetris). Tapi waktu tu ayah aku garang sangat, ada je benda yang tak kena kalau aku nak main. Silap haribulan getah paip melekat kat badan.

Tak semua kanak2 bernasib baik, ada yang di lahir kan sempurna, ada yang tak sempurna, Tapi yang lahir sempurna , lahir kat Palestine plak. Kanak2 ialah pelapis generasi. Mereka tu bakal khalifah (pemimpin). Bimbing la mereka sebaik2nya. Sebenar nye aku masih lagi bace tentang kanak2 slow learner, dan masih tak berapa faham lagi tentang mereka. Harap2 aku dapat membantu mereka

p/s: hari ahad ni ade lawatan student UniKL cawangan lumut ke UTP. lawatan berkenaan utk kongsi idea, pendapat, pengalaman dengan kelab MEDTECH dan jugak kelab dari UniKL Lumut.wah lame btol tak invlove keje2 Medtech.


Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Khamis, 22 Januari 2009

Tahun akhir - khidmat masyarakat

Alhamdulillah, setelah berbulan lame nye aku fikir kan tajuk Project Tahun Akhir (Final Year Project) sebelum bergelar graduan, hari ni terjawab sudah bersama dengan Ms Emy Elyanee. Sebenar nya macam2 tajuk yang dah terfikir sebelum nih, cuma tak pasti samada boleh terima pakai atau pun tak.

Sebelum ni aku ade berbincang dengan beberapa lecturer untuk hasil kan courseware, software belajar menaip dalam bahasa Malaysia. Apa yang aku perasan, dalam Malaysia masih lagi kurang dalam penghasilan software untuk anak2 tempatan. Seperti isu2 yang aku suke sebut iaitu isu bahasa, aku cuma harap kan dengan penguasaan bahasa Malaysia secara meluas, mampu meningkat kan perpaduan semua kaum. Tapi di sebab kan software belajar menaip tu kurang meluas penggunaan nya, jadi terpaksa lah pilih topik lain.

Selain dari topik yang sebelum ni, aku pon pernah fikir kan E- Marketplace iaitu kawasan untuk pengguna2 mencari informasi, service dan product berkaitan dengan Majlis perkahwinan. Kebanyakan laman web yang aku dapati di Malaysia, hampir semua menggunakan medium forum. Idea yang aku cuba nak ketengah kan ialah pengguna internet boleh membuat banyak perbandingan servis2 perkahwinan dan boleh membuat tempahan secara online. Sebenar nya ia lebih kepada memudah kan peniaga mencari pelanggan secara online dan selain itu, memudah kan pelayar internet membanding kan service2 yang ada. Tapi apa kan daya idea ni tak sempat di perinci kan lagi.

Jadi Projek Tahun Akhir aku di UTP sekarang ni ialah software berbentuk pembelajaran bagi golongan yang lambat belajar (slow learner). It's sound like "Interactive learning for slow learner" dalam 2 bahasa iaitu bahasa utama B. Malaysia dan B. Inggris. Hampir keseluruhan project tu melibat kan visual basic yang mana aku dah lame terjebak iaitu 6 bulan sebelum intern dan 8 bulan semasa internship. Setahun lagi la nampak nya kene main2 dengan visual basic.

Aku memang suka dengan perkara yang melibat kan khidmat masyarakat. Aku sentiasa motivasi kan diri aku, seteruk mana sekali pun kehidupan kita, itu lah kehidupan. Tugas kita sebagai manusia yang perlu bersedia di hari mendatang. Hari kebangkitan akan tiba jugak.

Mungkin ada orang tak pernah dengar kelas khas, atau pun kelas pemulihan. Di sekolah rendah dan sekolah menengah aku ada kelas khas atau pemulihan. Kelas tersebut terdiri dari mereka yang mempunyai daya belajar yang rendah. Kadang2 umur 12 tahun pun masih lagi tak boleh membaca. Dulu kecik2 ade jugak la buli golongan macam ni, tapi mase sekolah la. Dan sekarang ni, aku perlu berkhidmat sesuatu untuk kebaikan masyarakat. Mereka bukan mintak lahir sebegitu rupa. Tapi setiap kehidupan memain kan peranan masing2, dan aku percaya golongan ini mampu memberi kesedaran kepada mereka yang selalu kejar kan kesempurnaan.

"I am not perfectionist, I am just looking for continuous development"

Aku bersyukur di beri peluang berpijak di bumi Tronoh ni. Banyak sangat yang aku belajar dan timba pengalaman. Kalau di UTP aku memang suka melibat kan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat seperti Titian Budi 2007, Mission Awareness 2 and 3, mengecat tadika dan macam2 la. Terbaru ni aku tak sabar nak join Media Junior, aktiviti anjuran Kelab Media dan Teknologi UTP. Program tersebut akan melibat kan pembelajaran computer kepada anak2 kampung. whoaa kat kampung aku dah ade gak belajar computer ni, tapi aku tak terlibat pon hohoho.

Rakyat Malaysia semakin ramai menulis blog, aku rasa perlu untuk kongsi pengalaman dan pandangan aku melalui blog. Kadang2 aku tak suka dengan blog yang berbentuk provokasi, menghasut, menyalah kan orang lain dan macam2 la perkara yang negative untuk sekadar menghangat kan kuali kosong. Aku lebih suka baca blog yang mengemuka dan membincang kan idea2 baru sebagai rencah untuk kita berfikir. Aku harap, projek akhir tahun di UTP ni bukan sekadar projek je, tapi memberi manfaat pada masyarakat dunia.

p/s: Terima kasih kepada Ms Emy yg bg kepercayaan dalam project ni hohoho.

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Ahad, 18 Januari 2009

5 hari di UTP - Tronoh


Sudah pukul 4.40 pagi
Minggu Aluan Siswa Jan 2009 dah kelihatan surut
Sem baru nak bermula.
Macam2 benda yang terlintas dalam fikiran serabut aku


Luar nampak tenang, hati tuhan saje yang tahu

Rasanya aku perlu selamat kan sesuatu
Sesuatu yang aku risau kan dari dulu lagi
Dari zaman aku sekolah lagi

InsyaAllah pasti boleh di atasi

Aku tak tido lagi

p/s: Tahniah Mohd Abdul Wahid Endut, Takbir~


Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Ahad, 11 Januari 2009

Kematian Sikecik - Hamster

Hari ni Sikecik dah menjadi keras.
Sikecik pernah di baham anak kucing Makcik Yah
Sikecik mati akibat pendarahan pada kaki kiri yang patah akibat di baham

Kini tinggal la Sigemok keseorangan.
Kepada Sigemok bertahan ye, nanti aku beli kan 2 betina untuk ko
Gerenti Sigemok suke hahaha

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Sabtu, 10 Januari 2009

Dan sebenarnya - Yuna

Berehat sebentar menulis final report internship dan kejap lagi akan masuk waktu subuh. (Mate aku dah jadi macam panda sekarang ni). Korang kenal Yuna tak?


Aku pun tak kenal, tapi die la penyanyi lagu "Dan sebenarnya". Adik aku amin yang suggest soh dengar. Aku pun tak tau la minah ni artis ke hape ke, tapi kan ape yang aku perasan, suara dia berqualiti. Dan dia consistent dengan minat menyanyi dia. Bila kita consistent dengan minat kita, otak kita akan beroperasi sebagai minda separa sedar, (click sini untuk rujukan). Dengan kata lain kita akan mahir dengan apa yang kita buat. Bila kita mempunyai satu2 kemahiran yang khusus, kita akan di hormati oleh masyarakat. Tiada jalan singkat untuk dapat satu2 kemahiran yang berkualiti, kita kene lalui semua nya.

p/s: Oh bulan~

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 9 Januari 2009

Berakhir sebentar lagi - Internship

Lagi beberapa jam aku akan scan keluar waktu kerja. Dan serah kan kad pekerja.
Ape perasaan aku?
Seperti bebas dari penjara yuhuu~

p/s: plan balik UTP isnin ni dengan pesawat peribadi aku

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Isnin, 5 Januari 2009

Gambar kehidupan di sana - Palestine













Mungkin segelintir orang tak minat nak baca, lebih suka mendengar dan juga melihat. Paling teruk sekali malas untuk berfikir mahupun ambil berat. Aku search gambar2 Palestine di Flickr. Aku nak kongsi gambar2 yang bercerita.

Dan gambar Zoriah diatas menjadi pilihan aku yang mana gambar tu mencerita kan Palestine memerlu kan kelahiran seorang pemimpin yang mempunyai pandangan masa depan yang jauh untuk terus berjuang. Ya memang kita semua di lahir kan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang boleh dipimpin dan memimpin. Tetapi di Palestine, ramai bakal pemimpin (iaitu bayi) mati kerana kerakusan perang. Semoga saudara Islam atau bukan Islam segalaksi dapat memahami kesengsaraan penduduk di sana berpunca daripada pemimpin yang ANGKUH. Pemimpin ANGKUH itu harus bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai2 yang bertahun lamanya.

Click pada gambar untuk terus ke sumber gambar. Untuk mengetahui info2 Palestine dalam bahasa Malaysia, sila layari
- http://www.palestinkini.info/

Aku harap lebih ramai yang ambil tahu apa yang berlaku di Palestine dari dulu sehingga sekarang.

p/s: sape yang nak share link tentang Palestine, amat di alu2 kan

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 2 Januari 2009

Tiada lagi no Maxis ku, semoga berbahagia wahai no Celcom ku

woi.. aku msg num maxis ko wish birthday tapi ko tak reply pun.. sombong eh!

panggggggggggg!
amek tuh, penampau satu sbb sombong. kahkah

Erk alamak, aku lupe nak inform. Aku dapat comment tu kat friendster aku, dari kawan lame, tak pasal2 dapat penampar maya hahaha (orang Melaka sebut "penampau", ala biase le penggunaan bahase tu, ulau melingkau atas pagau) . Aku tak gune lagi no Maxis dalam seminggu dua ni. Kalau ade sape2 yang contact aku melalui no Maxis, boleh la contact melalui no Celcom di bawah.

Aku buat mase sekarang tak activate kan no Maxis tu sebab bagi pinjam hset aku kat adik aku amin (hset die termasuk mesin basuh). Sebenar nye aku dalam perancangan tak nak guna no tu lagi dalam mase setahun akan datang. Aku still gune no tu sebab no tu dulu aku guna untuk urusan2 rasmi dan kawan2 lama simpan no aku tu.

Boleh hubungi aku menerusi no Celcom. Aku memang pakai 2 no sebelum ni, tapi no Maxis tak akan di gunakan lagi.......

Selamat tinggal Maxis

p/s: hehehe azam 2009 hehehe

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221