Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 H - eKad Raya

Terima kasih kepada yang menghantar kad raya atau ekad raya. Pesanan untuk diri sendiri dan orang lain, sentiasa bersyukur kerana sempat beraya. Walaupun Raya kebiasaan nya akan ada kuih mueh, ketupat rendang , duit raya, (mercun), sanak saudara dan keluarga, namun ada jugak insan yang tak ada semua tu. Dunia kan luas......

Salam Lebaran buat ummat Islam sedunia.

p/s: dah lama aku rindu kan berpuasa di rumah. kemas rumah, pasang pelita.

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Khamis, 25 September 2008

Kod yang sepatut nya ada dalam hidup seharian kita

dim msg as string
msg =
"9. Seringkali saya ingatkan yang saya bukan seorang yang berputus asa. Saya yakin pada Hikmah Tuhan yang tersembunyi."

With Sabar

Do Until CabaranHidup.EOF


If CabaranHidup.Fields("status").Value = "berjaya" Then


txtHati.Text = "bersyukur"


else


txtHati.Text =
msg

End If


CabaranHidup.MoveNext


Loop


End With

walaupun compiler akan detect error, tapi logic nye ade. Tension dengan kerja2? bersyukur lah sebab ada orang tension tak ada kerja. betul tak ada kerja pun tension jugak. hehehe

p/s: kepada pengamal vb6, mesti die tau kat mane aku salah. hahaha

nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

Selasa, 23 September 2008

Konsert Nasyid, Kembara Sufi

Hari ni aku nak menulis pasal Konsert Nasyid Kembara sufi (KS). KS ni merupakan konsert anjuran bersama Kelab Media dan Teknologi dan Rakan Masjid UTP yang mana objektif die simple je, berhibur tanpa melanggar peraturan2 dalam islam. Dengan ini penonton akan dapat melihat contoh sebenar hiburan yang dibenar kan dalam islam. Bukan orang islam je yang datang ke konsert tu, malah bukan islam pun datang.

Seperti konsert2 lain, nak tengok kene la beli tiket. Gambar merupa kan design tiket KS6. pada waktu tu, tiket kembara sufi lain sedikit, yang mana tiket tersebut boleh di jadi kan pos kad. Design tiket tu memang menepati ukuran pos kad. Harga? Tak payah citer la, berbaloi beb beli.
















Pada waktu itu, artis jemputan merupa kan Akhil hay dan nazrey johani. semasa konsert ni dalam peringkat perbincangan, macam2 artis yang telah tersenarai untuk menjaya kan konsert ni. last2 2 orang ni yang terpilih. KS6 (KSVI) merupakan pengalaman pertama aku dalam mengenal jenis2 manusia. Macam2 tekanan yang diterima, ada yang menyokong, ada yang mengkritik , ada yang mengherdik. Tapi aku kagumx dengan setiap komiti KSVI ketika itu. Tanpa mereka semua, KSVI cuma lah mimpi.

Sesi berkenalan antara semua komiti KSVI di adakan dengan acara makan malam yang serba sederhana. .Setiap orang perlu perkenal kan diri mengikut department masing2. Lepas je sesi kenal2, sesi makan2 plak., laki memang pantang bab2 makan. Dalam keadan malam tu, dieorang tak guna pon konsep “ladies first”. Tapi walau ape2 pon, makanan cukup untuk kaum hawa. Kalau kaum hawa tak boleh nak habis kan, kaum adam mampu mengambil alih. tapi kan, aku memang tak nafi kan kaum adam memang kuat makan. Terima Kasih juga kepada Bos Medtech yang sudi datang malam tu , beliau juga jarang miss bab2 makan nih. Kalau bab makan aku memang meletak kan die sebagai idola aku. hahaha.

Kembara sufi................

Memang menjadi satu kembara yang penuh pengajaran buat aku. Konsert yang memakan belanja lebih kurang RM10 ribu itu sedikit sebanyak memberi tekanan yang tinggi. Buah mulut orang kadang kala membuat kita lega, kadang kala menjatuh kan kita. Hampir semua orang rasa kan tekanan tu. Perubahan yang dibuat juga memberi kesangsian orang ramai. Cabaran demi cabaran di tempuh, berkat kesabaran dalam berpasukan dan gerak kerja yang berkesan , segala tomahan di tepis menggunakan tangan kiri, manakala tangan kanan memberi focus dalam gerak kerja.

Focus, focus dan focus....Alhamdulillah semua nya di tempuh walaupun tangan kiri kesakitan. Aku mengucap kan setinggi terima kasih kepada semua yang menjaya kan konsert KSVI. Terima kasih jugak kepada Supervisor aku ketika tu yang banyak mengembali kan semangat aku yang hilang. Terima kasih juga kepada Majlis tertinggi Rakan Masjid dan Medtech yang tak putus2 hulur kan bantuan.

Aku agak berdebar dalam meneka jumlah penonton yang hadir pada malam itu. Segala aktiviti promosi di jalan kan walaupun pihak pentadbiran UTP masih belum memberitahu status kelulusan konsert KSVI. Banyak risiko yang diambil, banyak tekanan yang di terima, pendek masa yang tinggal. Strategi jualan tiket ketika itu ialah jualan langsung menggunakan agent2 tiket.

Sebelum itu Crew Media Medtech dan Staff ITMS membuat persediaan teknikal konsert. Multiple camera production pon ade malam tu. Penonton2 yang jauh2 pun boleh tengok lubang hidung Akhil Hay dan Nazrey Johani .


Malam konsert tu. Aku jalan2 di kaunter jualan tiket. Setakat ni jualan memberangsang. 5 ke 6 bas sampai dalam masa yang sama. Pelan yang dirancang, berjalan lancar. Konsert tu juga dihadiri dari pelbagai Ipt dan sekolah. pelajar UiTM sri iskandar juga turut hadir. Trimas2

Mase hari konsert tu, setiap sejam aku akan terima 5 ke 6 panggilan dan berpuluh SMS. Maaf waktu tu aku Cuma mampu membalas SMS yang penting je. Ada seorang cikgu sekolah menengah ni , die rajin hubungi aku Tanya pasal KS, lepas tu die nak jumpe aku mase konsert tu. Rupa2 nya die suruh aku bagi kata2 semangat pelajar sekolah dia. Dah la muslimat (perempuan) je semua pelajar tu. Dengan tak segan silunya aku pun bagi kata2 semangat (walaupun aku segan giler waktu tu). Tak sangka malam tu aku jadi ahli motivasi terjun hahaha.

Waktu tu ada juga peniaga yang menyewa tapak untuk perniagaan mereka.Tak lama lepas itu kelihatan wajah anak2 yatim yang ditaja khas oleh pelajar2 utp ke konsert kembara sufi. Mereka di berikan keistimewaan duduk paling depan sekali.

Dapat juga la bergambar dengan Nazrey Johani sepam dua. Eh mane Akhil Hay? Sebenar nye waktu siang aku dapat panggilan dari Kak Mai (isteri selaku pengurus Akhill Hay), “Nuriman, Ustaz tak berapa sihat la, tapi die akan cuba yang terbaik untuk malam ni.”. huhuhu risau juga kalau die tak dapat buat persembahan. Waktu nazrey datang, akhil hay berehat di rumah yang komiti sedia kan. Akhil hay muncul selepas persembahan Nazrey.


Terima kasih juge kepada MC yang sempoi. Sebab die ahli ISA (Islamic sempoi association).

Persembahan silat gayong Malaysia disajikan dan juga kumpulan nasyid UTP Insaff. Kembara sufi juga berbesar hati apabila buat pertama kali nya lagu kembara sufi di cipta dan di dendang kan pada malam tersebut.

aku masih lagi berdebar dalam meneka jumlah kehadiran penonton. Tapi aku buat2 cool je waktu tu. Ye la kang kantoi kang malu je. Nazrey mengambil pentas serta anak nya.

aku masih lagi berdebar dengan jumlah penonton. Kalau penonton tak ramai, jualan tiket mesti kurang, bila jualan kurang, kembara sufi tak dapat cover kos yang lebih kurang RM10 ribu. Ketika nazrey dipanggil membuat persembahan, tepukan gemuruh diberi kan penonton. Tepukan tu agak kuat.

Aku menoleh kebelakang........

Mak oi... meremang bulu tengkok aku tengok penonton yang datang. Terima kasih sekali lagi kepada yang memberi sokongan.

Lepas Nazrey abis nyanyi, Ustaz rock ni pun standby di belakang. Cis aku tak dapat amik gambar dengan akhil hay. Boleh terlupa plak nak amik gambar same die. Akhil hay masuk dengan gimik spontan nya sendiri dengan bantuan teknikal media crew medtech.













Floor manager medtech crew: “Akhil hay dah sampai, semua post standby.”

Control Room Manager: “Copy2!” (Roger faham)

Tak di nafi kan Akhil hay mempunyai suara yang mampu mengejut kan orang bangun sahur.hahaha mantap2. Die memang kelakar, seronok berborak dengan dia.

Kak Mai (isteri Akhil Hay) yang pegang baby dan anak perempuan die tekun tengok konsert tu. aku pon kene cover macho gak. Mane la tau boleh jadi menantu akhil hay ke kih3.












Puncak majlis gandingan bersama dengan lagu “Suara Hidayah” memukau penonton termasuk aku skali. Gandingan mantap wa cakap lu. Lagu tu mengakhiri konsert tersebut. lepas tu sesi authograph bersama penonton di jalan kan. memula turn perempuan amik authograph, pastu baru lelaki.








Jadi begitu lah serba sedikit berkenaan dengan konsert nasyid kembara sufi. Kepada yang kurang faham macam mana contoh hiburan yang dibenar kan dalam islam, Kembara sufi merupakan pendedahan yang terbaik dalam berhibur. Aku kagum juga ada beberapa orang bukan islam yang datang menonton konsert ini. Mungkin ada yang segan atau pun risau nak datang ke program2 macam ni. yang tak pakai tudung pun boleh datang konsert ni. semoga hiburan nasihat ini mampu mengubah cara hidup sebagai seorang islam yang lebih baik. Pernah aku nak jual tiket kepada satu couple ni, walaupun die tak bertudung aku ajak jugak la, couple tu dah nak beli dah tiket konsert nasyid ni, tiba2 couple tu tak jadi beli dengan dialog “owh tempat duduk lelaki perempuan asing2 eh? Owh tak pe lah”. Aku senyum je. Aku tak salah kan die 100%, mungkin die tak faham atau kurang pendedahan sejak kecil lagi. Sebab aku pun ada pengalaman sebegitu.


Tahun ini kembara sufi 7 menjanji kan 2 artis berkumpulan. Hijjaz dan inteam. Kelainan paling ketara ialah konsert kali ini di ada kan selepas bulan puasa. Sebelum ni konsert diada kan sebelum bulan ramadhan bersempena dengan Minggu Penghayatan Ramadhan. Ada jugak pertandingan nasyid2 antara sekolah serta program kebajikan bersama artis. Jadi kepada sesiapa yang nak beli tiket, boleh la hubungi agent2 tiket kembara sufi.


Kepada peniaga yang nak bukak tapak perniagaan semasa konsert, boleh la menghubungi komiti. Harga tiket juga berpatutan. Konsert diadakan di Dewan Chansellor UTP yang berhawa dingin.Tarikh konsert hari sabtu 11 oktober 2008. Jadi jom bersama menyokong hiburan yang dibenar kan islam.

Maklumat lanjut,

www.kembarasufi.info

P/s: post yang panjang lebar ini ditujukan khas buat komiti kembara sufi 7 dan mereka yang menjayakan konsert kembara sufi 6. Terima Kasih semua

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Sabtu, 20 September 2008

Media yang berat sebelah, Arus perdana Malaysia

Apa arus perdana ni?
aku cari dkat website kamus dewan tak jumpe pun? tapi dari apa yang aku faham, arus perdana ni ialah informasi yang disampaikan dalam kuantiti yang meluas. Aku kebiasaan nya akan tengok berita di TV3, tapi selalu beri maklumat yang kurang cukup. Ade maklumat, tapi tak berapa nak cukup.Sampai satu masa tu, tak payah tengok berita tv3 pun, dah boleh agak dah ape yang akan keluar. Aku lebih gemar melayari internet . kenapa? walau pun internet connection rumah aku slow, tapi aku puas dengan informasi kedua2 pihak. Bile dalam media arus perdana buruk2 kan Pakatan Rakyat(PR), aku nak tahu jugak sudut positif PR ni. Segala sudut positif PR hanya boleh di dapati di internet. Agak2 nya berapa nisbah orang yang mempunyai internet dan arus perdana (TV,radio, surat khabar )? Rakyat tengah keliru ke?

Tajuk utama Utusan hari ni "Amerika perguna Anwar" atau dalam erti kata Amerika ni peralat kan Anwar Ibrahim.Aku baca dan nak cari strong point dalam artikel tu. Erk... baca la sendiri. Lama jugak aku ikut perkembangan politik Malaysia (minat baca2 je, tapi tak penah involve, umur pun 20 tak boleh mengundi hehehe). Arus perdana kebiasaan nye mengenengah kan isu tak penting.Adakah usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah isu kecik? Agak2 rakyat Malaysia boleh terima tak cara pimpinan Paklah? kenapa isu tu tak di perbahas kan arus perdana? Kalau dulu kan aku ingat kan PAS ni extreme, kenapa sekarang tak? ni yang aku geram ni, dulu maklumat tak berapa nak cukup. Yela internet takde.

Seorang pemimpin mesti lah mampu memberi inspirasi kepada pengikutnya.Fikir sendiri siapa lagi pemimpin negara.Jangan lupa Ketua pembangkang juga pemimpin.Anda kenal tak siapa tokoh2 pemimpin di Malaysia?Kalau aku baca orang2 yang mengkritik pembangkang, ade jugak yang betul dan salah. Masing2 ada hujah masing .Sebab apa orang membetul kan perkara yang salah? sebab dia kurang faham. Bertukar pendapat akan menjadi kan orang lebih faham. Kelab Medtech UTP kebiasaan nya akan recruit orang2 baru setiap sem, macam2 jenis orang di gabung kan untuk jadi satu kumpulan yang mempunyai pelbagai sudut pandangan. Itul sebab aku suke Kelab Media dan Teknologi. Tapi apa dah jadi dkat Teknologi Media massa Malaysia? ade blog kene block, lepas tu unblock, lepas tu ISA haiya~ (untuk pengetahuan tentang ISA )

Post kali ni mungkin berbau politik, sebenar nya aku lebih berminat menyuara kan pendapat tentang Media masa yang berat sebelah. Aku carik perkara negatif Pembangkang, masa yang sama carik positif jugak. Dari pengalaman jadi ketua mesyuarat, aku akan skip perkara2 yang tak berasas dan fokus pada solution. Bukan menghasut.

Semalam aku tengok cerita Fracture. Cerita tentang macam mana peguam cuba memperjuang kan kebenaran. Walaupun ketika itu kebenaran tidak memihak, bila dia kuat kan semangat dia dapat tau ada orang yang cuba sokong die penting kan diri sendiri. Si peguam ni terus mengkaji walaupun dia diancam ke penjara. Sebijak2 konspirasi di reka akhirnya si peguam dapat mencari kesalahan manusia. Ingat manusia melaku kan kesilapan. Kebenaran sering juga kalah, tapi kebenaran akan menang selamanya. Tegak kan yang benar, macam mana? tingkat kan daya pemikiran, macam mana? pupuk si sifat kepimpinan, kenapa? setiap orang adalah ketua (khalifah) di muka bumi ni.

Membaca mampu menggalak kan pertumbuhan otak. Otak~ Otaak~ (cerita zombie kampung pisang). Mesin akan mudah rosak kalau selalu guna, tapi otak manusia akan jadi lebih baik kalau selalu guna.Antara alasan aku tulis dalam Bahasa Malaysia(BM) sebab di internet kurang informasi dalam BM. Pernah adik aku (die nak jd professor, tapi kuat tido) nak buat kajian tentang rekaan roket air dan carik maklumat di internet, tapi die tak faham Bahasa inggeris. Ada orang pandai mencipta, menjahit, buat rumah, berniaga, tapi tak pandai berbahasa.Aku harap ramai orang mengusahakan pertejemahan bahasa ni, macam negara Jepun walaupun tak geti berbahasa ingerris tapi dipandang dimata dunia. Aku pun pernah terasa hati bila pergi kedai buku, kurang buku BM ni. Jadi antara cara nak bantu tingkat pemikiran ialah membaca, supaya mampu membeza kan arus perdana yang berat sebelah.

Ini senarai pautan yang aku selalu click berkenaan isu semasa.
"Aku Sayang Malaysia"

p/s:Dulu2 buku diperbuat dari kayu, tapi buku nota aku buat dari logam. siap boleh access internet lg kih3

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Jumaat, 19 September 2008

Si pencari Google, tentang seks

dalam hari ni, aku check la sumber2 siapa yang melawat ke blog aku ni. kemudian aku terkejut plak ade orang cari di google mende dalam gambar ni.

tak pasti pulak ape motif si pencari tu mencari "Universiti Teknologi PETRONAS seks" di bulan puasa ni. kalau dari sudut pandangan negatif, macam2 terlintas, mungkin nak download bende2 tu ke, nak tengok bende2 tu ke, tapi kalau dari sudut pandangan positif, mungkin si pencari ni nak cari artikel untuk bahan kajian die kot.

ape2 pon, internet ni terlalu banyak informasi. kiri kanan kita ni sentiasa ada malaikat yang mencatit. so pandai2 la ye. Rakyat Malaysia kan dah matang.

tapi kan, kenapa blog aku jadi ranking no 1 bile pencari tu taip perkataan tu? ngaaa

p/s: bulan puasa, bulan menahan nafsu. tapi nafsu aku nak beli camera D80 dah membuak2 ni, sabar2. selamat berpuasa semua. jangan lupe hantar kad raya anda, tak pon hantar e-card raya pon boleh. kih3

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Isnin, 15 September 2008

Pesakit demam chikungunya ke Hospital Besar Melaka

Kelmarin, sedara mara datang melawat ayah yang tengah demam chikungunya. ramai la jugak yang datang melawat ayah. ayah macam biasa , simptom2 yang di alami, demam panas dalam 39 ke 40 darjah celcius, muntah2, sakit2 sendi dan tak ada selera makan. sedara yang datang keluarga mak ibik dan mak teh. kak nana pulak bawak orang baru dalam keluarga die. sampai skarang aku asik lupe name baby tu.

yang lain buat hal masing2. rumah aku dah macam cybercafe dah.ayah waktu tu masih nampak sihat lagi. die la yang banyak bercakap dengan tetamu. die memang suke bercakap. kalau die bercakap, susah jugak la nak berhenti.

tiba2 ayah yang sibuk melayan tetamu die rasa tak sedap badan. dari apa yang die cerita, tiba2 mulut die ter "mengigil" sambil keluar kan bunyi blup3. die pon tutup mulut die dengan tangan .

ayah kemudian pergi ke bilik die sebab die rasa yang mulut die masih menggigil lagi. aku plak masih sibuk dengan sedara mara lain dengan laptop kesayangan xps M1330. ayah melangkah pelahan2 masuk ke bilik die. die masih lagi sakit2 sendi dan susah nak jalan.

tiba2 azam panggil aku, "Abang iman, tengok ayah ni, die menggigil je.". aku pun pergi tengok ayah di bilik die. waktu tu amin tengah urut ayah, dan sedara mara lain semua tengok ayah tengah duduk menggigil.


aku pun terus urut ayah. kaki dan tangan die sejuk, tetapi dahi masih lagi panas demam. ayah menggigil lama jugak la. bukan menggigil biase, macam orang kene parkinson pun ya. tak lama lepas tu, bibir ayah jadi pucat macam tak makan. padahal die la yang tak puase. walaupun die ada lesen makan nasik dan minum air yang lazat2, tapi selera tu semua tertutup sebab bibir dan lidah die pecah.

kalau orang biasa yang buat2 menggigil , memang penat wo. tapi ayah menggigil dalam mase lebih kurang 3-4 minit. lame jugak la.setakat ni dari apa yang aku baca, demam chikungunya tak menyebabkan pesakit nya menggigil. jadi ibu pun panggil ambulans. ayah masih lagi mengigil lepas ambulans sampai. tapi lepas naik atas ambulans, ayah dah tak menggigil.


waktu dalam ambulans tu baru nampak die lega sikit. kalau tak, macam orang kene parkinson. tu yang bila amik gambar die boleh angkat tangan kat semua orang. terpengaruh dengan ahli politik la tu. akak pon sibuk tanye pesakit "Ic ayah mane, cermin mata?". ambulans dari klinik air molek hantar ayah ke hospital besar Melaka. ibu dengan amin yang teman kan ayah, naik ambulans. aku akak dan azam naik kereta ke hospital.


tapi lepas pergi hospital, doctor cume bagi makan ubat je.tak ingat pulak ubat ape yang die bagi. di sebab kan pesakit chikungunya dah semacam ramai di Melaka, jadi doctor tak bercadang ayah di tahan wad. dalam hati aku, lega jugak la ayah tak kene tahan wad. susah jugak kalau nak pergi balik hospital. ibu plak kerja nurse, jadi rumah aku jadi la rumah sakit. segala enjit2 semut dan masuk air semua ibu buat sendiri. terlintas jugak dalam hati aku nak kahwin dengan doctor ataupun jururawat. senang kalau aku kene chikungunya, tak payah kene tahan wad hehehe.

hari tu sempat pulak ibu dengan akak buat nasik ayam. sebelum ni nak buat nasik ayam asyik tak jadi je. dah berapa tahun kot ibu tak buat nasik ayam. pak E dan mak E datang ziarah dan berbuka puasa sama2 kitorang. Jiran2 pon ada yang telefon tanye khabar. Terima kasih

dari pemerhatian aku, simptom2 demam ni
- Bibir atau lidah pecah
- loya dan hilang selera makan
- muntah2
- sakit2 sendi
- ruam kemerahan
- kesukaran untuk berjalan dan menggengam
- mengigil
- demam sekitar 39- 41 darjah celcius.

aku kesian jiran aku, die orang tua. tinggal berdua je. dan dua2 kene demam chikungunya.seperti biasa sebelum berbuka puasa dah jadi kebiasaan untuk bertukar2 juadah. bila datang rumah die, si isteri yang tdlam keadaan duduk (tak boleh bangun) sedang memasak pisang goreng. untuk suami mereka berdua berbuka pisang goreng je. nilai kejiranan mampu memupuk rasa kesyukuran di bulan mulia ni. walaupun kita rasa diri kita susah, sebenar nya ada lagi yang lebih susah. Marilah sama2 mendoa kan pengidap demam chikungunya cepat sembuh. memang menderita sakit ni, terutama sekali kalau orang tua yang kene.

sumber rujukan kementerian kesihatan

p/s:ayah dah beransur pulih sekarang selepas seminggu

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Jumaat, 12 September 2008

UTP - Video Aga Khan Award for Architecture 2007

Sebelum ini UTP pernah tersenarai dalam Aga Khan Award. Aku cuma baca artikel di sini je. Tapi tengok video ni lagi best , aku baru perasan ade dekat youtube video aga khan ni. Sebenar nye aku teringin nak buat video2 production. tu yang kejap2 tengok youtube. so kepada siape2 yang tak pernah tengok video UTP ni boleh la tengok. video ni di upload kan oleh Slimcom.




Yang ini pulak video dari Ahmeddoooha. Sebelum ni aku pernah tengok video ni tapi tak pasti pulak kat mane.



p/s: It's true, the university truly inspired me. when i first came to the university, i stunted with the design of the building, when i be the student, i inspired by other UTP students, when i go to my room, cis internet slow la pulak. semoga internet connection UTP bertambah laju lepas intern ni. huhuhu

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Khamis, 11 September 2008

Bekas telur pengganti ubat nyamuk...

Semalam, aku masih lagi menjalan kan operasi Nyamuk. aku bakar sampah, tiba2 adik aku ajar pulak cara baru macam mana nak dapat kan asap yang banyak dan mobile. biasa nya kita akan gunakan ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk. tapi brape banyak sangat la asap ubat nyamuk tu.

jadi bekas telur ni, kita akan bakar dan padam api nya. selepas tu bara api tu akan makan kertas bekas telur tu perlahan lahan sambil mengeluar kan asap yang banyak. so lagi best gune bekas telur dari ubat nyamuk. kepada siapa2 yang halau nyamuk guna asap, boleh la gunakan bekas telur sebagai alternatif. tapi aku tak pasti pulak sama ada semua bekas telur ni boleh berfungsi macam ubat nyamuk atau tak.


kalau anda kreatif, sofa pun boleh buat . kalau kreatif la.....

renung2 kan dan selamat mencuba~

p/s: menunggu pengunjung penduduk bumi yang ke 2000. lalala~

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Rabu, 10 September 2008

Terbaca teka teki mengarut

Hari ini aku terbaca teka teki mengarut. kalau anda hebat cuba teka jawapan teka teki ni.
Soalan : Kalau seorang diri, sendiri tau. Kalau berdua , dua-dua sama tau. Bertiga ,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?

Jawapan:
fikir dulu masak2 jawapan die. kalau dah tak de idea jawapan die, sila cari jawapan dalam gambar INI
p/s: abai kan post ini mengarut
nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

Apa rawatan penyakit demam Chikungunya ?

" I have to take care of my father. He just got Chikungunya fever and his movement is limited "

itu yang aku bagi reason dalam leave application nak amik cuti smalam. Demam Chikungunya ni merupa kan penyakit yang menyerang sendi2. virus ni boleh dapat dari gigitan nyamuk. macam mana virus ni merebak? tengok sendiri diagram kat bawah ni.

Merbahaya ke penyakit ini?
setakat dari apa yang aku baca, kadar kematian sangat sedikit. tetapi untuk warga tua yang menghidap penyakit ini berisiko tinggi dengan kematian.

Cara rawatan
tiada lagi Vaksin atau pun ubat yang khusus dalam menyembuh kan penyakit ni (buat masa sekarang). setakat ini, ayah aku cume makan panadol, banyak kan rehat, banyak kan minum air masak, dan cara lain yang boleh reda kan demam.

Simptom
paling biasa-demam,sakit kepala, keletihan, loya, muntah, ruam, sakit sendi dan otot. simptom-simptom boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu

Nak kongsi bersama
mula2 ayah ade mengadu mase solat terawikh die ade sakit2 sendi nak ruku' dengan sujud. tak lama lepas tu die kata pulak yang die susah nak genggam tangan, bile die genggam tangan je rasa sakit. segala sambungan sendi2 dia sakit. lepas itu, mase nak sahur, dia mengadu pulak sakit2 badan, nak bangun dari baring tak boleh , nak suap nasik masuk mulut pon die cakap susah dan sakit.sebelum ni aku and family gelak kan die kene kurap dekat belakang badan, yela ade seketol kat belakang badan, then rupa2 nya tu kesan gigitan nyamuk pembawa Chikungunya.

waktu subuh tu aku perasan suhu badan ayah aku semacam je panas. ayah pun pergi masuk tidur, aku pon bertambah curious dan terlintas pulak nak cari artikel Chikungunya. sampai siang aku baca, setakat ni simptom ayah dengan chingunya lebih kurang je, tapi macam tak banyak. so aku suspek la ayah memang sakit tangan (sebelum ni ayah operation tangan dan tak boleh angkat tangan jugak). lepas tu dah nak pergi keje, aku pon jenguk la ayah yang tengah tidur tu

aku perasan badan die macam makin panas. badan die hampir satu badan mengerutu mcm kene ruam. aku pon dengan selamber kodok kejut ayah aku, "ayah kene demam Chikungunya la, tu la dulu kate rumah kite nyamuk jinak2." ayah aku balas senyum je sambil mata pejam.

memang waktu tu dah gembar gembur pasal penyakit ni. tak suspek plak ayah kene, sebab family kitaorg tak pernah kene penyakit berkaitan dengan nyamuk. setahu aku la, nyamuk kampung jinak sikit dari nyamuk2 bandar. tapi rupa nya tak juga. dah name nyamuk, pembawa virus la jawabnye.

lepas tu aku pon telepon Supervisor aku Kak Ros. "hari ni tak dapat datang kerja, ayah kene demam chikungunya" "ha ok, satu hari?" tanye kak Ros. "aah" aku balas. dalam hati aku, wa best gak dapat cuti.habis call tu aku pon mula kan operasi nyamuk, iaitu membuat pembakaran secara terbuka besar besaran di belakang rumah aku. membuat asap dengan bakar sampah daun2 kering mampu menghalau nyamuk di kelapa sawit dan kebun2 getah di belakang rumah aku dalam radius 100 meter.

malam tadi kakak check suhu ayah guna termometer. suhu demam ayah dekat 40-41 darjah Celsius . mula2 kakak suggest hantar ayah pergi hospital, lepas ibu call kawan2 die dan klinik Jasin, dekat hospital dengan klinik tak ada ubat pon. cuma rawat macam pesakit demam denggi je. so , decided, ayah tak masuk hospital. tuala basah di letak kan di kepala, leher dan badan untuk kurang kan panas demam ayah. kalau demam terlalu panas, mata boleh jadi kelabu. sebab sebahagian besar mata kita terdiri daripada protein, boleh masak macam telur masak .cume tak boleh di makan macam telur masak je. selain tu demam yang terlalu panas pon boleh memberi kesan dekat otak. jadi kawal demam pesakit kalau demam terlalu panas. suhu normal badan manusia 37 darjah celcius, demam biasa 38 darjah celcius, demam luar biasa lebih dari 38 darjah celcius.

bak kata pepatah, air yang tenang jangan sangka tiada buaya. kampung yang nyaman jangan sangka tiada nyamuk Chikunguya. ada beberapa negeri macam johor, melaka perak yang ade virus ni. tapi jangan lupa pepatah tu, negeri mana2 pon boleh merebak. walaupun demam ni sangat rendah kadar kematian, tapi kadar yang terkena penyakit ni tinggi. si pengidap pula akan terseksa dengan sakit2 sendi. betul , nampak terseksa.

di sini aku lampir kan sumber2 dalam bahasa melayu yang boleh dijadi kan rujukan tentang virus ni.
sumber 1
sumber 2
sumber 3

p/s: hari ni bday amir ahli sepit baju yg lebat~ dan aini fadilah. kalo x silap la, happy bday~

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Isnin, 8 September 2008

Tekanan emosi dan si pendengar yang ikhlas

Dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari tekanan
semua orang mengalami tekanan masing2.
masing2 akan akui tekanan yang di alami lebih hebat dari orang lain,
di luah mati emak, di telan mati bapak
tangani tekanan dengan cara yang sesuai dengan diri
walaupon masalah boleh dikongsi
sayang sekali tekanan tak sama sekali
caranya di tangan sendiri
si pendengar yang ikhlas memahami
hanya mampu meringan kan tekanan emosi



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

p/s: kalau tak silap aku, waktu sekarang student life banyak ujian.mula la tgok status2 sedih kat gtalk...mase sibuk dgn kelab dulu, brapa banyak fake smile yg aku bwat utk create another smile.tp dulu ramai gak orang kate kat aku, "iman caiyok2~" ahahaha ape2 je la

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Sabtu, 6 September 2008

Group Flickr : Haiwan di Malaysia

Semalam aku baru je create public group flickr
Haiwan di MALAYSIA.
Sape2 yang berminat dengan haiwan, join la group tu.
aku memang suke tengok haiwan2. tapi tak pernah ada haiwan peliharaan sendiri. ayah je yang rajin bela. Aku harap dapat tengok gambar2 haiwan yang jarang orang Malaysia tengok. sebab ape? aku suke tengok haiwan lalalal~

p/s: menghayati ciptaan Nya
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

Jumaat, 5 September 2008

TV3 - Dr Osman Pusrawi doktor liwat yang berani

Semalam sedang sibuk aku tolong ibu setle kan juada puasa, aku terlupa pulak nak tengok Edisi 7. Selepas berbuka dengan lauk masak asam daging, aku pon tunggu la berita buletin utama. keluar la pasal Dr Osman. dari berita tu aku dapat statement dari dia,
"Saya hanya melakukan tugas saya sebagai doctor ,dan tidak terlibat dalam politik. Saya hanya bercakap benar dan tidak pernah melanggar etika professional"
aku pon kurang berpuas hati la sebab kenapa pendek sangat ulasan Dr. Osman .(dah faham dah dengan tabiat berita TV3 ni)
td lepas subuh, aku pon surf la blog si hanief. dalam malaysianews ada juga akuan Dr Osman yang tajuk nya "Pakar Liwat Muncul". Berita Edisi 7 tu panjang sikit berbanding Buletin Utama. juga ada statement ini



"Saya mengesah kan ia adalah salinan benar akuan bersumpah saya dan kandunganya adalah betul"

lepas tu dengan panjang aku cakap "oooooo ok "

walau ape2 pon terima kasih la dekat hanief nih, aku tak sempat nak tengok edisi 7 semalam hohoho

walau apa pon tindakan Dr. Osman ni aku kagum. tak ramai pihak sekarang ni yang berani kerana benar.


p/s: Nik Aziz cakap kasar, Hadi tu menakut kan, Anwar jahat, Mahathir je betul. tp skarang persepsi tu dah berubah. Nik Aziz hebat orangnya tak seperti yang digembar gembur kan. aku sekarang lebih kagum dengan pemimpin2 pakatan Rakyat. Nizar, Nik Aziz, Anwar, Hadi, wan Azizah, Lim Kit Siang. kagum dengan semangat juang mereka. Ali Rostam pun ok jugak(peramah) rajin turun padang ambil tahu hal rakyat Melaka. so tugas rakyat, pilih la pemimpin2 yang betul2 boleh mencorak pemikiran rakyat.


"Aku Sayang Malaysia!!!"