Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2011

Ok tak jadi cuti dari tulis blog

Bila masuk di alam career ni, banyak perubahan2 yang berlaku di luar kesedaran aku. Masa pon dah jadi pantas berlalu dan aku pon malas2 tulis blog.

Sebenar nya aku cuba nak kongsi kan beberapa pandangan dan pengalaman dalam blog nurimantalib.com tentang ilmu perniagaan. Tetapi masa selalu mencemburui aku. Asik sibuk dengan aktiviti kemalasan aku je.

Jadi aku hari ni buat keputusan nak tulis blog tukiman ni balik walaupon isi kandungan adalah mengarut. Di sebab kan laptop pon aku dah malas nak on kan, tulis gune ipad je la. First time jgak ni tulis blog gune ipad, xpe layankan je.

Tadi baru lepas curi masa lepak dengan rumate waktu kat u dulu. Tatap la puas2 gambar ini. Sekian artikel yang takde paedah dari aku.

Rabu, 30 Mac 2011

Selagi hayat di kandung badan



p/s: bila perasaan dah bercampur aduk. Ade je element2 negatif yang mengganggu

Sabtu, 25 Disember 2010

Lame btol aku tak blog

Yeah.... dah lame giler aku tak tulis blog. Boleh di kata kan hampir takde ape pon update terkini. Mungkin sebab ade beberapa incident yang berlaku sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, kini keadaan kembali tenang seketika.

Sebenar nye artikel blog kali ni sekadar nak update benda2 mengarut je. Lame kot aku tak menaip . Gambar2 convo pon aku tak upload. So aku upload la sekeping kat sini.



Pada suatu ketika dahulu, aku pernah buat twitter, tapi tak pernah pon guna. Cuma post 2 kali je mase tahun 2008. Tanpa memberitahu sape2, ade la 3 orang follower walaupon baru 2 kali post. Sape2 rase nak follow twitter aku ni, click la. Tapi aku berkemungkinan jarang nak update. Selamat bertwitter.


https://twitter.com/nuriman

Ahad, 19 September 2010

I need to write "Something"

"Something"

p/s: skarang dah tak rajin mengeblog, bnyak plak masalah2 yg perlu di selesai kan

Isnin, 8 Februari 2010

Cool giler video ni kagum kot



Hahahahaha

Member aku ade bagi satu link website menarik. Agak menarik untuk di cuba, tapi memerlu kelajuan internet yg laju skit nak upload video nih. Ape2 pon enjoy la video tu. Sape2 yg tak dapat tengok dari blog, bleh try click link Sini . Tercapai la cita2 manusia nak rase di hargai bile tengok video tu

Hahahahaha

p/s: Mantap la sape punyer idea buat video tu. Double thumb up

Rabu, 23 Disember 2009

Uwan melancong

sebalik tangisan wan & nenek

Gambar kesayangan aku. Penuh jalan cerita di sebalik peristiwa ini.
Semoga Uwan dan Nenek sentiasa sihat dan panjang umur.

Uwan merupa kan gelaran nenek di Negeri Sembilan. Dalam seminggu dua ni uwan bermalam kat rumah aku. Pada suatu petang, aku ternampak uwan berbaring sambil tengok "Earth Globe." Lama jugak la aku nampak uwan belek2 globe bumi. tu Aku hairan jugak, uwan nak buat ape dengan globe? jadi aku pon memula kan pertanyaan.


"Uwan buat ape tu?" aku menegur uwan yang sedang terbaring dan sambil belek2 globe bumi

"Uwan tengah melancong ni~" jawab uwan ringkas dan padat. hahahaha.

p/s: uwan sangat cool~ boleh melancong satu dunia dengan globe. hehehe

Isnin, 23 November 2009

Kegigihan dan peluang

budak kecik

Bersyukurlah......
Jika kita berpeluang menghadapi kegagalan yang teruk
Orang yang gigih sentiasa berusaha mencari jalan keluar

p/s: Lately aku jatuh cinta dgn gambar2 potrait. Aku rase kan, setiap air muka manusia mempunyai jalan cerita yang tersembunyi. Aku masih enjoy lagi dalam mengenali pelbagai jenis manusia.

Jumaat, 20 November 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

Ada apa dengan ijazah?

Tadi aku pergi KPMG assessment. Dan aku tertarik dengan satu persoalan speaker tu yang mane aku amik sebagai persoalan nasihat.

"What else can you do if I throw away your degree?"

Ijazah hanya lah segulung kertas. Proses untuk mendapat kan kertas tu lah yang menjadi kan diri kita berguna.

p/s: Meniti hari2 sebelum habis belajar

Isnin, 7 September 2009

UTP Virtual Tour : Chancellor complex

body_bg_bot1
Hari ni aku nak kongsi satu hasil kerja kelas Virtual Reality(VR) dari kumpulan aku. Virtual reality memang subject yang menarik, dan jarang di ketengah kan di Malaysia. Tak banyak pusat pengajian yang menawar kan Major dalam Multimedia dan Virtual Reality. UTP merupa kan salah satu Universiti yang menawar kan subject ni.

Hasil projek yang aku nak share ni berkaitan dengan UTP virtual tour. Para pelayar internet boleh melihat dan meneroka persekitaran UTP secara maya. User boleh melihat dengan sudut keliling 180 darjah. Project ni memberi peluang kepada mereka2 untuk meneroka UTP Chancellor Complex. Kepada sape2 yang tak pernah datang ke UTP, boleh la dapat gambaran serba sedikit kawasan chancellor complex melalui website ni.

Terima kasih kepada teammate(Iman, Ejat dan Ilham) yang same2 buat project ni. Maaf hasil kitorang tak brape quality sangat, sebab ni project kecik. Dan seperti biase, buat project last2 minit wakakaka.

Kemungkinan, loading time agak slow skit, sebab size gambar yang besar. Harap maklum. Sila click link kat bawah untuk mencuba. Segala komen amat di alu2 kan. Sekadar ingin berkongsi


Ahad, 31 Mei 2009

Akhil Hayy & Kak Mai - fikir kan keputusan terbaik demi anak2

Hari ni aku belek2 surat khabar mingguan smalam, aku terperasan muke Kak Mai ( Maizawati Zainal), isteri Akhil Hayy. Sebelum ni aku ade dengar2 cerita gosip Akhil Hayy dengan Waheeda, tapi aku tak layan pon cerita yang di bawa angin. Tapi kali ni aku baca statement dari Kak Mai sendiri kat surat khabar.



Semoga Kak Mai sekeluarga tabah

Biasenye aku malas nak layan gosip2 artis nih.Sebelum Akhil Hayy keluar kan album kembara sufi, pihak Medtech dan Rakan masjid pernah menjemput beliau dalam menjaya kan konsert Kembara sufi 6. Untuk berurusan dengan Akhil Hayy waktu tu mesti la melalui Kak Mai selaku pengurus. Tu yang aku rase nak tau perkembangan keluarga dieorang.

Aku terkejut jugak dengan statement kali terakhir Kak Mai jumpe suami dia bulan February 2009. Aku tak bersetuju dengan tindakan meninggal kan isteri dalam tempoh masa yang lama.

Aku memang alergik dengar bab2 cerai. Perkara ni akan mendatang kan kesan tak baik kepada anak2 sendiri. Tapi sekiranya itu la jalan terbaik untuk kebahagian anak2, aku hanya dapat doa kan Kak Mai, Akhil Hayy dan anak2 tabah menghadapi dugaan.

p/s: kenangan pahit si anak kecil


Rabu, 15 April 2009

Semakin sibuk : tapi nak update blog tentang AFY

Situasi: Mate aku dah 50% hampir tertutup

sebelum tidor, saje usha2 blog.
Dah lame tak buat aktiviti usha2 blog sejak ITMS UTP merajuk dengan google.
Tetiba aku terperasan kat blog July 05 ade article pasal AFY. Click sini kalau nak tau lebih lanjut.

Tercetus idea perform gune gitar sebelum ni dengan Paker, tapi macam2 cabaran kot bile nak buat pembaharuan.

Antara kronologi AFY
- setup team dalam 15 orang,
- penganjur Malam Inspirasi Seni (MIS) bagi lampu hijau perform gune gitar
- AFY training untuk persembahan, tapi masing2 takde bakat nyanyi. Katak bawah tempurung pon terer nyanyi
- Halim vokalis utama join AFY menampak kan harapan persembahan mantap AFY.
- AFY masih training lagi, tapi tiap kali training, tak pernah semua datang lalalala
- lagi brape hari nak perform, dapat SMS dari penganjur MIS, gitar tak di benar kan masuk dalam persembahan dengan alasan pihak atasan tak benar kan (sebenar nye alasan kurang kukuh, malas nak panjang citer).
- AFY tarik diri dari MIS
- Sejam lepas tu gitar dibenar kan dalam persembahan, dengan alasan Universiti luar nak perform guna gitar jugak.
- So AFY pon tarik balik dari tarik diri, dengan semangat membara
- walau ape pun terima kasih kepada penganjur sebab benar kan AFY perform salah satu hiburan yang tak bertentangan dengan ajaran Islam.

Fakta AFY
-
AFY singkatan dari Abang Final Year, wahahaha giler poyo
- Terdiri dari bebudak course IT/IS July 2005
- Terdiri dari pelbagai latar belakang, (MPPUTP, RM, MEDTECH, SILAT GAYONG, AD-ZARIYAT, KAKI PHOTO, CAPOIZ, TAE KWAN DO, BUDAK BASKET, BUDAK TTS, DEWA MANDI, DAN JUGAK DEWA PES 2009) wakakkaa
- 14 orang dalam AFY tiada basic dalam nyanyian, kecuali Halim (vokalis)
- Idea persembahan miming (lakonan bisu) tercetus sejam sebelum persembahan AFY.
- cube perkenal kan akustik nasyid, tapi macam tak brape menjadi je ~_~"
- berkonsep kan persediaan last minit
- lagu pertama 1,2,3,4- Haris Ariwatan, lagu kedua Bismillah - Raihan
- video AFY released di pasaran DC++ V5 UTP,
- persembahan hiburan yang tak bertentangan dengan ISLAM
- untuk BERDAKWAH

Marilah kita sama2 kenal pasti hiburan yang tak bertentangan dengan ISLAM


AFY dalam waktu tengah high atas stage

Isnin, 16 Februari 2009

Mobile camera - Pertama kali

Sebenar nya aku lagi minat video dari photography. Di sebab kan peralatan video yang mahal2 blake, jadi aku tak la berkemampuan nak beli camera video sendiri. Di UTP aku join kelab Media dan Teknologi (MEDTECH) sebagai krew media. Dari situ la titik permulaan aku berjinak2 dengan videography. Staff ITMS(Media) Abang lehan, Abang zul, Abang Edy, Abang Kerol dan Abang Awie merupa kan sifu2 aku.

Photograph by Paker: Rehearsal FESCO mengasah skill yang berkarat

Festival Colors of the World (FESCO) merupa kan persembahan seni tari pelbagai budaya yang mana penglibatan nya terdiri daripada beberapa institusi pengajian tinggi. Aku pun tak berapa tahu sangat tentang FESCO. FESCO 2008 aku tak pergi sebab sibuk dan ada komitmen lain. FESCO 2009 pun aku tak letak kan keutamaan nak pergi sebab terlibat sebagai Media facee untuk Event Management Seminar anjuran kelab MEDTECH. Last2 minit aku dapat call untuk jadi camera man FESCO.

Photograph by Altectec: Mulut seperti orang terkene sumpahan. hahaha.

Photograph by Paker: Fesco start 8.30pm habis 12.30 am. Lebih kurang 2 jam setengah memikul

Sebelum nih aku dah beberapa kali main dengan Multiple Camera Production, tapi kali ni first time aku mobile bersama camera video. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan. Petang rehearsal FESCO aku pulun camera video habis habisan. Nak dapat kan skill video yang dah lame berkarat. Masa malam FESCO boleh kata dalam 2 jam setengah jugak aku pikul benda tu. Keesokan hari nya aku sakit bahu, adeh. Walau ape pun, pengalaman menarik untuk aku.

Photograph by Ebul: Segelintir kakiphoto (Kema, paker, ejat, kucing, altectec, aalim dan zhee)
muke aalim jadi kiut secara tiba2 hahaha

Lebih kurang 20 orang Official Photographer FESCO 2009 yang terdiri dari budak2 kakiphoto. Dieorang memang semangat bab2 fotografi. Antara hasil group foto yang aku suke gambar Ebul. Dari segi moment plak aku suke gambar Altectec. Waktu tu si lelaki nak bukak penutup muka si perempuan. Momen yang terbaik untuk di tangkap dalam gambar. Dalam foto susah tu nak cari momen.

Photograph by Altectec: Ketika nak bukak penutup muka, ewah~

Kesimpulan nye, FESCO 2009 buat aku sengal2bahu adeh~

Rabu, 4 Februari 2009

Hari ini dan semalam - Teluk Senangin, Teluk Batik dan SM Pengkalan Pagoh

SK Pengkalan Pegoh,Ipoh: Iman, Nini, Ms Emy, Sarah dan Ejat (tukang amik gambar)

dari kiri: Din, paker, Pek, Iman, Ejat, (Kian kene blok dengan Ejat), Naim dan Gab

Ape yang berlaku hari ini dan semalam? Berkelah di Teluk senangin, Teluk Batik dan Taman Paya Bakau. Teluk Senangin agak kurang best, sebab kurang kemudahan dan jugak tempat die banyak lalat. Penyebab utama pembiakan lalat pon di sebab kan pengunjung yang buang sampah sepah2. Jangan la buang sampah sepah2.

Sarapan di Mapley~ Aku order teh tarik, Naim order "Teh O ais + Bass"

Aku beli gitar kali 2 selepas gitar lama menghilang kan diri

Aku bergambar dengan Qistina Natasya. Lebih dikenali sebagai ejath3lmy dan dewa19_90 sangat meminati beliau hahaha

Tetiba di Teluk Batik terjumpe obor2. Akhir nya terjawab persoalan kenapa bila mandi jadi gatal2. Jaga2 yea kalo mandi laut. Agak besar jugak la binatang ni.


Hari ini plak aku, Ms Emy, Ejat, Sarah Azmee dan Nini pergi melawat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh. Lawatan ni untuk Final Year Project kitorang semua.

Sebelum ni aku ingat nak buat software untuk tingkat kan tahap motivasi pelajar slow learner, tapi skop terlalu besar plak. Jadi aku terpaksa tukar konsep software dan fokus kan mengajar kanak2 slow learner dalam bahasa Melayu. Cikgu pendidikan khas sana memang supportive dan kuat semangat dalam mendidik golongan istimewa ni. Aku kagum



Nini yang melaku kan aksi ciuman di pipi untuk melahir kan rasa sayang pada kanak2 istimewa ini. Nini merupa kan pelajar final semester yang buat software pendidikan.


Sesi software demo oleh Nini kepada cikgu2 pendidikan khas. Project Nini dah hampir siap, dan die tengah cuba mendapat kan pendapat dan respon dari cikgu2 ni.


Kanak2 yang aku jumpe ni mengalami kesukaran belajar. Atau lebih di kenali sebagai slow learner dan perkembangan akademik tak dapat menyamai tahap IQ pelajar2 normal.

"Mereka perlu kan cara pengajaran yang unik, Mereka istimewa" Cikgu Izhan

Pelbagai kaedah digunakan dalam sesi pembelajaran. Tak ada kaedah yang specific untuk mengajar mereka. Setiap orang mempunyai masalah masing2 dan kaedah belajar yang berbeza. Aku kagum dengan usaha dan niat murni cikgu2 pendidikan khas yang komited dalam memasti kan perkembangan kanak2 istimewa ini.

Terima kasih paker ejat kerana bagi pinjam camera. Lame aku tak menembak

p/s: argh aku nak transfer video dalam laptop, tapi tak cukup space. Lepas beli hardisk baru aku transfer dan start edit video2 outing lokkin n teluk batik


Ahad, 11 Januari 2009

Kematian Sikecik - Hamster

Hari ni Sikecik dah menjadi keras.
Sikecik pernah di baham anak kucing Makcik Yah
Sikecik mati akibat pendarahan pada kaki kiri yang patah akibat di baham

Kini tinggal la Sigemok keseorangan.
Kepada Sigemok bertahan ye, nanti aku beli kan 2 betina untuk ko
Gerenti Sigemok suke hahaha

Sabtu, 10 Januari 2009

Dan sebenarnya - Yuna

Berehat sebentar menulis final report internship dan kejap lagi akan masuk waktu subuh. (Mate aku dah jadi macam panda sekarang ni). Korang kenal Yuna tak?


Aku pun tak kenal, tapi die la penyanyi lagu "Dan sebenarnya". Adik aku amin yang suggest soh dengar. Aku pun tak tau la minah ni artis ke hape ke, tapi kan ape yang aku perasan, suara dia berqualiti. Dan dia consistent dengan minat menyanyi dia. Bila kita consistent dengan minat kita, otak kita akan beroperasi sebagai minda separa sedar, (click sini untuk rujukan). Dengan kata lain kita akan mahir dengan apa yang kita buat. Bila kita mempunyai satu2 kemahiran yang khusus, kita akan di hormati oleh masyarakat. Tiada jalan singkat untuk dapat satu2 kemahiran yang berkualiti, kita kene lalui semua nya.

p/s: Oh bulan~

Selasa, 2 Disember 2008

Gambar bulan senyum - Smile moon

Malam semalam, on the way nak pergi hospital putra Melaka melawat kakak, aku perasan 2 bintang dan 1 bulan sabit. Aku tengok pelik betol kedudukan 2 benda tu. Macam bentuk ape ye? So aku abai kan. Tak lama lepas tu adik aku perasan

"Eh bulan tu senyum"



baru aku perasan bentuk macam senyum dengan kombinasi 2 bintang dan 1 bulan sabit. Ini gambar bulan tengah senyum atau orang putih kate smile moon . Kejadian ni macam tak lama, anggaran dalam pukul 8pm - 9pm waktu Malaysia. Gambar di atas aku cilok dari Flickr Ebul. Salah seorang photog tegar di UTP

* owh akhir nya aku dapat tahu, dua bintang tu adalah planet Jupiter dan Venus. Terbaca di blog ini

Isnin, 1 Disember 2008

10,000 Visitor - eh aku?



Yes minggu ni aku isi dengan rekreasi. Hari ini kene keje. arrghhh nak cuti lagi... sedang aku pening2 fikir kan macam mana nak buat login form connect database dan VB6, tiba2 kepala hotak aku terfikir nak singgah blog aku.Nak jugak tengok brape banyak dah pageload.

kagum punyer pasal, aku pun print screen

Eh dah 10,000 dah page load.Alhamdulillah.... aku memang akan analisis pengunjung blog aku dan cahayanika setiap hujung bulan. Tabiat tu merupakan satu praktik yang baik. Kepada siapa2 yang baru belajar buat website ke, blog ke, flickr ke, amal kan menganalisis statistik pengunjung website anda. Bukan apa ini untuk memasti kan samada laman web tu menyedia kan informasi yang berguna untuk masyarakat. Tapi kan tetiba aku terfikir plak, "Eh aku la page load yang ke 10,000".. wah unik2.....

okeh, sambung kerja lalala

p/s: 2 minggu ni maybe akan banyak menghabis kan masa di hospital . Semoga semua nya berjalan lancar


Ahad, 9 November 2008

Budak Melaka - Din dan Paker

Minggu kali ni, di kunjungi mereka :)


nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

Rabu, 29 Oktober 2008

Trailer cerita budak kelantan - Movie


Trailer filem budak kelantan yang membuat kan aku nak sangat tengok cerita ni. Sesungguh nye aku memang kagum dengan negeri Kelantan. Waktu aku melawat Kelantan, aku memang suke tengok orang2 berniaga. Aku pun kagum dengan Nik Aziz walaupun dulu aku pandang serong terhadap kepimpinan beliau. Aku cuma geram kepada orang mengawal Media masa yang membuat kan aku salah faham.

Kito ni, kalu jahak pong jange duk sekak oghe nok buak baik..

Kita kalau buat jahat pun, jangan sekat orang yang nak buat baik. Jangan la sekat media masa kalau nak mendedah kan perkara baik.

kepada yang bosan2 , dengar la lagu crazy frog ni hahaha




p/s: selamat datang D80 & SB800. Susah gak nak mencari yang baru


nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com