Jumaat, 31 Disember 2010

Pengakhiran positif 2010 yang penuh liku

Hari ni merupa kan hari terakhir buat tahun 2010. fuh.... dah nak abes beb tahun 2010 ni. Setiap tahun memang aku rasa masa pantas berlalu. Setiap tahun juga ada cabaran baru yang mana aku sendiri rasa tak mampu harungi. Tapi sebenarnya kita sendiri tak pernah tahu di mana limit kemampuan yang kita ada. 



Tahun ni aku grad dari universiti. Dapat la menganggur dalam 3 bulan setengah. Kemudian kerja di Public islamic bank di kuala pilah. Memang kerjaya pertama yang aku idam kan lepas grad ialah bidang non teknikal sebab nak belajar sesuatu yang bukan dari buku, iaitu pengalaman. Satu pengajaran berguna yang aku dapat ialah transformasi diri untuk berfikiran positif. Mengubah pemikiran positif, tak semudah kita memahami melalui bacaan. Selagi kita tak lalui, selagi itu kita tak merasai.

Sebagai manusia kita hanya mampu menjadi perancang, aku gagal meletak kan diri aku dalam company yang aku impi kan, iaitu PETRONAS. Aku sendiri dapat panggilan dari Human Resource PETRONAS dengan selamba kodok nye die kata aku tak layak dan tak menepati criteria untuk menjadi staff PETRONAS. So tiada interview untuk diriku. Secara jujur nya ini lah kegagalan terbesar dalam hidup aku setelah meletak kan PETRONAS sebagai matlamat utama. Selama 4 tahun, memang aku guna kan masa sebaik mungkin perbaiki diri untuk mendapat status "Anda layak bekerja di PETRONAS". Tapi aku gagal.

Aku gagal sebab aku ada cita2. Bagi aku kejayaan itu bagi orang yang ada matlamat.

Sebelum ni aku ada dapat beberapa interview dari syarikat2 antarabangsa, tapi di sebab kan nasib tak menyebelahi, aku banyak tak dapat hadiri interview. Jadi aku pon bekerja dengan Public Islamic Bank sebagai Senior Sales & Marketing Executive sambil meletak kan diri ini tidak sehebat orang2 di PETRONAS.

Masa keje di Public Islamic Bank, satu hari aku terima email dari syarikat minyak yang bleh di kata kan lagi susah nak dapat interview. Iaitu syarikat Shell. Tiga peringkat penapisan calon untuk di temuduga iaitu dari online resume, phone interview dan peringkat akhir “Shell Recruitment Day”. Di pendek kan cerita aku dapat phone interview selepas HR Shell berminat dgn resume aku. Selang beberapa hari lepas interview melalui telefon, HR Shell call lagi cakap aku layak ke peringkat akhir iaitu SRD. Cuma 6 orang je yang ada masa sesi SRD tu dan aku sorang je melayu , calon yang paling muda serta paling tak hensem.  Serious beb, candidate lain cakap omputih berabuk, tak mcm aku punyer English kampong je. Tapi last2 aku gagal dalam SRD haha

Sekali lagi aku gagal dalam interview syarikat yang best2. Tapi aku tetap “enjoy every little achievement” yang aku buat. Baru aku sedar, bukan nye aku tak layak untuk keje PETRONAS, tapi tak bernasib baik untuk kerja dgn petronas. Yela kita ni perancang je, tuhan yang menentu kan.

Sekarang ni aku dah tukar keje dari public Islamic bank tapi masih lagi dalam industry Islamic banking. Sebagai software test engineer kat Microlink, memang syok la dapat test system bank. Buat loan ribu2, approve sendiri dan masuk kan duit dalam akaun sendiri. Kalau boleh buat mcm tu kat akaun sendiri kan best. haha

Sebenar nye aku impi kan kejayaan career yang mana aku boleh balance kan keluarga. Aku bersyukur masih ada keluarga. Tak ada perkara lain yang boleh buat aku lebih gembira.

Tahun 2010 ni jugak aku merasa kan pengalaman paling pahit dan paling manis. Aku tak pernah rasa terbeban sebegini teruk semasa menghadapi krisis sehingga kan aku terpaksa menghadiri sesi kaunseling di Negeri Sembilan. Buat pertama kali aku pergi sesi kaunseling. Pakcik aku yang saran kan untuk pergi sebab aku ada masalah kemurungan. Semasa murung tu, aku hanya mampu berbaring dan tidur sahaja selama 2 hari. Alhamdulillah, aku cepat recover balik dan muhasabah diri. Terima kasih pakcik.

Kemanisan itu tak akan terasa selagi kita tak mengenal rasa pahit. Tahun 2010 jugak aku menerima berita paling manis yang bakal mengubah status dalam hidup aku lagi beberapa tahun. Aku sentiasa mendoa kan segala nya berjalan lancar. 

Menakjub kan ayat quran ini.”Setiap kepayahan ada kemudahan”. Islam mengajar aku untuk jadi positif. Macam dalam cerita slumdog millionare, setiap pengalaman yang kita lalui sebenar nya adalah jawapan kepada persoalan hidup. Persoalan yang sebenar nya sudah lama terjawab. Samada kita sedar atau tak sedar je. 

Photograp by Fotogu: Convo aku dan keluarga

Ramai di kalangan kita adalah "Pewira Senyap".  Mereka ramai dan berada di merata tempat. Mereka mungkin bergelar ibu atau pon bapa. Mereka mungkin juga bergelar nenek dan atuk. Atau mereka juga mungkin bergelar guru yang sentiasa membimbing. Mereka ini menjalan kan tanggungjawab kehidupan dengan ikhlas dan bersungguh2.

Tiada siapa pon yang perasan kewujudan pewira senyap ini. Tapi setiap orang dapat merasa kan kehadiran mereka. Aku Cuma mahu menjadi pewira senyap yang sentiasa optimis dalam memperbaiki matlamat hidup.

Setiap pengalaman adalah berguna sekira nya kita tidak mensia2 kan nya. Semoga pengalaman dan pandangan yang aku kongsi ni bermanfaat.

p/s: tahniah skuad bola sepak Malaysia yang menewas kan Indon dgn aggregate 4-2. Satu Malaysia dapat cuti umum. Haha.

Sabtu, 25 Disember 2010

Lame btol aku tak blog

Yeah.... dah lame giler aku tak tulis blog. Boleh di kata kan hampir takde ape pon update terkini. Mungkin sebab ade beberapa incident yang berlaku sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, kini keadaan kembali tenang seketika.

Sebenar nye artikel blog kali ni sekadar nak update benda2 mengarut je. Lame kot aku tak menaip . Gambar2 convo pon aku tak upload. So aku upload la sekeping kat sini.



Pada suatu ketika dahulu, aku pernah buat twitter, tapi tak pernah pon guna. Cuma post 2 kali je mase tahun 2008. Tanpa memberitahu sape2, ade la 3 orang follower walaupon baru 2 kali post. Sape2 rase nak follow twitter aku ni, click la. Tapi aku berkemungkinan jarang nak update. Selamat bertwitter.


https://twitter.com/nuriman

Isnin, 4 Oktober 2010

Tawa dalam tangisan


Convocation dah semakin dekat. Tapi hati ini di duga dengan kesedihan. Terima kasih kepada yang membantu. Memang aku benci dengan keadaan sekarang. Entah macam mana kerunsingan ini akan berakhir, aku sendiri tak tau. Walau apa pun aku bersyukur dan redha dgn apa yang berlaku. Aku tak akan mengalah. Sampai bila2

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” - (Al-Baqarah: 216)


Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Ahad, 19 September 2010

I need to write "Something"

"Something"

p/s: skarang dah tak rajin mengeblog, bnyak plak masalah2 yg perlu di selesai kan

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 13 Ogos 2010

Percayalah, semuanya indah jika kerana Allah

Hari ini dalam sejarah...

Tangan jadi kebas2
Ritma jantung tak berapa betol
Aku jadi speechless kejap

Banyak dugaan sebenar nya yang perlu aku hadapi
Ini baru permulaan buat aku
Untuk chapter hidup yang baru

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar
Ayat yang selalu aku pegang
Semuanya indah jika kerana Allah

p/s: Jaga diri, hati, Iman, taqwa dan selamat berpuasa semua

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Khamis, 29 April 2010

Berakhir sebulan di Kuala Lumpur

Sebulan aku bertapa kat bangunan ni. Sejam masa perjalanan ke office dari rumah Mak Teh aku. Jumaat ni hari terakhir aku training kat Menara Public Bank. Kemudian aku dah start dengan kerja yang sebenar di Negeri Sembilan yang penuh pancaroba.

Tengahari tadi makan tapau secara beramai2 di bilik meeting. Makan bersama Wan, Lizanne, Syarmin, Anis, Audrey, Joyce dan Sanggita btol2 buat aku sakit perut tergelak. Ade je bende nak gelak kan. Memang makan tengahari bertema kan Malaysian. Muhibah tu.

14999_384802177489_641797489_3712665_943340_n

Terima kasih jugak kepada Bos dan senior2 department Marketing Public Islamic bank yang banyak bawak aku jenjalan KL dan turun kan ilmu pemasaran secara mendalam.

Tak lupa jugak my partner (yang kuat membebel) yang akan bertugas di Masjid Tanah Melaka. All the best.

Aku pasti rindu kan kenangan kat dalam menara ni.

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Khamis, 22 April 2010

Mari Membaca dan ITEX 2010

Sekarang ni aku tengah bekerjasama dengan Ms Penny (jarak jauh) untuk
ITEX 2010.


dfs

Semoga "Mari Membaca" dapat melakar satu lagi kejayaan huhu...


p/s: eden dah tak nak layie melayan kojo2 programming nih.... apo2 pon den cubo la yg terbaik dalam apo2 perkaro yg di buek


Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Isnin, 1 Mac 2010

Gambar Tanjung Pinang, Indonesia

Dalam beberapa minggu yang lepas, aku sekeluarga buat pertama kali nye melancong ke luar negara. Tak jauh pon, pergi Indonesia je. Perjalanan menaiki feri memakan masa lebih kurang 3 jam. Dekat kepulauan Bintan, Sabah dan Serawak pon kira jauh. Alhamdulillah, berjaya jugak trip pergi tanjung pinang ni. Mula2 memang ada rase something wrong dengan trip ni atas masalah budget dan pengurusan dari agensi yang urus kan trip ni. Tapi last2 semua nya berjalan lancar. Memandang kan aku ni jenis family person, aku rase seronok sangat dapat luang kan masa bersama keluarga. Dah lama aku idam kan saat ni.

Macam biasa, semasa travel, aku tak kan terlepas dari amik2 gambar. So kat sini aku nak kongsi beberapa gambar kegemaran aku. Semoga dapat mencuci mata daripada gambar2 ni hehehe.

Semua gembira

Photo by Nurain: Kapal yang semua orang gembira

Gambar ni akak yang tangkap. Memula aku perasan ada kapal lalu kat sebelah feri yang kitorang naik. Nama kapal tu agak menarik mata aku, kemudian aku suruh akak tembak sbb mase tu dia pegang camera. hee at the end of the trip semua orang gembira~

tukang rumah

Photo by Nuramin: Tukang buat jeti


Penduduk di Tanjung Pinang masih lagi mengguna kan cara tradisional dalam kehidupan mereka. Gambar ni di ambil mase lepas balik dari pulau penyengat. Cara pembuatan tepi2 jeti mengguna kan kayu2 pokok yang di pasang dan di tanam mengguna kan besi pemberat dan penukul. Tapi time ni tak dapat plak amik gambar pemberat yang nak tanam tiang2 kayu tu.

Cermin tingkap

Photo by Nuriman: Cermin tingkap

Adik aku memang terer dalam melihat sesuatu yang aku kadang2 tak perasan. Gambar ni aku amik dari idea adik aku yang mane cermin bangunan ni menghasil kan reflection dari pelbagai jenis cermin.


Pasar basah

Photo by Nuriman: Pasar basah di tanjung pinang


Pasar ni lebih kurang macam pasar di kelantan, cuma di sini, tempat nya agak kurang bersih. Barang2 basah mcm sayur ape sume tu bleh la beli kat sini. Mase jalan2 kat pasar ni, ibu excited nak beli cili kat sini, tapi ayah tak bagi sbb cili boleh beli kat Malaysia hahaha.

Habis jualan

Photo by Nuriman: Penat menjual daging.

Penat dan terus tidor. Dari ape yang aku lihat, cara kehidupan penduduk tanjung pinang agak simple dan tak complicated. Peniaga daging ni terus tidor lepas daging habis dijual. Cukup untuk rezeki hari ini, masa untuk berehat. Nak rehat jauh2? tak perlu, tido kat gerai sudah~

Si pemotong ayam

Photo by Nuriman: Si pemotong ayam

Kalau tadi si pemotong daging dah selesai hasil jualan daging dan terus tido, tapi selepas beberapa langkah, aku terjumpa plak si pemotong ayam. Masih lagi nak menjual2 dan memotong2, kene la bekerja. Tapi yang best nya kucing ni. Untung jadi haiwan peliharaan tukang ayam sbb dapat makan free hehehe.

tukang kasut wanita

Photo by Nuriman: Tukang kasut wanita

Jarang nak jumpa tukang kasut wanita di negara sendiri. Aku rase, aku tak pernah jumpa lagi kot kaum wanita jadi tukang kasut kat Malaysia. Tapi mase jalan2 kat pasar ni, aku terjumpa plak kakak ni tengah menjahit kasut. Ape2 pon aku kagum dengan usaha gigih kaum hawa ni demi mencari rezeki yang halal.

gerai bergerak

Photo by Nuriman: Gerai makan bergerak


Antara yang susah nak jumpa kat Malaysia ialah gerai makan bergerak. Macam2 gerai makan bergerak yang ada kat tanjung pinang ni. Mase malam ke dua di tanjung pinang, aku sekeluarga try jugak makan mee rebus kat gerai yang di yakini tahap kebersihan nye. Mula2 beli semangkuk, tak sangka mee rebus tu sedap giler. Last2 tambah lagi 3 mangkuk. So dont judge the food by its gerai hahaha

man belon yang punyer

Photo by Nuriman: Penjual belon

Penjual belon ni aku perasan kat tepi jalan. Orang muda ni susun belon sepanjang2 jalan. waa best nye belon ni, dulu kecik2 ade kat rumah aku men tumbuk2.

selagi terdaya

Photo by Nuriman: Nenek masih mencari rezeki


Akhir gambar ni merupa kan gambar yang paling aku suka. Nenek ni aku jumpa kat pasar basah di tanjung pinang. Dia tengah jual sayur2, daun2 kelapa dan buah2an seperti pisang. Terasa sayu plak hati aku bila tengok dengan usia yang agak emas, dia masih lagi mencari rezeki untuk menampung hidup. Betapa bersyukur nya aku di kurnia kan hidup yang tidak daif.

Jangan la kita berbangga2 sangat dengan pangkat dan pencapaian dalam hidup kita. Kadang2 orang lain lebih hebat dari pencapaian kita, cuma mereka kurang bernasib baik dan terpaksa berusaha keras untuk keluar dari hidup susah.

Kalau nak tengok gambar selebih nya di Album facebook aku




Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Sabtu, 27 Februari 2010

Semua orang sama gembira

Tetiba aku datang mood nak tulis blog. Sekian lama aku dah jarang2 tulis blog. Tapi tu la tabiat aku, bile terasa nak tulis ape2 info or pandangan baru la aku tulis kat blog. InsyaAllah aku biase nye selit2 kan info yang boleh di guna pakai hehehe.

2 hari lepas aku naik bas di ibu kota. Bas rapid KL. 2 3 hari jugak la aku naik bas tu. Naik bas ke KTM segambut dari plaza mont kiara merupa satu cabaran bila terpaksa berhimpit2 dengan pekerja2 asing. Nak2 bila kene naik bas waktu2 nak balik kerja dalam pukul 5-7 petang. Bau2 dieorang(pekerja asing, bangla, india, indonesia), pergh dasat wa cakap lu. Silap2 virus H1N1 pon boleh mati dalam environment macam tu.

Mungkin gaya hidup mereka dan kurang ilmu pengetahuan menjadi kan mereka kurang menjaga kebersihan diri. Paling simple teori yang aku boleh fikir, dieorng kebanyakan pekerja buruh. Kebanyakan nye menjalan kan kerja2 fizikal seperti angkat batu bata, simen pasir dan sebagainya. Aku tak menolak jugak kemungkinan pekerja buruh ni tak beli sabun mandi sebagai langkah berjimat cermat.

Sememang nya, berhimpit2 dalam bas bersama2 dengan pekerja2 asing ni, merupakan satu situasi yang buat kan aku hampir termuntah.

Tapi ape yang aku perhati kan dalam bas tu, kebanyakan pekerja2 asing situ kenal antara satu sama lain. Dieorg pon usik mengusik same2 dieorang dalam bas walaupon masing2 menghasil kan bau bauan yang kurang menyenangkan. Paling kelakar aku dengar bila pekerja buruh india(memang asli dari Negara India) yang nak berborak dalam Bahasa Malaysia. Dieorang saling bertepuk tampar dalam bas, kadang2 dieorg same2 pon raba2 nak usik2.

Pada mula nya aku agak meluat tengok dieorg gurau agak kasar. Tambah plak bauan2 dieorg yang kuat tu buat aku rase tertekan plak. Tapi lama2 bila aku tengok dieorg gembira sama2 dieorg, aku jadi seronok plak. Hilang tertekan aku bila tengok kebanyakan orang2 dalam bas tu tersenyum dengan gurauan2 pekerja2 buruh tu. Walaupun situasi dalam bas tu bersesak2 dengan bau bauan, tapi suasana ceria tu tetap ada.

ibu dan ayah

Aku percaya, kalau kita senyum kat orang lain, kita akan dapat kurang kan sikit beban orang tu. Sebenar nya kita mampu untuk tersenyum dalam apa keadaan sekali pun. Senyum semasa susah, tanda ketabahan dan senyum semasa senang, tanda kesyukuran. Kalau amik gambar pun, kita akan nampak cantik kalau senyum secara semula jadi.

Semua orang rasa gembira dari sudut perspektif yang berbeza. Everyone is equally happy and you can see it from every smile. Tak kira la kita dari orang susah ke, dari orang senang ke, kita kurang upaya ke, walau sekecil mana pon kegembiraan kita ada, cuba nikmati dengan sepenuhnya. Bak kate orang putih, enjoy every little thing surround you.

Allah maha adil, kita semua sama gembira. Kadang2 kita je yang tak perasan.

DSC_0768
Photo by Nurain: Trip keluarga ke Tanjung Pinang, Indonesia. My happy family

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Isnin, 8 Februari 2010

Cool giler video ni kagum kot



Hahahahaha

Member aku ade bagi satu link website menarik. Agak menarik untuk di cuba, tapi memerlu kelajuan internet yg laju skit nak upload video nih. Ape2 pon enjoy la video tu. Sape2 yg tak dapat tengok dari blog, bleh try click link Sini . Tercapai la cita2 manusia nak rase di hargai bile tengok video tu

Hahahahaha

p/s: Mantap la sape punyer idea buat video tu. Double thumb up

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Jumaat, 29 Januari 2010

Baru lepas cat blog

adik beradik cahayanika

Photo by ayah: berusaha keras utk hasil kan muke cute

Aku semakin tak rajin memblog sebab banyak aktiviti2 lain. Tapi sempat jugak mengecat kat blog ni. Masih lagi dalam sesi touch up blog . Ape2 pon aku nak ucap kan kan welcome blog baru dengan warna tema cokelat. Yeah, aku suke cokelat.

Cat lame dalam kenangan.

Nuriman bin Talib - Universiti Teknologi PETRONAS_1264606816182

p/s: Yang lepas tu lepas la, kite fikir utk lebih kedepan plak hehehe



Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

Rabu, 13 Januari 2010

Siapa DongengIslam.com?

Kepada pemilik account youtube ni. Terbuka hati aku utk berkata2

Aku hormat pemikiran dan pendapat seseorang tu. Cuma nak beri pendapat tentang pemikiran pemilik account tu.

Memang kita ada otak utk berfikir. Tapi setiap otak yg di kurnia kan ada batas yang mana kadang2 kita sendiri tak terfikir. Kematangan berfikir itu tercapai apabila kita sentiasa menimba ilmu dan pengalaman.

Kalau di ikut kan pengalaman manusia, dulu kita percaya yang bumi ini terbentang rata sebelum terbukti secara saintifik yang ia nya bulat. Sejauh mana kematangan fikiran manusia untuk percaya bumi tu bulat mase zaman dulu2?

Kalau anda meletak kan diri anda sebagai orang dulu kala, anda percaya tak ada nya electron?

Bagi hemah saya, pemilik account youtube tu tidak matang dalam berfikir, dan cuma menyampai kan satu provokasi tidak lengkap tanpa rujukan.

Kalau die matang dalam menyampai kan pendapat, tak perlu la berselindung dgn nama dongengislam.com. Sila perkenal kan diri, siapa diri anda sebenar nye. Aku percaya ramai orang yg nak mengenali die.

Nasihat aku,terus kan usaha mencari jalan mengenal diri. Aku yakin dgn Islam, dan masih lagi belajar mendalami Islam.

Berani kerana benar, kerana orang yang takot je yang akan menjerit dgn menutup muka.

Semoga mendapat petunjuk

"Aku Sayang Malaysia"

p/s: Sabar dan tenang, orang2 jenis mcm ni mmg dah wujud sejak zaman nabi. Ada je orang kate Nabi Ibrahim gila sebab nak sembelih anak sendiri. Sama2 kita doa kan die mendapat petunjuk dan sama2 kita pelihara Iman.

dfsdf

p/s: Aku tak bleh nak komen kat youtube, ada 500 character je bleh tulis. So tulis la kat blog. Sekira nya anda rasa video ini mempromosi kan kebencian, sila flag video ini.

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221