Memaparkan catatan dengan label Rakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rakan. Papar semua catatan

Khamis, 29 April 2010

Berakhir sebulan di Kuala Lumpur

Sebulan aku bertapa kat bangunan ni. Sejam masa perjalanan ke office dari rumah Mak Teh aku. Jumaat ni hari terakhir aku training kat Menara Public Bank. Kemudian aku dah start dengan kerja yang sebenar di Negeri Sembilan yang penuh pancaroba.

Tengahari tadi makan tapau secara beramai2 di bilik meeting. Makan bersama Wan, Lizanne, Syarmin, Anis, Audrey, Joyce dan Sanggita btol2 buat aku sakit perut tergelak. Ade je bende nak gelak kan. Memang makan tengahari bertema kan Malaysian. Muhibah tu.



Terima kasih jugak kepada Bos dan senior2 department Marketing Public Islamic bank yang banyak bawak aku jenjalan KL dan turun kan ilmu pemasaran secara mendalam.

Tak lupa jugak my partner (yang kuat membebel) yang akan bertugas di Masjid Tanah Melaka. All the best.

Aku pasti rindu kan kenangan kat dalam menara ni.

Rabu, 11 November 2009

Borak di mapley - Tabah sentiasa

Aku intake July 2005 dan kalau tak silap aku hampir 700 orang pelajar yang dapat masuk UTP waktu tu. Aku mase masuk UTP awal2 dulu, hampir tak ade sorang pon yang aku kenal.

Aku satu2 nya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek (SMKAM) yang dapat masuk UTP mase tu. Aku ingat lagi cikgu add math cakap kat aku. "Abang, selama 14 tahun saya mengajar kat skolah ni, tak penah plak ade orang masuk UTP, awak la orang pertama. Awak jangan buat malu nama sekolah plak nanti". Aku nak abes belajar bulan 12 ni, sampai skarang, tak ada lagi junior dari skolah aku yang dapat masuk UTP. Nampak nye harapan aku nak jumpe junior SMKAM tak kesampaian la.

Perasaan gementar tu terlalu besar terutama skali aku tak fasih dan tak brapa paham English. Aku rasa memang kebanyakan budak kampung yang kurang pendedahan English rasa macam ape yang aku rasa. Alhamdulillah, semua ni dapat aku tempuh.

aku dan nash

Bukak puasa tahun 2005

Sampai2 UTP mase Minggu Aluan Siswa (MAS) untuk register bilik, mulut aku memang tak berat untuk bertegur sapa dengan orang sebelah2 aku. Aku siap target sehari aku kene berkenalan brapa orang kawan. Nak di pendek kan cerita, hari pertama aku kenal dengan Nash dan terus ajak jadi roommate. Kebetulan jumpa kat meja registration.

Nash dengan latar belakang kan budak Felda, ayah penoreh getah dan mak suri rumah sepenuh masa. Aku sentiasa kagum macam mana dia bertanggung jawab terhadap keluarga dia. Boleh di kata kan aku lebih bernasib baik berbanding die.

Walaupun aku dah tak lagi roomate dengan die, tetiba plak semalam die nak blanja aku makan kat mapley. Lama giler aku borak dgn die kat mapley, sampai mapley pon dah kemas2 meja. Banyak cerita dan masalah yang di kongsi. Sama je macam aku roomate dengan die dulu, die kalau bercakap memang macam mulot murai.

Aku dengar masalah keluarga dia, dia pon dengar masalah keluarga aku. Dia satu2 nya orang yang aku tak kekok nak kongsi masalah besar aku. Walaupon jarang giler jumpe. Selalunye kitorang banyak persamaan dari segi masalah walaupun dari sudut yang berbeza.

Dari masalah yang dia cerita kat aku smalam, sekarang ni dia tengah risau kan kesihatan Mak dia. Aku mendoa kan kesihatan mak dia pulih seperti biasa, dan di kurnia kan nikmat kesihatan.

Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang sementara ni.

p/s: semua warga UTP, goog luck utk final exam

Sabtu, 2 Mei 2009

Kekuatan Sakit tulang belakang - semoga cepat sembuh

Tadi aku call kawan aku yang baru buat operation tulang belakang di hospital Putra Melaka. Die lebih di kenali sebagai Akmal, Amal, Awang, Kekuatan, Kekku, Kuat atau Mal. Aku pon tak faham knape la nick die banyak sangat. Seperti artikel yang aku tulis dalam blog aku sebelum ni, aku agak faham perasaan pesakit tulang belakang yang mengalami pergerakan badan yang terhad. Kemudian, mengambil mase yang panjang untuk sembuh sepenuh nya.

Aku kenal Akmal (tapi aku panggil Lobo) mase aku masuk kelab MEDTECH, same2 jadi crew media di UTP. Bile jadi crew medtech ni, hubungan memang agak rapat nak2 bile bertugas. Kemahiran die yang buat lawak kadang2 buat aku sangsi, "betul ke lobo ni sakit?". Bagus la , ceria2 selalu bleh kurang kan sakit.


Esok aku akan pegi Teluk Senangin untuk Family Outing Medtech Crew. Aku penah pegi Teluk Senangin sebelum ni, tapi kali ni pegi dengan keluarga2 MEDTECH. Paling best skali senior2 yang dah keje pon turun join sekali family outing nih. Yeah~ macam2 bende nak borak esok. Dalam mase yang sama, pembikinan video wish untuk lobo pon akan di laksana kan =P

Alhamdulillah, dari ape yang Lobo cakap dalam telephone, kesihatan die makin improve. Aku mendoa kan semoga Lobo cepat sembuh dan tak mudah patah semangat. Amin

Rabu, 20 Ogos 2008

Penembak Pallet



1st Runner up(
2005)



1st Runner Up(
2006)



2nd Runner Up(2007)

Coming Soon!!!
Paintballerz

mintak2 la menang oi~
(
2008)