Sabtu, 27 Februari 2010

Semua orang sama gembira

Tetiba aku datang mood nak tulis blog. Sekian lama aku dah jarang2 tulis blog. Tapi tu la tabiat aku, bile terasa nak tulis ape2 info or pandangan baru la aku tulis kat blog. InsyaAllah aku biase nye selit2 kan info yang boleh di guna pakai hehehe.

2 hari lepas aku naik bas di ibu kota. Bas rapid KL. 2 3 hari jugak la aku naik bas tu. Naik bas ke KTM segambut dari plaza mont kiara merupa satu cabaran bila terpaksa berhimpit2 dengan pekerja2 asing. Nak2 bila kene naik bas waktu2 nak balik kerja dalam pukul 5-7 petang. Bau2 dieorang(pekerja asing, bangla, india, indonesia), pergh dasat wa cakap lu. Silap2 virus H1N1 pon boleh mati dalam environment macam tu.

Mungkin gaya hidup mereka dan kurang ilmu pengetahuan menjadi kan mereka kurang menjaga kebersihan diri. Paling simple teori yang aku boleh fikir, dieorng kebanyakan pekerja buruh. Kebanyakan nye menjalan kan kerja2 fizikal seperti angkat batu bata, simen pasir dan sebagainya. Aku tak menolak jugak kemungkinan pekerja buruh ni tak beli sabun mandi sebagai langkah berjimat cermat.

Sememang nya, berhimpit2 dalam bas bersama2 dengan pekerja2 asing ni, merupakan satu situasi yang buat kan aku hampir termuntah.

Tapi ape yang aku perhati kan dalam bas tu, kebanyakan pekerja2 asing situ kenal antara satu sama lain. Dieorg pon usik mengusik same2 dieorang dalam bas walaupon masing2 menghasil kan bau bauan yang kurang menyenangkan. Paling kelakar aku dengar bila pekerja buruh india(memang asli dari Negara India) yang nak berborak dalam Bahasa Malaysia. Dieorang saling bertepuk tampar dalam bas, kadang2 dieorg same2 pon raba2 nak usik2.

Pada mula nya aku agak meluat tengok dieorg gurau agak kasar. Tambah plak bauan2 dieorg yang kuat tu buat aku rase tertekan plak. Tapi lama2 bila aku tengok dieorg gembira sama2 dieorg, aku jadi seronok plak. Hilang tertekan aku bila tengok kebanyakan orang2 dalam bas tu tersenyum dengan gurauan2 pekerja2 buruh tu. Walaupun situasi dalam bas tu bersesak2 dengan bau bauan, tapi suasana ceria tu tetap ada.

ibu dan ayah

Aku percaya, kalau kita senyum kat orang lain, kita akan dapat kurang kan sikit beban orang tu. Sebenar nya kita mampu untuk tersenyum dalam apa keadaan sekali pun. Senyum semasa susah, tanda ketabahan dan senyum semasa senang, tanda kesyukuran. Kalau amik gambar pun, kita akan nampak cantik kalau senyum secara semula jadi.

Semua orang rasa gembira dari sudut perspektif yang berbeza. Everyone is equally happy and you can see it from every smile. Tak kira la kita dari orang susah ke, dari orang senang ke, kita kurang upaya ke, walau sekecil mana pon kegembiraan kita ada, cuba nikmati dengan sepenuhnya. Bak kate orang putih, enjoy every little thing surround you.

Allah maha adil, kita semua sama gembira. Kadang2 kita je yang tak perasan.

DSC_0768
Photo by Nurain: Trip keluarga ke Tanjung Pinang, Indonesia. My happy family

Isnin, 8 Februari 2010

Cool giler video ni kagum kot



Hahahahaha

Member aku ade bagi satu link website menarik. Agak menarik untuk di cuba, tapi memerlu kelajuan internet yg laju skit nak upload video nih. Ape2 pon enjoy la video tu. Sape2 yg tak dapat tengok dari blog, bleh try click link Sini . Tercapai la cita2 manusia nak rase di hargai bile tengok video tu

Hahahahaha

p/s: Mantap la sape punyer idea buat video tu. Double thumb up