Khamis, 29 April 2010

Berakhir sebulan di Kuala Lumpur

Sebulan aku bertapa kat bangunan ni. Sejam masa perjalanan ke office dari rumah Mak Teh aku. Jumaat ni hari terakhir aku training kat Menara Public Bank. Kemudian aku dah start dengan kerja yang sebenar di Negeri Sembilan yang penuh pancaroba.

Tengahari tadi makan tapau secara beramai2 di bilik meeting. Makan bersama Wan, Lizanne, Syarmin, Anis, Audrey, Joyce dan Sanggita btol2 buat aku sakit perut tergelak. Ade je bende nak gelak kan. Memang makan tengahari bertema kan Malaysian. Muhibah tu.



Terima kasih jugak kepada Bos dan senior2 department Marketing Public Islamic bank yang banyak bawak aku jenjalan KL dan turun kan ilmu pemasaran secara mendalam.

Tak lupa jugak my partner (yang kuat membebel) yang akan bertugas di Masjid Tanah Melaka. All the best.

Aku pasti rindu kan kenangan kat dalam menara ni.

Khamis, 22 April 2010

Mari Membaca dan ITEX 2010

Sekarang ni aku tengah bekerjasama dengan Ms Penny (jarak jauh) untuk
ITEX 2010.



Semoga "Mari Membaca" dapat melakar satu lagi kejayaan huhu...


p/s: eden dah tak nak layie melayan kojo2 programming nih.... apo2 pon den cubo la yg terbaik dalam apo2 perkaro yg di buek