Sabtu, 23 April 2011

Sudah cukup kah kita berbakti pada masyarakat?

Setiap manusia ni di kurnia kan kebolehan yang berbeza. Ada orang terer sport, ade orang plak genius kalau bab2 belajar, dan ada jugak yang terer bab2 prektikal dan pengalaman. Sebenar nye ade beberapa learning styles yang kita kene discover dalam diri kita. Aku tergolong dalam manusia yang kinestatik learning.  Kinestatik learner ni merupa kan jenis yang mudah belajar melalui aktiviti2 fizikal. Jadi tak pelik la sejak dari zaman aku sekolah aku tak suke belajar dalam kelas sangat dan suke aktiviti kokurikulum. No wonder aku belajar kat kelas pon tak berapa nak pandai haha

Antara aktiviti yang aku minat laku kan ialah aktiviti khidmat masyarakat. First time aku buat aktiviti khidmat masyarakat ni waktu kat univerisiti dulu. Mengecat sekolah tadika kat perak. Aku sentiasa teruja dalam nak membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Sebab aku pon selalu sangat bernasib tak baik. haha

Dari pelbagai program khidmat masyarakat yang aku join, maka tersemai semangat "Tabur kan jasa dan semai kan budi" dalam jiwa aku. 

2005: Program Mural Medtech Mengecat Tadika, Tronoh



2006: Rumah Kebajikan Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak


2007: Rumah Sinar Harapan, Alor Star Kedah

2006: Mission Awareness Program 2, Melaka

2007: Mission Awareness Program 3, Pulau Tuba Kedah

2009: Program Cyberkids, Tronoh Perak


2009: My final year project inspired by my cousin, Nakief

2009: Sekolah Pendidikan Khas Pengkalan Pegoh, Perak

2011: Rumah Kebajikan Bait Al-Amin, Parit, Perak
Sebelum2 ni aku cuma mengikuti program2 khidmat masyarakat yang di anjur kan mana2 organisasi. Dalam erti kata lain, aku tak perlu pon keluar duit satu sen pon. Ye la zaman belajar, banyak masa lapang dan aktiviti program yang boleh aku ikot. Nak buat program sendiri takde duit, so aku join la program2 yang dah ade budget untuk aktiviti kemanusiaan.

Cuma lepas bekerjaya ni berbeza sikit pendekatan aku terhadap masyarakat. Aku mahu melaku kan program khidmat masyarakat dengan hasil titik peluh aku sendiri. Minggu lepas aku baru berjumpa dengan orang hebat dari Parit. Bukan Cikgu Shida ye (Rumah cikgu shida kat depan Bait Al-Amin je). Tapi En Rozelan iaitu orang yang bertungkus lumus dalam memaju kan rumah kebajikan Bait Al-Amin. Sebagai seorang kinestatik learner, banyak yang aku pelajari dari En Rozelan dalam menabur jasa terhadap masyarakat. Banyak yang aku perlu kongsi kan. 

We never know our real ability when we inspired by something. Walau apa pon yang status kita, sama ada pelajar, pekerja, jururawat, photographer atau pon usahawan. Sudah cukup kah kita berbakti pada masyarakat? Sebenar nye kan, takde siapa pon dapat explain kenikmatan yang di rasai bila melaku kan aktiviti kemasyarakatan. 

Ini mungkin artikel terakhir aku kat blog tukiman ni. Yela, name tukiman tu mase zaman bujang2 dulu. Sekarang dah tua, lebih senang dengan nama sendiri berbanding nama gelaran. InsyaAllah aku nak kongsi kan tentang pandangan2 En Rozelan dalam susah payah beliau mengendali kan Bait Al-Amin ni di blog aku yang baru. Aku still register under blogspot, sebab aku suka google. haha. 

Sila lawati blog aku melalui domain dari gambar di bawah dan jangan lupe click button follow. InsyaAllah, aku akan cuba pasti kan artikel2 di blog baru lebih bermanfaat dan kurang kan mengarut. Blog tukiman ni banyak sangat mengarut. haha.


www.nurimantalib.com


Informative reference




Sabtu, 9 April 2011

Ye la weh, aku nak jual baju melayu ni

"Ko jangan nak menganjing aku man", tu komen member aku Ejat bile aku ajak ke Tazbay White Studio malam ni untuk buat product photoshoot.  Sebenar nye aku bagitau die yang aku jadi supplier baju2 melayu untuk pasaran bulan puasa nanti. Di sebab kan aku selalu kena kan die, kali ni dia amik tindakan berjaga2 dengan setiap statement yang keluar dari mulut aku. Takot terkena lagi. "Ye la weh, aku jual baju melayu ni" balas aku sambil gelak2 haha.

Sebenar nye aku dapat stok baju melayu untuk photoshoot dari minggu lepas. Di sebab kan ade problem skit model yang nak memperaga kan baju melayu aku ni. Aku pon terpaksa la tangguh kan product photoshoot tu ke minggu ni. So kalau sebelum2 ramai buat artikel unboxing iphone, smart phone, ipad, galaxy dan sebagai nye. Aku nak unboxing baju stok baju melayu dari terengganu.

Kotak yang ade baju melayu, kain songket

Dapat kotak seberat 9 kilogram ni. Thanks jugak kepada Pakteh & Makteh sekeluarga yang memahami minat aku dalam jual menjual ni. hehe. 

Yeah, aku suke kelembutan dari kain jenama desa murni

Bila bukak kotak, aku dah ternampak kelibat baju melayu dan kain songket. Parent aku selalu komplen kat aku sebab kalo aku g kenduri rumah2 sedara, aku lebih suka pakai tshirt. Aku agak tak rajin pakai baju melayu sebab panas. Tapi baju melayu yang ni telah mengubah persepsi aku terhadap kepanasan baju melayu. Jenis kain menentu kan baju melayu tu panas ke tak. hehe. 

Baju salinan untuk model aku

Yeah~ aku order 10 helai baju melayu cekak musang dan teluk belanga untuk photoshoot weekend ni. Ada Baju set kanak2 dan set dewasa. Siapa yang bakal jadi model untuk baju melayu ni? tunggu r lepas photoshoot. kih3. Tapi minggu ni model kanak2 aku kene pegi perak plak, so terpaksa proceed dengan product photoshoot model dewasa dulu.

Semoga apa yang aku usaha berbaloi. InsyaAllah berbaloi, sebab berniaga memang minat aku pon. hehe.

Kepada sapa2 yang berminat nak menjadi pengedar baju melayu sebelum bulan puasa 2011 tahun ni, boleh hubungi aku melalui Email : nuriman@cahayanika.com. Jangan lupa tinggal kan no telephone anda supaya senang aku nak contact balik. Harga untuk baju melayu tu nanti bergantung pada pakej harga borong yang dah di tetap kan. Yela, kalo korang amik dalam kuantiti banyak dapat la harga murah. Kepada kawan2 lama yang aku dah lama kenal, aku ade special flexible pakej. 

Oh ye sebelum terlupa, aku ade jugak buat official blog untuk bidang yang aku minat, E-Business. Aku ade kongsi segala pengalaman, ilmu, tips dan segalanya yang berkaitan dengan perniagaan internet di blog http://nurimantalib.blogspot.com. Semoga blog tu menjadi platform dalam perkongsian idea dan pendapat dengan masyarakat umum.