Sabtu, 9 April 2011

Ye la weh, aku nak jual baju melayu ni

"Ko jangan nak menganjing aku man", tu komen member aku Ejat bile aku ajak ke Tazbay White Studio malam ni untuk buat product photoshoot.  Sebenar nye aku bagitau die yang aku jadi supplier baju2 melayu untuk pasaran bulan puasa nanti. Di sebab kan aku selalu kena kan die, kali ni dia amik tindakan berjaga2 dengan setiap statement yang keluar dari mulut aku. Takot terkena lagi. "Ye la weh, aku jual baju melayu ni" balas aku sambil gelak2 haha.

Sebenar nye aku dapat stok baju melayu untuk photoshoot dari minggu lepas. Di sebab kan ade problem skit model yang nak memperaga kan baju melayu aku ni. Aku pon terpaksa la tangguh kan product photoshoot tu ke minggu ni. So kalau sebelum2 ramai buat artikel unboxing iphone, smart phone, ipad, galaxy dan sebagai nye. Aku nak unboxing baju stok baju melayu dari terengganu.

Kotak yang ade baju melayu, kain songket

Dapat kotak seberat 9 kilogram ni. Thanks jugak kepada Pakteh & Makteh sekeluarga yang memahami minat aku dalam jual menjual ni. hehe. 

Yeah, aku suke kelembutan dari kain jenama desa murni

Bila bukak kotak, aku dah ternampak kelibat baju melayu dan kain songket. Parent aku selalu komplen kat aku sebab kalo aku g kenduri rumah2 sedara, aku lebih suka pakai tshirt. Aku agak tak rajin pakai baju melayu sebab panas. Tapi baju melayu yang ni telah mengubah persepsi aku terhadap kepanasan baju melayu. Jenis kain menentu kan baju melayu tu panas ke tak. hehe. 

Baju salinan untuk model aku

Yeah~ aku order 10 helai baju melayu cekak musang dan teluk belanga untuk photoshoot weekend ni. Ada Baju set kanak2 dan set dewasa. Siapa yang bakal jadi model untuk baju melayu ni? tunggu r lepas photoshoot. kih3. Tapi minggu ni model kanak2 aku kene pegi perak plak, so terpaksa proceed dengan product photoshoot model dewasa dulu.

Semoga apa yang aku usaha berbaloi. InsyaAllah berbaloi, sebab berniaga memang minat aku pon. hehe.

Kepada sapa2 yang berminat nak menjadi pengedar baju melayu sebelum bulan puasa 2011 tahun ni, boleh hubungi aku melalui Email : nuriman@cahayanika.com. Jangan lupa tinggal kan no telephone anda supaya senang aku nak contact balik. Harga untuk baju melayu tu nanti bergantung pada pakej harga borong yang dah di tetap kan. Yela, kalo korang amik dalam kuantiti banyak dapat la harga murah. Kepada kawan2 lama yang aku dah lama kenal, aku ade special flexible pakej. 

Oh ye sebelum terlupa, aku ade jugak buat official blog untuk bidang yang aku minat, E-Business. Aku ade kongsi segala pengalaman, ilmu, tips dan segalanya yang berkaitan dengan perniagaan internet di blog http://nurimantalib.blogspot.com. Semoga blog tu menjadi platform dalam perkongsian idea dan pendapat dengan masyarakat umum.

5 ulasan:

  1. Sungguh best lah baju melayu ini.

    BalasPadam
  2. baju melayu cekak musang dewasa warna turquoise ada tak???

    BalasPadam
  3. ade2, warna turquoise untuk cekak musang dan teluk belanga pon ade

    BalasPadam
  4. berapa harganya ni?

    BalasPadam
  5. ada colour light pink x?my husband nak pkai 2/10 ni...brape ye sepasang?

    BalasPadam