Selasa, 29 Julai 2008
CA visitor statistic - July 2008
huhuhu... itu lah statistic bulan july utk website pertama aku bwat... mmg x penah bwat website sblom nih. itu pon dgn bermodal kan kurang RM50.
target aku, 1000 visitor akan surf website
www.cahayanika.com
pada akhir tahun ni. insyaAllah
Pemimpin dan pengikut
Jumaat, 25 Julai 2008
Seni Warisan Melayu - Silat
yeah, bile cerita pasal silat,
mmg aku bersemangat.
buat aku lg yakin
buat aku lg berani
buat aku rasa rendah diri
nak ucap kan kepada Hj Mohtar ,
beliau merupakan pengasas Seni Silat pukulan melaka.
kalo aku tanye die dulu, PSSPM ade kat mane lg? die kate ade 2
satu kat Melaka dan satu lg kat Amsterdam
Gelanggang
tempat aku timba Ilmu
tempat aku belajar masa SPM dulu
tempat aku gelak
tempat aku berlatih
tempat aku beradu tenaga
dulu ada ramai pahlawan2 yg terdiri
dari budak kelas aku
hahaha
berlatih hari jumaat malam
selalu nye dari pukul 10mlm - 1 pagi
lalu ikot lorong kebun getah n kelapa sawit
lepas tu lepak kat kedai capati
ade skali tu kene tahan polis
sbb naik motor ber3(xde lesen plak tu)
tp mase tu kitorg tunjuk kad belajar silat
hahaha
kalau lewat sgt, aku dgn pahlawan laen
tido gelanggang
nyamuk? sejuk? bau peluh? gelap?
waktu tu badan lasak,
x mcm skarang hahaha
bile ada ujian bengkong,
kitorg bwat kem,
mase tu rase
penat, x cukup mase, sakit2 badan, seronok, puas
bile dah dapat bengkong
haji mohktar ajar yg lg advance
simple je gerakan
tp bile latihan
adeh.... lu pk la sendiri
part yg best bile dah senior
aku sparing dgn budak baru
mangsa ? biasa nya aku cuba
budak baru yg badan lg besar dari aku
walaupon silat kurang diminati
tp itu lah yg kita warisi
sentiasa menghormati org lain
menghormati warisan seni melayu
itu lah kami
Pahlawan silat Melayu
dari kiri mus(UTM), solehan(kerja), hafiz (UiTM),
Big Show(UKM), Iman(UTP), Yan (Caterer MISC), Qummi (ALAM)
p/s: skarang x dpt fokus dgn silat, tp darah pahlawan melaka masih mengalir hehehe
Isnin, 21 Julai 2008
termenung
kalo kita selalu mendampingi org itu...
pesanan utk diri sendiri dan org laen.
hormati ibu bapa
utk kejayaan dunia akhirat
bukan duit yg mereka mahukan
kejayaan, kasih sayang
dan perhatian dari anak2
yg di tunggu
p/s: fahami mereka, sekira nya mereka meminta tolong dari hati
Selasa, 15 Julai 2008
CASFUMAL 2008
Kolej Komuniti latih graduan tiada kemahiran
SEPANG: Graduan yang mengikuti pengajian mempunyai pasaran kerja rendah seperti Pengajian Islam akan dilatih di Kolej Komuniti supaya mempunyai kemahiran, sekali gus memudahkan mereka memasuki pasaran kerja.
Menterinya Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian mengesan segelintir pelajar dalam bidang berkenaan sukar mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian kerana tidak mempunyai kemahiran.
“Kita tahu ada sesetengah graduan mengambil program seperti Pengajian Islam yang mungkin nilai pasarannya tidak begitu tinggi, bila menamatkan pengajian secara umumnya tiada orang nak ambil mereka bekerja.
“Jadi mereka dilatih supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan industri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Seminar Kerjaya Untuk Bakal Pemimpin Malaysia 2008 (Casfumal 2008) di sini, semalam.
Hadir sama, Rektor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Datuk Dr Zainal Abidin Kasim; Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Saw Choon Boon dan Pengarah Projek Casfumal 2008, Haravinthan Arumugam.
Mohamed Khaled berkata, kementerian akan melancarkan program itu apabila semua pihak sudah bersedia.
Selain itu, beliau berkata Kabinet meluluskan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), dengan bacaan pertama akan dibentangkan di Dewan Rakyat, minggu ini.
Menurutnya, pindaan berkenaan kemudian dibahaskan Ogos ini.
Ditanya adakah pindaan itu memberi kebebasan pelajar bergiat aktif dalam politik, beliau berkata pindaan dibuat tidak menghalang kecemerlangan pelajar.
“Kalau seseorang pelajar menyertai parti politik, orang lain yang tetapkan apa keputusan yang patut dibuat... kalau macam itu jangan masuk politik.
“Kita nak pelajar berfikir apa yang bagus dan mana yang tidak...tapi bila dah menyertai parti politik, mereka di luar yang tetapkan untuk dia, kalau tak ikut dia akan dikenakan tindakan disiplin seperti dibuang parti dan sebagainya.
“Jadi, fikirkanlah sendiri,” katanya.
Mengenai caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa berunsur riba, beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan dan dijangka diketahui menjelang akhir Julai.
“Kita sedang menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan... dulu kita kata dalam tempoh sebulan, sekarang dah dua minggu, jadi dalam tempoh dua minggu lagi, insya-Allah kita dapat keputusannya,” katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata graduan perlu didedahkan dengan program pengantarabangsaan dan kepemimpinan bagi melahirkan pelajar berkualiti, sekali gus menyumbang kepada kejayaan negara.
“Kita amat mengalu-alukan program seperti ini kerana kita bukan saja mahu melahirkan graduan berilmu tetapi dapat memainkan peranan besar kepada negara.
“Matlamat kita supaya pelajar mempunyai pelbagai kualiti, itu pendekatan yang kita beri penekanan sekarang. Bukan hanya ilmu pengetahuan, tetapi lebih menjadi seseorang yang mepunyai pelbagai kemampuan, keupayaan dan kualiti,” katanya.
saye mmg hadir CASFUMAL 2008. yg dirasmikan oleh
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
ini cuma lah pendapat saye. dalam event casfumal tu
dihadiri ramai pemimpin2 syarikat terkemuka mcm Air Asia, agilent, motorola, scomi dan laen2
most of the speaker talk about leadership and emphasize on communication in influence people.
sbnar nyer saye kurang suke kalo org berucap di depan membaca teks (english version) yg diberi kan secara bulat2. tp itula yg dilaku kan Menterinya Pengajian Tinggi. ada hampir 200 org pelajar dari pelbagai Universiti (USM,UTP, Utem, dan mcm2 U la) yg kelihatan boring dgn ucapan teks tersebut. secara jujur nyer, pegawai2 syarikat swasta mcm Air Asia lagi pandai bercakap berbanding menteri tu.
menteri pengajian tinggi tu, langsung x memberi sebarang inspirasi kepada pelajar semasa pelancaran pembukaan tersebut (sbb baca teks ucapan je).
Semoga Pemimpin Malaysia lebih bijak memimpin.
"Aku Sayang Malaysia"
p/s: hebat Universiti kerana pemikiran pelajar nya, hebat negara? sama2 lah tingkat kan pemikiran rakyat Malaysia
pemikiran baru
Rabu, 9 Julai 2008
makan gaji bute hari ni
talib@cahayanika.com
khadijah@cahayanika.com
nurain@cahayanika.com
nuriman@cahayanika.com
nuramin@cahayanika.com
nurazam@cahayanika.com
mail.cahayanika.com
Setel!!!
Rabu, 2 Julai 2008
berita internet VS tv kat rumah
saya baca berita harian
saya baca kosmo
saya baca metro
saya baca news strait times
saya baca the star
saya baca harakah
saya baca banyak blog
dan juga
saya tgok buletin utama
saya tgok berita astro
saya tgok berita tv1
saya tgok berita tv2 (tp x paham sbb mandarin n tamil)
saya tgok youtube
saya tgok video blog
dan tertarik dgn artikel
altantuya
minyak naik
harga barang naik
liwat la plak
kritikan terhadap kerajaan
anwar ibrahim
kes kehakiman negara
dan aku berpendapat
Pucuk pimpinan
Pak Lah lemah
aku sayang Malaysia
p/s: kritik bukan bererti membenci,semoga semua berfikiran besar
Selasa, 1 Julai 2008
Harganyer RM45
pertama
aku
www.tukiman.com
dah
setle