Ahad, 22 Februari 2009

Unit rawatan rapi orked - Nuramin

Orked, Amin dan hari ini di ICU Orked

Aku tak tau ape perasaan aku sekarang ni.

Hari ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di wad Intensive Care Unit (ICU). Sebelum ni memang aku tak pernah pergi wad unit rawatan rapi. Pukul 7.45pm tadi adik aku Amin di masuk kan ke ICU sebab jumlah sel platlet Amin terlalu rendah . Demam denggi akan menyebab kan pesakit kekurangan sel platlet (sel darah putih)

Hari pertama hospital

Aku sampai Melaka dalam pukul 11 malam khamis, dan terus teman kan amin di wad sampai pagi. Sememang nya topik yang amin akan cerita, pengalaman dia di Unisel. Dia pun cerita jugak pengalaman dia jumpa Jurufoto Saiful Nang di Rumah Pengasih dalam dua minggu yang lepas anjuran Program Sihat Remaja. Dia sempat jugak bergambar dengan Orked anak Saiful Nang. Mase awal program dia tak tau pun Orked tu anak Saiful. Dari apa yang amin cerita kan tentang Saiful Nang, aku bertambah kagum dengan usahawan muda tu dalam kerja2 kebajikan masyarakat. Amin memang bersemangat dengan benda2 yang melibat kan bidang dia.

Hari kedua hospital

Demam amin dah beransur pulih. Dia komplen yang darah dia asik2 kene amik. Aku cuma nasihat kan yang doktor cuma nak analisis virus dalam badan je. Amin nampak sihat dari mata kasar. Tapi kandungan sel darah putih semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Semua nya nampak macam biase je. Aku tak sangka perkara ni berlaku dalam gelak tawa

Hari ketiga hospital

Doktor saran kan Amin masuk ke ICU sebab kandungan sel darah putih Amin menghampiri tahap bahaya. Sel Darah putih memain kan peranan sebagai system pertahanan badan. Badan manusia mudah terdedah pada infeksi dan pendarahan sekiranya kekurangan sel darah putih. Aku terkejut sampai macam tu sekali virus denggi menyerang. Walau ape pun mungkin ini jalan terbaik untuk adik aku. Kerisauan aku bertambah bila tengok pesakit2 dalam wad ICU.

Amin di masuk kan ke ICU Orked, Hospital Besar Melaka.

Aku bisik kat Amin, yang dua minggu lepas, dia baru je jumpa dengan Orked Saiful, dan hari ini dia berada kat Unit Rawatan Rapi Orked plak. Aku sentiasa beri dia dorongan dalam mengejar cita2 sebagai jurugambar professional. InsyaAllah.

Di wad ICU , agak terbatas untuk aku sekeluarga melawat Amin. Di ICU hanya 2 pelawat saja di benar kan melawat pesakit. Aku harap dia sentiasa tabah dengan dugaan yang dia tengah hadapi. Esok pagi aku sekeluarga akan pergi melawat dia lagi.

Semoga aku sekeluarga tabah dan Amin sembuh dari demam denggi.

Aku pun harap mereka yang tinggal di kawasan denggi berjaga2 dengan nyamuk. Nyamuk haiwan pembunuh no 1

p/s: Aku tak tau ape sebenar nya yang aku tengah rasa sekarang ni

9 ulasan:

  1. adik ko ni yg penah dtg utp mase lasem tu eh?

    cayok2!! get well soon!

    BalasPadam
  2. huhu ciannye adik ko
    akak aku br kena denggi aritu..
    tu pon aku dah sedey gle..
    sanggup x balik umah gi jaga dia

    aku doakan adik ko cpt sembuh
    n mnum 100 plus sebanyak mungkin
    mmg berhasil la
    1 ari 2 3 botol pon xpe

    BalasPadam
  3. amin masuk ward ke?
    weyh..suh mak ngah watkan sup ketam utk dia. setahu aku la sup ketam ni leh ubatkan demam denggi.
    kak tina dulu pon hampir gak masuk ward tapi da baik lepas makan sup ketam ni. btw, nak btwa ko. maklong eton mak kepada abg didi pon masuk ward gak.

    BalasPadam
  4. Eena: aah, die datang UTP mase tu. Die nyer platlet dah ade improvement skarang, tapi masih low. Tapi ok la dah ade improvement masuk hari ke 7. InsyaAllah ok

    Zircon: bukan je 100 plus, dekat 300 plus kot kitorang bg minum huhuhu. ramai giler orang bg tips nih. termasuk la doctor, tapi 100 plus tu kene buang gas dulu sebelum patient minum

    Yati: Aah amin masuk ICU. Segala macam sup dah buat. Last2 aku balik yang sental. Tapi die dah OK dah sekarang. Sebenar nye bukan sup ketam je, ape2 makanan yang membina darah pun boleh. yang mana consider makanan yang high protein

    BalasPadam
  5. akak nyer perasaan pun tak tahu nak cakap macam mane, biler amin masuk icu.kita doa yang terbaik k..pletlet dia hari ni nampak ada perningkatan sikit..uwan pernah cakap..angota badan kalu salah satu sakit(contoh tangan patah atau luka)seluruh anggota badan turut tersa sakitnya..macam tu la keluarga..salah satu angota keluarga sakit, seruh keluarga turut merasa pilunya.

    BalasPadam
  6. salam..

    ak xtaw nk mule cmne..
    ak harap ko & amin redha dn tabah hadapi ni sume..
    ak doakan smoga Allah menyembuhkan penyakit amin.dn mempermudahkn rawatan amin kat ospital tu..

    advice, sme mcm kwn2 ko kate jgk. tp bg ak yg high protein mmg sup ketam. ayah ak pna gak msuk icu psl denggi ni.tdo ospital ak 1mlm.

    nway, alhamdulillah la amin makin sembuh. harap die dpt kua wad cpt.kite sme2 la doa

    BalasPadam
  7. semoga amin cepat sembuh..pernah kena denggi tapi tak tahap bahaya..ada hikmah la tu..sabar dan tenang menghadapi setiap dugaan..

    BalasPadam
  8. nasib baik amin da baik =)

    BalasPadam