Jumaat, 31 Disember 2010

Pengakhiran positif 2010 yang penuh liku

Hari ni merupa kan hari terakhir buat tahun 2010. fuh.... dah nak abes beb tahun 2010 ni. Setiap tahun memang aku rasa masa pantas berlalu. Setiap tahun juga ada cabaran baru yang mana aku sendiri rasa tak mampu harungi. Tapi sebenarnya kita sendiri tak pernah tahu di mana limit kemampuan yang kita ada. 



Tahun ni aku grad dari universiti. Dapat la menganggur dalam 3 bulan setengah. Kemudian kerja di Public islamic bank di kuala pilah. Memang kerjaya pertama yang aku idam kan lepas grad ialah bidang non teknikal sebab nak belajar sesuatu yang bukan dari buku, iaitu pengalaman. Satu pengajaran berguna yang aku dapat ialah transformasi diri untuk berfikiran positif. Mengubah pemikiran positif, tak semudah kita memahami melalui bacaan. Selagi kita tak lalui, selagi itu kita tak merasai.

Sebagai manusia kita hanya mampu menjadi perancang, aku gagal meletak kan diri aku dalam company yang aku impi kan, iaitu PETRONAS. Aku sendiri dapat panggilan dari Human Resource PETRONAS dengan selamba kodok nye die kata aku tak layak dan tak menepati criteria untuk menjadi staff PETRONAS. So tiada interview untuk diriku. Secara jujur nya ini lah kegagalan terbesar dalam hidup aku setelah meletak kan PETRONAS sebagai matlamat utama. Selama 4 tahun, memang aku guna kan masa sebaik mungkin perbaiki diri untuk mendapat status "Anda layak bekerja di PETRONAS". Tapi aku gagal.

Aku gagal sebab aku ada cita2. Bagi aku kejayaan itu bagi orang yang ada matlamat.

Sebelum ni aku ada dapat beberapa interview dari syarikat2 antarabangsa, tapi di sebab kan nasib tak menyebelahi, aku banyak tak dapat hadiri interview. Jadi aku pon bekerja dengan Public Islamic Bank sebagai Senior Sales & Marketing Executive sambil meletak kan diri ini tidak sehebat orang2 di PETRONAS.

Masa keje di Public Islamic Bank, satu hari aku terima email dari syarikat minyak yang bleh di kata kan lagi susah nak dapat interview. Iaitu syarikat Shell. Tiga peringkat penapisan calon untuk di temuduga iaitu dari online resume, phone interview dan peringkat akhir “Shell Recruitment Day”. Di pendek kan cerita aku dapat phone interview selepas HR Shell berminat dgn resume aku. Selang beberapa hari lepas interview melalui telefon, HR Shell call lagi cakap aku layak ke peringkat akhir iaitu SRD. Cuma 6 orang je yang ada masa sesi SRD tu dan aku sorang je melayu , calon yang paling muda serta paling tak hensem.  Serious beb, candidate lain cakap omputih berabuk, tak mcm aku punyer English kampong je. Tapi last2 aku gagal dalam SRD haha

Sekali lagi aku gagal dalam interview syarikat yang best2. Tapi aku tetap “enjoy every little achievement” yang aku buat. Baru aku sedar, bukan nye aku tak layak untuk keje PETRONAS, tapi tak bernasib baik untuk kerja dgn petronas. Yela kita ni perancang je, tuhan yang menentu kan.

Sekarang ni aku dah tukar keje dari public Islamic bank tapi masih lagi dalam industry Islamic banking. Sebagai software test engineer kat Microlink, memang syok la dapat test system bank. Buat loan ribu2, approve sendiri dan masuk kan duit dalam akaun sendiri. Kalau boleh buat mcm tu kat akaun sendiri kan best. haha

Sebenar nye aku impi kan kejayaan career yang mana aku boleh balance kan keluarga. Aku bersyukur masih ada keluarga. Tak ada perkara lain yang boleh buat aku lebih gembira.

Tahun 2010 ni jugak aku merasa kan pengalaman paling pahit dan paling manis. Aku tak pernah rasa terbeban sebegini teruk semasa menghadapi krisis sehingga kan aku terpaksa menghadiri sesi kaunseling di Negeri Sembilan. Buat pertama kali aku pergi sesi kaunseling. Pakcik aku yang saran kan untuk pergi sebab aku ada masalah kemurungan. Semasa murung tu, aku hanya mampu berbaring dan tidur sahaja selama 2 hari. Alhamdulillah, aku cepat recover balik dan muhasabah diri. Terima kasih pakcik.

Kemanisan itu tak akan terasa selagi kita tak mengenal rasa pahit. Tahun 2010 jugak aku menerima berita paling manis yang bakal mengubah status dalam hidup aku lagi beberapa tahun. Aku sentiasa mendoa kan segala nya berjalan lancar. 

Menakjub kan ayat quran ini.”Setiap kepayahan ada kemudahan”. Islam mengajar aku untuk jadi positif. Macam dalam cerita slumdog millionare, setiap pengalaman yang kita lalui sebenar nya adalah jawapan kepada persoalan hidup. Persoalan yang sebenar nya sudah lama terjawab. Samada kita sedar atau tak sedar je. 

Photograp by Fotogu: Convo aku dan keluarga

Ramai di kalangan kita adalah "Pewira Senyap".  Mereka ramai dan berada di merata tempat. Mereka mungkin bergelar ibu atau pon bapa. Mereka mungkin juga bergelar nenek dan atuk. Atau mereka juga mungkin bergelar guru yang sentiasa membimbing. Mereka ini menjalan kan tanggungjawab kehidupan dengan ikhlas dan bersungguh2.

Tiada siapa pon yang perasan kewujudan pewira senyap ini. Tapi setiap orang dapat merasa kan kehadiran mereka. Aku Cuma mahu menjadi pewira senyap yang sentiasa optimis dalam memperbaiki matlamat hidup.

Setiap pengalaman adalah berguna sekira nya kita tidak mensia2 kan nya. Semoga pengalaman dan pandangan yang aku kongsi ni bermanfaat.

p/s: tahniah skuad bola sepak Malaysia yang menewas kan Indon dgn aggregate 4-2. Satu Malaysia dapat cuti umum. Haha.

7 ulasan:

  1. salam iman,
    kegagalan dicipta utk org yg Allah yg rase layak sbb Dia tahu kt mampu hadapi walau sehebat mane pon dugaan tu...

    rezeki Allah ade di mana2. someday somewhere u will get something that u dream for, insyaAllah. and for sure along the way u will find alot2 of something unexpected that ALLAH has prepared for u...waiting for u to treasure every of them..believe me,insyaAllah

    may Allah bless u!

    BalasPadam
  2. Salam iman,

    Hopefully ko terus bangkit and terbang tinggi mcm garuda, eh2 scratch that, macam helang. :)


    Aku punya hidup xdela susah sangat tp aku rasa pengalaman hidup banyak sangat memantangkan. Aku harap semua yang kau lalui akan mematangkan kau untuk terus maju.


    gambatte ne!

    BalasPadam
  3. Atikah: yesza... setiap yang datang tu memang dah memadai untuk kita handle. hehe
    Anis: Ala semua orang hidup susah la weh. orang miskin hidup susah, orang kaya pon hidup susah. cuma dari perspektif berbeza haha

    BalasPadam
  4. Tak semua yang kita mahu itu baik untuk kita. Allah lebih mengetahui :)

    Bila baca post ko neh, it makes me think back. Yeah, things happen to me in more or less the same way. And I guess, that's life.

    BalasPadam
  5. owh..awak ke yg blnja mkn hr tu.tq tw sbb blnja dia.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Terima kasih utk post ni.. walaupun da lima tahun..
    I know there are so many people who are less lucky than me, some even had gone through depression.
    Ive weent through the same phase as yours. Just keep

    BalasPadam