Aku baru je sampai rumah jam 12 malam. Bukan nye keje overtime, tapi buat perkara yang aku minat. Badan penat, tapi tak rasa penat. Dah lama aku tak rasa bersemangat macam ni.
Aku minat berniaga. Kemahiran berniaga memerlukan ilmu pengalaman dan mindset yang betul. Tapi untuk memulakan segala perancangan, kita harus lah ada guru atau mentor untuk menegur cara kita mengorak langkah.
Kalau kita kecik-kecik nak belajar naik basikal, bukan nye boleh baca buku manual basikal je. Kita kene tahu bagaimana cara brek berfungsi, dapat kan pengalaman untuk mengimbangi badan dan banyak lagi yang perlu belajar untuk lebih mahir. Kalau jatuh, bangun semula.
Tanpa guru pon kita boleh pandai belajar naik basikal sendiri. Tanpa guru jugak menjadikan kita tidak peka dengan bahaya jalan raya.
Walaupun berlajar naik basikal tak sama dengan belajar berniaga, tapi ada sesuatu pengajaran yang kita boleh kait kan dari pengalaman belajar naik basikal masa kita kecik-kecik dulu. Buat sesuatu sampai berjaya.
Alhamdullilah, kini aku lebih bersemangat bila ada mentor dalam perniagaan ni. Semoga cahayanika menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk semua orang.
Dimana ada kemahuan, di situ ada highway~
Khamis, 17 November 2011
Di situ ada highway~
Khamis, 10 November 2011
Ok tak jadi cuti dari tulis blog
Bila masuk di alam career ni, banyak perubahan2 yang berlaku di luar kesedaran aku. Masa pon dah jadi pantas berlalu dan aku pon malas2 tulis blog.
Sebenar nya aku cuba nak kongsi kan beberapa pandangan dan pengalaman dalam blog nurimantalib.com tentang ilmu perniagaan. Tetapi masa selalu mencemburui aku. Asik sibuk dengan aktiviti kemalasan aku je.
Jadi aku hari ni buat keputusan nak tulis blog tukiman ni balik walaupon isi kandungan adalah mengarut. Di sebab kan laptop pon aku dah malas nak on kan, tulis gune ipad je la. First time jgak ni tulis blog gune ipad, xpe layankan je.
Tadi baru lepas curi masa lepak dengan rumate waktu kat u dulu. Tatap la puas2 gambar ini. Sekian artikel yang takde paedah dari aku.
Sebenar nya aku cuba nak kongsi kan beberapa pandangan dan pengalaman dalam blog nurimantalib.com tentang ilmu perniagaan. Tetapi masa selalu mencemburui aku. Asik sibuk dengan aktiviti kemalasan aku je.
Jadi aku hari ni buat keputusan nak tulis blog tukiman ni balik walaupon isi kandungan adalah mengarut. Di sebab kan laptop pon aku dah malas nak on kan, tulis gune ipad je la. First time jgak ni tulis blog gune ipad, xpe layankan je.
Tadi baru lepas curi masa lepak dengan rumate waktu kat u dulu. Tatap la puas2 gambar ini. Sekian artikel yang takde paedah dari aku.
Topik berkaitan
Santai
Sabtu, 23 April 2011
Sudah cukup kah kita berbakti pada masyarakat?
Setiap manusia ni di kurnia kan kebolehan yang berbeza. Ada orang terer sport, ade orang plak genius kalau bab2 belajar, dan ada jugak yang terer bab2 prektikal dan pengalaman. Sebenar nye ade beberapa learning styles yang kita kene discover dalam diri kita. Aku tergolong dalam manusia yang kinestatik learning. Kinestatik learner ni merupa kan jenis yang mudah belajar melalui aktiviti2 fizikal. Jadi tak pelik la sejak dari zaman aku sekolah aku tak suke belajar dalam kelas sangat dan suke aktiviti kokurikulum. No wonder aku belajar kat kelas pon tak berapa nak pandai haha
Antara aktiviti yang aku minat laku kan ialah aktiviti khidmat masyarakat. First time aku buat aktiviti khidmat masyarakat ni waktu kat univerisiti dulu. Mengecat sekolah tadika kat perak. Aku sentiasa teruja dalam nak membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Sebab aku pon selalu sangat bernasib tak baik. haha
Dari pelbagai program khidmat masyarakat yang aku join, maka tersemai semangat "Tabur kan jasa dan semai kan budi" dalam jiwa aku.
2005: Program Mural Medtech Mengecat Tadika, Tronoh |
2006: Rumah Kebajikan Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak |
2007: Rumah Sinar Harapan, Alor Star Kedah |
| ||
2007: Mission Awareness Program 3, Pulau Tuba Kedah |
2009: Program Cyberkids, Tronoh Perak |
2009: My final year project inspired by my cousin, Nakief |
2009: Sekolah Pendidikan Khas Pengkalan Pegoh, Perak |
2011: Rumah Kebajikan Bait Al-Amin, Parit, Perak |
Sebelum2 ni aku cuma mengikuti program2 khidmat masyarakat yang di anjur kan mana2 organisasi. Dalam erti kata lain, aku tak perlu pon keluar duit satu sen pon. Ye la zaman belajar, banyak masa lapang dan aktiviti program yang boleh aku ikot. Nak buat program sendiri takde duit, so aku join la program2 yang dah ade budget untuk aktiviti kemanusiaan.
Cuma lepas bekerjaya ni berbeza sikit pendekatan aku terhadap masyarakat. Aku mahu melaku kan program khidmat masyarakat dengan hasil titik peluh aku sendiri. Minggu lepas aku baru berjumpa dengan orang hebat dari Parit. Bukan Cikgu Shida ye (Rumah cikgu shida kat depan Bait Al-Amin je). Tapi En Rozelan iaitu orang yang bertungkus lumus dalam memaju kan rumah kebajikan Bait Al-Amin. Sebagai seorang kinestatik learner, banyak yang aku pelajari dari En Rozelan dalam menabur jasa terhadap masyarakat. Banyak yang aku perlu kongsi kan.
We never know our real ability when we inspired by something. Walau apa pon yang status kita, sama ada pelajar, pekerja, jururawat, photographer atau pon usahawan. Sudah cukup kah kita berbakti pada masyarakat? Sebenar nye kan, takde siapa pon dapat explain kenikmatan yang di rasai bila melaku kan aktiviti kemasyarakatan.
Ini mungkin artikel terakhir aku kat blog tukiman ni. Yela, name tukiman tu mase zaman bujang2 dulu. Sekarang dah tua, lebih senang dengan nama sendiri berbanding nama gelaran. InsyaAllah aku nak kongsi kan tentang pandangan2 En Rozelan dalam susah payah beliau mengendali kan Bait Al-Amin ni di blog aku yang baru. Aku still register under blogspot, sebab aku suka google. haha.
Sila lawati blog aku melalui domain dari gambar di bawah dan jangan lupe click button follow. InsyaAllah, aku akan cuba pasti kan artikel2 di blog baru lebih bermanfaat dan kurang kan mengarut. Blog tukiman ni banyak sangat mengarut. haha.
www.nurimantalib.com |
Informative reference
Topik berkaitan
cahayanika,
E-Business,
Final Year Project,
Pengumuman,
Photography,
UTP
Sabtu, 9 April 2011
Ye la weh, aku nak jual baju melayu ni
"Ko jangan nak menganjing aku man", tu komen member aku Ejat bile aku ajak ke Tazbay White Studio malam ni untuk buat product photoshoot. Sebenar nye aku bagitau die yang aku jadi supplier baju2 melayu untuk pasaran bulan puasa nanti. Di sebab kan aku selalu kena kan die, kali ni dia amik tindakan berjaga2 dengan setiap statement yang keluar dari mulut aku. Takot terkena lagi. "Ye la weh, aku jual baju melayu ni" balas aku sambil gelak2 haha.
Sebenar nye aku dapat stok baju melayu untuk photoshoot dari minggu lepas. Di sebab kan ade problem skit model yang nak memperaga kan baju melayu aku ni. Aku pon terpaksa la tangguh kan product photoshoot tu ke minggu ni. So kalau sebelum2 ramai buat artikel unboxing iphone, smart phone, ipad, galaxy dan sebagai nye. Aku nak unboxing baju stok baju melayu dari terengganu.
Dapat kotak seberat 9 kilogram ni. Thanks jugak kepada Pakteh & Makteh sekeluarga yang memahami minat aku dalam jual menjual ni. hehe.
Bila bukak kotak, aku dah ternampak kelibat baju melayu dan kain songket. Parent aku selalu komplen kat aku sebab kalo aku g kenduri rumah2 sedara, aku lebih suka pakai tshirt. Aku agak tak rajin pakai baju melayu sebab panas. Tapi baju melayu yang ni telah mengubah persepsi aku terhadap kepanasan baju melayu. Jenis kain menentu kan baju melayu tu panas ke tak. hehe.
Yeah~ aku order 10 helai baju melayu cekak musang dan teluk belanga untuk photoshoot weekend ni. Ada Baju set kanak2 dan set dewasa. Siapa yang bakal jadi model untuk baju melayu ni? tunggu r lepas photoshoot. kih3. Tapi minggu ni model kanak2 aku kene pegi perak plak, so terpaksa proceed dengan product photoshoot model dewasa dulu.
Semoga apa yang aku usaha berbaloi. InsyaAllah berbaloi, sebab berniaga memang minat aku pon. hehe.
Kepada sapa2 yang berminat nak menjadi pengedar baju melayu sebelum bulan puasa 2011 tahun ni, boleh hubungi aku melalui Email : nuriman@cahayanika.com. Jangan lupa tinggal kan no telephone anda supaya senang aku nak contact balik. Harga untuk baju melayu tu nanti bergantung pada pakej harga borong yang dah di tetap kan. Yela, kalo korang amik dalam kuantiti banyak dapat la harga murah. Kepada kawan2 lama yang aku dah lama kenal, aku ade special flexible pakej.
Oh ye sebelum terlupa, aku ade jugak buat official blog untuk bidang yang aku minat, E-Business. Aku ade kongsi segala pengalaman, ilmu, tips dan segalanya yang berkaitan dengan perniagaan internet di blog http://nurimantalib.blogspot.com. Semoga blog tu menjadi platform dalam perkongsian idea dan pendapat dengan masyarakat umum.
Topik berkaitan
cahayanika,
E-Business,
Pengumuman
Rabu, 30 Mac 2011
Selagi hayat di kandung badan
p/s: bila perasaan dah bercampur aduk. Ade je element2 negatif yang mengganggu
Topik berkaitan
Santai
Ahad, 23 Januari 2011
Warna warni Thaipusam - Batu Caves
Beberapa hari lepas, puas aku tengok suasana2 Thaipusam dengan bijik mata aku sendiri. Tahun ni di sebab kan rumah Pak Teh aku dekat dengan batu caves, jadi aku nekad nak pergi jalan2 kat batu caves mase cuti thaipusam. Akibat nye, sampai ke hari ini aku kene batuk2 dan sakit mata mungkin sebab stay lama sangat kat situ. Tapi satu pengalaman menarik buat aku.
Aku pergi tengok thaipusam tu dengan adik aku. Ape lagi, kitorang menjalan kan aktiviti menembak mengguna kan camera DSLR. Aku pakai camera lame je, nikon D80. Camera DSLR pertama yang aku beli secara 2nd hand. Kualiti gambar mungkin tak seberapa sangat. Tapi lantak la, aku nak cuba tangkap moment2 sekitar batu caves di hari Thaipusam.
Rumah Pakteh aku memang betol2 dekat dengan Giant Batu Caves. Aku jalan kaki je dari rumah Pakteh ke Batu Caves. Sampai dalam pukul 9 pagi, kawasan tu dah jadi lautan manusia . Memula aku macam cuak2 je nak masuk kawasan yang majoriti nye india. Tambah plak dieorang tengah sambut perayaan, takot aku jadi pengganggu plak. Tapi hati aku mase tu berkata, Aaaarrghhh... lantak la, redah je sebab nak tengok suasana Thaipusam.
Thaipusam merupa kan hari perayaan bagi penganut hindu yang biasa nya dari komuniti tamil. Dari ape yang aku paham, penganut2 hindu biasa nya akan bawak kavadi untuk mempersembah kan kat Tuhan Perang mereka, Murugan. Banyak la kejadian2 yang agak berdarah aku tengok secara live di batu caves. Macam2 perasaan aku rasa. Perasaan ngeri, geli, tak selesa dan dalam masa yang sama aku kagum.
Aku pon masuk kat sekumpulan rombongan penganut yang bawak kavadi. Tetiba ada sorang dari mereka datang secara mengejut ke arah aku sambil beliak kan mata. Pergh... mula2 macam seram sejuk tengok mereka2 yang macam tak sedar kan diri dan agak agresif. Tapi lama2 rase seram sejuk tu hilang. Jadi biasa je tengok mereka2 yang berdarah2 nih. Walaupon mereka ni seolah2 di rasuk hantu, tapi si pembawa kavadi ni takde pon mencedera kan orang lain. Kecuali ada yang terhantuk kepala sendiri dengan kavadi dieorang . haha
Apa yang aku perhati kan, ada jugak di antara mereka akan membawa susu sambil di letak kan keatas kepala. Kebanyakan nye perempuan yang bawak, lelaki plak akan bawak kavadi yang berat2 tu. Ada plak sesetengah dari mereka sangat agresif dan menampak kan mereka tak rase sakit. Muke tenang ceria je walaupon belakang dah banyak kene sangkut dengan mata kail. Kadang2 dieorang penat member2 dieorang akan stop kan dan bagi minum air. Kadang2 ade la die sapu abu2 atau serbuk kat muka si pembawak kavadi ni.
Dalam aku tengah asyik tengok gelagat2 lincah mereka, tiba ada sorang mamat menjerit. Sambil tu paluan gendang pon makin rancak. Aku toleh belakang, tengok sorang lagi membuat aksi2 menari pusing2. Memang suasana agak meriah la dengan paluan2 gendang dieorang. Mamat dalam gambar atas ni sibuk pusing2 kan badan die. Aku pon snap gambar beliau mase tengah pusing2 tu. Pelik, tak pening ke kepala dieorang? Tak nampak plak macam letih? Mungkin iringan muzik2 rancak tu menyemarak kan lagi semangat mereka dalam menghayati agama dioerang.
Pasukan gendang yang ni memang tak nak kalah. Dengan pakaian seragam bertema kan kaler purple dan berkaca mata. Aku tertarik dengan kaca mata sorang mamat ni. Hahaha.
Lepas tu , aku perhati kan ada sesetengah mereka akan datang kepada si pembawa kavadi dan macam mintak restu. Setiap reaksi pembawa kavadi ni berlainan. Dieorang kadang2 sekadar menyentuh je orang yang mintak restu tu. Tapi ada jugak yang akan sapu kan serbuk di dahi2 mereka.
Aku kini berada di tengah2 perjalanan antara rombongan orang2 yang bawak kavadi. Dieorang menuju ke dalam gua batu caves. Memang letih, sesak2 ramai orang, berhabuk dan macam2 bau yang boleh menusuk kalbu. Aku redah jugak sebab nak tengok sesuatu daripada budaya penganut2 Hindu ni. Sesak die sampai kan aku bleh tidor berdiri. Hahaha.
Aku pon tengok jam yang aku pakai di sebelah kiri. Pergh dah pukul 12 tengahari ni. Matahari terpacak kat atas kepala. Jalan naik ke atas tangga batu caves menampak kan simptom2 jem di jalan raya. Arrghh.... dah berhimpit2 dengan ramai orang yang confirm2 berpeluh, confirm2 aku terhidrasi. Aku nak air... aarrghhh dahaga. Memang menguji ketahanan btol.
Aku dah start tension. Rasa tak selesa dan sebagai nya. Asik2 aku terfikir, kenapa la aku bleh join dieorang naik batu caves. Membazir peluh je aku penat2 naik atas sana. Tiba2 aku terdengar suara teriakan baby. Rupa nya kat depan aku ada sorang baby perempuan yang dah bercukur rambut sedang menangis. Aku yang dewasa pon rasa tak selesa, ini kan pulak baby. Kesian aku tengok baby tu yang tengah kepanasan.
Macam2 cara Ayah baby tu buat nak tenang kan baby dari menangis. Mak baby tu puas bagi botol air untuk tenang kan baby tu, tapi baby tu tetap jugak menangis. Mungkin kerana tak selesa. Aku pon angkat la camera suluh baby yang tengah nangis tu. Tiba2 baby tu terdiam bila aku amik gambar dia. Tak jadi nangis dah sebab leka tengok aku amik gambar dia. Bapak budak tu pon senyum tengok aku, mungkin sebab aku secara tak langsung tolong berhenti kan baby tu dari menangis. haha. Kalau dalam cerita P. Ramlee, budak ni mesti dah di beri nama Ahmad Camera. Tiada lagi Ahmad Albab haha.
Gambar atas ni antara gambar yang aku suka. Aku amik gambar bila aku panjat tembok, snap dari angle atas. Dari spek mata nenek tu, kita boleh nampak kesan2 habuk. Betapa bnyak habuk yang aku sedut masa Thaipusam kat batu caves tu. Akibat nya aku sakit tekak sakit mata dan batuk2. haha.
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)
Walau apa pun, penat lelah seharian di batu caves amat lah berbaloi. Bagi aku perayaan Thaipusam di Batu Caves ni merupakan pengalaman dan perayaan yang menarik. Pengorbanan manusia dalam mengabdi kan diri kepada tuhan . Alhamdulillah, Aku bersyukur aku seorang muslim.
p/s: Malaysia best, ade macam2 budaya yang kita bleh tengok. hehe
Topik berkaitan
Aku Sayang Malaysia,
Kembara,
Photography
Langgan:
Catatan (Atom)