Ahad, 23 Januari 2011

Warna warni Thaipusam - Batu Caves


Beberapa hari lepas, puas aku tengok suasana2 Thaipusam dengan bijik mata aku sendiri. Tahun ni di sebab kan rumah Pak Teh aku dekat dengan batu caves, jadi aku nekad nak pergi jalan2 kat batu caves mase cuti thaipusam.  Akibat nye, sampai ke hari ini aku kene batuk2 dan sakit mata mungkin sebab stay lama sangat kat situ. Tapi satu pengalaman menarik buat aku.

9

Aku pergi tengok thaipusam tu dengan adik aku. Ape lagi, kitorang menjalan kan aktiviti menembak mengguna kan camera DSLR. Aku pakai camera lame je, nikon D80. Camera DSLR pertama yang aku beli secara 2nd hand. Kualiti gambar mungkin tak seberapa sangat. Tapi lantak la, aku nak cuba tangkap moment2 sekitar batu caves di hari Thaipusam.

8

Rumah Pakteh aku memang betol2 dekat dengan Giant Batu Caves. Aku jalan kaki je dari rumah Pakteh  ke Batu Caves. Sampai dalam pukul 9 pagi, kawasan tu dah jadi lautan manusia . Memula aku macam cuak2 je nak masuk kawasan yang majoriti nye india. Tambah plak dieorang tengah sambut perayaan, takot aku jadi pengganggu plak. Tapi hati aku mase tu berkata, Aaaarrghhh... lantak la, redah je sebab nak tengok suasana Thaipusam.



1

Thaipusam merupa kan hari perayaan bagi penganut hindu yang biasa nya dari komuniti tamil. Dari ape yang aku paham, penganut2 hindu biasa nya akan bawak kavadi untuk mempersembah kan kat Tuhan Perang mereka, Murugan. Banyak la kejadian2 yang agak berdarah aku tengok secara live di batu caves. Macam2 perasaan aku rasa. Perasaan ngeri, geli, tak selesa dan dalam masa yang sama aku kagum. 


7

Aku pon masuk kat sekumpulan rombongan penganut yang bawak kavadi. Tetiba ada sorang dari mereka datang secara mengejut ke arah aku sambil beliak kan mata. Pergh... mula2 macam seram sejuk tengok mereka2 yang macam tak sedar kan diri dan agak agresif. Tapi lama2 rase seram sejuk tu hilang. Jadi biasa je tengok mereka2 yang berdarah2 nih. Walaupon mereka ni seolah2 di rasuk hantu, tapi si pembawa kavadi ni takde pon mencedera kan orang lain. Kecuali ada yang terhantuk kepala sendiri dengan kavadi dieorang . haha

2

Apa yang aku perhati kan, ada jugak di antara mereka akan membawa susu sambil di letak kan keatas kepala. Kebanyakan nye perempuan yang bawak, lelaki plak akan bawak kavadi yang berat2 tu. Ada plak sesetengah dari mereka sangat agresif dan menampak kan mereka tak rase sakit. Muke tenang ceria je walaupon belakang dah banyak kene sangkut dengan mata kail. Kadang2 dieorang penat member2 dieorang akan stop kan dan bagi minum air. Kadang2 ade la die sapu abu2 atau serbuk kat muka si pembawak kavadi ni.

6

Dalam aku tengah asyik tengok gelagat2 lincah mereka, tiba ada sorang mamat menjerit. Sambil tu paluan gendang pon makin rancak. Aku toleh belakang, tengok sorang lagi membuat aksi2 menari pusing2. Memang suasana agak meriah la dengan paluan2 gendang dieorang. Mamat dalam gambar atas ni sibuk pusing2 kan badan die. Aku pon snap gambar beliau mase tengah pusing2 tu. Pelik, tak pening ke kepala dieorang? Tak nampak plak macam letih? Mungkin iringan muzik2 rancak tu menyemarak kan lagi semangat mereka dalam menghayati agama dioerang.

5

Pasukan gendang yang ni memang tak nak kalah. Dengan pakaian seragam bertema kan kaler purple dan berkaca mata. Aku tertarik dengan kaca mata sorang mamat ni. Hahaha.

Lepas tu , aku perhati kan ada sesetengah mereka akan datang kepada si pembawa kavadi dan macam mintak restu. Setiap reaksi pembawa kavadi ni berlainan. Dieorang kadang2 sekadar menyentuh je orang yang mintak restu tu. Tapi ada jugak yang akan sapu kan serbuk di dahi2 mereka. 

4


Aku kini berada di tengah2 perjalanan antara rombongan orang2 yang bawak kavadi. Dieorang menuju ke dalam gua batu caves. Memang letih, sesak2 ramai orang, berhabuk dan macam2 bau yang boleh menusuk kalbu. Aku redah jugak sebab nak tengok sesuatu daripada budaya penganut2 Hindu ni. Sesak die sampai kan aku bleh tidor berdiri. Hahaha. 

3


Aku pon tengok jam yang aku pakai di sebelah kiri. Pergh dah pukul 12 tengahari ni. Matahari terpacak kat atas kepala. Jalan naik ke atas tangga batu caves menampak kan simptom2 jem di jalan raya. Arrghh.... dah berhimpit2 dengan ramai orang yang confirm2 berpeluh, confirm2 aku terhidrasi. Aku nak air... aarrghhh dahaga. Memang menguji ketahanan btol.

11


Aku dah start tension. Rasa tak selesa dan sebagai nya. Asik2 aku terfikir, kenapa la aku bleh join dieorang naik batu caves. Membazir peluh je aku penat2 naik atas sana. Tiba2 aku terdengar suara teriakan baby. Rupa nya kat depan aku ada sorang baby perempuan yang dah bercukur rambut sedang menangis. Aku yang dewasa pon rasa tak selesa, ini kan pulak baby. Kesian aku tengok baby tu yang tengah kepanasan.

Macam2 cara Ayah baby tu buat nak tenang kan baby dari menangis. Mak baby tu puas bagi botol air untuk tenang kan baby tu, tapi baby tu tetap jugak menangis. Mungkin kerana tak selesa. Aku pon angkat la camera suluh baby yang tengah nangis tu. Tiba2 baby tu terdiam bila aku amik gambar dia. Tak jadi nangis dah sebab leka tengok aku amik gambar dia. Bapak budak tu pon senyum tengok aku, mungkin sebab aku secara tak langsung tolong berhenti kan baby tu dari menangis. haha. Kalau dalam cerita P. Ramlee, budak ni mesti dah di beri nama Ahmad Camera. Tiada lagi Ahmad Albab haha.

10


Gambar atas ni antara gambar yang aku suka. Aku amik gambar bila aku panjat tembok, snap dari angle atas. Dari spek mata nenek tu, kita boleh nampak kesan2 habuk. Betapa bnyak habuk yang aku sedut masa Thaipusam kat batu caves tu. Akibat nya aku sakit tekak sakit mata dan batuk2. haha. 

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)


Walau apa pun, penat lelah seharian di batu caves amat lah berbaloi. Bagi aku perayaan Thaipusam di Batu Caves ni merupakan pengalaman dan perayaan yang menarik. Pengorbanan manusia dalam mengabdi kan diri kepada tuhan . Alhamdulillah, Aku bersyukur aku seorang muslim.  

p/s: Malaysia best, ade macam2 budaya yang kita bleh tengok. hehe

5 ulasan:

  1. ni pakai lens apa bro? maaf bertanya...

    BalasPadam
  2. bro, just guna 50mm 1.8 je. payah gak nak mengambil gambar bile tak leh zoom2 haha

    BalasPadam
  3. owh, 50 mm. susah gak nak fokus tu...btw, nice pic. sumber inspirasi 50 mm...

    BalasPadam
  4. masa ni, adik aku nmpk "mcm2" kat batu caves tu.. huh, balik demam :|

    p/s:semoga kemakmuran ini dapat dikekalkan di Msia

    BalasPadam