Selasa, 15 Julai 2008

CASFUMAL 2008


Kolej Komuniti latih graduan tiada kemahiran

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

petikan dari Surat Khabar harian metro
click sini

SEPANG: Graduan yang mengikuti pengajian mempunyai pasaran kerja rendah seperti Pengajian Islam akan dilatih di Kolej Komuniti supaya mempunyai kemahiran, sekali gus memudahkan mereka memasuki pasaran kerja.

Menterinya Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian mengesan segelintir pelajar dalam bidang berkenaan sukar mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian kerana tidak mempunyai kemahiran.

“Kita tahu ada sesetengah graduan mengambil program seperti Pengajian Islam yang mungkin nilai pasarannya tidak begitu tinggi, bila menamatkan pengajian secara umumnya tiada orang nak ambil mereka bekerja.

“Jadi mereka dilatih supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan industri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Seminar Kerjaya Untuk Bakal Pemimpin Malaysia 2008 (Casfumal 2008) di sini, semalam.


Hadir sama, Rektor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Datuk Dr Zainal Abidin Kasim; Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Saw Choon Boon dan Pengarah Projek Casfumal 2008, Haravinthan Arumugam.

Mohamed Khaled berkata, kementerian akan melancarkan program itu apabila semua pihak sudah bersedia.

Selain itu, beliau berkata Kabinet meluluskan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), dengan bacaan pertama akan dibentangkan di Dewan Rakyat, minggu ini.

Menurutnya, pindaan berkenaan kemudian dibahaskan Ogos ini.

Ditanya adakah pindaan itu memberi kebebasan pelajar bergiat aktif dalam politik, beliau berkata pindaan dibuat tidak menghalang kecemerlangan pelajar.

“Kalau seseorang pelajar menyertai parti politik, orang lain yang tetapkan apa keputusan yang patut dibuat... kalau macam itu jangan masuk politik.

“Kita nak pelajar berfikir apa yang bagus dan mana yang tidak...tapi bila dah menyertai parti politik, mereka di luar yang tetapkan untuk dia, kalau tak ikut dia akan dikenakan tindakan disiplin seperti dibuang parti dan sebagainya.

“Jadi, fikirkanlah sendiri,” katanya.

Mengenai caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa berunsur riba, beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan dan dijangka diketahui menjelang akhir Julai.

“Kita sedang menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan... dulu kita kata dalam tempoh sebulan, sekarang dah dua minggu, jadi dalam tempoh dua minggu lagi, insya-Allah kita dapat keputusannya,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata graduan perlu didedahkan dengan program pengantarabangsaan dan kepemimpinan bagi melahirkan pelajar berkualiti, sekali gus menyumbang kepada kejayaan negara.

“Kita amat mengalu-alukan program seperti ini kerana kita bukan saja mahu melahirkan graduan berilmu tetapi dapat memainkan peranan besar kepada negara.

“Matlamat kita supaya pelajar mempunyai pelbagai kualiti, itu pendekatan yang kita beri penekanan sekarang. Bukan hanya ilmu pengetahuan, tetapi lebih menjadi seseorang yang mepunyai pelbagai kemampuan, keupayaan dan kualiti,” katanya.


saye mmg hadir CASFUMAL 2008. yg dirasmikan oleh
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
ini cuma lah pendapat saye. dalam event casfumal tu
dihadiri ramai pemimpin2 syarikat terkemuka mcm Air Asia, agilent, motorola, scomi dan laen2

most of the speaker talk about leadership and emphasize on communication in influence people.

sbnar nyer saye kurang suke kalo org berucap di depan membaca teks (english version) yg diberi kan secara bulat2. tp itula yg dilaku kan Menterinya Pengajian Tinggi. ada hampir 200 org pelajar dari pelbagai Universiti (USM,UTP, Utem, dan mcm2 U la) yg kelihatan boring dgn ucapan teks tersebut. secara jujur nyer, pegawai2 syarikat swasta mcm Air Asia lagi pandai bercakap berbanding menteri tu.
menteri pengajian tinggi tu, langsung x memberi sebarang inspirasi kepada pelajar semasa pelancaran pembukaan tersebut (sbb baca teks ucapan je).

Semoga Pemimpin Malaysia lebih bijak memimpin.

"Aku Sayang Malaysia"

p/s: hebat Universiti kerana pemikiran pelajar nya, hebat negara? sama2 lah tingkat kan pemikiran rakyat Malaysia

1 ulasan: