Sabtu, 30 Mei 2009

Jangan jadi penonton kemalangan jalan raya - Batu Gajah Perak

Petang tadi lepas semayang Jumaat aku keluar dengan Zhee dan Zyker ke Ipoh, Perak. Dalam perjalanan menaiki kereta kancil, kitorang terserempak dengan kemalangan jalan raya yang melibat kan penunggang motorsikal di Batu Gajah. Mula nya aku tak terasa sangat nak turun kereta, sebab ada 2 3 orang yang berada di tempat kejadian. Aku pun parking kereta kat tepi jalan dan suruh Zhee dengan Zyker amik gambar momen kemalangan jalan raya. Zhee dan Zyker masih malu2 nak keluar amik gambar. Aku pun turun kereta dan jalan ke tempat kejadian untuk tengok keadaan.

Photograph by Zhee: Aku turun kereta dan pergi tengok mangsa kemalangan

Wanita Cina berumur 20 an, berseluar pendek kuning sedang terbaring dengan keadaan binggung. Aku perasan peha kanan amoi tu terseret dan muka bahagian kanan pulak berlumuran darah seakan2 tersembam. Keadaan dia agak binggung dan cuba untuk berdiri beberapa kali, tapi dia terjatuh.

Betul ke rakyat Malaysia lebih suka melihat dari menghulur kan bantuan mase kemalangan jalan raya? mmm mungkin betul.

Dalam keadaan kelam kabut tu, tak ada seorang pun cuba untuk alih kan mangsa dari atas jalan. Kalau korang eksiden waktu tengahari, ibarat terjatuh dalam kuali panas beb. Aku bagi tau orang sekeliling yang kita patut alih kan mangsa dari jalan yang panas tu, tapi orang sekeliling macam tergamam. Mungkin dieorang takut dengan darah atau pun memang betul2 tergamam tak pernah tengok orang eksiden.

Sekali lagi wanita cina tu cuba untuk bangun dalam keadaan separa sedar. Kali ni dia dapat berdiri tapi bila nak terjatuh, aku sambut badan dia dan aku jerit mintak orang tolong aku angkat skali. Ada dua orang datang tolong, rupa nye Zhee dengan Zyker. Dalam hati aku, kenapa orang lain semua tengok je?

Bila kitorang bertiga alih kan wanita cina tu kat tempat teduh, dia tetap binggung dan cuba untuk bangun.Aku bagi tau kat mangsa yang dia baru je lepas eksiden dan jangan banyak bergerak. Wanita cina tu mengangguk tanda faham dan tak lagi cuba untuk bangun. Cuma dia tengok2 tangan dia yang penuh darah. Dalam hati aku lega skit sebab dia bleh respon ape yang aku cakap.

Photograph by Zhee: Ambulan dari UiTM pon sampai

Tak lama lepas tu Ambulan Universiti Teknologi Mara sampai. Mungkin ada penduduk tempatan yang buat panggilan kecemasan. Lepas wanita cina tu di masuk kan dalam ambulan, aku pun beredar dari tempat kejadian.

Habis baju putih aku ade darah wanita cina tu. Ini kali kedua pengalaman aku bantu orang yang kemalangan jalan raya. Kali pertama aku angkat budak kecik 5 tahun yang kepalanya berlumuran darah dan hantar ke klinik. Pengalaman pertama berlaku tanpa orang sekeliling. Tapi pengalaman kedua ni buat aku kecil hati dengan sikap penduduk setempat yang terpinga2 bila kemalangan jalan raya kat depan mata. Pada pendapat aku segelintir dari mereka tak berani kerana tiada asas dalam pertolongan cemas.

Apa kah yang patut anda laku kan jika kemalangan jalan raya belaku di depan mata? Ada kah kita nak jadi penonton? atau pun jadi si penunggu ambulan? Atau pun jadi hero penyelamat tanpa pengetahuan pertolongan cemas? Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, adalah molek untuk kita belajar pertolongan cemas. Alhamdullilah, pengalaman unit beruniform JPA3 di sekolah serba sedikit dapat aku manfaat kan untuk masyarakat.

Photograph by Aku: Zhee dan Zyker jadi model lepas membantu mangsa hahahaha

Cuba tanye dalam diri kita balik, brape banyak pengetahuan kita tentang pertolongan cemas? bersedia kah kite kalau berlaku sebarang kecemasan? Kejadian siang tadi membuat kan aku sedar betapa penting nya setiap individu dalam mengetahui asas pertolongan cemas.

Aku pun nak kongsi secara ringkas dari apa yang aku baca.

Apa yang kita boleh laku kan jika berlaku kemalangan jalan raya?


1. Jangan membuka topi keledar mangsa, ini akan memudarat kan jika mangsa mengalami patah leher.
2. Jangan beri minum air walaupun mangsa minta, ini untuk tujuan medik(pembedahan) dan elak kan dari mangsa termuntah.
3. Jangan mengalih kan mangsa dengan cara yang tak betul. Pegang kepala, peluk pinggang dan kaki.
4. Menghubungi Ambulans atau talian kecemasan 999. Beritahu perkhidmatan kecemasan, lokasi, mangsa terlibat, gambaran kemalangan.
5. Menutup tubuh mangsa untuk menghangat kan mangsa dan mengelak kan dari renjatan.
6. Lindungi atau alih kan mangsa dari panas matahari atau pun hujan untuk keselesaan mangsa
7. Bercakap dengan mangsa untuk menenang kan mangsa yang kebingungan. cth "jangan banyak bergerak, awak baru lepas kemalangan".
8. Pegang tangan mangsa untuk menyuntik semangat dalam diri mangsa.
9. Bertenang dan jangan cuba jadi hero sebelum menganalisis bahaya tempat kejadian seperti minyak tumpah , kaca atau pun letupan kebakaran
10. Periksa pernafasan mangsa dengan nadi, mendengar pernafasan atau pun merasakan pernafasan dengan pipi
11. Berhenti kan pendarahan dengan kain putih bersih dengan tekan secara ringan ke atas luka berkenaan.
12. Jika mangsa di dalam kenderaan, jangan gerak kan mangsa sesuka hati. Anda boleh merawat mangsa di dalam kenderaan.

untuk bacaan lebih lanjut. Sumber

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mari lah sama2 meningkat kan ilmu dalam pertolongan cemas. Kita tak tau siapa lagi yang akan menimpa kemalangan. Dengan harapan artikel kali ni dapat meningkat kan kesedaran rakyat Malaysia tentang penting nya pertolongan cemas. Kita tak tau di mana kemalangan berlaku, bila dan bangaimana. Sebagai masyarakat kita perlu bersedia untuk menghulur kan bantuan.

Aku Sayang Malaysia

p/s: aku terpaksa semayang asar di Jusco Ipoh dengan kain pelikat je, orang kat surau tu usha pelik je. hohoho nak bwat mcm mane baju kene darah. Terasa mencapub plak waktu tu hoho

12 ulasan:

  1. Tahniah. X sangka ko yang bermuka ganas ni rupanya berjiwa penyayang.

    Kat surau tu patut ko ckp kt diorang,
    "Apa usha2? Saya baru lps bunuh sorang mamat ni sbb kutuk baju saya."

    Xpn, ko blh cakap ini design anak muda terkini. Design Palestin berdarah, Umat Islam x reti nk tlg.

    BalasPadam
  2. aku bangge dgn ko iman. kalo aku kat tempat kejadian mesti ko pon akan kecik ati dgn aku. aku takut darah dowh.tatau la cane aku nak selamatkan org len mase tu.. T_T

    BalasPadam
  3. aku tolong angkat bahagian peha amoi tuh ngan zyker. oyeah~

    asal ko letak gmba aku jadi model oi...wakakaka..~_~

    BalasPadam
  4. ala kalo nyonya tua or minachi aku xrasa zhee ngn zyker turun,iamn pon xtentu turun.wakakkakaka

    BalasPadam
  5. ceyh. patut r iman tolong. amoi upenye. niat iman sebenanyer nak tonton je dari tepi. sebab tu die parking. bile tgk amoi paha putih, terus turun kete. hahaha...

    BalasPadam
  6. aku sebenarnya tanak tolong. walaupon aku tau amoi tu putih. sebab aku nak amek gamba, nk upload flickr. wakakaka...

    tp tu ah..xde plak org tolong. sume org tengok je..mcm haram.
    last2 aku terpaksa letak kamera...
    dem..

    BalasPadam
  7. arep: aku penyayang terhadap laptop aku
    cik yah: takot darah? mesti tak penah siang ikan kat dapur hahahaha
    ejat: itu cuma spekulasi liar
    nyamok: you are welcome nyamuk.
    paker: cis satu lagi spekulasi liar dari rumate ejat
    Zhee: aku tau niat baik ko nak amik gambar amoi, tapi ape kan daya tak ade orang tolong angkat

    BalasPadam
  8. mungkin org yg tgk ko kat surau tu seorang gey~ goyang ar tu tgk kejambuan ko~ hahahak~

    BalasPadam
  9. iman.. ko memang rakyat malaysia berjiwa raga la. kalau aku kat tempat ko dat time aku pon tak tau wat im suppose to do. but, siyesly if ada xcident kalau tak seseorang tu datang kat person in xcident tu while shouting for help takde orang nak datang. iish..takut aku kalau aku xcident pon aku takut kalau ade orang xcident pon aku takut gak. hahaha

    BalasPadam
  10. Iman...
    baru bace...
    tahniah2..bangge ade kawan cam ko.
    teruja mase ngah bace..
    ni yg semangat gak nak tulun org gak nih.

    iman da jadik role model yg baik..
    :D

    BalasPadam