Sabtu, 22 Ogos 2009

Pengalaman aku di pusat kuarantin H1N1 Duyong, UTP - Pengalaman baru

Photo by Zhee: Zaman mase sihat2 di kala waktu convo 2009


Baru2 ni aku agak sibuk dengan aktiviti2 dan aku jarang tulis blog. Setelah berminggu2 lame nyer aku tak dapat meluang kan mase dengan blog aku ni. Lepas hari ke 5 kuarantin, hari ni aku dah sihat skit, bleh la tulis2. Lagi pon aku dah boring tahap cipan . Jadi aku nak share la pengalaman macam mane boleh terjebak dengan wabak H1N1 ni. Aku cuba la tulis seringkas yang mungkin untuk kongsi benda2 yang boleh di kongsi

Mintak2 la adik yg aku jumpe kat convo ni tak kene H1N1

Kronologi sebelum berjangkit
- Aku pergi PC fair, ipoh, dan jumpe2, lepak2, makan2, amik gambor2, dan duty jadi cameraman mase convo dinner
- Mase convo dinner, aku berdiri paling rapat dan paling lame sekali dengan Tun Mahathir (aku rase ni paling tak related skali dalam kronologi aku hahahaha)
- Kuat bercakap jadi kan aku mudah kene kot- Aku tak sanggup tak jumpe member2 aku yang nak grad. So aku jumpe seramai yang mungkin mase convofair 2009
- Pergi amik gambar Aizat perform mase convo fair 2009 malam ahad.
Lepas amik gambar Paker dan peminat nya, malam tu aku terus batuk


Simptom yang aku alami

- Simptom dari website
- Simptom aku (batuk tiada kahak, demam, selsema, lemah2, pening2)
- Aku yakin giler aku tak demam. Tapi rupa2 nye aku memang demam
- Malam Ahad aku batuk, Isnin aku batuk2, pening2 dan lemah badan, selasa aku pening2, batuk, demam, lemah badan
- Pergi klinik UTP hari selasa, Doctor dengar je simptom tu, terus aku kene kuarantin tanpa bicara.


Rutin harian semasa kuarantin

- Setiap pagi hari, pesakit yang di kuarantin perlu buat check kesihatan dan rawatan di Klinik UTP.


Hari pertama

- Hari pertama boleh gelak2 lagi, tak prasan pon demam
- Malam kat duyong cuma boleh tido 2 jam sebab terbatuk2
- Suhu aku 38.2


Hari ke dua

- Badan aku agak lemah skit, ade rase tak selesa kat bahagian dada, tapi tak prasan. Aku tak explain pon dada tak selesa sebab tak prasan
- Doctor bagi ubat asma dan nebulizer
- Hari ni memang aku layan tido je sebab rase penat giler. tido pkol 10, bagun pukul 7. Kalau aku celik mata mesti batuk
- suhu aku 37.8


Hari ke 3

- Hari ke 3 memang hari puncak aku rase aku teruk, tapi depan member2 aku bwat cool je
- Aku celik je mata, aku batuk bersambung2 paling teruk lepas aku mandi . Batuk berterusan dari 7am -9.30am
- Kalau orang sihat nak cuba rasa batuk aku tu, korang cuba batuk bersungguh2(tanpa kahak) tanpa berhenti selama 30 saat kemudian rehat 30 saat dan ulang semula. Lebih kurang macam tu la rase die
- Tambah teruk lagi, aku rasa sakit sangat kat dada. Rase macam dah nak terkeluar air mata jantan aku. Aku pejam je mate sambil tangan letak kat dada.
- Waktu tu aku rase fikiran aku bercelaru Aku pun dah tak ingat ape aku fikir waktu tu
- Bile naik van ke klinik pagi tu, aku rase macam aku sorang je batuk teruk
- Before jumpe doctor, aku ingat nak tipu je mase amik suhu badan, nak letak tgh2 ruang lidah skit, sebab tak nak duduk kuarantin, bile fikir balik better follow procedure rawatan betul
- Suhu aku 38 hari tu
- Doctor kata paru2 aku makin ketat (aku pon blur, nak kene tukar size paru2 ke ape ni?).
- Doctor tanye sama ada aku ada astma atau pon merokok, dan aku cakap dua2 pun tak
- Doctor cuma bagi rawatan nebulizer dan Chest Purcussion.
- Lepas balik dari klinik, aku rasa macam tak puas bernafas dan nafas pendek2. Batuk tak payah cerita la, celik je mata mesti aku layan batuk. Al maklum la selain jadi agent Celcom broadband, aku jugak jadi agent H1N1, cume tak dapat komisyen je hahahhaa
- Malam ke 3 aku cuma tido 3 jam bukan sebab layan drama Nur kasih atau pun mane2 drama korea, tapi sebab batuk.
- Hari sebelum2 ni, member2 aku memang layan gelak je aku kene kuarantin, hahaha aku layan je balik gelak dieorang, kate member2, tambah plak aku jenis tak sensitif. Tapi untuk hari ke 3 ni, gelak aku sume tipu. Aku jadi sensitif giler kalau orang gelak kan aku kene kuarantin (sebab aku start tak suke kene kuarantin). So aku belajar sesuatu, orang sakit akan jadi sensitif walau pon orang tu tak sensitif pada zahir nye


Hari ke 4

- Macam hari sebelum2, celik je mata aku batuk. Senang cerita aku terbangun sebab terbatuk
- Secara jujur nye aku kepenatan sebab tak cukup tido tambah badan lemah2. Tapi aku memang dah biase dengan semua tu, dan aku rase mcm tak kesah sangat pon badan aku penat.
- Suhu aku 37.8
- Mase Doctor Saadah check dada aku dengan stethoscope, die mengeluh "Kenapa ketat giler paru2 awak?" , aku cakap la "err saye tak ketat kan pun screw paru2 saye Doktor". Lepas tu doctor tu buat reaksi yang aku sendiri tak bleh agak ape reaksi die hahahaha
- "Nuriman, dalam family awak ade tak yang kene Asma, diabetis, jantung, darah tinggi or kencing manis?", aku jawap "Adik beradik saye sume kene, kecuali saye sorang, saye la paling sihat dalam family". Doctor kate "patut la, paru2 awak paling ketat sekarang ni, family awak ade sejarah asma". "Yeke doctor? dikalangan budak2 kuarantin ni paru2 saya paling ketat?". Doctor tu angguk sambil pejam mata mengiya kan respon aku. Aku pon gatal tanye lagi doctor "Saye ni kemungkinan positive H1N1 ke doctor", Doctor pon angguk sambil pejam mata mengiya kan respon aku. Menggigil tangan aku, tapi tangan aku memang dah 2 3 hari menggigil pon sebab kesan ubat.
- Pagi tu, Doctor bagi rawatan nebulizer dan Chest Percussion lagi. Petang pun aku kene datang untuk rawatan lanjut. 5 orang dari 20 orang yang kene kuarantin (jumlah mase tu) datang petang untuk rawatan selanjut nyer
- Doctor jugak tak benar kan aku semayang jumaat dan sembahyang terawikh berjemaah kat masjid. (first time tak semayang jumaat sebab uzur )
- Hari ke 4 aku dah rasa dah dada aku sakit bile bernafas, nafas pun pendek2. Kalau sebelum2 ni batuk je, kali ni aku rase combo batuk + sakit dada.
- Petang tu 5 orang pesakit kuarantin (Echa, farid, Faiz, lisa, aku) pon pegi la klinik. Doctor still kate paru2 aku ketat. "Nak kene tukar paru2 size besar ke doctor?", aku melawak. Dr Saadah tak respon, tapi berkerut sambil pegang dahi (tak kene timing ke lawak aku?).
- Doctor pon decide untuk inject aku, tak ingat ape name injection tu, tapi doctor kate injection ni function die lebih kurang nak merangsang paru2 baby yang baru lahir supaya dapat berfungsi dengan lancar.
- Lepas inject, doctor pesan aku dan 2 orang lagi pesakit untuk rawatan selanjut nya malam ni (iaitu malam semua orang terawikh)


Ubat dan rawatan yang aku terima

- Nebulizer (untuk orang2 asma, walau pun aku bukan orang asma)
- Chest Purcussion (Part tepuk tu best, tapi part nurse suruh batuk tu yg tak best)- Ubat batuk (tapi tak berkesan sgt pon)
- Ubat asma (walaupun aku tak asma)
- Ubat cair kahak
- Ubat pain killer
- Ubat antibiotik



Hari ni hari ke 5 aku dah keluar

- Hari ni aku rase macam dah beransur pulih lepas kene suntik. Dada pun dah selesa batuk pun dah kurang. Harap2 terlepas dari kuarantin, dan parent aku nak amik aku ari ni. Parent nak amik student UTP yang kene kuarantin perlu la dapat surat perlepasan dari Doctor klinik UTP dulu dan terima ceramah skit dari doctor.
- Suhu aku 37.2
- Doctor kate aku masih kene kuarantin lagi sampai esok (adeh), tapi aku explain parent aku nak amik, Doctor kate suruh jumpa dengan dia dulu.
- Ibu aku nurse, die pon goreng2 kat rumah ada alat2 sume, dan akan bwat treatement kat rumah yada yada yada. As result, doctor discharge aku arini. waaaaah~
- Bile dapat sijil cuti sakit, aku rase macam dapat segulung ijazah je hahahaha
- Bile nak kemas2 barang di tempat kuarantin, aku decide nak mandi dulu. Dan aku tau kalau aku mandi mesti batuk teruk. Dari bilik air ibu aku dengar bunyi aku batuk, ibu aku bagi aku nebulizer, baru aku rase lega. Bile bukak bonet kereta, macam2 ubat ibu aku standby.

Aku batuk teruk lepas mandi, ibu aku terus bagi nebulizer dan terus lega. Side effect tangan menggigil

Terima kasih
Aku dah tak risau pasal Final Year Project(FYP) dan sume pasal academic mase sakit, aku fikir bile la nak abes dugaan ni. Tapi setiap dugaan yang aku terima dari Allah, setiap kali tu la aku akan jadi lebih mengenal erti rendah diri. Skarang ni dah sihat2 skit, tetiba dah start risau2 pasal FYP dengan study, adeh.

Kini aku di kuarantin kat rumah, dan tiada lagi stripe putih dan merah itu


Terima kasih Allah. Terima kasih kat keluarga aku. Terima kasih kat Din dan Ejat yang sudi hantar kan barang2 keperluan aku mase kat tempat kuarantin. Terima kasih kat Doctor dan nurse2 yang layan kerenah aku time sakit. Terima kasih dekat kawan2 lain yang banyak bagi nasihat, kad "Get well soon" dan kata semangat. Terima kasih jugak mereka2 yang menghibur kan hati aku tatkala kene kuarantin nih. Last but not least, rakan2 seperjuangan di tempat kuarantin, kite rock beb~

Semoga pengalaman aku ni bleh jadi sumber informasi tentang penyakit H1N1 kepada masyarakat Malaysia. Aku jugak nak ucap kan selamat menunai kan ibadah puasa kepada ummat Islam. Puase jangan tak puase.

p/s: masih batuk tapi tak demam dan kuarantin diri di Melaka


15 ulasan:

  1. siapa ejat tu?nak berkenalan la.so sweet la dia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah iman dah pulih :)

    masa aku jmp ko kt klinik hari tu hari keberapa? (cuak lak aku)

    BalasPadam
  3. Natasya - Ejat tu selekeh, suke buang tebiat, taik idung masin, kaki bangku dan busuk. Tapi hati mulia hahahaha
    Neo - Thanks arep
    Filz - Alhamdulillah, kurang skit batuk sbb aku kawal suhu. Demam dah takde. Mase jmpe ko kat clinik tu hari ke 2, takpe tak sensitif time tu hahaha

    BalasPadam
  4. get well soon iman...

    duk la di rumah dan bermanja dgn ibu kamu smpi baik...

    dan selamat berpuasa. :)

    BalasPadam
  5. tu la, kalo nk ketatkan skru mane leh ketat2 sgt ikot suke ati ko jer~ gunekanla torque wrench so dat skru paru2 ko x terover ketat~ semoge cepat semboh~ owh ye, duyung itu sgt legend~ tempat perfect utk kuarantin sebab ade ketenangan aer terjun~ huhuhu~

    BalasPadam
  6. takpe man. at least bile ko dah kene H1N1 ko akan imune dah. tak perlu riso. Just beware je la jangan kasi family jangkit skali

    BalasPadam
  7. yes..xpe iman, sakit tu kan tanda Allah sayang kita...ada la tu reminder yang nak ditunjukkan thru sakit ni,insyaAllah

    k, get well soon deh!

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. salam man. so skrang ni mcm mane?dah ok sket ke?semoga cepat sembuh. boleh g oting hehe

    BalasPadam
  10. Illy: thanks
    Jawe: waakakaka siot memang aku sentiasa dengar air terjon
    Paker: tula , harap2 dapat free gift immune
    Hani: Thanks hani
    Killabee: Alhamdulillah, aku dah beransur pulih. Dah dua minggu, aku still batuk kalau keadaan sejok, panas or aku penat. Kawan aku yg asma kate kat aku, yg aku simptom dah macam pengidap asma. Maybe effect H1N1 kot tambah family genetik aku ade asma history. kene kawal suhu je la dan tak dapat nak lasak2 sangat T_T

    BalasPadam
  11. Iman...
    semoga cepat sembuh yer...
    ammeenn....
    chaiyok2!
    :)

    BalasPadam
  12. aku pengidap asma dr kecik..
    aku tau perasaan ko..
    nebulizer tuh mmg side effect dier gigil2..
    seb baik ko batuk x kuar kencing..aku sampai kene pakai pampers kot..
    yg kene inject tuh name dier hydrocort(eja tatau..)
    slalulnyer lpas aku amik 3 nebulizer n still x ok dier inject..

    sbb family ko ader asma..
    ko kene hati2..
    asma sgt seksa..
    rase cam nk mati daa..
    aku da siap mintak maaf kat kwn2..huhu

    nih pengalaman aku latest asma attack yg paling teruk..
    http://sitiotai.blogspot.com/2009/07/cik-asma.html

    p/s: take care

    BalasPadam
  13. Hajar: Thanks hajar, dah ok skit ni. Kadang2 ade je batuk

    Otai: wooo thanks for sharing your experience. Ko punyer kes lagi dasyat sampai meragut kesucian ko hohohoho. Aku sedar orang2 yang kene asma ni luaran nampak je sihat. Tapi mase tengah sesak nafas tu, fuh.

    jaga jgak kesihatan ko Otai. Aku try bwat simple2 exercise, nak latih paru2 aku. Time exercise memang batuk skit, tapi lepas tu rase mcm lega. Aku malas giler nak amik inhaler hohoho.

    Skarang ni, aku tak dapat la lasak2 join training silat. Adeh, tapi aku pasti akan join training jugak yeah~

    BalasPadam
  14. man gila hebat la dugaan ko. huhu.
    aku masa cuti kuarantin tu pun aku da demam. tapi suhu badan aku tak tinggi lagi.. dan dan tgh demam member aku bg msj dia kene kuarantin plak. memang tak larat aku nak berdiri la. tuhan je tau penderitaannye.. aku bersyukur sangat dah sihat walafiat. aku sakit hati gila masa aku nak wat cekup kat hospital melaka. punya lah ramai pastu doktor yang bekerja 3 orang je. pastu terhegeh2 lak tu. terbaring aku kat tar tepi pintu masuk tu. bengom! hish..aku taknak demam H1..teruk.

    BalasPadam