Isnin, 23 November 2009

Kegigihan dan peluang

budak kecik

Bersyukurlah......
Jika kita berpeluang menghadapi kegagalan yang teruk
Orang yang gigih sentiasa berusaha mencari jalan keluar

p/s: Lately aku jatuh cinta dgn gambar2 potrait. Aku rase kan, setiap air muka manusia mempunyai jalan cerita yang tersembunyi. Aku masih enjoy lagi dalam mengenali pelbagai jenis manusia.

Jumaat, 20 November 2009

Rabu, 18 November 2009

Dah abes pulun dah - Alhamdulillah

Perit jerih untuk mendapat kan

Bachelor of Technology (Hons)
Business Information System

abes blajar

Gambar mase foundation first sem, pulun subject Business Management sbb lecturer lari dari mengajar hahahaha

Aku dan camera lagi

Aku
July 2005 - July 2009
Universiti Teknologi PETRONAS

p/s: Alhamdulillah...Smalam baru abes paper terakhir untuk sem yang terakhir.

Jumaat, 13 November 2009

Melatih paru2 dan siput itu mati

Pagi tadi
Sedang aku melatih paru2 dengan ber lari2 di tepian tasik UTP.
Tiba2 aku terdengar bunyi KRAAAAKK!!!!!

Aku berhenti kejap dan tengok ke bawah
Siput babi itu sudah tidak lagi kelihatan seperti seekor siput

Moral of the story: Ajal maut di tangan tuhan, kita tak tau bila giliran kita akan sampai

Rabu, 11 November 2009

Borak di mapley - Tabah sentiasa

Aku intake July 2005 dan kalau tak silap aku hampir 700 orang pelajar yang dapat masuk UTP waktu tu. Aku mase masuk UTP awal2 dulu, hampir tak ade sorang pon yang aku kenal.

Aku satu2 nya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek (SMKAM) yang dapat masuk UTP mase tu. Aku ingat lagi cikgu add math cakap kat aku. "Abang, selama 14 tahun saya mengajar kat skolah ni, tak penah plak ade orang masuk UTP, awak la orang pertama. Awak jangan buat malu nama sekolah plak nanti". Aku nak abes belajar bulan 12 ni, sampai skarang, tak ada lagi junior dari skolah aku yang dapat masuk UTP. Nampak nye harapan aku nak jumpe junior SMKAM tak kesampaian la.

Perasaan gementar tu terlalu besar terutama skali aku tak fasih dan tak brapa paham English. Aku rasa memang kebanyakan budak kampung yang kurang pendedahan English rasa macam ape yang aku rasa. Alhamdulillah, semua ni dapat aku tempuh.

aku dan nash

Bukak puasa tahun 2005

Sampai2 UTP mase Minggu Aluan Siswa (MAS) untuk register bilik, mulut aku memang tak berat untuk bertegur sapa dengan orang sebelah2 aku. Aku siap target sehari aku kene berkenalan brapa orang kawan. Nak di pendek kan cerita, hari pertama aku kenal dengan Nash dan terus ajak jadi roommate. Kebetulan jumpa kat meja registration.

Nash dengan latar belakang kan budak Felda, ayah penoreh getah dan mak suri rumah sepenuh masa. Aku sentiasa kagum macam mana dia bertanggung jawab terhadap keluarga dia. Boleh di kata kan aku lebih bernasib baik berbanding die.

Walaupun aku dah tak lagi roomate dengan die, tetiba plak semalam die nak blanja aku makan kat mapley. Lama giler aku borak dgn die kat mapley, sampai mapley pon dah kemas2 meja. Banyak cerita dan masalah yang di kongsi. Sama je macam aku roomate dengan die dulu, die kalau bercakap memang macam mulot murai.

Aku dengar masalah keluarga dia, dia pon dengar masalah keluarga aku. Dia satu2 nya orang yang aku tak kekok nak kongsi masalah besar aku. Walaupon jarang giler jumpe. Selalunye kitorang banyak persamaan dari segi masalah walaupun dari sudut yang berbeza.

Dari masalah yang dia cerita kat aku smalam, sekarang ni dia tengah risau kan kesihatan Mak dia. Aku mendoa kan kesihatan mak dia pulih seperti biasa, dan di kurnia kan nikmat kesihatan.

Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang sementara ni.

p/s: semua warga UTP, goog luck utk final exam

Isnin, 9 November 2009

Aku ke Pulau Pinang

Aku sangat suke berjalan2. Bila aku berjalan2, aku dapat lihat macam2. Bila aku dapat lihat macam2, macam2 aku belajar. Travel ni merupakan aktiviti hobi yang sihat dan banyak gune duit. Aku sanggup berikat perut semata2 nak berjalan. Sebab ape? bila bermusafir ni, kadang2 aku rasa bertapa kerdil nya diri ini. Tu belum lagi jalan2 kat angkasa lepas, then tengok bumi dari angkasa lepas. Pergh giler insaf beb. Bile la bleh jd macam Dr Muzafar (angkasawan pertama Malaysia). Ape lagi, kumpol la duit.

Aku kurang skit amik gambar lately. Bila travel kat Pulau Pinang, memang aku lenjan la amik gambar. So aku nak share antara gambar yang best untuk di kongsi. Terima kasih kepada rakan2 yang g Pulau Pinang skali. Pulau Pinang memang best.

dua ekor merpati

Merpati ni macam dua2 ekor jantan. Kalau tak mesti dah ngorat

Burung gagak

Burung gagak ni agak hati kering, tenang je die bile aku datang rapat2.

nenek menilik nasib orang putih

Tukang tilik nasib ni tenung je aku mase aku amik gambar die tengah tilik. Mungkin die tengah tilik nasib aku skali kot.

nyonya semayang

Bangsa cina ini semayang di tempat semayang hindu. First time aku tengok tempat semayang cina dan india sebelah menyebelah

api cine semayang

Colok ke ape ntah, gambar ni amik kat Snake Tample. Tapi memang terbatuk2 la kalau bau benda ni

Si kuning

Kereta kodok kuning. Menarik plak bile aku tengok. Sebelum ni tengok mcm biase2 je. terus aku amik gambor.

rakan2 bermain buaian

Zaman muda remaja riang yang mengidam kan permainan buaian. Dari kiri , Nazir the mapley, Din the emo, Amir the road crosser, Pek the sweet talker and Paker the stalker.

rakan2 mengejar merpati

Sesi mengejar burung merpati. Korang ingat kat oversea je bleh kejar2 burung merpati mcm ni. Kat Malaysia pon boleh gak

Hanjing dan Hkucing

Kucing tak tau agak nyer, anjing tengah tido kat blakang papan tu. hahahaha

Kalau nak tengok lebih bnyak lagi gambor2, boleh usha dalam album Facebook aku.

Click sini
(Open in new tab)




p/s: Aku baru balik dari Gua Tempurung smalam. Sangat la best g sana. Aku suggest korang g la dalam gua tu. Cantik giler alam ciptaan tuhan. Stakat ni takde gambor dalam gua lagi. Kalo ade aku share kat blog.