Talib dan Nuriman
Rabu, 30 Disember 2009
Dia dan Aku
Topik berkaitan
personal,
Photography
Rabu, 23 Disember 2009
Uwan melancong
Gambar kesayangan aku. Penuh jalan cerita di sebalik peristiwa ini.
Semoga Uwan dan Nenek sentiasa sihat dan panjang umur.
Uwan merupa kan gelaran nenek di Negeri Sembilan. Dalam seminggu dua ni uwan bermalam kat rumah aku. Pada suatu petang, aku ternampak uwan berbaring sambil tengok "Earth Globe." Lama jugak la aku nampak uwan belek2 globe bumi. tu Aku hairan jugak, uwan nak buat ape dengan globe? jadi aku pon memula kan pertanyaan.
"Uwan buat ape tu?" aku menegur uwan yang sedang terbaring dan sambil belek2 globe bumi
"Uwan tengah melancong ni~" jawab uwan ringkas dan padat. hahahaha.
"Uwan tengah melancong ni~" jawab uwan ringkas dan padat. hahahaha.
p/s: uwan sangat cool~ boleh melancong satu dunia dengan globe. hehehe
Gambar Cameron Highland 2009
Beberapa minggu yang lepas aku, adik2 aku dan makcik2 sedara Negeri Sembilan pergi bercuti dekat Cameron Highland. Percutian 4 hari 3 malam tu tersangat la best. Aku tak penah bercuti kat tempat sejuk sampai lame mcm tu sekali. Almaklum la, ayah bukan jenis yang suke berjalan, die lebih risau kan anak2 ayam, burung merpati dan anak2 ikan keli nyer di rumah.
Budget perbelanjaan untuk aku tiga beradik memakan belanja RM500 untuk pegi cameron mase tu. Sewa rumah sehari RM250 untuk apartment (Arabella) yang boleh masuk lebih kurang 3 keluarga. Cost makan2 plak beli material untuk masak2 je, sebab makcik dan makcu bertungkus lumus masak breakfast, lunch dan dinner. Sayur sayuran memang segar dari ladang hahahaha. Peralatan masak seperti gas dan dapur plak memang tersedia kat rumah tu. So kalo malam2 lapar dan kesejukan, boley la masak2 ape2.
Ibu dengan akak nak pegi skali, tapi tak kesampaian. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku nak bawak family pegi sana lagi skali. Aku suke giler environment kat cameron sebab aku suke tengok alam semula jadi. Aku tak minat sngat nak pegi tempat2 hiburan or taman tema. Lebih teruja kalau tengok kampung2, gunung ganang, parit dan sungai2. Memang jiwa sentimental aku nih.
Ibu dengan akak nak pegi skali, tapi tak kesampaian. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku nak bawak family pegi sana lagi skali. Aku suke giler environment kat cameron sebab aku suke tengok alam semula jadi. Aku tak minat sngat nak pegi tempat2 hiburan or taman tema. Lebih teruja kalau tengok kampung2, gunung ganang, parit dan sungai2. Memang jiwa sentimental aku nih.
Amik gambor amin, tapi at the same time, makcik menyibuk kat belakang, walaupun gambar die blur
Sekali lagi, Echa menjadi tumpuan lensa camera kerana kepetahan dan kecomelan beliau
Aku pon tak melepas kan peluang amik gambar kat tempat2 menarik. Tapi aku sejak kebelangan ni aku suke amik ekpresi muke orang. so dalam banyak2 gambar, aku suke gambar 5 ni. Seperti biase aku share gambor2 cameron kat sini. Selamat mencuci mata~
Shakira bagi laporan kat mama yang die seronok kat cameron sbb taman permainan sini sejok
p/s: rindu cameron.... waa
Topik berkaitan
Kembara
Jumaat, 11 Disember 2009
Terus kan berenang
Semalam seharian suntuk aku rasa down sangat. Yang mane tak seorang pon tau ape yang aku tengah harungi. Rasa down sampai kan aku mampu merasakan denyutan di kepala.Tiba2 aku teringat nyanyian Dory....
Hey there, Mr. Grumpy Gills. When life gets you down do you wanna know what you've gotta do? Just keep swimming. Just keep swimming. Just keep swimming, swimming, swimming. What do we do? We swim, swim.
- Nyanyian Dory -
p/s: rumit kan hidup ni? tapi percaya lah kita mampu mengharungi nya.- Nyanyian Dory -
Topik berkaitan
Motivasi Diri,
personal
Isnin, 7 Disember 2009
Damai bersama Mu
Apa yang di cari selama ini?
Ada yang sudah mekar
Tapi ada pula yang baru nak berputik
Sedar kah kita
Apa yang di cari selama ini?
Adakah pencarian ini di redhai Allah?
Adakah kita sabar dalam mencari?
Ingat
Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar
Aku nak share satu lagu yg aku dengar mase program ESQ
Damai bersama Mu - Chrisye
Aku termenung dibawah mentari
Diantara megahnya alam ini
Menikmati indahnya kasihMu
Kurasakan damainya hatiku
SabdaMu bagai air yang mengalir
Basahi panas terik dihatiku
Menerangi semua jalanku
Kurasakan tentramnya hatiku
Jangan biarkan damai ini pergi
Jangan biarkan semuanya berlalu
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
Dari semua kepalsuan dunia
Bilaku jauh dari diriMu
Akan kutempuh semua perjalanan
Agar selalu ada dekatMu
Biarku rasakan lembutnya kasihMu
Jangan biarkan damai ini pergi
Jangan biarkan semuanya berlalu
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
Dari semua kepalsuan dunia
Bilaku jauh dari diriMu
Akan kutempuh semua perjalanan
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
Dari semua kepalsuan dunia
Hanya padaMu Tuhan tempatku berteduh
dari semua kepalsuan dunia
kepalsuan dunia
p/s: Aku baru balik dari cameron highland. Tido sane 4 hari 3 malam. Sejok wo~. Cecah air time malam2 memang satu perkara yang di kagumi.
p/p/s: Tiba2 aku rindu Ecah. haih~
Topik berkaitan
Motivasi Diri,
personal
Langgan:
Catatan (Atom)