Rabu, 23 Disember 2009

Uwan melancong

sebalik tangisan wan & nenek

Gambar kesayangan aku. Penuh jalan cerita di sebalik peristiwa ini.
Semoga Uwan dan Nenek sentiasa sihat dan panjang umur.

Uwan merupa kan gelaran nenek di Negeri Sembilan. Dalam seminggu dua ni uwan bermalam kat rumah aku. Pada suatu petang, aku ternampak uwan berbaring sambil tengok "Earth Globe." Lama jugak la aku nampak uwan belek2 globe bumi. tu Aku hairan jugak, uwan nak buat ape dengan globe? jadi aku pon memula kan pertanyaan.


"Uwan buat ape tu?" aku menegur uwan yang sedang terbaring dan sambil belek2 globe bumi

"Uwan tengah melancong ni~" jawab uwan ringkas dan padat. hahahaha.

p/s: uwan sangat cool~ boleh melancong satu dunia dengan globe. hehehe

2 ulasan:

  1. salam,
    hehe unik sungguh jawapan uwan nuriman. Untuk area kedah pula', uwan tu merujuk kepada lelaki. Perempuan, toknek.

    BalasPadam
  2. Salam cik milah.
    owh yeke, baru gak tau ni.
    wah belajar something nih hehehe

    BalasPadam