Rabu, 23 Disember 2009

Gambar Cameron Highland 2009

DSC_0054

Model cilik di waktu pagi yg sibuk nak pegi taman permainan je. Bella dan Shakira


Photo Slide Show

Beberapa minggu yang lepas aku, adik2 aku dan makcik2 sedara Negeri Sembilan pergi bercuti dekat Cameron Highland. Percutian 4 hari 3 malam tu tersangat la best. Aku tak penah bercuti kat tempat sejuk sampai lame mcm tu sekali. Almaklum la, ayah bukan jenis yang suke berjalan, die lebih risau kan anak2 ayam, burung merpati dan anak2 ikan keli nyer di rumah.

DSC_0598

Echa yang kuat mengomel dan pandai pose depan camera

Budget perbelanjaan untuk aku tiga beradik memakan belanja RM500 untuk pegi cameron mase tu. Sewa rumah sehari RM250 untuk apartment (Arabella) yang boleh masuk lebih kurang 3 keluarga. Cost makan2 plak beli material untuk masak2 je, sebab makcik dan makcu bertungkus lumus masak breakfast, lunch dan dinner. Sayur sayuran memang segar dari ladang hahahaha. Peralatan masak seperti gas dan dapur plak memang tersedia kat rumah tu. So kalo malam2 lapar dan kesejukan, boley la masak2 ape2.

Ibu dengan akak nak pegi skali, tapi tak kesampaian. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku nak bawak family pegi sana lagi skali. Aku suke giler environment kat cameron sebab aku suke tengok alam semula jadi. Aku tak minat sngat nak pegi tempat2 hiburan or taman tema. Lebih teruja kalau tengok kampung2, gunung ganang, parit dan sungai2. Memang jiwa sentimental aku nih.

DSC_0337

Amik gambor amin, tapi at the same time, makcik menyibuk kat belakang, walaupun gambar die blur

DSC_0371

Sekali lagi, Echa menjadi tumpuan lensa camera kerana kepetahan dan kecomelan beliau

Aku pon tak melepas kan peluang amik gambar kat tempat2 menarik. Tapi aku sejak kebelangan ni aku suke amik ekpresi muke orang. so dalam banyak2 gambar, aku suke gambar 5 ni. Seperti biase aku share gambor2 cameron kat sini. Selamat mencuci mata~

DSC_0076

Shakira bagi laporan kat mama yang die seronok kat cameron sbb taman permainan sini sejok

p/s: rindu cameron.... waa

3 ulasan:

  1. i love Cameron, the fresh air, the serenity. Taman tema hanya untuk menjerit melepaskan geram. kalau nak chill out, i prefer the quietness of kampung or the beaches. Motif nye kene quiet. But seriously, bukit2 yg sejuk amat best kalau nak chill out with family.

    BalasPadam
  2. yeah suasana kat cameron sgt best. meggi goreng die boleh jadi sejok peti ais secara tiba2 hahaha

    BalasPadam
  3. cameron mmg best giler especially time2 org br start nak tanam benih... waktu mlm die mmg 1st class ah... bole kate cam "fairy island" je, tp ssh sgt nk dpt scenery tu sbb bkn setiap mase diorg tanam benih kan... (^.^)v hari tu dpt tgk skali je, pas2 bile pergi lg dh x dpt nk tgk... T__T (nk sgt tgk "fairy island" kat cameron lagi sekali)

    BalasPadam