Bersyukur kepada Allah,
Dengan berkat kesabaran, usaha, doa dan tawakal
Alhamdulillah, Project tahun akhir aku dapat
Gold Award dalam pameran
EDX24.
Yuhuu~
Photo by Ejat: Aku, Nini, Ms Emy, Sarah
Thanks to my beloved Ex supervisor Ms Emy Elyanee yang banyak mendedah kan aku dengan sumber2 yang amat berguna. Skarang die tengah sambung belajar PHD kat Korea, All the best Ms Emy for your study.
Photo by Syaza: Aku, Ms Rohkmah, DinJuga kepada latest supervisor Ms Siti Rohkmah yang banyak giler bagi tips. Die tengah sihat mengandung, semoga dapat baby yang sihat dan comel macam ibu die. hehehe
Tak lupe jugak kepada orang2 yang selalu berada di sekeliling aku yang banyak membantu aku ketika aku susah dan senang.
Penyampaian anugerah untuk EDX ni sebelah petang. Aku waktu tu memang kepenatan yang melampau dan sengal2 kaki sebab sehari sebelum tu aku training silat. Bile aku sampai bilik waktu tengah hari, selepas baring kat atas katil, aku pon buat keputusan malas nak pergi closing ceremony. Tambah plak aku rase macam aku tak dapat award je.
Tengah mamai2 tidor, tiba2 member aku SMS . "Man ko dapat Gold Award". Dengan yakin aku fikir member aku ni nak kene kan aku. So aku sambung la tidor dengan rakus nye. Tak lama lepas tu dapat plak SMS dari Ms Rohkmah, die cakap congrate sebab dapat award dan Computer Information Science(CIS) dapat "Best Department Award".
SMS yang kedua tu lebih meyakin kan aku. Aku pon capai phone dan call member aku balik nak confirm kan pasal award tu."Weih ko tipu aku ke weih? tak kan aku dapat Gold Award". Yela, aku fikir paling tak pon dapat silver or bronze tu logik skit. Setelah die explain secara realistik nyer baru aku percaya. Pengajaran buat aku, time closing penyampaian anugerah jangan ponteng, kan dah tak dapat naik pentas. Haih~
Photo by aku: Achan, Din, Amir, Reza, Wani, Zarith, Sarah, Buzzler, Hawa
Walau ape2 pun tahniah jugak kepada peserta yang dapat award untuk EDX24, especially kat bebudak department CIS. Setahu aku yang dapat Gold award dari CIS department ade 5 orang. Aku, Ridhwan(Buzzler),
Shea Teng(Ashley) dari Malaysia, Sotharith, and Ta Thu ha bukan Malaysia. Ok la tu,
Malaysia menang 3: 2 hahahaha
Project ni aku ilham kan dari sepupu aku , Nakief yang menghidapi masalah Down Syndrome dan Hyperactive. Lame giler aku tak jumpe die,memang akan gelak je kalau tengok gelagat die.
Photo by Amin: Sesi pemerhatian terhadap reaksi Nakief dengan laptop Dari article2 yang aku dah bace, jumlah golongan2 yang mempunyai masalah belajar ni sentiasa meningkat setiap tahun di seluruh dunia. Aku harap, masyarakat prihatin terhadap golongan2 minority seperti ini.
Downsyndrome ada masalah pemahaman, dan Hyperactive dengan masalah tumpuan. Aku terfikir, kalau aku jadi Nakief, boleh ke aku masuk Universiti? Macam mana dengan masa depan aku? Kalau belajar dengan orang normal sekali pun, usaha berlipat2 kali ganda pun, belum tentu dapat menyaingi otak orang yang normal.
Itu sebab nye penting untuk kita memahami golongan2 seperti ini. Ibu bapa yang sanggup menjaga anak2 istimewa ini, aku sangat kagum dengan kegigihan mereka. Bila aku cuba memahami mereka, semakin tinggi aku bersyukur dengan segala yang ada. Dan aku akan guna kan segala yang aku ada sebaik mungkin.
Semoga tabah dan sentiasa usaha dalam menempuh cabaran hidup.