Jumaat, 23 Oktober 2009

Emas untuk "Mari Membaca"

Bersyukur kepada Allah,
Dengan berkat kesabaran, usaha, doa dan tawakal
Alhamdulillah, Project tahun akhir aku dapat Gold Award dalam pameran EDX24.
Yuhuu~

Photo by Ejat: Aku, Nini, Ms Emy, Sarah

Thanks to my beloved Ex supervisor Ms Emy Elyanee yang banyak mendedah kan aku dengan sumber2 yang amat berguna. Skarang die tengah sambung belajar PHD kat Korea, All the best Ms Emy for your study.

aku ms rohkmah dan Din

Photo by Syaza: Aku, Ms Rohkmah, Din


Juga kepada latest supervisor Ms Siti Rohkmah yang banyak giler bagi tips. Die tengah sihat mengandung, semoga dapat baby yang sihat dan comel macam ibu die. hehehe

Tak lupe jugak kepada orang2 yang selalu berada di sekeliling aku yang banyak membantu aku ketika aku susah dan senang.

Penyampaian anugerah untuk EDX ni sebelah petang. Aku waktu tu memang kepenatan yang melampau dan sengal2 kaki sebab sehari sebelum tu aku training silat. Bile aku sampai bilik waktu tengah hari, selepas baring kat atas katil, aku pon buat keputusan malas nak pergi closing ceremony. Tambah plak aku rase macam aku tak dapat award je.

Tengah mamai2 tidor, tiba2 member aku SMS . "Man ko dapat Gold Award". Dengan yakin aku fikir member aku ni nak kene kan aku. So aku sambung la tidor dengan rakus nye. Tak lama lepas tu dapat plak SMS dari Ms Rohkmah, die cakap congrate sebab dapat award dan Computer Information Science(CIS) dapat "Best Department Award".

SMS yang kedua tu lebih meyakin kan aku. Aku pon capai phone dan call member aku balik nak confirm kan pasal award tu."Weih ko tipu aku ke weih? tak kan aku dapat Gold Award". Yela, aku fikir paling tak pon dapat silver or bronze tu logik skit. Setelah die explain secara realistik nyer baru aku percaya. Pengajaran buat aku, time closing penyampaian anugerah jangan ponteng, kan dah tak dapat naik pentas. Haih~

Best department award

Photo by aku: Achan, Din, Amir, Reza, Wani, Zarith, Sarah, Buzzler, Hawa

Walau ape2 pun tahniah jugak kepada peserta yang dapat award untuk EDX24, especially kat bebudak department CIS. Setahu aku yang dapat Gold award dari CIS department ade 5 orang. Aku, Ridhwan(Buzzler), Shea Teng(Ashley) dari Malaysia, Sotharith, and Ta Thu ha bukan Malaysia. Ok la tu, Malaysia menang 3: 2 hahahaha

Project ni aku ilham kan dari sepupu aku , Nakief yang menghidapi masalah Down Syndrome dan Hyperactive. Lame giler aku tak jumpe die,memang akan gelak je kalau tengok gelagat die.

Nakief

Photo by Amin: Sesi pemerhatian terhadap reaksi Nakief dengan laptop

Dari article2 yang aku dah bace, jumlah golongan2 yang mempunyai masalah belajar ni sentiasa meningkat setiap tahun di seluruh dunia. Aku harap, masyarakat prihatin terhadap golongan2 minority seperti ini.

Downsyndrome ada masalah pemahaman, dan Hyperactive dengan masalah tumpuan. Aku terfikir, kalau aku jadi Nakief, boleh ke aku masuk Universiti? Macam mana dengan masa depan aku? Kalau belajar dengan orang normal sekali pun, usaha berlipat2 kali ganda pun, belum tentu dapat menyaingi otak orang yang normal.

Itu sebab nye penting untuk kita memahami golongan2 seperti ini. Ibu bapa yang sanggup menjaga anak2 istimewa ini, aku sangat kagum dengan kegigihan mereka. Bila aku cuba memahami mereka, semakin tinggi aku bersyukur dengan segala yang ada. Dan aku akan guna kan segala yang aku ada sebaik mungkin.

Semoga tabah dan sentiasa usaha dalam menempuh cabaran hidup.


9 ulasan:

  1. tahniah iman! (^_^)

    BalasPadam
  2. awesome work! u earned it. =) TAHNIAH!

    BalasPadam
  3. wah...tahiniah r abang iman!!~

    dah menang nieh..mesti hati rirang..
    kalo hati riang..mesti baik dengan orang..
    biler baek ngan orang...mesti kuar MAPLEY!!!

    jom2...hehehe,,

    BalasPadam
  4. Syikin and Adek, congrate jgak. Kite kan same2 dapat award, CIS cool. hahahaha

    Weih, siot ko azrul. Aku dapat Gold Medal dgn Sijil je. Duit kalau dapat best jgak. Ni dah la tengah sengkek, pasni grad takde skoler dah. ko r kene blanje aku kat mapley hahahaha. Tabung mapley ade isi lagi tak?

    BalasPadam
  5. iman. Ali rustam kem salam. beliau sgt bagge dgn anda...

    BalasPadam
  6. Abu, duniawi je sume ni hahaha

    Nor,Ali rostam dah cakap dgn aku dah nak bagi pangkat datok. ko jgn jeles hahahhaa

    BalasPadam
  7. kire setaraf shah rukh khan r ni? same2 datuk

    BalasPadam
  8. Baru baca your entry and tgk gambar i. Hehe congrats! Ingtkan pi closing ceremony tu, ceh tak pegi rupenye, mengulur rupenye. Anyway gambar num 3 tuh lawa. Thanks for the entry too!! Selamat bercuti! Jgn lupa hutang emel paper.

    BalasPadam