Rabu, 11 November 2009

Borak di mapley - Tabah sentiasa

Aku intake July 2005 dan kalau tak silap aku hampir 700 orang pelajar yang dapat masuk UTP waktu tu. Aku mase masuk UTP awal2 dulu, hampir tak ade sorang pon yang aku kenal.

Aku satu2 nya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek (SMKAM) yang dapat masuk UTP mase tu. Aku ingat lagi cikgu add math cakap kat aku. "Abang, selama 14 tahun saya mengajar kat skolah ni, tak penah plak ade orang masuk UTP, awak la orang pertama. Awak jangan buat malu nama sekolah plak nanti". Aku nak abes belajar bulan 12 ni, sampai skarang, tak ada lagi junior dari skolah aku yang dapat masuk UTP. Nampak nye harapan aku nak jumpe junior SMKAM tak kesampaian la.

Perasaan gementar tu terlalu besar terutama skali aku tak fasih dan tak brapa paham English. Aku rasa memang kebanyakan budak kampung yang kurang pendedahan English rasa macam ape yang aku rasa. Alhamdulillah, semua ni dapat aku tempuh.

aku dan nash

Bukak puasa tahun 2005

Sampai2 UTP mase Minggu Aluan Siswa (MAS) untuk register bilik, mulut aku memang tak berat untuk bertegur sapa dengan orang sebelah2 aku. Aku siap target sehari aku kene berkenalan brapa orang kawan. Nak di pendek kan cerita, hari pertama aku kenal dengan Nash dan terus ajak jadi roommate. Kebetulan jumpa kat meja registration.

Nash dengan latar belakang kan budak Felda, ayah penoreh getah dan mak suri rumah sepenuh masa. Aku sentiasa kagum macam mana dia bertanggung jawab terhadap keluarga dia. Boleh di kata kan aku lebih bernasib baik berbanding die.

Walaupun aku dah tak lagi roomate dengan die, tetiba plak semalam die nak blanja aku makan kat mapley. Lama giler aku borak dgn die kat mapley, sampai mapley pon dah kemas2 meja. Banyak cerita dan masalah yang di kongsi. Sama je macam aku roomate dengan die dulu, die kalau bercakap memang macam mulot murai.

Aku dengar masalah keluarga dia, dia pon dengar masalah keluarga aku. Dia satu2 nya orang yang aku tak kekok nak kongsi masalah besar aku. Walaupon jarang giler jumpe. Selalunye kitorang banyak persamaan dari segi masalah walaupun dari sudut yang berbeza.

Dari masalah yang dia cerita kat aku smalam, sekarang ni dia tengah risau kan kesihatan Mak dia. Aku mendoa kan kesihatan mak dia pulih seperti biasa, dan di kurnia kan nikmat kesihatan.

Semoga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang sementara ni.

p/s: semua warga UTP, goog luck utk final exam

4 ulasan:

  1. iman. terkenang zmn foundtion. korg ber 2 adalh antra org lelki terawl yg ktrg kenal. mase tu kte, mar, jehan ngn nisa. g memane mesti same2. klu jmp korg 2 org mesti ckp, hai budak kmpug aku. hahaha. kita sume dtg dri kmpug~

    BalasPadam
  2. hahaha. Aku paling tak bleh lupe, bleh pulak jumpe orang kampung sebelah, Kampung bukit nibong. Tempat aku g beli mercun dulu tu time kecik2 hahahha

    BalasPadam
  3. uit man, jgn lpe, next time blanje aku plak.

    jgn tuggu smpi kenduri kawen hang bru nk blnje nasi minyak..

    BalasPadam