Selasa, 2 Disember 2008

Sakit tulang belakang sakit saraf serta lumpuh - Sokongan dan harapan

Hari ni aku luang kan masa membaca artikel berkenaan dengan sakit saraf , lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit tulang belakang mampu mengakibat kan lumpuh secara kekal atau pun sementara. Aku masih lagi tak berapa faham macam mane kategori sakit tulang belakang dan sakit saraf ni. Semalam hari pertama kakak menerima rawatan di Hospital Putra Melaka. Rawatan regangan kalau tak silap. Seperti aku pernah tulis dalam artikel aku sebelum ni, sakit saraf mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.

Bila orang tanya, kakak sakit ape mase masuk hospital hari tu , aku cuma cakap kakak tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan die sakit saraf. Amat susah untuk aku guna kan perkataan "lumpuh". Sekarang memang dah boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad. Seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dah 10 tahun sakit pinggang dan lumpuh, beliau juga mengalami pergerakan yang terhad. Aku perasan masa dia nak naik tangga untuk keputusan di Permatang Pauh 2008

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi

Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling untuk memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang di perlu kan oleh pesakit saraf seperti
1. Sokongan dari keluarga , saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkat kan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contoh nya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulur kan buku, kita dah hulur kan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit kerana yang sentiasa fikir perkara2 negatif. Biar kan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad. Minggu lepas aku ajak keluarga aku mandi air panas Gadek, Melaka, semalam kakak kate berat badan die kurang brape kilo ntah. Macam banyak je lemak terbakar mase tu hahaha
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluah kan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis. Tapi kakak aku bile aku bagi pen dengan buku, die melukis. hahaha. Mungkin die nak tingkat kan seni ukir inai die kot. Bagi aku, ape2 medium pun OK selagi pesakit boleh ekspress kan diri dia.

Petua Mencegah sakit tulang belakang
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Pengetahuan yang aku kongsi ni penting. Kita tak tahu pun siapa lagi yang akan mengalami masalah seperti ini. Informasi di internet dalam bahasa Malaysia mampu membantu golongan yang tak fasih bebahasa ingeris menambah pengetahuan dalam keadaan seperti ni.

Setiap orang mempunyai masalah, setiap orang akan merasakan masalah sendiri lebih besar dari orang lain, setiap orang juga akan merasakan tiada orang dapat memahami masalah yang di hadapi. Itulah yang semua orang alami

Aku juga harap keluarga aku memahami keadaan sedia ada. Terutama adik2 aku yang agak malas tu hahaha. Dia pun rajin usha blog aku. Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.

*terima kasih Ahmad Zhafri yang sudi kongsi cerita, kalau nak baca click sini

p/s: terima kasih kepada yang memberi semangat

5 ulasan:

  1. Iman,

    Penyakit kakak Iman ialah 'slip-disc' ke? Kalau Iman tengok balik gambar struktur tulang belakang itu, kebanyakan masalah saraf ialah apabila disk terkeluar (bulge) dan hit saraf. Saraf itu ialah saraf tunjang ke bahagian badan tertentu (cthnya dari otak ke kaki), maka itulah penyebab terhadnya pergerakan dan 'lumpuh'

    En Anwar Ibrahim pun 'slip-disc'.. Sebenarnya abang pun ada 'slip-disc' juga, sudah kira-kira 4 tahun. Memang lambat untuk sembuh tapi kene rajin buat fisioterapi, InsyaAllah sihat..

    Semua yang Iman tulis itu memang benar, terutamnya tentang kesan psikologi. Semua orang pandang kita seolah-olah OKU... panjang kalau nak cerita, abang cuba cerita dekat blog abang lah nanti atau Iman boleh PM abg kat gtalk k...

    -ahmadzhafri.blogspot.com-

    BalasPadam
  2. Owh yeke , Abang Zhafri sakit tulang belakang jgak? saye memang tahu Anwar Ibrahim kene 'slip disc'. tapi mase tu saye pernah tanye Doctor, die kata bukan slip disc, saraf belakang membengkak. Kemungkinan kurang bersenam. Kakak saya pun kurang bersenam.

    Kadang2 orang tak nampak pun pesakit ni dari segi fizikal. Saya pun tak sangka Abg Zhafri kene slip disc jgak(Kagum la dkat Anwar Ibrahim kalau die betul2 liwat Saiful Bukhari hahaha). Kakak saye skarang jalan perlahan je, saye plak jalan laju, terlupa plak hohoho.

    Thank you Abg Zhaf for sharing experience. Kalau panjang sangat tulis la kat blog, sekurang2 nye orang yang mengidap penyakit yang sama lebih faham :)

    p/s: bro Zhaf, bile nak ajak naik kete volvo lagi hahaha

    BalasPadam
  3. iman,

    dah update... silalah baca ahmadzhafri.blogspot.com

    memang penyakit ni org tak perasan pun...

    BalasPadam
  4. cube singgah page http://sakitbelakang.blogspot.com/ & http://drnizarabduljalil.blogspot.com/...dr nizar slh sorg pakar y dpt merawat penyakit sakit tulang belakang..99% pulih,alhamdulillah...

    BalasPadam