Ape yang berlaku hari ini dan semalam? Berkelah di Teluk senangin, Teluk Batik dan Taman Paya Bakau. Teluk Senangin agak kurang best, sebab kurang kemudahan dan jugak tempat die banyak lalat. Penyebab utama pembiakan lalat pon di sebab kan pengunjung yang buang sampah sepah2. Jangan la buang sampah sepah2.
Sarapan di Mapley~ Aku order teh tarik, Naim order "Teh O ais + Bass"
Aku beli gitar kali 2 selepas gitar lama menghilang kan diri
Aku beli gitar kali 2 selepas gitar lama menghilang kan diri
Aku bergambar dengan Qistina Natasya. Lebih dikenali sebagai ejath3lmy dan dewa19_90 sangat meminati beliau hahaha
Tetiba di Teluk Batik terjumpe obor2. Akhir nya terjawab persoalan kenapa bila mandi jadi gatal2. Jaga2 yea kalo mandi laut. Agak besar jugak la binatang ni.
Hari ini plak aku, Ms Emy, Ejat, Sarah Azmee dan Nini pergi melawat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh. Lawatan ni untuk Final Year Project kitorang semua.
Sebelum ni aku ingat nak buat software untuk tingkat kan tahap motivasi pelajar slow learner, tapi skop terlalu besar plak. Jadi aku terpaksa tukar konsep software dan fokus kan mengajar kanak2 slow learner dalam bahasa Melayu. Cikgu pendidikan khas sana memang supportive dan kuat semangat dalam mendidik golongan istimewa ni. Aku kagum
Nini yang melaku kan aksi ciuman di pipi untuk melahir kan rasa sayang pada kanak2 istimewa ini. Nini merupa kan pelajar final semester yang buat software pendidikan.
Sesi software demo oleh Nini kepada cikgu2 pendidikan khas. Project Nini dah hampir siap, dan die tengah cuba mendapat kan pendapat dan respon dari cikgu2 ni.
Kanak2 yang aku jumpe ni mengalami kesukaran belajar. Atau lebih di kenali sebagai slow learner dan perkembangan akademik tak dapat menyamai tahap IQ pelajar2 normal.
"Mereka perlu kan cara pengajaran yang unik, Mereka istimewa" Cikgu Izhan
Pelbagai kaedah digunakan dalam sesi pembelajaran. Tak ada kaedah yang specific untuk mengajar mereka. Setiap orang mempunyai masalah masing2 dan kaedah belajar yang berbeza. Aku kagum dengan usaha dan niat murni cikgu2 pendidikan khas yang komited dalam memasti kan perkembangan kanak2 istimewa ini.
Terima kasih paker ejat kerana bagi pinjam camera. Lame aku tak menembak
p/s: argh aku nak transfer video dalam laptop, tapi tak cukup space. Lepas beli hardisk baru aku transfer dan start edit video2 outing lokkin n teluk batik
menarik fyp ko nih!
BalasPadamselamat berjaya!!
hihi
semoga budak2 tu capai apa yang mereka xmampu capai..