Khamis, 13 November 2008

Bahasa dalam Perlembagaan Negara - Malaysia

“PLM menolak alasan (pelajar tidak berupaya memahami soalan dalam bahasa Melayu) itu memandangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini dan termaktub dalam perlembagaan sejak merdeka. Mereka sudah terdedah pada bahasa itu sejak lahir. Bahasa ini turut diajarkan di sekolah"

“Kementerian pelajaran sewajarnya berasa lebih ngeri dengan tragedi ini berbanding kegagalan pelajaran menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan dan kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia,”

“Kita gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah bukan kerana ia bahasa rasmi dan kebangsaan mahupun korpusnya, tetapi kerana sudah terbukti fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat negara ini sejak sekian lama,”

Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong,

Kalau tak silap aku, professor tu berbangsa Cina. Boleh baca artikel di sini. Aku sangat bersetuju dengan isu yang di perjuang kan(terbaca kat berita harian). Kalau korang semua perasan Kes bahasa melayu bahasa inggeris ni dah lama dah dari zaman tok nenek. Memang susah nak melaksana satu2 perkara berbanding dengan sesi kutuk mengutuk antara sendiri.

Kalau di tempat aku tinggal (kampung), ape yang aku perasan Melayu India dengan Cina boleh je tegur menegur dalam bahasa kebangsaan. Aku terimbas plak situasi yang berlaku di bandar Melaka. Sekeluarga India nak tanya arah jalan pergi Mahkota Parade pada 2 orang muda Melayu.

India: Exuse me, are you from Melaka?
Melayu: yes , I am from Melaka.
India: Owh thank goodness, may you show us the direction go to Mahkota Parade?
Melayu: er.... er.. (tersipu2, sambil jari menunjuk2 arah)
India: takpe la cakap bahasa Malaysia pun boleh
Melayu: owh yeke, okeh2, untie jalan straight je, dont belok2 . Bla bla bla (ayat last aku reka sendiri)

Itu la penting nye komunikasi dalam masyarakat setempat. Aku tak pernah hina orang melayu yang tak fasih bahasa Kebangsaan, aku akan cuba letak kan diri aku dari sudut positif. Ramai je keluarga sekarang yang gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Mungkin ni antara faktor anak2 tak fasih berbahasa Melayu. Boleh je cakap omputih tapi jangan sampai abai kan bahasa Malaysia sudah.

Jadi isu lama ni masih lagi jadi igauan dalam Malaysia. Sape lagi yang mencorak kan pemikiran rakyat kalau bukan pemimpin? Penting woo dalam nak melantik pemimpin ni. Dalam dunia ni memang ada je orang gila kuasa. Dalam negara siapa pemimpin yang menggunakan bahasa Malaysia dengan baik? aku perasan ada, tapi malas nak sebut.

English memang dah jadi satu keperluan bahasa yang perlu di kuasai, tapi dalam konteks memaju kan negara, Bahasa Malaysia perlu di fahami.Kan ke pelik bunyi nye kalau orang Malaysia sendiri tak boleh berbahasa Malaysia. Tapi Isu yang di bangkit kan Prof di atas bukan lagi bahasa, tapi PERPADUAN.

"Aku sayang Malaysia"

p/s: aku terbeli hamster kat pasar malam, walaupun aku tak pernah minat kat hamster. Tapi aku beli sbb nak hadiah kan kat orang yang aku sayang :)


nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

5 ulasan:

  1. jiwang gile.takleh blah ayat las.siap ade smile.

    BalasPadam
  2. aku stuju dgn apa yang (tolong) diperjuangkn oleh saudara nuriman talib ini.

    maka, bagaimana dengan aku ya? aku harus tahu 3 bahasa. 1. bahasa kebangsaan aku:Bahasa Malaysia. 2. Lingua Franca: English. 3. Bahasa ibunda aku: Jawa. Aku fail yg ketiga~!! huhu

    BalasPadam
  3. eyh..baru tau..ko beli hamster kat pasar mlm? Pasar mlm jual hamster?

    wahh mcm best..


    (pjg2 artikel ko tulis + saiz tulisan lagi besar, yg tulisan kecik ni gak aku nk bertindak balas (respond))

    wakakak....

    BalasPadam
  4. filzah,baik ko blaja bahasa jawa hahaha
    Arep, aku beli binatang tu kat pasar malam. Mcam mane aku pilih? aku carik tikus yang gigit jari aku hahaha

    BalasPadam