Khamis, 6 November 2008

Semput di hari tua - Merokok

Aku nak berkongsi sikit tentang merokok. Aku memang suka berkongsi perkara yang pernah aku alami, berkongsi pengalaman itu mampu meningkat kan kesedaran masyarakat setempat. Kali ni aku tertarik nak share pasal merokok. Sebab ape? Aku terbaca blog Adek Nurul pasal rokok. Selain tu aku terjumpa plak gambar di bawah, setia aku menunggu gambar rokok di bawah habis. hahaha


Hari tua yang lama
Nenek aku dulu seorang perokok, mantap tu rokok Malboro di hisap. Tapi atas usia nya yang kian meningkat paru2 dia tak mampu untuk berfungsi dengan baik. Mungkin mase muda tak sangat mengalami kesan2 merokok. Antara kesan2 yang nenek alami ialah semput dan susah untuk bernafas. Doktor ada beritahu, ketika muda Sel dalam badan kita masih lagi aktif untuk menyembuh kan anggota2 atau sel2 badan yang rosak. Pada umur emas, badan kita tak akan mampu untuk membaiki sel2 rosak. Kesan nya perokok akan mengalami sesak nafas di hari tua.

Suatu penyiksaan suatu hari nanti

Aku rajin jugak tegur kawan2 yang merokok supaya berhenti merokok. Aku faham jugak yang dieorang ada niat nak berhenti. Tapi tak boleh. Kebanyakan nye ramai tak boleh berhenti merokok. Tak pasti plak dieorang tahu ke tak yang dah tua nanti mereka akan alami sesak nafas berpanjangan. Secara jujur nya aku lihat sesak nafas berterusan ni menyiksakan. kalau tak percaya cuba anda bernafas secara perlahan2. Itu pun dah cukup untuk buat kita tak selesa.

Imam pertama kampung Paya Dalam
Aku jumpe dengan imam pertama di kampung aku Embah Ehsan(orang jawa, belajar kat arab), beliau seorang yang terer dalam bab2 Al Quran, sampai kan die cerita pasal kisah nabi yusuf kat aku pun dalam versi Quran. Atuk tu dah berumur 70 nak masuk 80, rajin menghisap rokok. Aku tanya, "Atuk sihat ?" "Eh! atuk kuat lagi ni nak suruh atuk joget pun boleh, tapi kalau atuk pergi mana2 , atuk mesti bawak ni" atuk tu cakap sambil keluar kan spray (ubat) semput dia. Aku macam agak pelik, biase nya asap rokok akan membuat kan orang semput tak selesa, tapi atuk semput2 pun masih hisap rokok. hohoho ntah la

Ikut la kempen Paklah

Kepada yang dah pasang niat nak berhenti merokok tu, bagus la. Terus kan. Rokok pun dah mahal sekarang, dari beli rokok baik belanja aku makan. Perut aku pun boleh jadi kenyang. Ada je orang lain berjaya berhenti dari merokok. Ikut la kempen pak lah, "TAK NAK MEROKOK". Mungkin perokok ada pandangan tersendiri tentang rokok. Aku bukan la doktor, dan tak bertapa tahu perasaan perokok. Kalau ada sebarang respon dari penggemar rokok, boleh la kongsi bersama

p/s: Waktu ponteng sekolah rendah, mandi parit . Aku sorang je tak hisap rokok dari ramai2 yang ponteng. Aku rase macam nak hisap jugak waktu tu, tengok mcm best. Belum sempat nak hisap Cikgu Habsah serbu, dan aku bersama kawan2 menerima hukuman di bilik guru besar. hahahahaha

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

9 ulasan:

  1. ponteng sekolah, gi mandi parit? pastu merokok? waah! hebat!

    byk je usaha mcm2 nak kurangkan org ramai x merokok ni, but mcm makin menjadi ada la.

    i wonder, how bout kerajaan senyap je. biar je org merokok sampai puas! turun kan harga rokok ke.. xda age limit maybe.. see how it goes?

    BalasPadam
  2. isap rokok x best dol..x ckup umph..
    baik gi isap asap bas Rapid KL..
    free je.
    wakakakaka..!!

    BalasPadam
  3. Zhee, baik hisap hisap asap serombong kapal. Lagi ummphh hahaha

    Wei han, long time no see. Thanks for dropping by my blog. Keep in touch k

    BalasPadam
  4. em, obivously, kalo menurut fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan, rokok itu haram di dalam islam. effect dia lbh kurang mcm dadah, cuma dadah lebih berbahaya. But rokok still will effect ur body. So, no offense. nice blog~~

    BalasPadam
  5. Terima kasih ahmeiz kerana sudi respon. Saya pernah gak tanya kat imam tua tentang hisap rokok ni haram ke tak. Dia kata cuma makhruh. Lepas tu dia keluar kan ayat2 dan dalil2. Aku pun tak berapa pasti tentang keharaman rokok ni lagi(aku pun tak terer bab2 dalil ni). imam tu kata rokok akan jadi haram bile dah ketagih dan memudarat kan.

    Ada orang hisap rokok untuk hilang mengantuk, hilang boring ,hilang duit dan sebagai nya. untuk pengetahuan dadah pun ada jugak kita guna dalam kehidupan seharian. Contoh nya air kopi yang mengandungi caffine (dadah ransangan). tapi caffine tak ada lah samapai mengakibat kan ketagihan.Haram jugak ke minum air kopi(yang ada dadah ransangan)?

    tapi yang pasti aku minum kopi dan tak hisap rokok.hohoho

    p/s: tahukah anda air sirap haram diminum sekira nya ambil di kedai dan tak bayar. lalalala

    BalasPadam
  6. rokok busuk!
    hahaha..hate perokok.
    weyh ko kene tag.
    hehe selamat menjawab.

    BalasPadam
  7. Yati, terima kasih kerana menge"Tag" aku. Terima kasih jugak kepada sapa2 yang sudi mengetag2 aku. bukan malas nak reply tag, tapi malas nak citer pasal diri sendiri menggunakan tag hahaha

    BalasPadam