Selasa, 28 April 2009

Jalan2 Kuala Kangsar, Bukit Merah, Kuala Sepetang dan Taiping - Perak

Jalan jalan, cari makan~

Photo by Zhee: dari kiri Naim, Iman, Pek, Gab, Nazir, Paker, Zhee

Bayar tol ke Kuala Kangsar semata2 nak sarapan

Berkesempatan internet UTP yang dah laju skit , aku nak update blog dengan gambar2 plak.Dulu aku tak sempat nak luang kan mase jelajah perak. Tahun ni, aku gelar kan tahun melawat perak (untuk diri aku sendiri). Minggu lepas aku dengan makhluk2 asing bumi jelajah di sekitar Kuala Kangsar, Bukit Merah, Kuala Sepetang dan Taiping. Aktiviti ni di jalan kan bersempena dengan minggu tension Final Year Project 1. Bertolak dua kereta, kali ni kos perjalanan agak mahal skit, sebab makan kat tempat2 femes.

sumber: Kedai pau yang berkurun lame nye

Sarapan Pau di Kuala Kangsar(KK)
Tempat pertama singgah KK nak sarapan pau yang berkualiti tinggi. Member aku yang cakap pau tu kerabat2 diraja makan jugak. Mula2 masuk kedai pau tu, aku was2 "weih, kedai ni halal ke tak nih?", aku jenguk kat dapur, orang islam yg sedia kan makanan. Waktu nak order pau, tak ada plak pau (hanya jual pada tengah hari), yang ada Roti Top Egg, telur di atas. Jumlah perlu dibayar untuk teh tarik dan roti top egg tu RM5. Agak mahal la bagi aku, tu tak termasuk lagi tol dan duit minyak haih~ pau punye pasal

Mandi Manda

Bukit Merah Lake Town Waterpark
Destinasi ke dua pegi mandi manda. Tapi tak banyak amik gambar la waktu tengah mandi2, Kos masuk kawasan air lebih kurang RM 20. Aku pon tak brape ingat sangat harga tiket. Nak mandi punye pasal, makan tengahari di abai kan dulu. Memang tengahari bute la mandi. Hilang segala masalah2 dan jugak tensi2 assignment, report dan jugak projek. Tension hilang sekejap jela, balik campus, masalah ade je lagi .


Menahan lapar selepas mandi

Banyak bendera

Makan (tengahari + malam) di Kuala Sepetang
Dengan perut yg kosong dan juga penat mandi, kami dengan tabah dan sabar menuju ke Kuala Sepetang. Dalam pukul 5.30pm sampai kat tempat yang nak di tuju. Bile sampai ... punye la ramai orang menunggu, gerai tak la besar sangat. Kalau nak di kata gerai tu mewah, kedai mapley lagi mewah kot. Tapi gerai tu memang berkonsep kan "Warong", cayalah~ baru nampak klasik.

Ramai orang tu kat gerai Makteh

Warong Mak Teh Mee Banjir Udang

Mee Udang Banjir ni di usaha kan oleh makcik yang di kenali sebagai Mak Teh. Mak Teh memang peramah, nasib baik aku duduk kat meja hujung, kalau tak memang macam2 aku nak borak. Kitorang sempat bergambar dengan Makteh, tapi knape aku tak ade dalam gambar? haih~. Ramai jugak tau pasal kesedapan Mee Udang nih. Mase nak order, udang laut yang kitorang pilih. Harga sepinggan Mee Udang (bagi aku agak mahal la) RM10.

Bergambar bersama Makteh, usahawan Mee Udang

Selepas order, aku pon perhati kan orang sekeliling dan aku perasan orang sekeliling pon perhati kan aku perhati kan orang sekeliling. Semua orang menunggu dengan sabar setelah tengahari tak makan. Aku tanye meja sebelah, brader meja sebelah tu kate die dah sejam menunggu... dalam kepala hotak aku dah (.....................), tapi perut aku meronta2 cakap (nak makan, nak makan). Tunggu jela...

Mengunggu mu, Mee Udang

Aku baru beli Rubik, ade jugak la benda nak buat mase boring menunggu. Dah banyak kali solve rubik tu sementara dapat Mee Udang.

Rubik aku dah travel sekitar perak, walau pun rubik tu berumur setahun jagung

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 7pm , prasan2 udang di sebalik mee dah tinggal kulit. Macam orang pelarian dapat makan KFC waktu dapat mee tu. Ade 12 ekor udang laut, makan tak sampai 10 minit tapi tunggu dekat sejam lebih. Tahap kelajuan makan ialah 1. 2 udang per minit. Bukti yang kukuh untuk membukti kan seseorang itu rakus.

Tunggu sejam lebih, makan tak sampai 10 minit

Zoo Taiping, layan night safari
Siyes, yang ni aku suggest kan tak payah pegi. Bagi aku sekejap sangat masa 20 minit untuk tengok haiwan di waktu malam, walau pun haiwan2 tu aktif. Tiket masuk RM 16, naik atas gerabak yang di tarik (bentuk mcm keretapi) dan instructor akan cerita tentang haiwan2. Aku ingat lagi trade mark pakcik instructor tu "Ya~ di sebelah kanan kita ada ular sawa".......(bile sampai kat badak air) "Ya~ di sebelah kiri pula kita ada badak air ".....bile sampai kat haiwan seterus nya aku dapat simpul kan template instructor tu cuma ubah kiri , kanan dan haiwan.

Pusing2 Night Safari Taiping sekejap sangat bagi aku

Makan Kuew Teow Doli
Mee Udang masih tak mampu melega kan nafsu makan , sebelum balik layan kuew teow plak. Kedai Doli ni memang specialize dalam kuew teow. Pergh.... kali ni aku tak sanggup makan laju2, aku makan slow2 sambil pejam mata untuk menikmati sesuap kuew teow...Memang kuew teow terbaik pernah aku makan setakat nih. Kuew Teow Special RM8.50, Kuew Teow biase RM3.50.

Sumber: Terpahat di sanubari, Kuew Teow

Kesimpulannya, jalan2 Perak kali ni berbeza dengan jalan2 sebelum nih. Kalau dulu bepegang kan dengan konsep "Destinasi Bajet", kali ni berubah jadi "Destinasi Lapar". Orang kate, jauh perjalanan luas pemandangan, tambah pengalaman. Hakikat nya jauh perjalanan, kering duit poket kiri kanan. Next destinasi bajet akan ke Pulau Tuba, Langkawi. Harap2 jadi la pegi Pulau Tuba. Kalau nak tengok gambar2 Pulau Tuba, bleh usha kat fotopage lame aku. Click sini, sini dan sini

12 ulasan:

  1. wah~~ jalan sakan ko
    aku yg dah lama wat list tu sume pon x pegi2 lagi..haha~
    elok la njoy..
    aku cm dpt enjoy pas abes sume presentation je..adei~

    BalasPadam
  2. doli tu mmg terbaekk weh~ aku pnah gi ctu makan nasik ayam~ xrugi~ mee udang makteh tu pnah featured dlm majalah 3 kot~ sempoi~

    BalasPadam
  3. doli kuey teow...

    pernah makan kt situ... raya cine 2007..

    sedap gak... tp nak menunggu... mak aih lame sgt... hehehe

    BalasPadam
  4. peh, gambarajah aku dan kulit udang memang buat aku nampak cam pelarian tak makan 3 purnama!

    tapi day out itu sangat seronot! tuba pulak jom. ;)

    BalasPadam
  5. Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby...

    BalasPadam
  6. seronok nyerrr

    saya jeles~
    bila la plak hosmate saya nak buat outing mcm ni~

    BalasPadam
  7. zircon - kitorang bantai je enjoy before presentation.
    jawe & ily - memang best la doli tu, kagum aku. Makan secara perlahan2 la baru nikmat
    Nazir - wah nazir ko memang bleh cakap melayu la. Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga orang New Delhi bleh cakap Melayu ahhahaha
    Anis - ni komen berunsur jeles ni kih3
    Zhee - layan family outing r zhee
    Endang - ni la desperate housemate

    BalasPadam
  8. sbgi osmet endang... all i can say is:

    tamo kawan da... i nak jalan ngan zarith n wani.. diorg x tinggalkan i..
    humph~

    BalasPadam
  9. Melepas lakkk

    haha..

    Doli ak penah g..
    (sape ddk utara esp dak penang atau utara perak, klu x penah g doli mcm satu fenomena pelik)

    Bila nak g Bali lak?

    BalasPadam
  10. Wahhhh.. Pi kuala sepetang.. Ku duduk meja sebelah kanan korang sume.. Haha.. Lama gilerrr nak tungguuu.. Sejam wooo.. Mkanan abes baru ayor smpai.. Pape pn, layan je laa.. =p

    Doli pn sodappp.. =)

    BalasPadam
  11. udang 12 ekor rm 12,, murah gilerrr... ko ni mesti x luas pmandangan dan x jauh brjlan,, berkira la ko mamat...

    BalasPadam