Ahad, 26 April 2009

Malaysia boleh - Ubah suai jadi Basikal Chopper

Kalau kite search "Melayu" kat google atau pun yahoo, kebiasaannya wikipedia tentang Melayu dalam ranking bawah Melayu boleh, Skandal Sex, Seks melayu, aksi lucah melayu dan macam2 la yang berkaitan dengan seks. Orang Melayu ni suke membiak ke? terdetik gak dalam hati aku "uih malu nyer kalau orang tau search Melayu kat internet, keluar benda2 ni". Tapi ramai orang dah tau dah~. Kalau kite nak tukar bangsa agak mustahil, tapi tak mustahil kalau nak tukar pemikiran bangsa.

Yeah konvoi basikal

Pagi ni aku nak tulis artikel pasal basikal chopper. Aku baru baca artikel ni dari berita harian (Sumber). Bile aku tengok tajuk aku tertarik plak dengan usaha mamat yang bergelar Boy. Kalau sebelum ni aku penah cerita di negara cina ada 2 orang beradik berhempas pulas cipta kereta F1, kali ni giliran Malaysia plak hohoho. Jangan pandang rendah dengan kebolehan orang2 dari kampung. ngeh3....


Kalau waktu skolah rendah dulu aku dengan member suke modify basikal mini, kali ni ade basikal chopper waa

Basikal chopper ni di ilham kan oleh Ahma Saifuddin Yusuf, 29, (Boy) . Mamat dari Teluk Intan Perak ni cipta basikal ni sebab dia minat mencipta dan terpengaruh dengan cerita Motor Chopper kat Astro. Di sebab kan Motor Chopper di kene kan cukai yang tinggi oleh kerajaan Malaysia, boy tak mengabai kan minat die. Dia fokus plak kat basikal choppper. Tapi cool beb... Basikal chopper ni ade dapat tempahan dari agensi2 hotel.

Dari segi material plak, Boy ubah suai dari barang2 tempatan. Ini la orang nama kan sebagai inovasi. Kalau sape2 perasan , negara Jepun bukan la negara yang mencipta benda baru. Tapi die guna kan benda yang dah sedia ada secara kreatif. Contoh nya, Jepun bukan nya negara pertama yang cipta kereta, tapi kebanyakan kereta2 Jepun macam toyota, mitsubishi dan honda jadi idaman kebanyakan orang . Ini sebab ape, sebab bangsa Jepun berfikiran kreatif.

Boy berambut panjang (kanan) dengan member yg juga berambut panjang (kiri)

Bagi aku, kalau ape benda sekali pon yang kita buat, jangan sesekali abai kan benda yang kita minat. Bila kita minat sesuatu, kita akan excited dalam keje tu. Macam teory perkembangan kanak2, ada sociologist mengatakan manusia boleh memiliki beberapa kebolehan dan kemahiran. Yang penting kene ada minat yang tinggi dalam apa yang kita buat. Kalau jadi lalang yang ikut arah angin, sampai bila2 pun asik kene tebas je.

Aku gak berpendapat kalau la Malaysia aktif dalam melaku kan aktivi2 penterjemahan bahasa Malaysia dari hasil2 keje orang lain, orang2 kampung yang tak geti english pun boleh menyumbang sesuatu kepada negara, malah boleh menyumbang kepada dunia. Ramai je orang2 yang berjaya tak geti bahasa inggeris, macam Jacky Chan. Kalau sape2 yang ikut perkembangan dia, memang English dia hampeh waktu berlakon di luar China. Tapi masyarakat dunia masih memandang kebolehan dia dalam martial art. mmmmm apa kebolehan anda? haaa~

Cahayanika Melaka
Videography | Photography | Hena design | Stationary shop
nuriman@cahayanika.com | 019-2678221

www.sepitbaju.com

2 ulasan: