Tadi aku terbaca pasal artikel 2 beradik membuat kereta F1 menggunakan barangan terpakai. wa aku giler kagum tengok kereta tu, nampak memang kemas design die. Adik beradik yang bernama Zhao Xiushun dan Zhao Xiuguo merupa kan pekebun yang buat part time buat kereta. Yela dah minat, kereta F1 pon boleh jadi.
Bahan2 terpakai yang di gunakan adalah seperti bingkai basikal, tayar terpakai, kepingan besi pintu dan macam2 lagi la. Kereta lumba tu dieorang name kan "Brother". Kereta tersebut di reka dan dituju khas buat ayah dieorang. Ayah mereka mati sebab gempa bumi dan adik beradik ni mengharap sangat ayah dieorang dapat tengok kereta "Brother" ni. erk macam mane nak suruh orang mati tengok? Kagum betul tengok semangat adik beradik ni.
(sumber)(sumber)
Di UTP pon ada jugak cipta kereta lumba. Pasukan SAE pergi bertanding di melbourne Australia. Dari ape yang aku tahu, kos untuk membina formula SAE ni memakan belanja RM50,000. Di UTeM pon ada jugak buat kereta lumba Formula Varsity kalau tak silap dan dapat menjadi naib johan untuk pertandingan tersebut.
Aku teringat zaman aku kecik2 dulu, ada orang kampung aku cipta kereta lumba gak. Waktu tu aku sekolah rendah lagi. Aku tak sangka plak dalam sibuk2 orang cipta kereta lumba, kat kampung aku dah ade orang cipta. hahaha. Aku panggil brader tu abang Saleh, die merupa kan jiran aku jugak. Aku ingat lagi ape komponen2 yang die gune kan untuk kereta die. Antara nye, Tayar kereta tolak, break basikal jadi Accelerator, handbreak dan stereng kereta, tali pinggang keledar dan jugak besi2 yang dieorang patri2. Die merupa kan pomen (mekanik) kerja sendiri di kampung. Agak nye die belajar dari sape ek?
Dari ape yang aku tahu, adik bradik dari Cina tu, die belajar dari majalah2, Abang Saleh plak belajar dari minat. Persamaan dieorang ialah berasal dari kampung dan tak fasih bahasa Inggeris. Mereka cuma kurang bernasib baik dalam melanjut kan pelajaran ke institusi tinggi (IPTA, IPTS). Tapi cita2 tetap sama, iaitu mencipta kereta. Sebenar nye ada orang yang lebih hebat dari kita, cuma rezeki tu tak ada. Rezeki, Maut dan Jodoh di tangan tuhan.
Internet merupakan satu platform mudah untuk kite carik informasi. Tapi informasi dalam bahasa Malaysia masih lagi kurang. Google skarang ni ade penterjemahan bahasa Indonesia. Kepada golongan bijak pandai (engineer, doktor, photographer, IT specialist), rajin2 lah jadi penterjemah bahasa. Zaman dulu2 pon ramai je penterjemah barat, terjemah kan kajian2 islam. Kalau ramai yang rajin berkongsi maklumat dalam bahasa Malaysia, sape tahu akan datang mungkin ada orang kampung Malaysia boleh cipta kapal terbang plak muahahaha.
Aku Sayang Malaysia
p/s: aku dengan kawan sekolah aku dulu, pernah jadi johan Melaka cipta "Super grass machine". Mesin rumput solar, ntah ape2 la mesin tu, macam mane ntah boleh menang.Walau ape pun terima kasih cikgu Rahimah sebagai penterjemah bahasa waktu cari maklumat di internet
nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com
iApe lagi..FYP ko buat kapal terbang gune barangan terpakai la
BalasPadamuiks..utem ar~
BalasPadam