Ahad, 31 Mei 2009

Akhil Hayy & Kak Mai - fikir kan keputusan terbaik demi anak2

Hari ni aku belek2 surat khabar mingguan smalam, aku terperasan muke Kak Mai ( Maizawati Zainal), isteri Akhil Hayy. Sebelum ni aku ade dengar2 cerita gosip Akhil Hayy dengan Waheeda, tapi aku tak layan pon cerita yang di bawa angin. Tapi kali ni aku baca statement dari Kak Mai sendiri kat surat khabar.



Semoga Kak Mai sekeluarga tabah

Biasenye aku malas nak layan gosip2 artis nih.Sebelum Akhil Hayy keluar kan album kembara sufi, pihak Medtech dan Rakan masjid pernah menjemput beliau dalam menjaya kan konsert Kembara sufi 6. Untuk berurusan dengan Akhil Hayy waktu tu mesti la melalui Kak Mai selaku pengurus. Tu yang aku rase nak tau perkembangan keluarga dieorang.

Aku terkejut jugak dengan statement kali terakhir Kak Mai jumpe suami dia bulan February 2009. Aku tak bersetuju dengan tindakan meninggal kan isteri dalam tempoh masa yang lama.

Aku memang alergik dengar bab2 cerai. Perkara ni akan mendatang kan kesan tak baik kepada anak2 sendiri. Tapi sekiranya itu la jalan terbaik untuk kebahagian anak2, aku hanya dapat doa kan Kak Mai, Akhil Hayy dan anak2 tabah menghadapi dugaan.

p/s: kenangan pahit si anak kecil


Sabtu, 30 Mei 2009

Jangan jadi penonton kemalangan jalan raya - Batu Gajah Perak

Petang tadi lepas semayang Jumaat aku keluar dengan Zhee dan Zyker ke Ipoh, Perak. Dalam perjalanan menaiki kereta kancil, kitorang terserempak dengan kemalangan jalan raya yang melibat kan penunggang motorsikal di Batu Gajah. Mula nya aku tak terasa sangat nak turun kereta, sebab ada 2 3 orang yang berada di tempat kejadian. Aku pun parking kereta kat tepi jalan dan suruh Zhee dengan Zyker amik gambar momen kemalangan jalan raya. Zhee dan Zyker masih malu2 nak keluar amik gambar. Aku pun turun kereta dan jalan ke tempat kejadian untuk tengok keadaan.

Photograph by Zhee: Aku turun kereta dan pergi tengok mangsa kemalangan

Wanita Cina berumur 20 an, berseluar pendek kuning sedang terbaring dengan keadaan binggung. Aku perasan peha kanan amoi tu terseret dan muka bahagian kanan pulak berlumuran darah seakan2 tersembam. Keadaan dia agak binggung dan cuba untuk berdiri beberapa kali, tapi dia terjatuh.

Betul ke rakyat Malaysia lebih suka melihat dari menghulur kan bantuan mase kemalangan jalan raya? mmm mungkin betul.

Dalam keadaan kelam kabut tu, tak ada seorang pun cuba untuk alih kan mangsa dari atas jalan. Kalau korang eksiden waktu tengahari, ibarat terjatuh dalam kuali panas beb. Aku bagi tau orang sekeliling yang kita patut alih kan mangsa dari jalan yang panas tu, tapi orang sekeliling macam tergamam. Mungkin dieorang takut dengan darah atau pun memang betul2 tergamam tak pernah tengok orang eksiden.

Sekali lagi wanita cina tu cuba untuk bangun dalam keadaan separa sedar. Kali ni dia dapat berdiri tapi bila nak terjatuh, aku sambut badan dia dan aku jerit mintak orang tolong aku angkat skali. Ada dua orang datang tolong, rupa nye Zhee dengan Zyker. Dalam hati aku, kenapa orang lain semua tengok je?

Bila kitorang bertiga alih kan wanita cina tu kat tempat teduh, dia tetap binggung dan cuba untuk bangun.Aku bagi tau kat mangsa yang dia baru je lepas eksiden dan jangan banyak bergerak. Wanita cina tu mengangguk tanda faham dan tak lagi cuba untuk bangun. Cuma dia tengok2 tangan dia yang penuh darah. Dalam hati aku lega skit sebab dia bleh respon ape yang aku cakap.

Photograph by Zhee: Ambulan dari UiTM pon sampai

Tak lama lepas tu Ambulan Universiti Teknologi Mara sampai. Mungkin ada penduduk tempatan yang buat panggilan kecemasan. Lepas wanita cina tu di masuk kan dalam ambulan, aku pun beredar dari tempat kejadian.

Habis baju putih aku ade darah wanita cina tu. Ini kali kedua pengalaman aku bantu orang yang kemalangan jalan raya. Kali pertama aku angkat budak kecik 5 tahun yang kepalanya berlumuran darah dan hantar ke klinik. Pengalaman pertama berlaku tanpa orang sekeliling. Tapi pengalaman kedua ni buat aku kecil hati dengan sikap penduduk setempat yang terpinga2 bila kemalangan jalan raya kat depan mata. Pada pendapat aku segelintir dari mereka tak berani kerana tiada asas dalam pertolongan cemas.

Apa kah yang patut anda laku kan jika kemalangan jalan raya belaku di depan mata? Ada kah kita nak jadi penonton? atau pun jadi si penunggu ambulan? Atau pun jadi hero penyelamat tanpa pengetahuan pertolongan cemas? Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, adalah molek untuk kita belajar pertolongan cemas. Alhamdullilah, pengalaman unit beruniform JPA3 di sekolah serba sedikit dapat aku manfaat kan untuk masyarakat.

Photograph by Aku: Zhee dan Zyker jadi model lepas membantu mangsa hahahaha

Cuba tanye dalam diri kita balik, brape banyak pengetahuan kita tentang pertolongan cemas? bersedia kah kite kalau berlaku sebarang kecemasan? Kejadian siang tadi membuat kan aku sedar betapa penting nya setiap individu dalam mengetahui asas pertolongan cemas.

Aku pun nak kongsi secara ringkas dari apa yang aku baca.

Apa yang kita boleh laku kan jika berlaku kemalangan jalan raya?


1. Jangan membuka topi keledar mangsa, ini akan memudarat kan jika mangsa mengalami patah leher.
2. Jangan beri minum air walaupun mangsa minta, ini untuk tujuan medik(pembedahan) dan elak kan dari mangsa termuntah.
3. Jangan mengalih kan mangsa dengan cara yang tak betul. Pegang kepala, peluk pinggang dan kaki.
4. Menghubungi Ambulans atau talian kecemasan 999. Beritahu perkhidmatan kecemasan, lokasi, mangsa terlibat, gambaran kemalangan.
5. Menutup tubuh mangsa untuk menghangat kan mangsa dan mengelak kan dari renjatan.
6. Lindungi atau alih kan mangsa dari panas matahari atau pun hujan untuk keselesaan mangsa
7. Bercakap dengan mangsa untuk menenang kan mangsa yang kebingungan. cth "jangan banyak bergerak, awak baru lepas kemalangan".
8. Pegang tangan mangsa untuk menyuntik semangat dalam diri mangsa.
9. Bertenang dan jangan cuba jadi hero sebelum menganalisis bahaya tempat kejadian seperti minyak tumpah , kaca atau pun letupan kebakaran
10. Periksa pernafasan mangsa dengan nadi, mendengar pernafasan atau pun merasakan pernafasan dengan pipi
11. Berhenti kan pendarahan dengan kain putih bersih dengan tekan secara ringan ke atas luka berkenaan.
12. Jika mangsa di dalam kenderaan, jangan gerak kan mangsa sesuka hati. Anda boleh merawat mangsa di dalam kenderaan.

untuk bacaan lebih lanjut. Sumber

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mari lah sama2 meningkat kan ilmu dalam pertolongan cemas. Kita tak tau siapa lagi yang akan menimpa kemalangan. Dengan harapan artikel kali ni dapat meningkat kan kesedaran rakyat Malaysia tentang penting nya pertolongan cemas. Kita tak tau di mana kemalangan berlaku, bila dan bangaimana. Sebagai masyarakat kita perlu bersedia untuk menghulur kan bantuan.

Aku Sayang Malaysia

p/s: aku terpaksa semayang asar di Jusco Ipoh dengan kain pelikat je, orang kat surau tu usha pelik je. hohoho nak bwat mcm mane baju kene darah. Terasa mencapub plak waktu tu hoho

Jumaat, 29 Mei 2009

Pulau Tuba - Kepenatan

Photograph by Paker

Hampir sebulan aku tak update blog. Tapi kali ni aku just nak buat simple update, yang mane

Aku baru balik dari Pulau Tuba, Langkawi~

p/s: Terima kasih kepada keluarga angkat nun di sana

Sabtu, 2 Mei 2009

Kekuatan Sakit tulang belakang - semoga cepat sembuh

Tadi aku call kawan aku yang baru buat operation tulang belakang di hospital Putra Melaka. Die lebih di kenali sebagai Akmal, Amal, Awang, Kekuatan, Kekku, Kuat atau Mal. Aku pon tak faham knape la nick die banyak sangat. Seperti artikel yang aku tulis dalam blog aku sebelum ni, aku agak faham perasaan pesakit tulang belakang yang mengalami pergerakan badan yang terhad. Kemudian, mengambil mase yang panjang untuk sembuh sepenuh nya.

Aku kenal Akmal (tapi aku panggil Lobo) mase aku masuk kelab MEDTECH, same2 jadi crew media di UTP. Bile jadi crew medtech ni, hubungan memang agak rapat nak2 bile bertugas. Kemahiran die yang buat lawak kadang2 buat aku sangsi, "betul ke lobo ni sakit?". Bagus la , ceria2 selalu bleh kurang kan sakit.


Esok aku akan pegi Teluk Senangin untuk Family Outing Medtech Crew. Aku penah pegi Teluk Senangin sebelum ni, tapi kali ni pegi dengan keluarga2 MEDTECH. Paling best skali senior2 yang dah keje pon turun join sekali family outing nih. Yeah~ macam2 bende nak borak esok. Dalam mase yang sama, pembikinan video wish untuk lobo pon akan di laksana kan =P

Alhamdulillah, dari ape yang Lobo cakap dalam telephone, kesihatan die makin improve. Aku mendoa kan semoga Lobo cepat sembuh dan tak mudah patah semangat. Amin