Ahad, 19 Julai 2009

Gambar Tilawah Al Quran 2009 - UTP Perak

Malam ke 2: Peserta terakhir untuk malam ke 2

Dah lama aku tak update blog. Kali ni aku nak share gambar2 yang aku tangkap mase Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan yang bertempat di Dewan Canselor, UTP Perak. Alhamdulillah ramai giler yang datang ke UTP.


Malam ke 2: Gambar di ambil dari sebelah tempat duduk VIP

Mungkin kualiti gambar tak la seberapa, tapi boleh lagi di kongsi untuk semua. Sebelum ni aku bagi adik aku pinjam camera, tapi aku tinggal 6 bulan je lagi kat UTP, so aku mintak balik camera aku untuk snap sisa2 hidup aku kat UTP. mmmm tau2 dah final semester.

Malam ke 2: Para VIP yang hadir.

Sebelum ni aku banyak mencebur kan diri dengan media teknikal dalam majlis2 di UTP. Aku pun dah biasa dengan siaran langsung (live telecast) dalam satu2 majlis. Teknikal media untuk Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan di selenggara sepenuh nya dari RTM, JAKIM dan badan2 lain. Aku pun amik kesempatan usha barang media dieorang. Satu pengalaman baru bila dapat tengok crew2 RTM bersiaran langsung. Kalau tengok dari TV1, memang kualiti gambar tak best, tapi kalau tengok dari projector di Dewan Canselor, kualiti memang mantap beb.

Malam ke 2: Pihak Radio IKIM.fm beroperasi

Aku sempat jugak tengok2 Radio IKIM.fm buat siaran langsung.

Malam ke 2: Peserta dari negeri Melaka

Malam ke 2: Camera dari sudut tengah

Brader cameraman ni di hiasi dengan pokok2. Dari pengalaman aku, cameraman biasa nya akan kawal zoom, focus dan jugak carik moment2 yang terbaik. Video mixer akan mengarah kan cameraman untuk shoot objek2 yang tertentu. Contoh nya cam 1 shoot VIP, cam 2 plak akan shoot penonton dan cam 3 akan shoot peserta. Malam tilawah tu, aku memang kagum tengok crew2 RTM bwat keje. Tapi bile keluar TV1 kualiti gambar hampeh. ish3.

Malam ke 2: Tuan Hj Mohd Nor Rosli dan Polis


Malam ke 2: Kakak jurugambar dan lens gedabak nyer


Mase aku duduk kat lorong sebelah VIP, aku stay je kat satu tempat yang sama. Tiba2 ada sorang kakak datang dengan camera dan lens gedabak(besar) die. Mule2 aku usha je dari jauh kakak tu, bila die datang dekat dengan aku, aku pun tegur. "Wah mahal lens akak". Die cume senyum je, aku pun tanye lagi "Akak dari mane?". "Dari Jabatan Pendaftaran" kate kakak ringkas. "ooo, akak amik gambar semua peserta ke?" aku tanye lagi. Dia angguk kepala dan senyum mengiya kan soalan aku. Aku tak penah lagi pegang lens besor2 macam tu. Aku ingat nak terus borak dengan kakak tu, tapi aku batal kan niat aku sebab tak nak ganggu keje2 dia. Cool tu ade lens gedabak macam tu hahaha.



Malam ke 2: Camera mobile

Aku sebelum ni penah ada pengalaman live telecast dengan camera mobile. Tapi beza dengan mobile camera RTM yang ni, camera ni gune intercom tanpa wayar. Kalau sape2 perasan, guna camera mobile tanpa wayar ni, kualiti gambar akan kurang sedikit berbanding gune wayar.


Malam ke 2: Menara lampu Par Can dan Profile


Malam ke 2: Transformers versi manusia dan kamera kren



Malam ke 2: krew Audio mixer 40 channel


Malam penutup: Ketibaan polis mengiringi Sultan Perak

Aku datang dua kali majlis tilawah nih. Mase malam ke 2, aku tunggu dari mula majlis sampai la majlis tamat. Untuk malam penutup aku datang dalam pukul 8.50pm. Waktu tu betul2 Sultan Perak nak masuk dewan. Para pengunjung tak di benar kan masuk melalui pintu yang sultan nak guna. Memang tak di nafi kan ramai giler orang yang datang. Lepas ni kalau ade yang kene H1N1 kat UTP, aku tak pelik la hohoho.


Malam Penutup: Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan

Lepas Sultan Azlan Shah dengan bini die keluar dari kerete, aku pun lari masuk dalam dewan nak dapat kan gambar die salam dengan rakyat2 yang dah tersedia menunggu kedatangan beliau. Gambar bini die dengan Zambri, Menteri Besar Perak blur plak. Jadi aku pun malas nak upload.


Malam penutup: Penonton bersesak2


Sebenar nye jumlah penonton melebihi 3 ribu orang dan aku tak di benar kan masuk. Puas aku pikir macam mane nak masuk amik gambar. Tetiba aku teringat ada lif kat tepi dewan. Lepas aku naik lif, sorang polis tu tahan aku dan tak benar kan aku masuk kat kawasan penonton. Aku pun ape lagi, mula la menyusun ayat bagi mencair kan polis tu. Dengan alasan nak ambil gambar, polis tu benar kan aku masuk sekejap. Dapat la 2 3 snap gambar. Ini la gambar bersesak2 penonton mase malam penutup. Dewan yang ade aircond pon jadi panas .


Malam penutup: Gambar terakhir sebelum polis halau aku


Aku nak mengucap kan tahniah kepada pihak Universiti Teknologi PETRONAS dan penganjur kerana mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam menjaya kan program ilmiah ni. Tahniah jugak kepada peserta2 yang menang untuk tilawah al quran yang ke 52. Sama2 kita hayati Al Quran, salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

p/s: tengah malam skit, singgah mapley dengan Abang Lehan dan Abang Kerol. Secara tiba2 di belanja oleh Abang Azizi. Terima kasih banyak2, kalo ade mase bleh la blanje lagi hehehe

1 ulasan: