Khamis, 21 Ogos 2008

Semoga Cepat Sembuh kepada sesiapa yg sakit



http://www.youtube.com/watch?v=WCIZo4FPAEI

DSAI= Dato' Seri Anwar Ibrahim

Baru2 ni aku rajin tgok video2 di you tube. skali lg aku tersentuh tgok video DSAI. aku malas nak tulis bende yg directly politik. aku tgok video youtube ni, aku teringat seseorg. dalam video tu pasal DSAI di hospital sakit tulang belakang. aku sedih sgt tgok video tu. 1 aku sedih sbb kesian tgok DSAI sakit tulang belakang. 2 kakak aku penah sakit tulang belakang (hampir sama dgn ape yg DSAI kene).

ye mmg, kalo sape yg xpenah tgok org sakit tulang belakang, mmg x brape faham. aku yg tgok kakak aku terlantar kat hospital (nak angkat kaki se inci pon x bleh) pon masih x faham mcm mane sakit tulang belakang. yg aku tau, setiap hari die nangis. satu family nangis , kecuali aku. sakit tulang belakang ni berkenaan dgn saraf. kakak aku x mampu berjalan, x mampu menelan, x mampu nak menulis , x mampu nak tahan kencing, x mampu terima keadaan bising, selalu terasa renjatan electrik, selalu tercekik sendiri dan mcm2. anda yg tgh baca post ni, penah ke tgok orng sakit saraf?

alhamdulillah, skarang dah pulih sedikit demi sedikit. doctor kate, sakit saraf ni mampu berulang dan lambat sembuh. mungkin amik masa dalam 2 3 tahun utk pulih sepenuh nya. sekarang kakak masih lg jalani teraphy utk penyakit saraf die, sama mcm dalam video youtube tu, rawatan terapi DSAI. ni antara reason aku kenapa aku nak tinggal di rumah(internship di melaka), walaupon ramai kata aku ni nak duduk bwah ketiak emak.

sampai skarang kakak masih lg dalam pantang.waktu kakak tenat, satu keluarga susah payah jaga kakak. ibu x putus2 cari doctor (mujur ibu pernah kerja di hopital, die kenal ramai kawan). ibu lah yg mintak Doctor bwat scan MRI , ayah la yg tanggung semua bill. setiap malam akak selalu kene kejang kaki, badan dan paling aku kesian kejang di tekak. aku rasa mcm x berguna je mase tu, x mampu nak bwat ape2.

video tu lah yg membuat aku terkenang balik peristiwa kakak sakit dalam tahun ini. tu yg kadang2 aku terpikir balik, betol ke saiful diliwat-liwat(berkali2) secara paksa dgn orang yg sakit tulang belakang? berkenaan die bersumpah. aku nak share la kat sini, dulu aku ade kawan(kini bukan kawan lg) yg aku pernah syak die mencuri Hset aku. sbb ada saksi yg nampak, then saksi tu plak tau hset aku mcm mane. dalam telefon aku tanye pencuri tu

"P**** btol ko x curi hset aku?". pencuri tu kata, "btol aku x curi, sumpah demi Allah aku x curi". aku pon x brape nak syak, walaupon kawan2 aku kata mmg die pencuri terkenal. tuhan nak tunjuk, dalam satu kes camera DSLR kene curi, orang tanya die. die x mengaku jgak , pon bersumpah jgak atas nama Allah. tp sbb member aku tu bdak silat dan muke kaki pukul, soal jawab die gune tangan dan kaki je. selepas 3 jam bg makan kaki, tangan akhir nya die mengaku, then pencuri tu bg tau dkat mane die sorok camera DSLR tu. esok pagi nye, member yg pukul pencuri tu, die PM(private msg) aku, "man, aku dah back hand(pukul) org yg curik hset ko". biar la, dah kene buku dgn ruas. yg aku sedih nya, die bersumpah atas nama Allah, tp x mengaku jgak mencuri. dalam kes saiful ni aku x brani nak cakap. pk la sendiri...(yg pasti aku ade pendirian aku sendiri tentang saiful nih)

waktu kakak kat hospital tu ada jgak la kawan2 yg tau, tp x ramai. sbb aku x suke bercerita pasal masalah aku dkat org laen.terima kasih bwat kawan2 yg amik berat tentang masalah aku. yg melawat kakak aku kat hospital pon trimas. dalam waktu tu rumate aku pon exsiden kereta di highway. walaupon dirawat dihospital yg sama , tp x sempat nak lawat selalu. walau ape pon aku bersyukur,dgn dugaan Allah, bwat aku sekeluarga lg kuat. dan aku percaya ada org kene lebih teruk masalahnye berbanding apa yg aku sekeluarga hadapi.

walau ape pon,aku doa kan DSAI sekeluarga tabah dalam perjuangan. walau die sekeluarga dilabel kan sebangai pengkhianat, penjenayah, peliwat dan sebangai nya. aku membaca tentang sejarah mereka. mmg btol, anwar sakit pinggang x keluar TV , surat khabar ke, radio ke. tp kes saiful sakit bontot plak yg banyak keluar, apa da. aku menggalak kan rakyat mengkaji keadaan Malaysia. dalam rukun negara, "Kepercayaan kepada tuhan", skarang ni Agama rasmi Malaysia tergugat, tp soal perkauman yg di tiup. sekian bersedia utk click "publish post".

p/s: lepas kejadian kakak ni, aku tgok balik citer "One liter of tears", baru aku tau Aya x pandai mengahayati watak sbgai pesakit saraf hehehe. sakit saraf ni x bleh dibuat2.

19 ulasan:

  1. sama sama kita tunggu apakan terjadi pada cfoolni

    BalasPadam
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    ada masa jom ke blog saya...cerita pasal politik.

    boleh join rakan blogger berdebat pasal isu semasa. 20-30 orang terbabit. informasi lihat dalam blog saya.

    beritahu budak2 dan kawan awak yang lain.

    BalasPadam
  3. tertarik lak aku baca komen pasal dsai ni sakit tulang belakang ni..maka teringatlah aku dgn kenangan masa terlibat dgn kes mahkamah dia kt jln raja..[aku kerja jaga kunci pintu mahkamah]

    bila siren berbunyi menandakan konvoi penjara dah sampai, maka aku pun tunggu kt beranda tingkat 2 mahkamah nk tgk dsai..dia akan turun dgn dipapah, leher berbalut dan pastu didukung ke kerusi roda..dlm setengah jam pastu dsai ni disorong tolak ke dlm mahkamah..mmg jelas dr raut wajah dia, sakit ya amat..nk melambai ke arah gerombolan manusia seberang sungai [kt bangunan mahkamah yg satu lg] pun payah..mmg kritikal sakit dsai ni..

    tp masuk je dlm court, pintu dah tutup sbb public galery dah penuh, perghhh sindri bangun, cargas jalan sana jalan sini, peluk "kaum kerabat" dia, yg mostly penyokong ideologi politik dia jer pun yg ramai, bkn ahli keluarga dia pun kecuali anak2 dia..wife dsai pun bkn sentiasa dtg..

    terkedu dan tersekima aku..mantapnyer wayang? dr seorang yg seakan2 lumpuh nk turun pajero penjara pun trpaksa berpapah kpd seorang yg cergas kehulu kehilir tanpa perlu bantuan dlm court? [sblm pendengaran rayuan dia mulalah] bila kes dah jalan, asal ada jer yg AG dgn hakim quote yg dia xsuka, perghh bangun melenting tu sedangkan masa kt luar, nk lambai tgn pun tgn sebelah kena pegang bg sokongan..huhhhhh entahlah..manusia kan?

    BalasPadam
  4. penyakit saraf ni boleh sebabkan lumpuh. apabila melibatkan tulang belakang, deria rasa dari pinggang ke bawah akan hilang...all the bower and bladder akan mengalami masalah..Follow terapi betul2, InsyaAllah ada peluang sembuh.

    BalasPadam
  5. adek nuriman...aku rasa hang belajar bagi habes dulu baru masuk politik...setakat setahun jagung tahu cket sana cni tak yah lah nak masuk gelanggang poltik sempit ni dek oi...buang masa habes duit rakyat bagi kat hang jer...duit petronas duit rakyat dek oi...hang belajaq bagi lulus dulu yer then baru sibuk pasal politik...

    BalasPadam
  6. Terima kasih kepada yang memberi komen. Kepada Anonymous1 terima kasih berkongsi cerita di mahkamah. Saye ade bace jgak tentang tu. Dan saya lebih memahami sakit saraf DSAI bila kakak saya sendiri mengalami nya. (menelan air liur pun tak mampu mase kritikal dulu)

    Kepada yusof, alhamdulillah, setelah ikut terapi dari doctor, kakak semakin pulih. Cuma masih tak kuat lagi la.

    Kepada Anonymous2, terima kasih sebab ingat kan saya untuk belajar. InsyaAllah doa kan kejayaan saya. Sebagai rakyat Malaysia saya berhak dalam mengetahui politik Malaysia. Saya tak pernah pun terlibat mane2 parti politik, demonstrasi, dan tak layak mengundi pun, cume berminat dalam memperbaiki sifat kepimpinan dalam diri dengan mempelajari pemimpin2 Malaysia. Dengan banyak membaca artikel berkenaan politik, saya juga belajar macam mana nak menjadi pemimpin. Kerana setiap manusia di lahir kan memikul tangungjawab sebagai khalifah. Tak salah sekiranya nak mengikuti perkembangan politik.

    p/s: ala ikut perkembangan politik lebih kurang mcm ikut perkembangan artis jgak hahaha

    BalasPadam
  7. kepada anonymous
    dalam dunia ni ada terdapat manusia yang merasakan dirinya selalu lebih hebat dari orang lain. selalu mendabik dada. merendahkan orang lain, menafikan hak orang lain dan macam-macam. sentiasa merasakan dirinya benar dan orang salah. konon banyak pengalaman dan pengetahuan walhal bukan semua pengalaman dan pengetahuan yang ada padanya bermanfaat malah hampir separuh darinya sampah yang membusukkan msyarakat lain. berfikir dengan waras..bukan ikut telunjuk atau takut periuk nasi tergugat. hukuman tak payah tunggu kat akhirat, kadang-kadang kat dunia dah dapat. tunggu sajalah...

    BalasPadam
  8. salam...sape yg betul sape yg salah...semuanye akan terjwb di "sana" nanti..kalo kite rase ape yg org laen buat tu salah..jgn la kite contohinye...okkek!!

    BalasPadam
  9. aah..aku setuju.. x pyh la kita buka pekung orang lain...nk jaja cerita orang lain yg kadang kita pon x pasti kesahihhannya...mengumpat itu suatu yg amat ditegah dalam Islam. So as umat islam lebih baik kita membincang perkara yang mampu memartabatkan agama dan bangsa kita..

    BalasPadam
  10. sebelum mengata org,cermin dulu diri sendri..yg baik jadikan tauladan yg jht jadikan sempadan..jgn nak jadi pembawa kayu api..hya allah yg berhak menilai..wallahualam

    BalasPadam
  11. DSAI tu buat2 sakit tulang belakang ko xtau ke?

    BalasPadam
  12. sekarang ni saiful ok je aku tengok,dengasr kata dah kahwin pun.si anwar ni pulak (dia tak layak utk digelar datuk seri)kena cemuh dgn pengikut sendiri sebsb penipuan 16 sept nya tu.

    BalasPadam
  13. Tu yang kita nampak DSAI sakit belakang...

    Yang kita tak nampak?

    Saudara Nuriman, saudara pernah tengok video DSAI menipu pasal sakit tulang belakang dalam youtube? Alaaa... yang dia elok2 jalan kulu kilir, tetiba pakai sarung leher tu dan duduk atas kerusi roda... polis siap tengok lagi...

    Saya simpati ngan kakak saudara yang sakit belakang, tapi boleh ke kita percaya yang DSAI tu betul2 sakit belakang? Bekas pesakit belakang boleh ke berdiri lama-lama berucap berceramah membentangkan bajet PR dalam parlimen atau di himpunan umum?

    BalasPadam
  14. sadis tul cita kau...tapi klu sumpah saiful ni aku 100% percaya sbbnya dia bersumpah ddlm MASJID,menyebut wallahi,wabillahi,wataallahi sambil mmegang AL-QURAN...,dan mengadap kiblat waktu selepass asar....yg mudah dmakbulkan doa seseorg....KLU BETUL LAH SAIFUL TU MENIPU....masa tu juga ALLAH BOLEH KENAkan bala ...aku dah rujuk dgn ustaz dan ulama...jgn rujuk ulama PAS sure diorg kata mcm kristian....anwar sakit tulang belakang MGKIN ALLAH nak hapuskann dosa2 beliau....

    BalasPadam
  15. Terima kasih kepada semua komen, Walaupun masih ada segelintir yang memberi komen berbentuk provokasi. Tapi aku lebih suka kritikan atau kutukan yang membina hohoho.Takpe la same2 kite belajar mcm mana untuk memberi komen membina @ meransang pemikiran.

    Pada pendapat aku, pembangkang biasa nya membangkang kerana sifat suka membangkang atau mencari kesilapan. Ibarat dalam satu kertas putih size A4 yang ada titik hitam. Orang lebih banyak mencerita kan tentang titik hitam tu berbanding kawasan putih yang luas tu.

    Sesetengah orang pulak tak menonton TV kerana dikata kan berat sebelah dan lebih gemar baca artikel di internet. Saya lebih gemar menerima kedua2 input untuk di menilai sesuatu.

    Saya jugak dulu pernah memasuki belia 4B di kampung. Saya setuju dan program tu untuk memaju kan anak muda dalam peningkatan academic, social, komunikasi dan lain2. Mase tu saya join kerana silat, tapi sekejap je la sebab ada komitment lain. Bila program tu tak berjaya, ramai orang mengata, mengutuk dan jugak mcm2 tomahan. Ibarat memperkata kan titik hitam berbanding kawasan putih yang luas.

    Tentang Saiful bukhari saya tak geti nak komen panjang sangat tentang sumpah dia samada sah atau pun tak. Apa yang saya pasti semasa mengikuti perkembangan blog Saiful Bukhari(SB), saya ada terbaca yang dia mengucap kan "Tahniah" kepada DSAI untuk pilihan raya permatang pauh. Tapi semasa temuduga dengan media SB mengaku tak tahu menahu yang DSAI nak bertanding.

    Sebab kan sangsi dengan kenyataan SB saya usha la blog SB lagi skali, dan ucapan tahniah dia pada DSAI dan di 'delete'. Waktu tu terdetik hati saya yang SB tak jujur. Saye tak suruh sape2 percaya pon tambahan plak saye tak ada bukti ape2. Jadi biar la SB tu

    Saya pun dah malas nak ikut perkembangan semua ni, sebab terlalu banyak sangat percanggahan. Saya pun tak tahu siapa yang benar, yg pasti saya tahu sape tak jujur. Tapi tak jujur tak semesti nya salah. Jadi saya lebih biar kan je perkara ni. Hukum tuhan samada di dunia atau pun di akhirat tiada siapa yang boleh tentu kan mahupun para ulamak.

    Saya lebih suka seseorang itu bepolitik dengan membentang kan idea2 dan pemikiran baru. Pemimpin politik yang saya kagum kerana pemikiran nya seperti Dr Mahathir, TG Nik Aziz, DSAI. Mereka lebih banyak membincang kan idea berbanding provokasi (yg menaik kan kemarahan). Semoga kita semua tingkat kan pemikiran kita semua

    :)

    BalasPadam
  16. hmm.. itu pandangan saudara.. tapi saudara belum tahu kebenarannya.. biarlah.. ada org jenis cepat melenting tapi bg yang professional akan bercakap dengan bukti.. banyak yang saudara tak tahu sebenarnya pasal DSAI ni.. waktu jd TPM dulu.. kalau rajim mai la sini.. rumah saya tak jauh degan kampung DSAI di cherok tok'kun tu.. saya kenal semua keluarga dia.. semua dah hebat2 menjadi org besar..

    BalasPadam
  17. saya rasa berhenti je le bincang pasal ni..politik mmg sesuatu yg amat "menyedihkan" tambahan lagi kat negara kita ni..

    kedua2 pihak dah buat tindakan masing2...jadi kita tgu dan lihat sahaja..

    saudara nuriman meh la kita bincang mcm ne nak tlg saudara kita di palestin...

    BalasPadam
  18. Salam...

    Pasal DSAI ni xperlu komen lebih2..yg bagi komen ada yg pro n anti DSAI...so pk2 kn lah...kite sume bukan hakim yg mengadili kes @ sesuatu atas dga ckap2 org...jgn lah kita jatuhkan maruah @ air muka DSAI @ SB kerana kebenaran bukan ditangan kite...sesungguhnya org spt itu merugikan dan tergolong dalam org yg membuat fitnah..ingat!!...jgn kite berat sebelah dalam apa jua keputusan...guna akal yg bijaksana...mgkin ini belum terjadi pada diri kite...islam semakin di tindas dan dizalimi..remaja islam sendiri memijak n bakar alquran..(igt kat PD??) kes mcm sumpah kite ada akal memikirkannya...lg2..kite sesama islam bercakaran...siapa yang rugi???..kata nabil.......pk lah sendiri...

    BalasPadam
  19. Maaf menganggu perbincangan.. saya lebih suka cara Saudara Nuriman berbicara.
    1) tidak emosi dalam memberikan hujah,
    2) tidak cepat melenting
    3) berhujah menggunakan akal dan ilmu yang diberikan

    kenapa saya kata begitu?

    kerana ayatnya penuh berbahasa. JADI, jgn takut untuk menyuarakan apa juga yang dirasa.. kita punya hak bersuara selagi tidak menyentuh hak sensitiviti yg blh membangkitkan kemarahan

    jadi, tahniah kerana BERANI.


    SAYA DOAKAN ANDA BERJAYA MENJADI PEMIMPIN YG BERWIBAWA KELAK..

    BalasPadam