Sabtu, 8 November 2008

Hukuman tanpa siasatan - Rokok punya pasal

Kalau sebelum ni aku mencerita kan tentang rokok, kali ni pun nak kongsi jugak serba sedikit cerita tentang rokok. Semalam waktu tengah makan ketupat, ibu cerita la pasal kawan adik aku kene hukum dengan ayah die sebab rokok. Aku pun tertarik la dengan tajuk tu, dan aku tanya dengan lebih lanjut lagi.

Rokok di dalam beg
Ibu bagitau, semua nya di sebab kan rokok. Kawan adik aku tu kene hukum dengan ayah dia sebab terjumpa kotak rokok dalam beg sekolah Sebagai seorang bapa,sapa tak berang bila tengok anak simpan rokok dalam beg sekolah. Si bapa pun menghukum si anak.

Di Ikat dan tidur luar rumah
Apa agak nye hukuman yang setimpal kepada budak sekolah menengah yang membawa rokok? Kawan adik aku tu selepas di marah dengan teruk, tangan dan kakinya di ikat dan di biar kan si anak tidur di luar rumah. Budak tu tidur di luar rumah, akibat nya, pergi sekolah dengan banyak kesan gigitan nyamuk. Budak tu terpaksa tunduk kan muka kalau orang lalu lalang di rumah nya kerana dia malu dalam keadaan terikat. Dia nak lerai kan ikatan, takut kene hukuman yang lagi teruk. Beri penjelasan mak dengan ayah tak nak faham plak. Jadi dia terpaksa akur dengan hukuman tu.

Pengalaman di hukum
Keesokan hari nya di sekolah adik aku tegur kenapa banyak sangat tompok2 kat muka, tangan dan kaki? Budak tu cerita kan segala2 nya dan dia sendiri pun tak tau macam mana rokok tu ada dalam beg sekolah dia. Ayah budak tu seorang guru disiplin tapi tak dengar langsung penjelasan anak dia tentang rokok tersebut. Adik aku tahu budak tu memang baik dan tak merokok. Tapi disebab kan rokok tu, dia mendapat pengalaman kene ikat, tidur diluar rumah , malu dengan orang dan kene gigit nyamuk. Tahukah anda nyamuk merupakan haiwan pembunuh paling bahaya di dalam dunia?

Si penyimpan rahsia
Budak tu pun cerita pengalaman dia kat adik aku dan suruh jangan bagitau siapa2, lepas tu adik aku cerita kan kat ibu aku dan suruh ibu aku jangan bagitau siapa2, last2 ibu aku cerita kat aku dan tak suruh pun aku jangan cerita kat siapa2. Jadi aku nak kongsi la sebagai tauladan. Kepada siapa2 yang bergelar bapa atau bakal bergelar bapa satu hari nanti, tolong jangan abai kan penjelasan anak2. Jangan fikir anak2 kecil tak mampu berfikiran besar. Jangan la menghukum tanpa memberi peluang anak untuk memberi penjelasan.

Seperti konsep Internal Security Act (ISA), Akta keselamatan dalam negeri Malaysia, si tertuduh boleh di hukum atas arahan menteri tanpa bicara. Pasti nya ada ramai tahanan ISA menerima situasi yang sama seperti kawan adik aku tu. Dihukum dan segala penjelasan tidak dihirau kan. Berkesan ke ISA sekira nya orang yang berkuasa tu tak bertanggungjawab?

Sekadar berkongsi cerita tauladan, wallahualam

p/s: Aku dulu kecik2 selalu kene pukul, tapi bukan kene dera. Paling aku tak suka kene pukul dengan getah paip, adeh.... tapi memang aku nakal pun dulu. no wonder lalalala

nuriman@cahayanika.com | | www.cahayanika.com

4 ulasan:

  1. Susah ni Iman,

    Walaupun aku tak tau citer, walaupun aku tau budak tu budak baik, tapi kalau aku jadi bapak dia aku akan suspicious juga..

    Maybe lah aku tak ikat, tapi sedas dua tu aku akan bagi juga lah... :)

    isy3.. ramai juga orang tau dalam jangan2 bitau tu ye... hehe... :)


    Sabri

    BalasPadam
  2. ahahak..
    tapi penah dgr tak seorang bekas banduan ISA pernah berkata dia bersyukur berada di sana apabila dia belajar banyak perkara yang orang lain tak dapat..
    anwar sendiri berkata dia punya peluang mendekatkan diri pada tuhan apabila dia dipenjarakan dimana sebelum itu dia amat sibuk dengan tugasnya almaklum ahli politik..
    kesimpulannya setiap yang terjadi punya hikmah dan pengajaran..
    jangan pandang sesuatu dari satu perspektif bertapiskan emosi..
    hahaha..
    =D

    BalasPadam
  3. Sabri, aku setuju jgak dengan ko. Aku akan bagi sedas dua gak sebab dia lalai jaga beg dia dari orang lain. Dengan harapan lepas ni si anak tu akan jaga beg dia dengan hati2. Kalau orang boleh masuk kan rokok dalam beg, ada kemungkinan jugak orang lain boleh masuk kan benda2 lain atau curik benda2 dalam beg tu. Pengajaran sebagai seorang bapak, "lain kali jaga beg tu baik2"

    Bijan,betul tu bijan, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran, kalau DSAI tak kena ISA die tak rapat jgak dengan family. Ada jgak pengajaran banduan dapat dalam penjara. Tapi bukan itu isu yang di kongsi, tapi tidak menggunakan kuasa dengan effektif. Si bapa tu boleh je gune pendekatan lain untuk didik anak die. Memang anak die akan sedar, tapi kalau anak die mati sebab denggi, pasti si bapa plak yang sedar. Jadi setiap berlaku (kematian anak) pasti ada hikmah dan pengajaran :)
    pergh bijan ko selain silat, peminat blog gak ko hahahaha

    BalasPadam
  4. ahahak..
    wajib la..
    lumrah manusia..
    selagi tak jadi depan mata selagi tu tak sedar..
    dah kena sekali baru ingat smpai bila2..
    betul x?..

    BalasPadam