Selasa, 18 November 2008

Masalah Friendster dan kelebihan Facebook

Bile aku check Friendster account dan aku perasan ni.


Aku pun tak paham ape sebenar nye yang berlaku kat friendster ni? habis semua contact list aku hilang bagai kan biskut chipsmore. 2 3 hari sebelum ni friendster.com mengalami masalah dan aku tak boleh access web tu atas alasan baik pulih laman web. Hari ni aku check acount friendster aku, list contact semua dah hilang, Aku pun perasan ramai jgak complain dengan masalah ni.

Aku sekarang ni lebih gemar menggunakan Facebook. Lebih user friendly la berbanding friendster. kenapa aku pilih facebook sebagai social networking?

1. User friendly - Mula2 susah nak faham jgak macam mana system facebook nih. tapi lama2 best plak
2. Lebih selamat dan kurang spam - System facebook lebih selamat berbanding dengan friendster. Selain spam yang kurang,iklan perniagaan murahan pun tak ada di facebook
3. Design yang simple dan sesuai untuk semua peringkat umur - Aku suggest kat beberapa myspace user guna facebook, dieorang kata facebook simple sangat. bagi aku simple itu sweet :P
4. Tagging system - Whoahohoho my favorite. Bila upload gambar, anda boleh tag muke kawan dan secara automatic gambar tu akan ada di dalam photo akaun facebook kawan anda. System tag ini menjadi kan sesi perkenalan antara satu sama lain lebih mudah.Tak kenal maka tak cinta. lalalala. Kalau tak silap aku Myspace pun ada system tag ni.
5. Cuma check email untuk sebarang notification - Sekira nya ade komen2 atau message dari kawan2 di facebook, anda boleh membaca komen tersebut melalui email .Tak perlu la nak surf website facebook setiap hari. Cukup sekadar check email anda
6. CEO facebook - aku kagum dengan kejayaan CEO muda tu. Dah la pergi office tak pakai stokin, pastu tak hensem plak tu.Tapi die mempunyai pemikiran yang sangat pelik. Kalau nak kenal die baca la artikel berkenaan die kat mane2 sumber

Tapi ade jgak la beberapa perkara yang tak best pasal facebook ni
1. Security check -Agak leceh jugak setiap kali nak add kawan2, kene enter security check. Tapi ini lah yang mengurang kan segala spam dan iklan murahan
2. Kadang2 Lambat load - Kalau anda guna internet yang berkelajuan tahap siput sedut, agak susah la nak surf facebook (mungkin kerana pengguna terlalu ramai melebihi pengguna myspace). Pasti nya UTP mempunyai kelajuan internet yang mampu melimitkan sesi pembelajaran pelajar2 nya. Walau ape2 pun facebook user masih lagi mempunyai alternatif untuk check email untuk sebarang update facebook.

Ramai jugak orang berpendapat social networking (friendster, facebook ,myspace) tak elok kerana terdedah dengan perkara2 yang tak elok. Bagi aku, terpulang kepada individu yang menggunakan system tersebut. Ada je orang buat usrah(aktiviti ilmu) dalam friendster & facebook. Ibarat kalau gune computer jangan la salah guna computer buat benda2 tak elok. Kepada sesiapa yang berfikiran social networking ni tak elok, cuba fikir2 kan kembali dan buka pemikiran dengan dengar pendapat dari pelbagai jenis pihak.

Aku bukan la agen jualan langsung syarikat facebook, tapi sekiranya anda berminat dengan social networking seperti friendster, myspace dan lain. cuba la facebook ni. Sape2 yang dah ada facebook jangan lupe add aku :)

Nuriman Talib's Facebook profile

p/s: satu ketika dulu internet di pandang serong kerana terlalu banyak benda2 tak elok. Selagi korang bergelar manusia, korang mesti rajin berfikiran negatif. Tapi pemikiran manusia mampu menjadi matang, amal2 kan la "think positive" :)

nuriman@cahayanika.com | |
www.cahayanika.com

9 ulasan:

  1. 4. Tagging system - Whoahohoho my favorite. Bila upload gambar, anda boleh tag muke kawan dan secara automatic gambar tu akan ada di dalam photo akaun facebook kawan anda. System tag ini menjadi kan sesi perkenalan antara satu sama lain lebih mudah.Tak kenal maka tak cinta. lalalala. Kalau tak silap aku Myspace pun ada system tag ni.

    ha..sampai orang yang tiada dalam gambar pun hang tag juga ye..

    1. Security check -Agak leceh jugak setiap kali nak add kawan2, kene enter security check. Tapi ini lah yang mengurang kan segala spam dan iklan murahan

    aku add orang takde pun keluar security check ni..tiada masalah!(maybe sbb aku best kot?haha)

    BalasPadam
  2. filzah, secara jujur nye aku baru tau boleh verify account dan tak payah enter security check tu hahahaha. jahil jgak aku ni

    BalasPadam
  3. MAS block facebook ngan frenster lepas 5 bulan aku duk main. Cilanat lu!!

    BalasPadam
  4. hahaha..lama x dengar cite..ko sihat k man~? rindu a time buat keje2 medtech sama2 dulu..huhu semoga ko sihat selalu dan cemerlang dlm ape pun y ko buat~

    p/s: kalu ada keje kosog amik gambar bgth a aku..bosan a gak ni~ hehee

    BalasPadam
  5. haha
    btol2, xyah aaa security check pon..hehe

    tp facebook mmg lg best aa
    aku pon suke tag men tag..haha

    add aaa aku
    dzetifarhah@gmail.com

    BalasPadam
  6. dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi...

    BalasPadam
  7. awk,add la saye jugak.wakakaka

    BalasPadam