Tetiba plak aku nak share tentang teori yang aku baru je baca. Teori perkembangan kanak2. Seperti sedia maklum final year project aku adalah untuk membantu kanak2 slow learner. Jadi aku bace la skit tentang perkembangan kanak2 normal . Ada beberapa teori yang aku baca dari Erik H. Erikson, Howard Gardner, Jean piaget . Aku tak brape kenal manusia ni, dah la susah name dieorang
Dari teori Erikson, die percaya bila kanak2 bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka. Kanak2 akan tahu tahap kemampuan diri bila bermain. Semakin banyak kanak2 bermain, semakin banyak die belajar. Sebaik2 permainan adalah yang melibat kan pemikiran, aktiviti fizikal dan jugak interaksi. Mak bapak plak kene memahami perkembangan kanak2, dan beri pendedahan yang bersesuaian. Budak kecik akan rase diri mereka labih di percayai dan yakin dengan aktiviti seharian. Dalam masa yang sama kanak2 akan ada inisiatif sendiri untuk belajar bila mak bapak percaya dengan kanak2 tersebut.
Teori Garder plak melibat kan perkembangan kanak2 dari pelbagai kemahiran. Kanak2 sebenar nyer berpotensi untuk mempunyai perbagai kemahiran seperti petah berkata2, fantasi , menulis, logik matematik dan lain2. Pendedahan musik yang bersesuaian pada budak2 kecik mampu meningkat kan kemahiran menyanyi. erk.. masuk tom tom bak la jawab nye. Selain itu, kanak2 juga berpotensi mempunyai dua jenis kemahiran "personal intelligence"(tak geti nak translate). Jenis yang pertama interpersonal intelligence iaitu kemahiran untuk memahami, bertindak balas dengan mood, kawal marah, motivasi dan jugak mengambil berat rakan lain.Jenis kedua plak intrapersonal intelligence iaitu berkaitan dengan memahami diri sendiri termasuk kenal identity diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
Jean Piaget plak kate, kanak2 mempunyai 3 cara belajar. pertama "social knowledge" iaitu interaksi bersama orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang yang kanak2 berinteraksi, semakin banyak die belajar. Masyarakat setempat sebenar nya mampu mempengaruhi pemikiran kanak2. Macam aku dulu memang persekitaran aku orang2 kampung je, so pemikiran kampung je la. Cara belajar yang ke dua plak ialah "physical knowledge" iaitu belajar melalui pemerhatian, contoh tauladan, warna dan jugak ape2 benda yang boleh die capai dan lihat. Kalau mak bapak selalu marah2, kanak akan jadi penakut dan hilang inisiatif untuk belajar.
Cara belajar last sekali ialah "logico-mathematical knowledge" iaitu kemahiran dalam mengubungkait kan sesuatu dari segi sains. Dalam erti kata lain lahir2 kita semua memang berfikiran saintis la. contoh nya ialah, bila budak2 kecik tanye "eh macam mana kereta boleh bergerak?" atau pun "eh kenapa lampu merah kite kene berhenti?" atau pun "ayah lampu hijau kereta kene jalan kan?" atau pun untuk kanak2 yang lebih terer die akan tanye, "ayah kenapa 1 + 1 = 2?". (kenapa ek 1 + 1 = 2?)
Kanak2 paling banyak belajar ialah ketika dieorang bermain. So kepada ibu bapa beri la pendedahan yang sepatut nya semasa anak2 kecik ni bermain. Mase zaman aku dulu, aku leka main pasir, tanah, basikal, mercun dan paling best skali main game tape (game Mario dan jugak tetris). Tapi waktu tu ayah aku garang sangat, ada je benda yang tak kena kalau aku nak main. Silap haribulan getah paip melekat kat badan.
Tak semua kanak2 bernasib baik, ada yang di lahir kan sempurna, ada yang tak sempurna, Tapi yang lahir sempurna , lahir kat Palestine plak. Kanak2 ialah pelapis generasi. Mereka tu bakal khalifah (pemimpin). Bimbing la mereka sebaik2nya. Sebenar nye aku masih lagi bace tentang kanak2 slow learner, dan masih tak berapa faham lagi tentang mereka. Harap2 aku dapat membantu mereka
p/s: hari ahad ni ade lawatan student UniKL cawangan lumut ke UTP. lawatan berkenaan utk kongsi idea, pendapat, pengalaman dengan kelab MEDTECH dan jugak kelab dari UniKL Lumut.wah lame btol tak invlove keje2 Medtech.