Khamis, 22 Januari 2009

Tahun akhir - khidmat masyarakat

Alhamdulillah, setelah berbulan lame nye aku fikir kan tajuk Project Tahun Akhir (Final Year Project) sebelum bergelar graduan, hari ni terjawab sudah bersama dengan Ms Emy Elyanee. Sebenar nya macam2 tajuk yang dah terfikir sebelum nih, cuma tak pasti samada boleh terima pakai atau pun tak.

Sebelum ni aku ade berbincang dengan beberapa lecturer untuk hasil kan courseware, software belajar menaip dalam bahasa Malaysia. Apa yang aku perasan, dalam Malaysia masih lagi kurang dalam penghasilan software untuk anak2 tempatan. Seperti isu2 yang aku suke sebut iaitu isu bahasa, aku cuma harap kan dengan penguasaan bahasa Malaysia secara meluas, mampu meningkat kan perpaduan semua kaum. Tapi di sebab kan software belajar menaip tu kurang meluas penggunaan nya, jadi terpaksa lah pilih topik lain.

Selain dari topik yang sebelum ni, aku pon pernah fikir kan E- Marketplace iaitu kawasan untuk pengguna2 mencari informasi, service dan product berkaitan dengan Majlis perkahwinan. Kebanyakan laman web yang aku dapati di Malaysia, hampir semua menggunakan medium forum. Idea yang aku cuba nak ketengah kan ialah pengguna internet boleh membuat banyak perbandingan servis2 perkahwinan dan boleh membuat tempahan secara online. Sebenar nya ia lebih kepada memudah kan peniaga mencari pelanggan secara online dan selain itu, memudah kan pelayar internet membanding kan service2 yang ada. Tapi apa kan daya idea ni tak sempat di perinci kan lagi.

Jadi Projek Tahun Akhir aku di UTP sekarang ni ialah software berbentuk pembelajaran bagi golongan yang lambat belajar (slow learner). It's sound like "Interactive learning for slow learner" dalam 2 bahasa iaitu bahasa utama B. Malaysia dan B. Inggris. Hampir keseluruhan project tu melibat kan visual basic yang mana aku dah lame terjebak iaitu 6 bulan sebelum intern dan 8 bulan semasa internship. Setahun lagi la nampak nya kene main2 dengan visual basic.

Aku memang suka dengan perkara yang melibat kan khidmat masyarakat. Aku sentiasa motivasi kan diri aku, seteruk mana sekali pun kehidupan kita, itu lah kehidupan. Tugas kita sebagai manusia yang perlu bersedia di hari mendatang. Hari kebangkitan akan tiba jugak.

Mungkin ada orang tak pernah dengar kelas khas, atau pun kelas pemulihan. Di sekolah rendah dan sekolah menengah aku ada kelas khas atau pemulihan. Kelas tersebut terdiri dari mereka yang mempunyai daya belajar yang rendah. Kadang2 umur 12 tahun pun masih lagi tak boleh membaca. Dulu kecik2 ade jugak la buli golongan macam ni, tapi mase sekolah la. Dan sekarang ni, aku perlu berkhidmat sesuatu untuk kebaikan masyarakat. Mereka bukan mintak lahir sebegitu rupa. Tapi setiap kehidupan memain kan peranan masing2, dan aku percaya golongan ini mampu memberi kesedaran kepada mereka yang selalu kejar kan kesempurnaan.

"I am not perfectionist, I am just looking for continuous development"

Aku bersyukur di beri peluang berpijak di bumi Tronoh ni. Banyak sangat yang aku belajar dan timba pengalaman. Kalau di UTP aku memang suka melibat kan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat seperti Titian Budi 2007, Mission Awareness 2 and 3, mengecat tadika dan macam2 la. Terbaru ni aku tak sabar nak join Media Junior, aktiviti anjuran Kelab Media dan Teknologi UTP. Program tersebut akan melibat kan pembelajaran computer kepada anak2 kampung. whoaa kat kampung aku dah ade gak belajar computer ni, tapi aku tak terlibat pon hohoho.

Rakyat Malaysia semakin ramai menulis blog, aku rasa perlu untuk kongsi pengalaman dan pandangan aku melalui blog. Kadang2 aku tak suka dengan blog yang berbentuk provokasi, menghasut, menyalah kan orang lain dan macam2 la perkara yang negative untuk sekadar menghangat kan kuali kosong. Aku lebih suka baca blog yang mengemuka dan membincang kan idea2 baru sebagai rencah untuk kita berfikir. Aku harap, projek akhir tahun di UTP ni bukan sekadar projek je, tapi memberi manfaat pada masyarakat dunia.

p/s: Terima kasih kepada Ms Emy yg bg kepercayaan dalam project ni hohoho.

4 ulasan:

  1. huhu...mcm projek sorang kawan aku taun lepas.....
    hee..die punye projek best gile...
    harap2 projek ko pon best jugak..
    semoge success jadik pelajar final year...
    :)

    BalasPadam
  2. tula mcm menarik je project ni. Thanks wani tita

    BalasPadam
  3. Salam..layari blog bekas Juara Silat Dunia Malaysia Master Ruzaidi Abd Rahman di ruzaidiabdulrahman.blogspot.com

    BalasPadam
  4. semoga aku sukses jue untuk menghasilkan permainan snooker untuk slow learner. wakakaka..!

    BalasPadam