Jalan jalan, cari makan~
Berkesempatan internet UTP yang dah laju skit , aku nak update blog dengan gambar2 plak.Dulu aku tak sempat nak luang kan mase jelajah perak. Tahun ni, aku gelar kan tahun melawat perak (untuk diri aku sendiri). Minggu lepas aku dengan makhluk2 asing bumi jelajah di sekitar Kuala Kangsar, Bukit Merah, Kuala Sepetang dan Taiping. Aktiviti ni di jalan kan bersempena dengan minggu tension Final Year Project 1. Bertolak dua kereta, kali ni kos perjalanan agak mahal skit, sebab makan kat tempat2 femes.
Sarapan Pau di Kuala Kangsar(KK)
Tempat pertama singgah KK nak sarapan pau yang berkualiti tinggi. Member aku yang cakap pau tu kerabat2 diraja makan jugak. Mula2 masuk kedai pau tu, aku was2 "weih, kedai ni halal ke tak nih?", aku jenguk kat dapur, orang islam yg sedia kan makanan. Waktu nak order pau, tak ada plak pau (hanya jual pada tengah hari), yang ada Roti Top Egg, telur di atas. Jumlah perlu dibayar untuk teh tarik dan roti top egg tu RM5. Agak mahal la bagi aku, tu tak termasuk lagi tol dan duit minyak haih~ pau punye pasal
Bukit Merah Lake Town Waterpark
Destinasi ke dua pegi mandi manda. Tapi tak banyak amik gambar la waktu tengah mandi2, Kos masuk kawasan air lebih kurang RM 20. Aku pon tak brape ingat sangat harga tiket. Nak mandi punye pasal, makan tengahari di abai kan dulu. Memang tengahari bute la mandi. Hilang segala masalah2 dan jugak tensi2 assignment, report dan jugak projek. Tension hilang sekejap jela, balik campus, masalah ade je lagi .
Makan (tengahari + malam) di Kuala Sepetang
Dengan perut yg kosong dan juga penat mandi, kami dengan tabah dan sabar menuju ke Kuala Sepetang. Dalam pukul 5.30pm sampai kat tempat yang nak di tuju. Bile sampai ... punye la ramai orang menunggu, gerai tak la besar sangat. Kalau nak di kata gerai tu mewah, kedai mapley lagi mewah kot. Tapi gerai tu memang berkonsep kan "Warong", cayalah~ baru nampak klasik.
Mee Udang Banjir ni di usaha kan oleh makcik yang di kenali sebagai Mak Teh. Mak Teh memang peramah, nasib baik aku duduk kat meja hujung, kalau tak memang macam2 aku nak borak. Kitorang sempat bergambar dengan Makteh, tapi knape aku tak ade dalam gambar? haih~. Ramai jugak tau pasal kesedapan Mee Udang nih. Mase nak order, udang laut yang kitorang pilih. Harga sepinggan Mee Udang (bagi aku agak mahal la) RM10.
Selepas order, aku pon perhati kan orang sekeliling dan aku perasan orang sekeliling pon perhati kan aku perhati kan orang sekeliling. Semua orang menunggu dengan sabar setelah tengahari tak makan. Aku tanye meja sebelah, brader meja sebelah tu kate die dah sejam menunggu... dalam kepala hotak aku dah (.....................), tapi perut aku meronta2 cakap (nak makan, nak makan). Tunggu jela...
Aku baru beli Rubik, ade jugak la benda nak buat mase boring menunggu. Dah banyak kali solve rubik tu sementara dapat Mee Udang.
Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai pukul 7pm , prasan2 udang di sebalik mee dah tinggal kulit. Macam orang pelarian dapat makan KFC waktu dapat mee tu. Ade 12 ekor udang laut, makan tak sampai 10 minit tapi tunggu dekat sejam lebih. Tahap kelajuan makan ialah 1. 2 udang per minit. Bukti yang kukuh untuk membukti kan seseorang itu rakus.
Zoo Taiping, layan night safari
Siyes, yang ni aku suggest kan tak payah pegi. Bagi aku sekejap sangat masa 20 minit untuk tengok haiwan di waktu malam, walau pun haiwan2 tu aktif. Tiket masuk RM 16, naik atas gerabak yang di tarik (bentuk mcm keretapi) dan instructor akan cerita tentang haiwan2. Aku ingat lagi trade mark pakcik instructor tu "Ya~ di sebelah kanan kita ada ular sawa".......(bile sampai kat badak air) "Ya~ di sebelah kiri pula kita ada badak air ".....bile sampai kat haiwan seterus nya aku dapat simpul kan template instructor tu cuma ubah kiri , kanan dan haiwan.
Makan Kuew Teow Doli
Mee Udang masih tak mampu melega kan nafsu makan , sebelum balik layan kuew teow plak. Kedai Doli ni memang specialize dalam kuew teow. Pergh.... kali ni aku tak sanggup makan laju2, aku makan slow2 sambil pejam mata untuk menikmati sesuap kuew teow...Memang kuew teow terbaik pernah aku makan setakat nih. Kuew Teow Special RM8.50, Kuew Teow biase RM3.50.
Kesimpulannya, jalan2 Perak kali ni berbeza dengan jalan2 sebelum nih. Kalau dulu bepegang kan dengan konsep "Destinasi Bajet", kali ni berubah jadi "Destinasi Lapar". Orang kate, jauh perjalanan luas pemandangan, tambah pengalaman. Hakikat nya jauh perjalanan, kering duit poket kiri kanan. Next destinasi bajet akan ke Pulau Tuba, Langkawi. Harap2 jadi la pegi Pulau Tuba. Kalau nak tengok gambar2 Pulau Tuba, bleh usha kat fotopage lame aku. Click sini, sini dan sini