Khamis, 26 Mac 2009

Ibu dah Ayah dah terbang - umrah

Gambar awan di Kuala Kangsar, Perak

Semoga ibu dah ayah selamat pergi dan pulang dari mengerja kan umrah. Semalam aku sekeluarga teman kan ibu ayah berlepas ke umrah di KLIA. Terima kasih kepada saudara mara sahabat yang banyak menolong dan memberi sokongan. Terima kasih jugak kat pak sedara yang sudi sponsor makan mapley.... best gak kalo hari2 makan sponsor lalala

p/s: Farisya ialah orang paling kecik skali teman kan Tok ngah dan Nek ngah smalam. waa comey2~

Selasa, 17 Mac 2009

Dah ade domain - Sepit baju

Kalau dulu bermula dengan fotopages.Kemudian diikuti dengan wordpress

Sekarang dah ade domain sendiri

www.sepitbaju.com

dah tambah 2 orang baru. InsyaAllah pasti ada perkembangan dari masa ke semasa

Sepiterz
- Izzat Helmy
- Nuriman
- Azinuddin
- Amir Hamzah
- Aalim (new member)
- Amirul Azizi (new member)

Ahad, 1 Mac 2009

4 pengajaran dalam minggu ini - Bersyukur

Sem kali ni di UTP aku kurang melibat kan diri dengan aktiviti2 berat. Tapi aku sentiasa luang kan masa aku untuk buat benda2 yang aku suka. Aku rasa minggu ni paling sibuk berbanding minggu yang sebelum. Muda sebelum tua. Sebelum aku tua, aku akan guna masa sebaik mungkin. Semua orang ada masa 24 jam setiap hari.

Program integerasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Lawatan kedua Sek Keb Pengkalan Pegoh(SKPP), Perak
Hari Selasa aku cuma ada 2 jam kelas pukul 5-7pm. Jadi aku luang kan masa pegi ke SKPP untuk buat pemerhatian awal dengan kanak2 istimewa di sana. Antara pengajaran yang aku dapat di kelas pendidikan khas tu, aku menjadi orang yang lebih bersyukur dengan apa yang aku ada. Walau pun aku rasa di campus aku tak lah sebijak mana, tapi aku tak meletak kan diri aku sebagai orang yang lemah. Aku juga rasa rendah diri sangat2 bila tengok komitmen cikgu2 pendidikan khas yang mengajar pelajar2 yang mempunyai masalah tumpuan dalam belajar. Kadang2 terdetik dalam diri aku, ramai tak manusia yang sedar dengan golongan2 segelintir ini? Tahu tak macam mana kita nak kenal pasti kanak2 yang mempunyai masalah seperti hyperactive, speech delay, down syndrome, slow learner dan sebagainya?

Aku sebagai manusia, aku tak terlepas dari masalah dalam keluarga. Tapi alhamdulillah, semua tu dah jadi kisah silam dalam beberapa tahun yang lepas. Di SKPP ramai dikalangan mereka mempunyai masalah dalam keluarga. Setiap orang sentiasa cakap masalah dia paling teruk. Bila bercampur dengan pelbagai jenis manusia, insyAllah, kita untuk menjadi orang yang lebih bersyukur.

Email dari pesilat Pukulan Melaka, Jerman

Bersilat
Semasa Amin masuk ICU, aku ada terima email dari seorang warganegara luar yang bertanyakan gambar2 Silat Pukulan Melaka di Air Molek Melaka. Aku pun tak tau dari mana mamat tu tau aku pernah join dengan Silat Pukulan Melaka. Mungkin artikel blog aku sebelum ni kot. Sebagai seorang pencinta warisan seni mempertahan kan diri, aku kagum dengan usaha beliau mempelajari ilmu persilatan Melayu. Dia share aku link dia Sini, Sini dan Sini. Bersilat mampu mendisiplin kan diri kita dan menjadi kan kita seorang yang rendah diri dan dalam masa yang sama berani berhadapan dengan situasi genting. Tapi masih ramai lagi yang segan nak join. Kalau bukan kita, sape lagi yang nak belajar seni warisan ni?

Tahun ni aku sempat melibat kan diri dalam latihan silat olahraga. Dah 3 tahun tinggal kan silat, hari pertama sparing, aku mula kan dengan tendangan sulung, tapi dijatuh kan dengan mudah.... perrghh...2 hari aku sakit2 badan. Tapi bagi aku biar sakit2 badan semasa latihan, supaya dapat kurang kan kesakitan masa situasi sebenar. Aku rasa besar hati dapat luang kan masa dengan silat. Sape2 kalau nak join Silat Olahraga UTP, boleh usya blog nih. Atau pun boleh tanya mamat Behjan (untuk tahun 2009)

Program khidmat masyarakat anjuran MEDTECH club

Cyber kids di Sek Keb Seri Iskandar, Perak
Hari Sabtu aku terlibat dengan Cyber kids sebagai facilitator mengajar budak2 sekolah tentang computer. Aku seronok luang kan mase dengan budak2 kecik. Dieorang mempunyai ragam yang tersendiri yang mana boleh buat aku senyum sorang2. Mase program tu berlangsung, aku mengetuai dalam tarian poco2 dan chicken dance. Perkara yang buat aku senyum sorang2 ialah lepas senaman pagi tu, "Abang Iman, seluar kita basah..." bagitau seorang budak, aku ingat kan die terkencing dalam seluar, rupa nya budak tu berpeluh secara drastik hahahaha. Walau pun penat, tapi aku rasa berbaloi meluang kan masa dengan dieorang. Aku sememang nya suka dengan aktiviti kemasyarakatan yang mana kita tak akan dapat pelajari di dalam buku.

Al-quran - Asy-Syarh surah 94, Ayat Makkiyah
Aku mengaku aku tak la sehebat mana dalam ilmu agama. Di sebab kan latar belakang keluarga aku kurang didikan agama, aku tak pernah lagi khatam Al-quran. Aku mengaku yang aku tak sehebat mana dalam membaca Al-quran. Kadang2 aku rasa segan nak bercampur dengan mereka2 yang tinggi pengetahuan agama. Tapi aku tetap kan diri aku untuk bercampur dengan pelbagai manusia supaya aku boleh mengenal bau wangi dan busuk.

12.15am tadi sebelum lepak Mapley Sitick dengan zhee, paker, ejat, ebul dan mekot, aku bukak la tafsir Al-quran yang baru di beli dari paker untuk di baca. Bacaan aku memang tak berapa lancar, tapi aku penting kan dalam pemahaman maksud Al-quran tersebut. Tiba2 aku menangis..... Aku sedih sangat bila baca surah tu. Kali pertama aku menangis baca Surah Suci Al- Quran.

"Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan"
.

Mase keluarga aku timpa masalah, aku satu2 nya ahli dalam keluarga yang tak akan menangis. Aku sedar, aku dah tempuh banyak kesulitan. Secara aku tak sedar banyak kemudahan yang aku peroleh. aku bersyukur dengan diri aku sekarang. Aku bersyukur bila aku sudah sampai ke tahap ini. Aku bersyukur bersama dengan orang sekeliling yang sentiasa memberi pengajaran buat aku. Dalam banyak2 buku motivasi aku baca, Al-Quran lah yang terbaik. Yang buat aku menangis dan sedar dengan keadaan aku sekarang. Ini lah mukjizat Nabi Muhammad SAW.

p/s: Allhamdulilah Amin dah sihat dari demam denggi, terima kasih kepada lecturer, kawan2, sedara2 dan kenalan yang concern. Terima kasih

Ahad, 22 Februari 2009

Unit rawatan rapi orked - Nuramin

Orked, Amin dan hari ini di ICU Orked

Aku tak tau ape perasaan aku sekarang ni.

Hari ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di wad Intensive Care Unit (ICU). Sebelum ni memang aku tak pernah pergi wad unit rawatan rapi. Pukul 7.45pm tadi adik aku Amin di masuk kan ke ICU sebab jumlah sel platlet Amin terlalu rendah . Demam denggi akan menyebab kan pesakit kekurangan sel platlet (sel darah putih)

Hari pertama hospital

Aku sampai Melaka dalam pukul 11 malam khamis, dan terus teman kan amin di wad sampai pagi. Sememang nya topik yang amin akan cerita, pengalaman dia di Unisel. Dia pun cerita jugak pengalaman dia jumpa Jurufoto Saiful Nang di Rumah Pengasih dalam dua minggu yang lepas anjuran Program Sihat Remaja. Dia sempat jugak bergambar dengan Orked anak Saiful Nang. Mase awal program dia tak tau pun Orked tu anak Saiful. Dari apa yang amin cerita kan tentang Saiful Nang, aku bertambah kagum dengan usahawan muda tu dalam kerja2 kebajikan masyarakat. Amin memang bersemangat dengan benda2 yang melibat kan bidang dia.

Hari kedua hospital

Demam amin dah beransur pulih. Dia komplen yang darah dia asik2 kene amik. Aku cuma nasihat kan yang doktor cuma nak analisis virus dalam badan je. Amin nampak sihat dari mata kasar. Tapi kandungan sel darah putih semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Semua nya nampak macam biase je. Aku tak sangka perkara ni berlaku dalam gelak tawa

Hari ketiga hospital

Doktor saran kan Amin masuk ke ICU sebab kandungan sel darah putih Amin menghampiri tahap bahaya. Sel Darah putih memain kan peranan sebagai system pertahanan badan. Badan manusia mudah terdedah pada infeksi dan pendarahan sekiranya kekurangan sel darah putih. Aku terkejut sampai macam tu sekali virus denggi menyerang. Walau ape pun mungkin ini jalan terbaik untuk adik aku. Kerisauan aku bertambah bila tengok pesakit2 dalam wad ICU.

Amin di masuk kan ke ICU Orked, Hospital Besar Melaka.

Aku bisik kat Amin, yang dua minggu lepas, dia baru je jumpa dengan Orked Saiful, dan hari ini dia berada kat Unit Rawatan Rapi Orked plak. Aku sentiasa beri dia dorongan dalam mengejar cita2 sebagai jurugambar professional. InsyaAllah.

Di wad ICU , agak terbatas untuk aku sekeluarga melawat Amin. Di ICU hanya 2 pelawat saja di benar kan melawat pesakit. Aku harap dia sentiasa tabah dengan dugaan yang dia tengah hadapi. Esok pagi aku sekeluarga akan pergi melawat dia lagi.

Semoga aku sekeluarga tabah dan Amin sembuh dari demam denggi.

Aku pun harap mereka yang tinggal di kawasan denggi berjaga2 dengan nyamuk. Nyamuk haiwan pembunuh no 1

p/s: Aku tak tau ape sebenar nya yang aku tengah rasa sekarang ni

Sabtu, 21 Februari 2009

Denggi - Nuramin


Minggu ni aku balik Melaka. Amin masuk wad sebab demam denggi. Buat masa ni jumlah platlet dalam badan Amin cuma 25% dari normal. Apa berlaku sekiranya kandungan platlet rendah dalam badan manusia? Boleh berlaku pendarahan dan jugak mudah terkena jangkitan kuman (kerana kurang sistem pertahanan badan).

Semoga dia cepat sembuh

Isnin, 16 Februari 2009

Mobile camera - Pertama kali

Sebenar nya aku lagi minat video dari photography. Di sebab kan peralatan video yang mahal2 blake, jadi aku tak la berkemampuan nak beli camera video sendiri. Di UTP aku join kelab Media dan Teknologi (MEDTECH) sebagai krew media. Dari situ la titik permulaan aku berjinak2 dengan videography. Staff ITMS(Media) Abang lehan, Abang zul, Abang Edy, Abang Kerol dan Abang Awie merupa kan sifu2 aku.

Photograph by Paker: Rehearsal FESCO mengasah skill yang berkarat

Festival Colors of the World (FESCO) merupa kan persembahan seni tari pelbagai budaya yang mana penglibatan nya terdiri daripada beberapa institusi pengajian tinggi. Aku pun tak berapa tahu sangat tentang FESCO. FESCO 2008 aku tak pergi sebab sibuk dan ada komitmen lain. FESCO 2009 pun aku tak letak kan keutamaan nak pergi sebab terlibat sebagai Media facee untuk Event Management Seminar anjuran kelab MEDTECH. Last2 minit aku dapat call untuk jadi camera man FESCO.

Photograph by Altectec: Mulut seperti orang terkene sumpahan. hahaha.

Photograph by Paker: Fesco start 8.30pm habis 12.30 am. Lebih kurang 2 jam setengah memikul

Sebelum nih aku dah beberapa kali main dengan Multiple Camera Production, tapi kali ni first time aku mobile bersama camera video. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan. Petang rehearsal FESCO aku pulun camera video habis habisan. Nak dapat kan skill video yang dah lame berkarat. Masa malam FESCO boleh kata dalam 2 jam setengah jugak aku pikul benda tu. Keesokan hari nya aku sakit bahu, adeh. Walau ape pun, pengalaman menarik untuk aku.

Photograph by Ebul: Segelintir kakiphoto (Kema, paker, ejat, kucing, altectec, aalim dan zhee)
muke aalim jadi kiut secara tiba2 hahaha

Lebih kurang 20 orang Official Photographer FESCO 2009 yang terdiri dari budak2 kakiphoto. Dieorang memang semangat bab2 fotografi. Antara hasil group foto yang aku suke gambar Ebul. Dari segi moment plak aku suke gambar Altectec. Waktu tu si lelaki nak bukak penutup muka si perempuan. Momen yang terbaik untuk di tangkap dalam gambar. Dalam foto susah tu nak cari momen.

Photograph by Altectec: Ketika nak bukak penutup muka, ewah~

Kesimpulan nye, FESCO 2009 buat aku sengal2bahu adeh~

Khamis, 12 Februari 2009

Kematian sebahagian dari kehidupan

Malam ni aku luang kan masa aku membaca cerita tentang pemergian pelajar UTP baru2 ini .Allahyarham bergelut dengan arus deras air terjun Batu Berangkai sebelum menghembus kan nafas terakhir. Aku percaya ramai pelajar UTP merasa kan pemergian beliau walaupun tak mengenali siapa Norshida Adnan. Aku baca artikel tentang beliau di sini, sini, sini dan juga sini.

Air terjun Lata Bayu di Kedah: Iman, Paker dan Din

Dua hari sebelum hari pemergian pelajar UTP tersebut, aku ke Kedah teman kan rumate aku pergi majlis perkahwinan kawan die. Sebelum balik aku , paker dan din singgah Air Terjun Lata Bayu. Memang tak nafi kan , air terjun terbaik pernah aku pergi. Pemandangan yang cantik, air terjun yang tinggi dan jugak kawasan mandi yang luas yang mempunyai kedalaman lebih kurang 2.5 meter. Dah menjadi kebiasaan aku untuk fikir kan aspek2 keselamatan dan meramal bencana ape yang bakal berlaku sebelum melaku kan sebarang aktiviti. Sebelum mandi aku ingat kan kawan aku yang tempat tu dalam, air terjun laju (tekanan rendah yang mampu menarik mangsa) dan jugak air sejuk yang boleh menjadi kan kaki krem.

Seperti aku jangka kan, kaki aku krem selepas terjun ke dalam kawasan air terjun tu. Aku bernasib baik sebab tak panik dan berenang ke tepi menggunakan 2 tangan dan 1 kaki. Bila naik atas batu, termenung aku sekejap sambil tahan sakit (kaki krem). Lepas kaki aku dah OK aku pun masuk balik. Alhamdullilah sepanjang aku beriadah di kawasan air terjun tu, tak berlaku sebarang kemalangan. Selepas aku baca kisah2 Allahyarham Norshida, buat aku termenung semula. Bersedia kah aku dengan kematian?

Kematian sebahagian dari kehidupan

Aku tak pernah lagi menghadapi situasi kehilangan orang yang menjadi rencah dalam kehidupan aku. Antara kematian yang pernah aku tempuhi ialah Allahyarham Pak Long Anual. Aku sendiri tolong mengangkat tubuh kaku Pak Long semasa beliau di mandi kan. Itu lah pertama kali aku mengangkat dan tolong membersih kan jasad yang tidak bernyawa. Beberapa rakan2 sekolah aku juga telah tiada kerana menunggang motosikal dengan tak berhati2. Aku tak serik2 nasihat kan mat rempit yang aku kenal.

Ayah aku selalu nasihat kan aku supaya jangan mudah lemah semangat dalam hidup. Memang kadang2 kita akan rasa lemah semangat, tapi cari lah cara sendiri macam mana nak mencari semangat tu semula.

Kematian sebahagian dari kehidupan.

Kita cuma ada 2 pilihan jika kematian berlaku dikalangan orang tersayang. Samada kita menerima kematian tersebut, atau pun belajar menerima kematian tersebut. Kepada sesiapa yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang, semoga tabah dalam menempuh hidup seharian.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang telah pergi dan menempat kan mereka di golongan yang dimulia kan.

Selasa, 10 Februari 2009

Usahawan sumpit - Cameron highland

Gambar Ihsan: Bersama usahawan sumpit

First time aku jumpe orang asli, lantas aku beli sumpit dari mereka. Maaf gambar usahawan tersebut tak boleh di tayang sepenuh nye, sebab tak sesuai untuk tontonan umum. Yela, kanak2 tak bleh tengok orang asli dengan uniform die kih3. Cameron best, especially part jumpe orang asli.